CHANNEL UMB

6 lelaki didakwa insiden kepala lembu : Adakah mereka bersalah?

Wednesday, September 9, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under:


SHAH ALAM: Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana dituduh melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada 28 Ogos lepas.

Ahmad Mahayuddin Abdul Manaf, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, dan Mohd Hilmi Ni, 40, mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka secara berasingan di hadapan Hakim Hasbi Hasan.

Mengikut kertas pertuduhan, Ibrahim dan Ahmad Mahayuddin didakwa bersama-sama telah memijak kepala lembu, Eyzva Ezhar didakwa membawa kepala lembu manakala Mohd Azmir, Ahmad Suhairy serta Mohd Hilmi didakwa bersama-sama membawa dan memijak kepala lembu dalam satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

Kesemua perbuatan itu didakwa mempunyai kecenderungan menghasut, yang mana perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan permusuhan terhadap rakyat beragama Hindu.

Mereka didakwa didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pilihan iaitu dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan penganut beragama Hindu dengan melakukan kesalahan terbabit pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Ahmad Mahayuddin dan Ibrahim merupakan pengerusi dan timbalan pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Seksyen 23 di sini, yang mengetuai bantahan terhadap cadangan kerajaan Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu di Seksyen 19 di sini ke kawasan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar mencadangkan agar kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Peguam Datuk Salehuddin Saidin, yang mengetuai pihak pembelaan, membantah jumlah jaminan yang dicadangkan kerana menganggap ianya amat tinggi dan satu bebanan kepada kesemua tertuduh.

Beliau berkata kesemua anak guamnya telah dimaklumkan semalam bahawa mereka akan dituduh hari ini dan mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis.

"Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh juga menunjukkan seolah-olah ia satu kesalahan menghina agama lain sedangkan mereka tidak berniat untuk berbuat demikian. Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain," katanya sambil memohon agar mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM500 setiap seorang.

Mohd Dusuki pula berkata jumlah jaminan RM500 yang dimohon oleh pihak pembelaan tidak wajar dan tidak sesuai dengan pertuduhan kerana kes itu mendapat liputan meluas media elektronik dan cetak serta banyak laporan polis dibuat berhubung insiden itu.

"Justeru mohon RM15,000 dikekalkan kerana jumlah itu wajar berdasarkan kepada latar belakang kes yang mendapat liputan meluas media dan melibatkan kepentingan awam," katanya.

Mendengar hujahan pihak pendakwaan, Salehuddin bangun dan berkata liputan meluas media terhadap kes itu tidak seharusnya dijadikan faktor oleh mahkamah dalam menentukan jumlah jaminan.

"Takkan kita nak hukum tertuduh berdasarkan liputan meluas itu," katanya.


Rentetan perbicaraan pagi tadi...

9 pagi

Kes rakyat Islam dizalimi kini ke mahkamah. Mereka yang ingin mempertahankan hak Islam dibumi melayu akan didakwa.

Okt sedang berkumpul di kompleks mahkamah shah alam. Peguam-peguam yang akan mewakili mereka juga kelihatan.
Mahkamah Sessyen 6 penuh sesak dengan penduduk Shah Alam. Ramai yang berdiri dari dapat duduk.

12 orang penduduk Shah Alam akan menerima 'pembalasan' kerana mempertahankan Islam.

Mereka bukanlah 'religious extremist'. Mereka adalah 'civil protector'. Mereka menjadi mangsa orang yang menjerat. Habis madu sepah dibuang.


10:30 pagi

6 orang rakyat shah alam didakwa kerana membawa dan memegang kepala lembu di hadapan bangunan SUK.

Mereka boleh didenda rm5000 atau penjara 3 tahun hanya kerana bawa dan pegang kepala lembu.

Adat orang melayu kata lambat macam siput, pandai macam kancil dan bodoh macam lembu. Mereka cuma nak kata ada pemimpin yang bodoh macam lembu. Itu sebab mereka bawa nak hadiahkan orang itu kepala lembu.

DPP mohon jamin rm15000, sedangkan kalau didapati bersalah cuma denda rm5000.

Peguam membela minta jaminan rm500 sebab mahkamah magistrate KL minggu lepas bagi wang jaminan cuma rm500.

Mahkamah putus wang jaminan rm4000 dengan seorang penjamin.

Kes tangguh ke 21 Okt 2009.

Sendiri mau fikirlah orang melayu !


11:30 pagi

12 orang rakyat shah alam didakwa kerana mengadakan perhimpunan secara aman di depan bangunan SUK minggu lalu.

Mereka tak bawa senjata kecuali pistol air. Ya secara aman pun tak boleh kumpul ramai-ramai. Mereka semuanya umat Islam.

