CHANNEL UMB

Bagan Pinang : Mereka yang didakwa di mahkamah Hero Rakyat!

Friday, September 11, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


Oleh: Teh Tarik Satu

Kelmarin seramai enam individu yang menyertai demonstrasi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menghasut dengan membawa dan memijak kepala lembu kira-kira dua minggu lalu.

Manakala enam lagi dituduh menyertai perhimpunan haram pada hari dan waktu yang sama.

Kawan tahu ramai umat Islam yang terguris hati apabila pihak berkuasa mendakwa mereka. Penduduk Islam Seksyen 23 pun tumpang sedih.

SEKUMPULAN penduduk Seksyen 23 yang didakwa melakukan perhimpunan haram, mengangkat tangan menuju ke lokap sementara menunggu pembayaran wang jaminan diselesaikan di Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor semalam.Sumber Utusan Malaysia

Yang gembira tentulah PAS, DAP dan PKR. Mereka peduli apa dengan agama Islam. PAS pun dah tak boleh diharap, maklumlah tengah gelojoh nak mengejar kuasa.

Samalah macam kenyataan berulang kali yang dibuat oleh Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kini mempunyai nama kembar dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata mereka PAS tak terlibat! Ini angkara UMNO! UMNO mahu rakyat bergaduh! dan macam-macam lagi ayat kelentong mereka.

Sekarang kedua-dua pemimpin tersebut dipanggil Khalid Babi oleh rakyat Selangor yang marah terhadap cara mereka menangani isu kuil tersebut.

Bagi kawan, situasi tegang yang berlaku puncanya adalah kerana kesalahan PAS sendiri. Dosa PAS tentang hal ini sememangnya sudah tercatat sejak zaman Tan Sri Muhamad Muhd Taib menjadi Menteri Besar Selangor lagi.

Lupakah kita, sejak zaman Muhamad, PAS telah memulakan serangan terhadap UMNO dan Barisan Nasional dengan mengatakan jumlah kuil Hindu sama ada yang sah dan haram adalah lebih banyak dari bilangan masjid dan surau di Shah Alam sendiri.

Waktu itu juga, beberapa penceramah PAS, telah menyindir kononnya Shah Alam bukan lagi bandar Melayu tetapi bandar Hindu.

Kalau masjid lebih banyak dari kuil barulah boleh dianggap bandar Melayu atau bandar Islam. Kawan teringat tentang apa yang diucapkan oleh pemimpin PAS dalam hal ini kerana kawan pernah membeli kaset ceramah mereka.

Salah seorang yang pernah mempertikaikan tentang jumlah kuil ini ialah bekas tertuduh kes khalwat, Mohd Sabu.

Kawan amat percaya, ceramah-ceramah yang disampaikan sejak dahulu sehingga BN tumbang di Selangor mempunyai kesan.

Dan kerana kelantangan PAS yang mahu kuil Hindu haram dimusnahkan sedikit sebanyak mempengaruhi emosi orang Islam yang kurang selesa dengan keadaan yang berlaku. Mereka juga menuntut janji PAS yang mahu hapuskan kuil-kuil haram di Shah Alam.

Tetapi malangnya, selepas BN tumbang tiada pula usaha tersusun dan berkesan diambil untuk menangani isu kuil haram ini. Malah PAS sanggup menipu rakyat dengan kata kuil yang dipindahkan itu sudah berusia 150 tahun. Jadi umat Islam kena bertoleransi.

Bodoh ke bangang orang PAS ni. Pergi tengok sejarah. Shah Alam buka tahun berapa? Tahun 1857 dah ada ke estet di Seksyen 19 tu. Dah ada ke orang India di situ?

Setahu kawan takde. Apa kata tanya kat Profesor Khoo Kay Kim? Pasti diapun geleng kepala, dengan fakta 150 tahun ni. Masa tu mana ada ladang getah dibuka di Shah Alam.

Sebab itulah orang Islam di sana makin sensitif dengan isu kuil haram ini. Ditambah pula, mereka lihat macam tiada langsung tindakan diambil. Tiada yang dirobohkan.

Yang dipindahkan pun belum ada. Yang nak dibina baru pun dah banyak didengari penduduk.

Jadi apa sudah jadi dengan PAS. Adakah kerana mahukan kuasa yang lebih besar, PAS sudah berkompromi dengan kaum India dan penganut Hindu dalam hal ini dan menendang umat Islam umpama manusia melukut di tepi gantang.

