CHANNEL UMB

PAS pegang di Permatang Pasir hanya " melukut di tepi gantang "

Wednesday, August 19, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Melukut di tepi gantang. ayat paling tepat dan pedas untuk menunjukkan hakikat sebenar kedudukan Pas di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Pulau Pinang .

Dahulu , Ahli Dewan Undangan Negeri Pas yang berpengalaman selepas menang tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan negeri seperti Exco Agama Islam .

Dua lagi parti dalam pakatan itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang masing-masing mempunyai 19 dan sembilan Adun, diperuntukkan lapan dan tiga kuota Exco kerajaan negeri termasuk jawatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri.

Hal ini jelas menunjukkan Pas di mata kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah tidak memberi makna apa-apa apabila tidak diberikan jawatan dalam kerajaan negeri. Dahulu semasa Pakatan menang pada PRU 12 2008 di Pulau Pinang, ramai orang Melayu cakap kita hanya menang sorak dan kampung kita tergadai . Yang menang sorak itulah hanyalah orang PAS dan kini mereka tiada apa kuasa pun malah pandangan mereka tidak dipandang pun oleh kerajaan DAP.

Memang tidak dinafikan Pas mengharapkan sumbangan dan peranan parti itu dihargai seperti DAP dan PKR walaupun hanya ada satu kerusi, tetapi, Pas ibarat 'punguk rindukan bulan'. PAS hanya mimpi di siang hari saja untuk dapat jawatan Exco.

Jika kita imbas kembali sejarah kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu, walaupun MIC mempunyai satu wakil dalam DUN selepas Pilihan Raya Umum 1999, tetapi parti itu diberi penghargaan dan pengiktirafan dengan memberi satu jawatan Exco iaitu Adun Prai .Itulah bezanya keadilan dan erti perkongsian kuasa di kalangan parti komponen dalam kerajaan BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang seolah-olah tidak mengambil kira sumbangan Pas. PAS terus dipinggirkan tetapi mereka masih cakap perlu orang Melayu harus undi mereka kerana mereka boleh perjuangkan isu Melayu dan Islam . Ini semua cakap kosong saja oleh PAS untuk mengaburi pengundi Melayu.

Jika benar kerajaan negeri menghargai sumbangan Pas,sudah tentu wakil tunggal Pas itu dalam DUN sebelum ini diberikan tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

Saya menyeru penduduk Permatang Pasir agar bertanya kepada diri sendiri jika kita pilih wakil rakyat Pas , adakah beliau boleh lakukan perubahan di Prmtg Pasir jika kedudukan parti itu di dalam kerajaan negeri ibarat melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Penduduk Prmtg Pasir harus ingat janji Kerajaan Pusat yang mahu menjadikan Permatang Pasir sebagai 'anak emas' jangan dipersia-siakan dan dipandang serong. Kerajaan Pusat di bawah PM DS Najib ikhlas untuk membantu dan penduduk tidak sewajarnya melepaskan tawaran keemasan ini kerana mereka mungkin tidak akan mendapat peluang kedua jika gagal membuat keputusan yang bijak kali ini.

Kita pilih antara dua nak jadi 'anak emas' atau ' melukut di tepi gantang'.
pejuang bangsa

Comments

0 comments to "PAS pegang di Permatang Pasir hanya " melukut di tepi gantang ""