CHANNEL UMB

Manek Urai : PAS Menang Tapi Nyawa-nyawa Ikan

Wednesday, July 15, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 7 comments
Filed under:


Posted On 7/14/2009 11:03:00 PM by megat |


Pisau mengucapkan tahniah kepada calon PAS abe Uji kerena memenangi DUN Manik Urai, inilah kemenangan yang paling buruk sejak pru12, sedikit atau banyak jumlah undinya,PAS masih tetap mengekalkan kerusi penyandangnya.

Kemenangan yang tidak mengembirakan pimpinan PAS ini,menandakan faktor Tok Guru sudah tak releven lagi di Kelantan, hampir tiap hari tok guru berkempen siang dan malam,namun indikasi terjemahan undi mengambarkan berlaku penolakan dalam jumlah yang besar dalam majoriti undi kali ini.

PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. adalah kemenangan tipis buat PAS yang sebelum ini mendabik dada mampu meraih lebih 2000 majoriti undi.

Pisau cadangkan kepada pucuk pimpinan BN agar meneliti semula dengan tawaran TPM jika menang akan membina jambatan di sana, Bukti kan kepada Rakyat Manik Urai didahulukan,tolak sebentar perbezaan politik, walau pun kalah,BN harus tetap membina jambatan untuk rakyat di Manik Urai. Buktikan kita menunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang prihatin. Nasib 5,283 pengundi yang memilih Tuan Aziz harus diberikan perhatian,tanpa mengira BN kalah.teruskan agenda rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan.

Selepas ini, Pisau berharap kerajaan tidak menunggu tibanya pilihanraya baru tergesa gesa memberi pelbagai janji, setiap pemimpin tempatan harus mengambil pendekatan yang proaktif untuk meraih kembali kepercayaan pengundi,dekatkan diri anda dengan penduduk tempatan, jangan lah sombong dan tidor.Ambil berat dan prihatin nasib rakyat.Jangan menjanjikan bulan dan bintang ketika tibanya pilihanraya.

Di siaran TV Awani malam tadi, salah seorang panelis mengakui jentera BN kali ini lebih efektif dalam meraih pengundi rakyat berbanding jentera PAS yang hilang arah,pujian harus diberikan kepada Tok Pa dan seluruh jentera BN yang berkerja keras semasa tempoh kempen.

Buat Tuan Aziz,anda jangan kecewa,teruskan berkhidmat untuk rakyat Manik Urai,buktikan anda relaven dan diterima oleh masyakarat setempat. Barangkali selepas ini,semasa PRU13 Tuan Aziz mampu mengalahkan Abe Uji.

TanSri Muhiydin wajib mengotakan janji pembangunan kepada rakyat di Manik Urai.. kalah tak bermakna janji tidak perlu dikota..insyallah janji pembangunan yg direalisasikan lebih mulia dari janji pangkah pas masuk syurga fartamorgana..



Pisau kata " Tok Guru terlalu overkill UMNO,inilah jawapannya majoriti 65"

Comments

7 comments to "Manek Urai : PAS Menang Tapi Nyawa-nyawa Ikan"
  1. SALAM...
    PAS MENANG PENGUNDI HANTU.
    PAS BERI WANG RASUAH RM500 BAGI MEMANGKAH PAS PADA PENGUNDI HANTU YANG DATANGNYA DARI THAILAND.

    ADA 2 BAS TERSADAI DI DALAM KEBUN GETAH BERHAMPIRAN PUSAT PENGUNDIAN.

  2. kopiah jer putih akai tarak

  3. Tahniah media baru. Saya telah linkkan media baru ke blog :
    http://warisanpahang.blogspot.com/

  4. Tunaikan janji di kawasan yang menang sahaja. Buat jambatan di 5 kawasan daripada 9 peti undi. Baru terbukti dan nampak perbezaannya.

    Kalau tak tunaikan janji, PRU seterusnya, depa undi PAS balik.

  5. salam kepada blog UMB PPMM

    semoga kita dapat bersama-sama memenangi sokongan rakyat terhadap UMNO dan memperbetulkan dakyah songsang PR...

    salam

  6. Linking to my blog roll,..heheh,..wat else can I say,..(,")

  7. Kenapa Nik Ajis tak berani tuduh, PAS menang tipis di Manek Urai kerana UMNO guna pengundi hantu? Jawabnya:-

    1. Pengundi hantu pun dah serik dengan janji kosong PAS. Dulu PAS janji nak jamu telor ayam bila menang PRU 12 tapi dikasinya telor manusia!

    Jangan jamu telor Ekeng na. Ekeng tak dak telor. Mua mua mua....