Pisau ingin berkongsi artikel dari sahabat blogger untuk tatapan umum.Perihal sebenar apa yang sebenarnya didalam kotak pemikiran chauvanist cina didalam PKR dan DAP. Jadi apa sebenarnya yang terjadi semasa konvensyen pakatan haprak baru baru ini? Adakah permainan skrip bohong bohong belaka untuk tatapan rakyat. Jika benar benar PAS mahukan hudud dan negara Islam,mengapa tidak mengistiharkan didalam perlembagaan pakatan haprak?
DITENDANG KELUAR
2003 : TUN MAHATHIR ISYTIHAR MALAYSIA NEGARA ISLAM, BILA AGAKNYA PAS NAK ISYTIHAR KEDAH & KELANTAN NEGERI ISLAM.
1. PERTEMUAN dalam suasana muhibbah penulis dengan Ketua Penerangan PKR, YB Tian Chua memberikan beberapa anekdot yang menarik untuk dikongsikan bersama.
2. Sebelum itu, Lim Kit Siang Setiausaha Agung DAP membayangkan ketakutannya jika Pakatan Rakyat tidak berjaya meneruskan kerjasama mereka sehinga PRU-13 berikutan beberapa masalah yang melanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang diperintah sekarang.
Datuk Mustapha Ali sangat kecewa dengan ulasan Lim Kit Siang itu kerana ia memberikan gambaran kelemahan Pakatan Rakyat.
3. Dalam pertemuan dengan YB Tian Chua, beliau menceritakan cabaran di Parlimen Batu yang terdiri daripada masyarakat Cina kaya dengan masyarakat Cina miskin, masyarakat India dan Melayu. Dalam hal tersebut, YB Tian Chua mengakui masalah bajet akibat daripada masalah ekonomi global yang turut melanda negara kita.
4. . Apa yang menariknya, YB Tian Chua menyatakan bahawa beliau tiada masalah jika PAS berniat menubuhkan negara Islam, beliau tiada masalah jika PAS sekadar bercakap mahu melaksanakan Hukum Hudud, tetapi jangan melanggar garisan yang telah dipersetujui mereka.
Persetujuan itu ialah Tidak boleh menubuhkan negara Islam dan tidak boleh melaksanakan Hukum Hudud. Jika sekadar berkempen, menulis, bercakap ya silakan kerana itulah cita-cita parti PAS tetapi bersama Pakatan tidak boleh dilaksanakan dan tidak boleh dibuat.
JIka dibuat , maka YB Tian Chua menyatakan ketika itu PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat...
5. Jika begitu, nampaknya PAS dipaksa dan terpaksa beretorik sahajalah...Terimakasih kepada YB Tian Chua kerana menjelaskan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Sesuailah YB Tian Chua jadi Ketua Penerangan.
Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri
PAS mana mungkin keluar dari pakatan haprak ,jalangan seperti PAS hanya berselera didatangi dari belakang habuan serakah DAP dan PKR. Prinsipnya dibuang jauh jauh agar tidak dimarahi oleh DAP.PAS langsung tidak boleh mendabik dada kononnya mereka perjuangkan Islam.Segala tindakan mereka harus mendapat kebenaran beberapa kerat pemimpin chauvanist cina.Bukti siapa memperhambakan siapa.Pemimpin PAS harus jawab kenyataan Tian Chua.
Pisau kata "Tian Chua kuat gigit,pasal tu PAS tak berani keh keh keh"
CHANNEL UMB
Penang Republic Sosialis:Samseng DAP Dahagakan Darah,Pijak Gambar Potong Kaki!
BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.
S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.
BERNAMA
Setelah terjadinya kes serangan terhadap En Krishnan Nair ,Pisau bersama rakan blogger Che Wan dan Pejuang Bangsa berkesempatan bertemu dengan mangsa di rumah beliau. En Krishnan menceritakan kronologi bagaimana beliau diserang dan motif serangan.
Motif serangan disebabkan beliau terlibat semasa demo di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mencetuskan tindakan membakar dan memijak gambarKhalifah sosialis cina melaka Lim Guan Eng. Di Pulau Pinang,jika sesiapa yang menyuarakan bantahan,nyawa akan menjadi taruhan,DAP mengupah dan mengarahkan agar menghapuskan sesiapa yang menentang mereka.Samseng upahan diarah memotong kaki mangsa kerana dikatakan memijak gambar dan membakar gambar Khalifah cina melaka Lim Guan Eng.Kerja jahat ini memang bermotifkan politik,jika dilihat dari latar belakang mangsa,beliau seorang yang baik,berpengaruh dan dikenali oleh penduduk tempatan.Memegang naib pengerusi rukun tetangga selama 14 tahun dan banyak berkhidmat kepada masyarakat setempat.
Menurut mangsa,beliau dihubungi oleh ramai orang termasuklah Uthayakumar yang beberapa kali membuat panggilan kepada beliau,malah Uthayakumar juga bersetuju serangan ini bermotifkan politik.