Lebih pelik, PAS sanggup menggelumangkan dirinya dengan taik dan diludahi asalkan hati orang lain terjaga.

Kerana itulah, kawan lihat PAS di Selangor ini sudah menjadi semakin dayus. Jangan haraplah nak tengok orang PAS berani di Selangor.

Yang mereka bersemangat ialah untuk menangkap orang yang beromen di taman, yang berkhalwat di hotel dan yang sedang mabuk di disko dalam keadaan seksi. Mungkin boleh tengok wayang free kot.

Tengoklah apa yang berlaku di Seksyen 23. Balik-balik kata UMNO jadi dalang. Kononnya UMNO sengaja mahu mencetuskan huru hara, siap keluarkan gambar mereka yang terlibat dalam akhbar yang menjadi organ parti mereka. PAS kononnya tak terlibat.

Itu sajakah yang mampu dilakukan PAS sambil mencuci tangan.

Mungkin juga PAS sekarang tengah sibuk nak kafirkan orang. Macam tok guru mereka yang hari-hari menyindir UMNO dan cuba gambarkan mereka seperti orang kafir.

Bagi kawan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ni dah nak gila. Apa yang dicakapkannya pun dah macam Ayah Pin. Pengikut mereka pun mengangguk sajalah macam kera nampak pisang.

Kalau tok guru cakap secara terus terang kan lebih baik. Katakan sajalah orang UMNO tu kafir dan tak akan masuk syurga. Nak cium syurga pun tak boleh. Kan senang, tak payah nak serabutkan kepala orang ramai.

Lepas itu, senanglah kita nak tengok siapa anak orang PAS yang jadi kafir. Siapa mak bapa dia orang yang kafir kerana menyokong UMNO.

Kawan nak tengok juga, menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana satu nanti yang dikatakan kafir kerana menyokong UMNO.

Siapa anak penakan Menteri Besar Kedah yang jadi kafir kerana PAS. Siapa saudara mara Datuk Harun Din yang jadi kafir kerana mulut Tok Guru. Maklumlah, ramai di keliling mereka ini ialah penyokong kuat dan ahli UMNO.

Semuanya pasti berkait dan keadaan tentunya akan jadi haru biru. Masa tu nanti bolehlah kita lihat siapa sebenarnya yang mempertahankan akidah Islam dan siapa sebenarnya yang sesat.

Moga-moga diri kita tak termasuk dalam kelompok yang dikafirkan.

Berbalik kepada isu mereka yang didakwa semalam, kawan bukan berniat mahu menghasut sesiapa. Pada pandangan kawan mereka ini semuanya adalah hero umat Islam dan juga hero rakyat.

Mereka adalah penyelamat keadaan kerana berjaya mengelakkan rakyat daripada menjadi mangsa kebodohan membuat keputusan oleh kembar tak seiras bernama 'Khalid Lembu'.

Memang benar kebanyakan mereka orang UMNO, tapi jangan lupa seorang daripada mereka adalah ahli PAS manakala lima yang lain adalah penggerak Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Yang dipijak ialah kepala lembu yang melambangkan 'otak lembu' Khalid bukannya Tuhan agama Hindu. Tukang sembelih lembu di pusat-pusat penyembelihan lagilah teruk cara mereka buat kepada kepala lembu. Mereka tetak, mereka baling dan campak merata kepala lembu.

Mereka tak peduli, siapa yang tengok, orang Hindu ke, Islam ke atau orang tak ada agama.

Jadi apa yang sensitif sangat. Kalau simbolik tersebut orang di Pejabat Peguam Negara tak faham juga sebab dah tak ada deria kreatif, maka kawan cadangkan agar penduduk Seksyen 23 lepas ni arak pula lembu ke Bangunan SUK dan dipakaikan dengan baju yang tertulis MB selangor.

Mungkin ini boleh menamatkan kekeliruan. Tapi jangan lupa minta permit.

Comments

1 comments to "Bagan Pinang : Mereka yang didakwa di mahkamah Hero Rakyat!"
  1. masaalah dalaman Pengkianat bangsa yang mengALI BABAkan lesen2 kontrak dan masaalah ketirisan yang dah berlarutan hampir 25 tahun..siapa nak jawap???