CHANNEL UMB

PRK PERMATANG PASIR : ISU CALON BN : BAIK SANGAT KE CALON-CALON PAS / PR SEBELUM INI?

Wednesday, August 19, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments




PG , mulanya malas nak tulis bab PRK Permatang Pasir ini. Tak tahu sebab apa. Mungkin BN akan menang kot. Tetapi bila PAS menimbulkan isu calon BN yang lesen guamannya ditarik oleh majlis peguam ( tidak boleh jalankan amalan guaman ) maka PG tergerak nak sentuh sikit mengenainya.

2. Bukannya apa: PAS sibok menjaja tentang calon BN ini. Pertanyaan PG ialah, baik sangatkan calon-calon PR sebelum ini? Lihat di bawah ini :

i. MP PAS ...... ( masih MP ) lagi di Kelantan. Tak usah sebut namalah. Terlibat dengan kecurian balak di kawasan Tanah Merah Kelantan sehingga TGNA mengambil tindakan menggugurkannya sebagai exco / pengerusi pembalakkan di Kelantan pada tahun 1990. Kalau TGNA bercuti , TGNA akan memberikan pemangkuan kepada seorang ADUN lain sebagai pemangku MB. Tak beri kepadanya. Hanya berikan kepada YB ini sebagai menguruskan hal-hal pentadbiran sahaja. Kejadian ini terjadi setelah 12 orang pegawai jabatan Hutan Tanah Merah termasuk pengarah Hutan Negeri Kelantan di tahan oleh tentera Navik Thailand. Baik sangat ke?

ii. Kes bekas Adun Bukit Selambau ( Arumugam ) . Bersekedudukan sehingga lahir anak luar nikah.

iii. Kes Eli Wong di Selangor : bersekedudukan dengan lelaki muslim tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Baik sangat ke?

iv. Kes Ronnie Liu : Masih bicara di mahkamah kerana menghalang penguatkuasa MPSA menyerbu di pusat pelacuran / karaoke. Baik sangat ke ?

v. Kes khalwat Mat Sabu denganseorang wanita bernama Norma di hotel Perdana Kota Bharu( tak silap bilik 121 kot ). Mat Sabu cakap perempuan tersebut datang nak jual ubat. Baik sangat ke?

vi. Kes Apandi Ali ( bekas ADUN Jeli Kelantan ): membuat tuntutan palsu dengan mendakwa menetap di hotel perdana Kota Bharu tapi tak tinggal disitu dan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Termasuk dituduh ialah seorang YB ( dah bekas ) di Kelantan juga kerana membuat tuntutan palsu berkaitan hotel yang sama juga bersama YB Apandi Ali. Baik sangat ke ?
vii. DSAI. Dua kes liwat. Satu dah selesai dan mahkamah sahkan bahawa beliau seorang pengamal homoseksual. Satu kes lagi sedang berjalan. Itu punasyik mengelak aje. Baik sangat ke?

viii. Allahyarham Buniyamin : menuduh Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya. Lepas fitnah tersebut terus meniggal dunia. Nasib baiknya dimaafkan oleh Tun. Baik sangat ke?
viii. Kes Fairuz TKM Pulau Pinang. rasuah kemudian didapati tak cukup bukti ambil duit dari syarikat pecah batu. ( Teknikal sahaja: duitnya ambil juga ). Baik sangat ke ?

x. Kes-kes rasuah dan penyelewengan YB PR di Selangor sekarang. Baik sangat ke YB PR ini ?. Dari MB nya sehinggalah kepada exco-exconya sama aje.

3 . Inilah sebahagian perbandingan dan sebagai respon terhadap PAS dan PR yang mempertikaikan calon BN di PRK Permatang Pasir. Kes calon ini hanya teknikal yang hanya melibatkan syarikat guaman ( kongsi ) calon ini yang mana duit koperasi dimasukkan oleh rakan kongsi calon PPasir ke akuan syarikat ini. Itu sahaja. Tak ada kena mengena dengan calon ini pun.

4. Jadi baik sangat ke calon-calon PAS dan PR ini. Banyak lagi pun cuma tangan PG dah letih nak menulis hari ini. Juga bukan senang nak memerah otak nak mengingatkan kembali semua kejadian ini. Minta bloggers lain tambah kalau boleh !
by - PenghuniGua

Comments

0 comments to "PRK PERMATANG PASIR : ISU CALON BN : BAIK SANGAT KE CALON-CALON PAS / PR SEBELUM INI?"