Pisau beranggapan ada pihak dalaman DAP mengupah untuk menutup mulut mangsa,kerana En Krishnan Nair terlibat didalam kes Kg Buah Pala dan terlibat secara langsung kes Kampung Baru Rumah Hijau MakMandin.Kes Kg Makmandin mirip kepada Kg Buah Pala(akan pisau ceritakan diartikel yang lain)
*Kes Kg Rumah Hijau Makmandin adalah amat serius,kami akan mendedahkan pembohongan kerajaan sosialis pulau pinang tidak lama lagi.Proses pecah dan perintah sedang berjalan.
Pisau kata " saat ini aku melihat 1Malaysia, 3 bangsa bersatu menentang Kerajaan Pakatan Haprak DAP Pulau Pinang"
Kalah Di Arena Cyber, Pencacai Anwar Godam Blog Pro Kerajaan
Filed under: Anwar Bengong, PKR Bengong

Ini adalah email yang dihantar terus ke Inbox kita.


Kita sebagai blogger prokerajaan tidak harus mendiamkan diri dalam memastikan peperangan alam siber ini nanti dikuasai oleh mereka.Kepada mereka yang pakar dalam bidang IT, bangkitlah membantu mereka yang teraniaya ini. Aku seru rakan-rakan didalam IT hubungi teman2 kita yang teraniaya bantu mereka dan sama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara
Bala : Penyelamat Politik Anwar Hanya Sampah Dalam PDRM
oleh Tokey Garam
Terbongkar semula : Anwar arah DNA Anak 'Azmin' ditukar?
Filed under: Anwar Ibrahim, Azmin Ali, PKR Bengong
oleh NT Anwar
Pendedahan The Unspinners dua hari lepas (klik di sini) membuka satu lembaran baru dalam kes pertuduhan salah laku seks Anwar-Shamshida 1998.
Selamat Menyambut Maal Hijrah!

oleh Imanshah
Betapa saban tahun kita menyambut tahun baru samada Hijrah mahupun masihi. Dan saban tahun jugalah usia kita berganjak dari setahun ke setahun. Terasa baru semalam kita menyambut Maal Hijrah, pejam celik-oejam celik, satu pusingan 360 hari telah berlalu. Betapa Allah yang maha pengasih terus-menerus mengurniakan nikmat yang tidak terjangkau oleh kita. Usah berbicara tentang nikmat-nikmat yang lain, lihat sudah nikmat kehidupan kita. Betapa ramai dalam kalangan sahabat, ahli keluarga serta seluruh kaum muslimin yang telah pergi mendahului kita. Namun, kita masih lagi dipanjangkan umur, dianugerahkan dengan kesihatan dan kekuatan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Namun begitu, setakat mana rasa syukur kita pada nikmat yang Allah kurniakan ini.
Pelacuran Agama : DAP dan PKR Sama Dengan Komunis?
Filed under: DAP Bengong, PKR Bengong
Lagi bukti mengenai kaitan DAP dan PKR dengan komunis apabila parti-parti itu menggunakan modus operandi yang sama dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1980-an iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mempengaruhi fikiran orang ramai. Di bawah adalah rakaman Berita Ringkas RTM pada tahun 1983 yang menerangkan bahawa Parti Komunis Malaya yang diharamkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam risalah mereka untuk memperdayakan orang kampung pada ketika itu.
Inilah Keadilan Yang Diperjuangkan Lim Guan Eng!
Filed under: DAP Bengong, konspirasi DAP
Bagi peniaga-peniaga kecil melayu disekitar Pulau Pinang pula, berada dibawah kerajaan negeri pimpinan Lim GE adalah merupakan mimpi ngeri buat mereka.Alasan yang digunakan Majlis Tempatan ini adalah undang-undang tempatan. Sebenarnya cara ini adalah taktik sama digunakan Singapura dulu tahun-tahun 60-70an. Tujuan Singapura seolah-olah untuk membunuh golongan peniaga dikalangan orang Melayu. Apa pula nawaitu ya Omar Abdul Aziz khayalan hallucination orang PAS Puss?
Perniagaan kecil-kecilan yang dilakukan oleh mereka sejak beberapa lama telah dimusnahkan oleh pentadbiran Majlis Berkuasa Tempatan dibawah pentadbiran kerajaan negeri. Jika kerajaan pimpinan Gerakan dan juga BN dahulu memberikan ruang untuk mereka menjalankan perniagaan, tetapi kini mereka terpaksa mencari sumber pendapatan yang baru.
Inilah nasib yang dialami oleh peniaga-peniaga kecil melayu di Pulau Pinang. Mereka terpaksa merempat di bumi sendiri dan hanya mampu melihat kerakusan kerajaan negeri pimpinan DAP berleluasa.
Artikel MyKMU sama mendedahkan lagi:
Amat menghairankan pula jika dilihat pertumbuhan kilang-kilang haram yang ada di Pulau Pinang sejak kerajaan pimpinan LIm GE memegang teraju pemerintahan.Ini macam gagasan hebat Omar Abdul Aziz penyamun lanun sepet untuk menjadikan orang Melayu hanya boleh cari makan sebagai pekerja kilang.
