CHANNEL UMB

ISA Lebih Penting Dari Isu Murtad,Di mana perjuangan PAS

Friday, July 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


PAS seru ahli sertai demo anti-ISA - Malaysiakini

PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, awal bulan depan.

Tinggal lagi dua minggu sebelum program 1 Ogos itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

"Sehubungan dengan itu semua ahli PAS diminta untuk hadir memberikan sokongan terhadap perhimpunan ini," katanya hari ini.

"Semua ketua-ketua penerangan negeri dan PAS kawasan diminta mengadakan siri-siri ceramah dan edaran risalah penerangan berhubung kezaliman akta ISA serta mengajak lebih ramai rakyat : selanjutnya sini


Wah,laungan perhimpunan haram anti ISA kepada seluruh penyokong PAS lebih hebat dari menentang gelaja murtad yang berleluasa di negara kita.

Mana lebih penting? Dakwah mubaligh kristian atau pun tuntutan berunsur politik lebih popular? PAS membelakangkan kepentingan agama demi tuntutan kawanan politik yang sama sama mahu lebih bebas tanpa ISA.

Kenapa malaysiakini mengunakan tajuk 9 orang Kristian ditahan di UPM ? Kenapa tidak mengunakan 9 orang Mubaligh Kristian ditahan di UPM? Mereka begitu bijak memainkan sentimen bahawa orang kristian ditangkap dan dituduh seolah olah mereka tidak bersalah.

Di mana pendirian PAS? langsung tidak bersuara,kenapa? takut Bapak Mertua LGE berdehem lagi kah? Juak juak PAS begitu hebat bila menentang UMNO, ayat quran di gunakan itu ini ,dengan dalil dan nas nya itu ini, tetapi langsung tidak memberi reaksi gejala murtad yang sedang berlaku. Yang lebih penting demo haram yang menjadi keutamaan mereka hingga sanggup mengedarkan risalah dan menganjurkan ceramah.

PAS jangan mendabik dada perjuangkan Islam,sehingga hari ini tidak ada apa sumbangan yang dilakukan oleh PAS kepada syiar Islam di Malaysia.Hanya banyak menyumbang fitnah & maki hamun di ceramah ceramahnya.

Buktikan anda betul betul berjuang demi Islam, belasah PKR & DAP yang begitu giat mempelopori freedom of expression.
3 Response to 'PAS PR : ISA Lebih penting dari Isu Murtad, Di mana perjuangan Islam PAS?'