CHANNEL UMB

N11 Permatang Pasir : Pemuda Pas & PKR dah berpaling Tadah ke UMNO/ BN!

Saturday, August 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:





Golongan pemuda parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.

"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi. Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," katanya.

Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja. Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN

by - Kamalfarsya