Di bahagian pulau sahaja mencatatkan sebanyak 58 kilang haram yang beroperasi dan di bahagian Seberang Perai pula terdapat sejumlah 150 kilang haram yang masih menjalankan perniagaan tanpa diambil tindakan oleh majlis berkuasa tempatan ataupun kerajaan negeri.
Apakah ini salah satu sikap pilih kasih yang cuba ditunjukkan oleh pentadbiran Lim GE di Pulau Pinang ?
Apakah kerana kilang-kilang haram ini dimiliki oleh bukan melayu, maka ia dibiarkan terus beroperasi tanpa ada sebarang tindakan ?
Pop Kuiz : Wee Choo Keong Racist atau Tidak?
Gambar diatas adalah gambar dari hadapan Restoran Ras Hartini yang telah menjadi hangat apabila nama Restoran ini di sebut-sebut dalam parlimen dan media masa. Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju telah mempertikaikan akan kewujudan Restoran Ras Hartini ini kerana di katakan tidak mempunyai lesen perniagaan dan menggangu lalulintas di kawasan tersebut.
Antara petikan Wee Choo Keong MP PKR Wangsa Maju( PONDAN TUA)
Restoran Ras Hastini (bukan gerai kerana perluasannya lebih daripada 10 kaki 30 kaki) yang melanggar semua undang-undang yang sedia ada dan ia meletakan diatas tanah kerjaan. Sebelum ini di tapak yang sama telah ada gerai (bukan restoran)
restoran Rashatini ini dimiliki oleh Pengurusi Persatuan Penjaja Melayu WP yang bernama En Rashid, sahabat karib Dato Shafie . Saya juga dimaklumkan bahawa kerusi dan meja di restoran Rashatini ada cop miliki DBKL. Bagaimanakah kerusi dan meja miliki DBKL boleh digunakan oleh restoran tersebut? Sama ada restoran Rashatini ini adalah satu bahagian dalam DBKL ataupun pegawai DBKL ada kepentingan dalam restoran tersebut?
Jalan Utama kawasan perumahan
Dari sudut belakang kedai HARAM berkenaan
Dari Pandangan Belakang kedai HARAM
yang mana betul betul di atas jalan Perumahan
Lihatlah betapa besar Kanopy yang digunakan
oleh kedai HARAM ini
Kedai HARAM Dari sebelah Kiri jalan
Restoran Ras Hartini terletak di bahu jalan. Kedai HARAM cina ini pula terletak di lorong kawasan perumahan. Bagaimana jika berlaku kebakaran di kawasan perumahan tersebut? Apakah kenderaan BOMBA dapat melalui lorong pintas ke kawasan perumahan tersebut? Kedai HARAM ini lah yang menggangu ketenteraman awam dengan bunyi bising kerana di sebelah kawasan perumahan penduduk.
Bukti pendedahan ini di harapkan agar kita semua menilai akan apa sebenarnya yang Wee Choo Keong ini lakukan. MP PKR ini telah bertindak RACIST dengan menyerang peniaga Melayu manakala peniaga cina HARAM tidak langsung di sentuh oleh Wee Choo Keong ini.
Gomo mencabar Wee Choo Keong agar tampil dimana-mana sahaja bagi berdialog berhubung isu ini dengan Dato Shafie Abdullah. Malah Gomo juga mencabar Wee Choo Keong agar mengulangi semula apa yang di sebutkan di dalam parlimen agar di sebutkan semula di hadapan media dan rakyat.
Buat Wee Choo Keong di harapkan jangan Bermain Api dengan kami peniaga Melayu. Cina nak cari makan maka carilah berapa banyak sekalipun. Kami Melayu tidak menyekat nya. Tapi jangan di gangu periuk nasi kami orang Melayu kelak BURUK PADAHNYA.
FAKTA:
Restoran Ras Hartini:
Dibuka tahun 1995 dan mempunyai lesen DBKL
Keluasan 10 x 30 kaki
Kedai HARAM Cina
Menceroboh jalan Kerajaan Kawasan Perumahan
Tidak mempunyai Lesen DBKL
Keluasan 30 x 60 kaki.
Psssttt....Gomo menunggu Pondan Tua PKR ini mengulangi semula kenyataanya di luar parlimen, he he he..berani ke?
LAGI ARTIKEL PANAS
WEE CHOO KEONG
PONDAN TUA PKR
KLIK POLITICAL BADUT
PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
Membangun Bersama DAP : Penang Pusat Maksiat?
Penulis juga menerima banyak komen yang mengaitkan kerajaan negeri sebelum ini kononnya pemimpin-pemimpin ketika itu tidak banyak membantu kaum Melayu di Pulau Pinang. Malah, ada yang menuduh bahawa Ketua Menteri diberikan begitu sahaja kepada bukan Melayu sedangkan parti UMNO memenangi lebih banyak kerusi ADUN.
DAP Lanyak Islam, PAS dan PKR Diam Membisu!
Filed under: PAS Bengong, PKR Bengong

oleh The Unspinners
Isu bina Masjid sama dan lebih perlu dalam perjuangkan Islam. Nga Kor Ming yang konon disanjung PAS pandai beri salam dan sebut ayat Quran persoalkan buka Masjid banyak2. Apa cerita PAS?
