CHANNEL UMB

DAP Penang : Khalifah LGE menghina Islam lagi

Friday, July 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

Posted On 7/17/2009 11:00:00 AM by megat |



Guan Eng hina saya dan Islam - Darshan

PULAU PINANG 16 Julai - Peguam penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini, Darshan Singh Khaira membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan menghina beliau dan Islam.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Pattani di sini kira-kira pukul 3.30 petang ini dengan ditemani beberapa penduduk kampung berkenaan termasuk Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj.

Beliau juga menyifatkan Guan Eng sebagai kurang ajar dan cuba memecahbelahkan hubungannya dengan penduduk kampung tersebut yang kebanyakannya Hindu.

''Guan Eng secara berterusan mempersendakan nama saya mengikut agama lama dan nama Islam sekarang. Ia merupakan satu penghinaan,'' katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilaporkan oleh sebuah akhbar bahasa Cina pada 11 Julai lalu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris pada 15 Julai.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dipetik sebagai berkata; ''Adakah dia Darshan Singh atau Dahan Abdullah.''

Dalam hubungan ini Darshan berkata: ''Nama seseorang tidak menggambarkan pegangan agama.

''Ia hanya label, saya akan tetap menggunakan nama Darshan Singh walaupun beragama Islam.''

Sehubungan itu, Darshan yang memeluk Islam pada awal 1980-an mahu Guan Eng disiasat mengikut Seksyen 4 (1) dan 298 (a) Akta Hasutan 1948 bersama Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau juga mendakwa Guan Eng sengaja berbuat demikian bagi mengalih isu penduduk Kampung Buah Pala ketika ini kepada isu perkauman walaupun mengguris hati banyak pihak.

''Beliau membuat pelbagai serangan peribadi terhadap saya, beliau tidak layak menjadi Ketua Menteri atas pelbagai sebab,'' katanya.



PAS, apa jawapan anda? perbuatan khalifah kesayangan anda ini mempersendakan nama dan agama anutan saudara islam? Oh ! Pisau terlupa mana mungkin PAS mampu bersuara kepada khalifah ulung di pulau pinang ini, Khalifah yang di endorse oleh TGNA ini adalaha salah seorang junjungan besar juak PAS & Melayu BerBangsa PR. Lesen & prestige yang diberikan oleh PAS kepada beberapa pemimpin DAP untuk menghina Islam, di gunakan sepenuhnya oleh mereka,

sudahkan anda lupa? Khalifah LGE menghina Islam : klik sini


Pisau kata " kalau tanya LGE kenapa,mesti dia jawap dah tok guru ajar itu macam ,saya ikut la"

Comments

1 comments to "DAP Penang : Khalifah LGE menghina Islam lagi"
  1. Orang yang menghina Islam ialah Dashan Singh @ Dahan Abdullah. Oleh kerana walaupun beliau sudah memeluk Islam, dia masih mengguna nama sikh punjabi asalnya.
    Nama seorang memang menunjukan agamanya. Jika beliau masih guna Darshan Singh, ia bermaksud hatinya masih seorang beragama sikh, walaupun dia sudah menmeluk Islam.