CHANNEL UMB

PRK Permatang Pasir dan Pemuda UMNO

Friday, July 31, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: , , ,



oleh : AlifBaTa, Unit Media Baru PPUM

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman penyandang kerusi Adun Permatang Pasir di atas pemergian beliau ke rahmatullah. Berita ini antara tidak adalah satu petanda bahawasanya 1 pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan di kawasan DUN berkenaan.

UMNO Pulau Pinang di bawah pengerusinya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera di kawasan tersebut pada bila-bila masa. Menandakan UMNO sudah bersedia untuk meneruskan momentum penurunan undian melayu kepada PAS bermula daripada PRK Bukit Gantang hingga ke PRK Manek Urai. Kematian penyandang kerusi Permatang Pasir ini sekali lagi menggusarkan pimpinan PAS yang baru sahaja ingin melupakan mimpi pahit menang dengan hanya kelebihan 65 undi.Ada pihak yang mengatakan kemenangan itu diselubungi dengan konroversi apabila ada sesetengah pihak mengatakan UMNO dan Barisan Nasional seharusnya menang di kerusi berkenaan. Kita tunggu keputusan mahkamah jika petisyen difailkan pihak UMNO nanti.

Antara yang menarik mengenai PRK yang bakal berlangsung ini ialah Permatang Pasir merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PAS di negeri Pulau Pinang. Andainya UMNO menang di kerusi ini, perkara ini akan menandakan 1 penolakkan terhadap PAS di Pulau Pinang dan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang tidak lagi lengkap kerana ketiadaan PAS. Peluang untuk melakukan perkara ini perlu diraih UMNO agar dapat melemahkan kekuatan Pembangkang di Pulau Pinang sekaligus akan menjadi 1 petunjuk UMNO dan Barisan Nasional akan dapat merampas kembali Pulau Pinang pada PRU ke-13 nanti.

Apa yang menariknya lagi PRK yang bakal berlangsung ini akan menimbulkan keterujaan kepada Pemuda UMNO dan pimpinannya. Kerana Pemuda UMNO di bawah pimpinan YB Khairy Jamaluddin ternyata berjaya menarik pengundi muda untuk mengundi UMNO dan Barisan Nasional di Manek Urai. Momentum yang baru digapai ini pasti akan diteruskan oleh Pemuda UMNO di PRK Permatang Pasir agar ia akan menjadi manifestasi kepada semua bahawa "Pengundi muda kembali bertaut kepada Barisan Nasional".

Bagi pihak Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysian di bawah pimpinan Tun Faisal Ismail bin Aziz pasti akan bersedia untuk menggempur di ruang media baru terutama sekali di internet.PRK Penanti yang baru berlangsung hanya 2 bulan memudahkan Unit Media Baru untuk menyediakan fakta dan bahan kerana isu-isu setempat yang akan dimainkan nanti tidak jauh bezanya dengan apa yang dimainkan di PRK Penanti.

Ayuh bersatu Pemuda UMNO kita gegar Permatang Pasir!

Comments

3 comments to "PRK Permatang Pasir dan Pemuda UMNO"
  1. SALAM...
    MANTAP....KEYAKINAN WUJUD DI SERATA MALAYSIA UMNO AKAN MENANG PILIHANRAYA KECIL INI.

  2. ye ke boleh menang....ermmm apa yang dah berubah nye...lagi teruk ada la
    aku orang penang tak nampak pun BN bagus!!!!

  3. SALAM;

    BEGITU JUGA DGN PR-TIDAK ADA APA YANG LBH BAIK DARI UMNO-AKU JUGA ORANG KOT LERAH TU JUGAAAA! PENANG DAN SEBERANG PRAI LAIN SIKIT. MUNGKIN DI PENANG DAH LAMA HIDUP DENGAN BANGSA CAYANUNALIB...TAPI SEBERANG PRAI....TAK MCM TU..