CHANNEL UMB

MT Sedia Letak Calon Di Permatang Pasir,kerjasama dengan PAS dan ulasan tentang ISA oleh Presiden UMNO

Saturday, August 1, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,



KUALA LUMPUR, 31 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa UMNO/BN akan meletakkan calon jika pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan berikutan kekosongan di kerusi itu yang mengikut saluran perlembagaan.

Kerusi DUN N.11 kosong berikutan kematian penyandangnya, Hamdan Rahman, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini.

Lantaran itu, berkaitan dengan calon yang akan diletakkan mewakili BN akan diperhalusi setelah mendapat maklumbalas dari Pengerusi Badan Perhubungan Negerinya, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa anggota MT membincangkan berkaitan pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang baru berlangsung 14 Julai lalu dengan memaklumkan bahawa berpuas hati walaupun tidak berjaya tetapi keputusan yang diperoleh sangat menggalakkan.

Beliau yang juga selaku Presiden UMNO berkata demikian ketika sidang media sebaik selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut, di Menara Dato’ Onn di sini.

Dalam perkembangan berlainan, Datuk Seri Najib turut mengulas berkaitan idea perbincangan dengan PAS, beliau memaklumkan bahawa UMNO sentiasa bersikap terbuka dengan cadangan tersebut.

“Pendirian UMNO dari awal lagi telah jelas bahawa apa sahaja usaha yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan untuk perpaduan Islam serta Melayu adalah diterima dengan baik, dan dari segi prinsipnya ia adalah konsisten,” katanya.

Lantaran itu, beliau menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan UMNO tertekan hinggakan mahu adakan kerajaan campuran.

“UMNO tidak tertekan hinggakan cari usaha untuk adakan titik pertemuan bagi kerajaan campuran sebaliknya UMNO mengutamakan prinsip untuk kebaikan ummah dan rakyat,” tegasnya lagi.

Dalam menjawab soalan berkaitan rancangan untuk mengadakan perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau menyatakan bahawa rancangan tersebut didalangi oleh pihak yang mempunyai agenda politik tertentu dan tentunya ia tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.

“ISA akan dikaji semula lantaran itu, ia tidak seharusnya dipolitikkan tetapi rakyat perlu beri cadangan bagaimana untuk mengubahnya berlandaskan kepada aspirasi masyarakat dan kesesuaiannya.”

Perdana Menteri juga turut mengumumkan senarai jawatankuasa biro-biro UMNO seperti berikut:

BIRO LATIHAN
Pengerusi YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BIRO KEAHLIAN
Pengerusi YB Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal

BIRO PERLEMBAGAAN
Pengerusi YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein

BIRO EKONOMI
Pengerusi YB Sen. Datuk Dr Awang Adek Hussin

BIRO PENDIDIKAN
Pengerusi YAB Dato’ Abdul Ghani Othman

BIRO PENERANGAN
Pengerusi YB Tuan Haji Ahmad Maslan

BIRO HAL EHWAL IPTA
Pengerusi YB Dato’ Mustapha Mohamad
Timb. Pengerusi YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah

BIRO AGAMA
Pengerusi YB. Sen. Dato’ Mej. Jen. (B) Jamil Khir Bin Baharom

BIRO HAL EHWAL LUAR NEGARA & KELAB UMNO LUAR NEGARA
Pengerusi YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek

Comments

0 comments to "MT Sedia Letak Calon Di Permatang Pasir,kerjasama dengan PAS dan ulasan tentang ISA oleh Presiden UMNO"