Ini hak dan kedudukan istimewa dalam perlembagaan. Bina Masjid ada peruntukan perlembagaan. Bina kuil, gereja, dan tokong tak tanggungjawab kerajaan. Pasal Islam ugama persekutuan, beza dengan ugama rasmi. Wang kerajaan boleh dibelanjakan untuk rumah ibadat, sekolah ugama Islam dan lain-lain institusi Islam.
Tahukah PAS jawab macam gini? Tapi PAS akhir2 ini tidak tahu cakap dalam Parlimen melainkan untuk fitnah UMNO. Dalam isu ugama dan bangsa Melayu, PAS hanya berdiam saja dalam Parlimen. PAs seolah-olah tak pertahanakn Islam demi untuk dapat undi.
PAS pun tak pertahankan Perlembagaan. Kulasegaran persoal Ketuanan Melayu. Tapi butir2 yang disentuh di Parlimen adalah perkara2 tertera dalam Perlembagaan. Ini makna DAP tentang Perlembagaan Malaysia.
PAS diam. PKR diam. Entah siapa lagi diam. Adakah mereka menentang Perlembagaan kita????
Lagi Pelacuran Agama Oleh PKR !
Nur Manuty dalam Selangor Kini mengatakan sokongan penuh sekiranya agama lain dibenarkan menggunakan perkataan Allah dengan alasan ia sudah lama digunakan oleh penganut agama kitab lain.
“Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.” Kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR dalam akhbar internet milik kerajaan negeri Selangor .
Abu Bakar bin Yang Fellow IKIM mengulas isu penggunaan nama Allah yang dikatakan sudah lama diamalkan oleh orang Arab pula mengatakan ;
“Bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam bible bahasa arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syiria dan beberapa Negara lain yang muncul sebelum kedatangan nabi Muhamad S.a.w menerima dan meyakini faham keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Tryniti (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakkan Kristian pada hari ini.”
“maka dengan itu hujah yang disandarkan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan “mengkafirkan golongan Kristian unity”, kata beliau sewaktu mengulas isu pengunaan nama Allah di kalangan masyarakat Malaysia.
Di dalam ajaran kristian agama mereka diajar meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).
Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu iaitu Allah SWT. Jesteru itu adalah satu perkara yang mengelirukan jika disamakan pengunaan nama Allah didalam agama Kristian dan Islam pada hari ini.
Walaupun Nur Manuti mengunakan firman dibawah ini untuk mewarjarkan tindakkannya :
Menjadi persoalan adakah umat kristian yang ada pada hari ini sama dengan umat Kristian zaman dahulu yang beriman pada kitab Injil, Taurat dan Zabur seperti di zaman Nabi dahulu yang akan menganuti agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka memperakui akan kebenaran dan kedatangan Nabi Akhir Zaman.
Tetapi yang jelas ajaran kristian hari ini adalah jauh berbeza kerana mereka akan menafikan kebenaran ajaran Nabi Muhammad dan menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman, maka dari situ adalah tidak wajar kita menyamakan agama kristian itu sama dengan agama Islam. Dan kita percaya orang Kristian hari ini pun bercanggah pendapat dan berbeza pandangan mengenai soal ini.
Tindakan Nur Manuti dan PKR pimpinan Anwar ini sebenarnya adalah lebih bertujuan untuk menyemai nilai-nilai Pluralisme agama di Malaysia demi kepentingan politik peribadi, dan barangkali akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat islam di Malaysia sekiranya ia terjadi, cuba rujuk situasi ini dikalangan kanak-kanak pada satu masa nanti jika ia di benarkan :
Aminah : Tuhan saya adalah Allah, saya orang Islam
Teresa : Tuhan saya pun Allah, tapi saya beragama Kristian
Aminah : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Teresa : bukanlah Allah itu ada Anak... ayah saya kata
Aminah : Allah saya sama ke dengan Allah teresa?
Kita tidak tau bagaimana implikasi umat islam di Malaysia jika ia terlaksana nanti. Sesunguhnya cubaan beberapa pihak untuk mengugat keharmonian agama islam di Malaysia sentiasa akan berterusan.
Walaupun mereka mengetahui kerajaan Malaysia bertegas mempertahankan akidah umat islam di Malaysia. Namun kita percaya isu ini akan sekali lagi dipergunakan secara berterusan oleh manusia yang suka meraih kepentingan individu seperti Anwar dan PKR untuk meraih sokongan. Adalah suatu yang malang sekiranya keharmonian beargama di Malaysia ini hilang gara-gara kelompok tidak bertanggungjawab yang sentiasa menjadi api dalam sekam meraih kesempatan tawar menawar politik Malaysia.
Kita Hanya Tinggal Kuasa Yang Akan Menentukan Bangsa
Filed under: Kerajaan Komunis dan Sosialis Penang
oleh Jeneral Pisau
Silap Mata Anwar : Tak Ada Penetrasi ,Tapi DNA Ada
oleh Encik Cyber1Trooper
Pada awalnya pihak pendakwa tidak berminat untuk mendedahkan berkenaan hasil penemuan DNA, tetapi memandangkan barisan peguam bela Anwar begitu beriya-iya berhujah tentang tiada kesan penetrasi, maka pasukan pendakwa terpaksa mendedahkan sedikit penemuan mereka.
