CHANNEL UMB

Nizar OII!! Sedikit Berkenaan Tan Sri Isa Samad dan Mohon Bantuan Dari Semua Untuk Bantu UMB di Bagan Pinang

Wednesday, September 30, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,



oleh Mat Rempit 1 Oren

Seperti yang kita tahu jack, otai lama dan orang yang paling banyak pengalaman di Bagan Pinang dilantik menjadi calon di Bagan Pinang. Tak lain tak bukan Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri memang calon yang tepat sebab dibesarkan di Bagan Pinang dan arwah isterinya juga berasal dari situ.Kalau fikir soal jasa, Tan Sri Isa pernah jadi MB 22 tahun dan wakil rakyat lebih kurang 30 tahun. Pembangunan PD(Port Dickson) yang pesat dah macam kemajuan negeri Melaka tu pun disebabkan Tan Sri Isa sendiri. Bayangkanlah orang dah pernah jage 1 negeri ,lepas tu jage bahagian. Memanglah beliau bagi terbaik punye. hehe Maju PD. Tak percaye turun tengok Jack.

Cuma ada 1 hal iaitu beliau pernah dihukum disebabkan politik wang. Tapi beliau setia pada parti dan tak memberontak macam Anwar Atartuk. Gua pernah dengar di TV yang keputusan hukuman itu pun boleh beliau pertikaikan, tapi kerana sayangkan perjuangan parti beliau mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana gua rasa bagi beliau pemberontakkan akan memecah-belahkan UMNO dan beliau sayangkan perjuangan UMNO lebih daripada kehendak peribadi.

Lagipun beliau dah menjalani hukuman tak payahlah nak dihukum terus. Kalau PAS dan Pakatan Pembangkang banyak mulut sangat. Cermin diri sendiri dulu. Mat Sabu pernah kena tangkap khalwat. Anwar Ibrahim pernah masuk penjara, la ni tunggu bicara kes liwat. Lim Guan Eng pernah masuk penjara pun dah jadi Ketua Menteri. Fikirlah sendiri. Kalau Tun Dr Mahathir cakap gua respek, sebab dia mana pernah kena tuduhan dan kena penjara serta mengkritik dan bagi pandangan kerana kebaikkan parti. Pembangkang cakap ni gua langsung tak percaya, diorang pun 2 X 5 Jack. Cakap je lebih, da nak dekat 20 tahun Nik Aziz jaga Kelantan macam tu jugak, rakyat ramai miskin dan papa kedana. Selangor pun nak bankrupt baru 2 tahun perintah.

Kesimpulannya, InsyaAllah BN akan menang kerana calon kita memang benar-benar layak dan berpengalaman serta jasa kalau nak kira pun tak cukup kalkulator.

Justeru itu minta bantuan daripada ahli UMNO dan orang awam hatta Mat Rempit sekalipun untuk membantu kami. Antaranya ;

1) Informasi menarik atau tak menarik yang korang tahu berkenaan PRK Bagan Pinang tak kira belah pembangkang dan kerajaan.
2)Gambar dan video peristiwa di sana,tak kira belah pembangkang dan kerajaan.
3) Keperluan logistik blogger,sukarelawan atau apa sahaja yang korang nak bantu.

Korang boleh emailkan informasi,berita,gambar,cadangan dan video serta bantuan lain tersebut pada umb.ppum@gmail.com .

Segala bantuan korang geng, gua dahulukan dengan ucapan terima kasih. Kalau lu nak gua siarkan nama dan bantuan lu di blog pun tak ada hal. Beres je.

"Sama-Samalah Membantu Memenangkan Calon BN, Berat Sama dipikul, Ringan Sama Dijinjing"

abes..

Comments

1 comments to "Nizar OII!! Sedikit Berkenaan Tan Sri Isa Samad dan Mohon Bantuan Dari Semua Untuk Bantu UMB di Bagan Pinang"
  1. Salam,
    Frust sangat kenapa la Isa di angkat sebagai calon. Takda ke calon lain yang takde rekod rasuah boleh diangkat memandangkan situasi politik semasa ni. Tak belajar lagi ke di permatang pasir, yang tak mengaku salah pun boleh kena, inikan pula yang dah mengaku salah. Tun M pon dah cakap awal2 takkan tak paham lagi. Takkan la sebab nak puaskan hati bahagian je, hati rakyat yang jadi pengundi macammana? Takkan la tak boleh nak bagi calon yang bersih ( or at least nampak bersih la). Agaknya sebab alang2 dah kalah semua PRK seblm ni, tak kisahlah kalah lagi ke?