Kalau mereka cina dan india tentu mereka tak didakwa. Kerana ada pihak-pihak yang membuat pendakwaan berpilih. Ada ke orang yang berhimpun dibawah pokok di Ipoh kena dakwa?, ada ke orang yang berhimpun kerana terjun bangunan di dakwa?

Kerana mereka melayu, mereka Islam dan mereka penduduk dan rakyat shah alam maka mereka di dakwa. Syabas rakyat didahulukan !

Mahkamah beri jaminan sebanyak rm500. Yang peliknya pendakwa minta rm10000, ada masuk akal ker?

Kes tangguh ke 21 Oktober 2009 untuk sebutan.

Sumber : Mstar dan Warisan 2057

Comments

5 comments to "6 lelaki didakwa insiden kepala lembu : Adakah mereka bersalah?"
  1. nak tanya...
    hak islam yang mana diorang nih pertahankan???

  2. Tak bersalah.Senang nak defend.

    -Saksi pertama Khalid Ibrahim

    Dahulu Khalid gelar orang lembu.

    http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/09/dahulu-gelar-orang-lembu-kini.html

    Ada kena mengena agama?
    Tiada kan.

    Kalau kita lukis gambar lembu berkepala Khalid,hanya tunjukkan sindirian dia bodoh.Tiada kena mengena agama.

    Kepala lembu sinonym dengan ketua yang bodoh dan baghal macam Khalid Lembu.

    Orang macam ni patut kita pijak2 aje,pemimpin tak guna.Tiada kena menggena agama.

    Ahli PR panggil ahli umno
    :lembUMNO.

    Atau siapa ikut UMNO,dikatakan lembu UMNO.

    Peguam pembela sudah cakap "Bagi orang Melayu lembu melambangkan kebodohan dan bukan membawa penghinaan kepada agama lain"

    So macamana nak buktikan tujuan/niat membawa kepala lembu adalah untuk menghina agama Hindu,atau sebagai alat sindiran.

  3. kata melayu islam...islam tak ajar nak labelkan orang lembu ke apa ke...masa bulan puasa ramadhan lak tu...apa la korang...macamana la rakyat selangor tak tolak korang...berfikir masih takuk lama....lu pikir la sendiri.

  4. orang seksyen 7 said...

    islam tak ajar nak labelkan orang lembu ke apa ke

    blah blah blah
    ==========================
    Khalid Ibrahim yang panggil orang lain lembu

  5. Salam Tuan,

    Saya ini bukan Islam atau Melayu, tetapi sejak kebelakangan ini saya nampak orang Melayu terus saja menjadi mangsa keadaan. Saya sangat sedih mengapa perkara seperti ini boleh berlaku.

    Sudahlah negara kita ini sekarang dikecam, dihina, dgelar sebagai pencuri oleh orang Indonesia..kita diserang dari luar oleh orang luar...dalam negara pula kerajaan diserang dengan berbagai-bagai tohmahan dan fitnah oleh puak-puak pembangkang yang semakin biadap.

    Tidak cukup dengnan itu, sesama rakyat lagi buat hal. Bagaimana kita hendak duduk aman dalam negara ini kalau lah begini seterusnya kelakuan rakyat negara kita. Kepada rakyat yang asalnya MEMANG PENDATANG itu saya harap mereka haruslah menghormati hak-hak kaum Bumiputera baik di Semenanjung Malaysia mahupun di Sarawak dan Sabah.

    Apa ada pada kepala lembu itu? Saya tidak fahamlah...kan itu haiwan yang memang halal dan memang boleh dimakan oleh orang-orang Islam,,,jadi kenapa pulak orang Hindu itu yang marah???...Aduiiii...

    Yang dulu kisah orang bukan Islam yang menggantung kepala babi didepan ke atau dalam surau...kenapa mereka yang bertanggungjawab itu tidak didakwa??? heran,heran...tetapi kenapa kalau orang Islam mempertahankan kesucian agama mereka dikatakan salah pulak..???...undang-undang apa ini???...kunta-kunte kah???

    Apa Datuk Seri Hisham dah buat dengan rakyat???...mana dia "rakyat didahulukan-pencapaian diutamakan" itu...??? Mana dia raja KeADILan dunia Anwar Ibrahim..kenapa tak bela nasib orang Melayu di Seksyen 23??? Mana dia Lim Kit Siang...mana perjuanagan anda semua...perjuangan menegakkan keadilan samarata???...mana suara DAP dalam hal ini????
    Kenapa PAS diam membisu???mana Abdul Hadi Awang???...mana semua suara mereka????...kesemua mereka ini adalah pemimpin pengecut...Nik Aziz pun juga...mengapa rakyat teraniaya tidak kamu semua bela???