Memang pasukan pendakwa tidak berhasrat mendedahkan bukti ketika ini - ketika kes belum dibicarakan dalam erti kata yang sebenarnya - tetapi kerana kesungguhan pasukan peguam bela Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan, maka Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Peguam Cara Negara II mewakili pihak Saiful mendedahkan :
"Berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar"
Itu baru sedikit bukti pihak pendakwa dikemukakan. Baru satu bukti yang belum lagi disokong oleh keterangan-keterangan daripada pakar-pakar DNA dan pakar kimia. Datuk Mohamed Yussof hanya beri isyarat bahawa mereka mempunyai bukti yang cukup lengkap untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.
Datuk Mohamed Yusof berkata laporan laporan 'separuh masak' yang ada di tangan pihak peguam bela, tidak mampu untuk menggugurkan kes kerana laporan itu terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal yang tidak konklusif sedangkan pihak pendakwa mempunyai laporan yang lebih sempurna beserta dengan keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes kerana keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Pihak pendakwaan akan diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti mereka, manakala pihak peguam bela diberi peluang untuk menimbulkan keraguan berkenaan bukti-bukti pihak pendakwa itu.
Berkenaan dengan elemen 'penetrasi', hakim Mohamd Zabidin berkata "Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut,"
Sepatutnya pihak peguam bela Anwar, berani memasuki gelangang perbicaraan, sekiranya Anwar benar-benar tidak meliwat Saiful, kerana tugas yang besar adalah terletak di pihak pendakwa untuk membuktikan berlakunya elemen kemasukan alat kemaluan Anwar ke dalam lubang dubur Saiful (penetrasi) dan sekiranya pasukan pendakwa gagal mengemukakan hujah konkrit bermakna Anwar bakal menang perbicaraan tersebut.
Tetapi tindakan Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan melambangkan terdapat sesuatu ketakutan yang benar-benar menjadi phobia kepada pihak peguam bela Anwar.
"Kami ada DNA yang menunjukkan hasil campuran dua lelaki (Anwar dan Saiful ?)di dalam lubang dubur mangsa", kata pihak pendakwa. "Beri peluang kepada pihak kami untuk menerangkan secara bukti saintifik dengan keterangan-keterangan pakar-pakar DNA dan pakar-pakar kimia yang membuat analisis ini", kata pihak pendakwa lagi.
Sebab itu, blogger gelagat Anwar yang berada di sekitar aktivis PKR melaporkan isu DNA telah menjadi bualan paling hangat di kalangan inner circle PKR selepas hakim membenarkan kes ini terus dibicarakan
"Kata mereka, dalam kes liwat Anwar inilah perkara yang paling Anwar dan team legalnya takuti. Apa sahaja lah yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa. Yang lebih merisaukan mereka, kumpulan pendakwa ini bukan calang-calang orang. Sudahlah berpengalaman - susah pula nak dijual beli. Segala usaha sudah dibuat katanya, tetapi tak boleh nak tembus. Anwar pun dah naik risau dengan perkembangan ini", tulis blogger gelagat anwar.
"Dikhabarkan oleh pimpinan PKR bahawa Anwar telahpun mengarahkan beberapa rakannya berbincang dengan pakar di Amerika dan Australia untuk memastikan mereka mendapat khidmat pakar DNA yang terbaik di dunia. Tujuan: untuk menidakkan kes terhadapnya. Anwar dikhabarkan tidak kisah dengan harga" tulis blogger itu lagi yang mendapat maklumat daripada sembang kedai kopi di pejabat PKR, Kota Damansara. Klik di sini
"Konspirasi ini cerita rekaan sahaja. Rekaan Anwar", tegas blog itu lagi.
Blogger gelagat anwar membuat kesimpulan awal mengatakan kebanyakan inner circle Anwar mulai percaya Anwar meliwat Saiful dan Anwar bakal kehabisan hujah untuk melawan hujah pihak pendakwa dan kemungkinan besar Anwar bakal masuk penjara Sungai Buloh sekali lagi atas tabiat yang sama yang pernah dilakukan sebelas tahu dulu..
Cerita Anak Beranak Parti Kelentong Rakyat..

oleh Mat Rempit 1 oren
Gua ada satu cerita nak story kat lu orang, ceritanya macam ni..
Nuar adalah seorang pembohong terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan,maklumlah dah selalu berbohong dia pun dah tak tahu macam mana nak kesan orang lain berbohong. Balik pada cerita robot tadi, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Nuar dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya,Shamsul pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
"Kamu dari mana?" tanya Anwar.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Shamsul, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya keluar dengan kawan ayah...".
"Buat apa?
"Dating dengan Eli ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur kamu buat apa dengan kawan kamu itu?!"
"Maaf ayah... saya dengan dia serahkan video temubual Bala pada SPRM".
"Bagus, habis tu SPRM ambil tindakan ke ?"
"Mestilah tak ambil tindakan ayah, saksi utama Bala pun dia tak tahu kat mana, kita kan dah sorok, saya cuma nak popular sahaja..ni gambar kitorang tadi"
Mendengarkan itu marahlah Nuar."Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie berbohong dan menipu orang untuk popular.
*PLANG* Nuar ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Nuar, Jijah kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Nuar sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
Tiba-tiba Nuar bersuara kembali. Ah.. biar kan mak kamu tu..jom kita pergi repeat dengan SPRM. Ayah ajar cara untuk kamu berbohong dengan lebih baik dan boleh cepat popular..
Nuar dan anaknya Shamsul pun berjalan seperti gengster ke pejabat SPRM...tengok gambar diorang kat bawah ni..bajet bagus je..

Lu orang tengoklah. Macam manalah SPRM nak siasat kalau setakat bagi video je..Bawalah Bala untuk buat laporan pada SPRM dan Bala setuju jadi saksi. Ini tak, nampak sangat Bala ni kena upah dan Shamsul Iskandar ni nak popular je. Baling batu lepas tu sembunyi tangan..
Interview Bala boleh..bawa Bala untuk jadi saksi tak boleh..Nampak sangat diorang ni nak kelentong rakyat.
Inikah yang dinamakan keadilan? Nicky Ajis betul...
Menjawab Kenyataan Nik Aziz
Oleh: Azli Shukri
KOTA BHARU, 3 Dis (Harakahdaily): Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini. “Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.
“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.
Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan. Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.
“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya. Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.
Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.
“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.
“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya. Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontrasi yang mendesaknya melepaskan jawatan. Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.
“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.
“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.
“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya. Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai. Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.
Ulasan Azli Shukri : Saya cuma ingin menjawab dua perkara sahaja berhubung laporan Harakahdaily di atas, iaitu :
1. Saya setuju nabi Muhammad memang pernah mendoakan bala untuk musuh-musuh Islam, tetapi DS Najib bukan musuh Islam - sebaliknya DS Najib orang beriman! DS Najib hanya bermusuh dengan PAS dan bukan dengan Agama Islam yang syumul ini. Minda Nik Aziz harus diperbetulkan - PAS bukan Islam dan Islam bukannya PAS. Terlalu banyak bezanya. Tiada maknanya melaungkan Islam! Islam! Islam! tetapi ahli-ahli PAS masih mengamalkan perbuatan jahiliah yakni mengumpat, memfitnah dan membuka aib kepimpinan negara. Jadi, Nik Aziz harus selesaikan dahulu sikap dan perangai ahli-ahli PAS, agar mereka dahulu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.
2. Isu Royalti - Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh mengapa Kelantan tidak mendapat royalti. Lagi pun kerajaan akan memberi wang saguh hati yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan dan bukan kepada PAS. Nik Aziz harus faham ada beza antara rakyat Kelantan dengan ahli PAS.
Tidak semua rakyat Kelantan adalah ahli PAS. Kerajaan hanya mahu membantu rakyat Kelantan sahaja dan bukan kepada Kerajaan PAS. Ini bukan zalim namanya. Kita harus faham, berpuluh-puluh tahun lamanya, kerja sebahagian besar pemimpin PAS adalah memaki hamun, mengkafir serta mengaibkan kepimpinan negara dan UMNO - jadi PAS zalim terhadap kerajaan Malaysia dan kepimpinan negara yang dipilih oleh rakyat - maka organisasi yang zalim seperti PAS, seharusnya diberi sedikit pengajaran agar dan hukuman - agar selepas ini parti tersebut taidak dengan mudah memburuk-burukkan kerajaan, walau pun kerajaan di bawah pimpinan DS Najib bertambah baik.
Pada saya Kerajaan Pusat tidak menzalimi rakyat Kelantan, sebaliknya Kerajaan Pusat mahu PAS Kelantan sedar bahawa perbuatan zalimnya yang selama ini suka membuka aib dan memfitnah kononnya UMNO menolak Islam - harus diberi sedikit pengajaran dan hukuman. wallahualam.
Kenapa Chief Khairy Kurang Pendedahan Media Perdana ?

oleh Digadong One
Saya amat terkilan sehingga kini,nampaknya semacam rasa tidak puas hati pun ada juga di rasai. Kenapa tidaknya pemimpin Pemuda UMNO selaku Ketua Pemuda UMNO sdra Khairy Jamaluddin sangat kurang diberikan liputan media perdana. Ini berbanding dengan Ketua Wanita UMNO Yang Berbahagia Datuk Shahrizat sendiri.
Pada saya sdra Khairy selaku wakil rakyat,ahli Parlimen dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia sangat perlu diberikan perhatian sewajarnya segala aktiviti dan program yang dihadiri beliau wajar diberikan liputan dan tempat sebaik mungkin di arus perdana.
Beliau adalah wakil Pemuda untuk generasi masa mendatang bukan saja untuk negeri-negeri di semenanjung malah untuk anak-anak kami di negeri Sabah dan Sarawak memahami dan mengetahui era kepimpinan beliau dewasa ini.Generasi muda di Bumi Bawah Bayu ini sangat berterima kasih di atas kepimpinan Pemuda UMNO yang banyak menyediakan aktiviti dan program yang berkaitan kehendak dan keperluan golongan muda khususnya pendidikan dan keusahawanan.
Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya,Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan pembacaan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Adalah amat janggal jika media perdana tidak nampak ini semua!.Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu,sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri.
Rakyat Jelata tidak kira golongan muda atau tua sangat bersedia untuk melihat perkembangan dan perjalanan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia ini di kaca TV.Siapa yang tidak sayangkan UMNO,pemuda jugalah yang bersedia sebagai pendekar yang mempertahankannya.Kita di Sabah tahu Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam...
WOW ! Ini Baru 1Malaysia
Semalam gua pergi reunion sekolah lame gua dekat KL, kebetulan terjumpe 2 member rapat. Seorang india dan seorang cina. Yang india name Muthu dan yang cina name Ah Seng.
Alang-alang terjumpe member lame. Gua ajak borak.
Gua buka cerita pade Muthu yang 2 tahun dulu memang penyokong kuat Hindraf dan ceramah Anwar tak pernah miss. Kalau nak tahu Muthu ni tinggal kat Penang.
Gua : Wa.. Muthu mesti sekarang lu banyak happy pasal Lim Guan Eng, Anwar punya geng suda perintah Penang.
Muthu : Cit.. Mana ade. Gua benci sama itu Lim Guan Eng dan itu Anwar 'Putar Alam' sekali.
Gua : Ait..apa cerita? Itu kan dulu lu selalu suka sama itu dua orang juga.
Muthu : Itu dulu.. sekarang tidak lagi. Itu kampung Buah Pala suda buat saye pening kepala. Diorang sudah tipu sama kami masyarakat India. Hindraf pun suda kena tipu sama Anwar. Lagi bagus BN, sekurang-kurangnya negara kita sudah semakin maju.
Gua : Biar betul, gua tak percayalah. Lu Muthu.. cakap bukan selalu betul pun.
Muthu : Lu tak ade percaye. lu tengok ini gambar. Saya takde tipu punya.
Gua : Wa! Muthu..gua tabik sama lu. Ini baru betul-betul perjuangan.
Sementara itu member gua Ah Seng hanya mendengar Muthu dan gua berborak-borak. Gua perasan dan gua cube nak ajak die join sekali. Gua memang da lame tahu, die memang penyokong kuat DAP. Mane tahu die tengah geram dengan Muthu sebab tunjuk gambar tu. Ah Seng ni tinggal kat Klang, tempat DAP menang hari tu.
Gua : Hoi.. Ah Seng takkan marah kot. Ini negara demokrasi. Rileklah..
Ah Seng : Mana de gua mara. Gua sokong apa itu Muthu buat. Memang DAP sama Pakatan Rakyat ..tipu punya orang.
Gua : Ait.. lu pun suda murtad ka? Lu kan dulu penyokong DAP dan benci sangat MCA. Apa sudah jadi ?
Ah Seng : Haiya..Lu tak ada percaya ka. Gua memang sudah tak percaya sama DAP, banyak sangat janji tapi tak tepati. Rasuah kanan kiri. Gua tak suka MCA pun, gua sanggup sokong itu Gerakan. Sebabnya gua percaya BN lagi tolong kita rakyat. Tak ada percaya, gua pun ada gambar lu tengok sini .
Gua : Wow ! baguslah lu dua orang sekarang. Ini baru 1Malaysia.
Ah Seng,Muthu dan Gua : Suda kena tipu. Kita Semua 1Malaysialah.. Kah Kah Kah
Khalifah Lim Guan Eng Perbodohkan Melayu
Filed under: Kerajaan Komunis dan Sosialis Penang
Pisau ada menyiarkan artikel bagaimana fakir miskin Islam Melayu di perbodohkan :klik sini ,sini dan bantuan yang tidak adil kepada sekolah tahfiz berbanding sekolah cina : klik sini
Selepas pendedahan itu,Khalifah cina melaka kesayangan PAS mengarahkan YB Phee Boon Poh membuat laporan polis kononnya isu ini dibangkitkan memainkan isu perkauman atau bahasa lebih mudah adalah rasis. Hasil laporan itu pengendali sebuah laman blog telah dipanggil untuk memberi kenyataan dan di siasat,akibatnya kenyataan maaf terpaksa di siarkan :klik sini. Jika benar mereka tidak membuat perkara itu ,kenapa satu lagi majlis memberi bantuan diubah lokasi secara tergesa gesa : klik sini .
Ketua Menteri paling celaka ini mengelar orang melayu rasis, kerana kita mempertikaikan cara memberi bantuan yang jelas cukup menghina umat Islam, Lim Guan Eng ,lebih baik kamu balik melaka,sedarlah kamu hanya anak pungut DAP Pulau Pinang!
Pisau agak terkejut,apabila pemilik blog berkenaan menarik balik artikel dan memohon maaf kepada puak kiasu chauvanist cina DAP. Harus diingat,jika betullah pendedahan ini sebagai satu fitnah,mengapa pendedahan di akhbar oleh YB Datuk Jahara tidak diambil tindakan,melainkan perkara itu benar benar berlaku.
Cabaran dibuat agar membuktikan jika kerajaan negeri terlibat dalam persekongkolan membangsatkan fakir miskin Islam. Jangan memperbodohkan rakyat ,jangan membaling batu sembunyi tangan,jangan menghina orang Islam Pulau Pinang.Nah Ini buktinya
Fakir miskin Islam di bangsat & perbodohkan ibarat lembu dengan hanya memberi gula,beras 5kg,kopi,milo dan angpau RM10 dan terpaksa menerima di tokong Dewa Ling Hean Kong Hwa Kwong ,Telok Air Tawar dan sebelum itu mereka terpaksa menunggu upacara mengadap sami dan berhala tamat baru sumbangan di berikan.Cukup menyedihkan bantuan yang disalurkan kepada fakir miskin Islam adalah hasil daripada kutipan jualan tiket loteri yang dianjurkan pada sebelah malam sebelum itu,Untuk yang beragama Islam,wang hasil judi adalah haram.Mereka langsung tidak sensitif dalam soal ini.
Adakah YB Phee Boon Poh tidak mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang dan memegang jawatan exco? Ya ! Kerajaan sosialis negeri memang terlibat.!!Malah YB celaka ini yang mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengeluarkan surat jemputan,yang menyedihkan kenapa Jabatan Kebajikan Masyarakat tunduk kepada arahan yang jelas membangsat dan menghina orang melayu,mereka harus peka tentang permasalahan ini.
Mereka ini berbohong apabila mengarahkan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seberang Perai Utara menghantar surat jemputan kepada fakir miskin ,apabila penerima tiba di tokong surat itu diambil untuk menghilangkan bukti.Namun salah seorang penerima surat itu berjaya membuat salinan .
Hampir kesemua bantuan bantuan disalurkan melalui tokong tokong,contohnya seperti gambar dibawah sebagai bukti.
Pisau tidak mempertikaikan niat baik mereka untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin,tetapi ini tidak kena pada caranya,bukankah terdapat banyak dewan JKKK yang diambil alih oleh Kerajaan Negeri,Kenapa tidak digunakan,malah ketika Kerajaan Barisan Nasional memerintah perkara ini langsung tidak pernah berlaku,malah cukup menghormati sensitiviti sesama kaum.
Kepada Adun Pakatan Haprak Melayu, Apa sialan seperti kamu buat? Mulut diplaster? Atau mulut sudah disumbat projek projek hingga bangsa sendiri dibangsat dan diperbodohkan kamu tidak bela. YB Dr Mansoor? kamu mahu lagi telur busuk? Pisau malas nak tegur Yb Malik Itik disebabkan memang YB pondan ini suaranya seperti itik,siapa mau dengar Itik bercakap, YB Salleh Man dari PAS tempatnya hanya layak di salon . YB Melayu pakatan haprak lain usah dicakap lah,memang fungsi mereka hanya menjadi gundik habuan selingkohan haram DAP.
Pisau akan terus mendedahkan kebobrokan kerajaan sosialis Pulau Pinang,buat bangsaku melayu,tolak perbezaan fahaman politik,buang yang keruh ambil yang jernih,Pisau menyeru bersatulah ada perkara besar bakal berlaku di negeri kita.
Pisau kata " ada lagi habuan Pisau untuk kerajaan Sosialis Pulau Pinang, TUNGUUUU!"
Statistik
Sedang Membaca
Unit Media Baru PPUM
UMB Negeri
Makluman
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
Rakan-Rakan
-
APO LA BANGANG SANGAT EKAU NI JANG... - PKR kata UMNO khianat PH di Negeri Sembilan, itu statement bodoh dari budak-budak PKR sampai la ke orang tua dalam PKR. Kalau UMNO nak khianat, awal-awal...5 hours ago
-
When Politics Meets Economics: Isham Jalil’s Podcast Homework Problem - It was a refreshing change to see Isham Jalil step away from his usual political commentary and return to economics — after all, economics is his actual ...2 days ago
-
TIDAK PERLU 'CLAIM CREDIT', IRAN ANGGAP MALAYSIA RAKAN ATAS SOKONGAN PULUHAN TAHUN - 1. PM10 tidak perlulah terlalu beriya 'claim credit' berhubung perlepasan kapal tangki minyak Malaysia melepasi Selat Hormuz kerana hubungan baik Ira...2 months ago
-
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...3 years ago
-
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...5 years ago
-
Hendak Kerja, Sertai Armada - Syabas YB Syed Saddiq kerana telah berjaya membantu Rakyat Armada di dalam pencarian kerja. Kalau tidak semua sekalipun, hampir semua dalam senarai di a...6 years ago
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM ! - *Liwat: Anwar didapati bersalah* PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...11 years ago
-
Memang UMNO Selangor dah lemau..!! - *kalau UMNO Selangor sayangkan UMNO Selangor eloklah tukar kepimpinan sebagaimana mereka bijak mendesak suatu ketika dahulu* Pak Lah tak dapat 2/3 masa...11 years ago
-
-
TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tel...12 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...13 years ago
-
-
-
Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau - Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu tek...14 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...14 years ago
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...15 years ago
-
-
-
-





