oleh AlifBata,
Antara cadangan pindaan perlembagaan UMNO yang akan diadakan pada perhimpunan yang akan datang ini ialah sistem kuota dihapuskan dan diganti dengan kriteria–kriteria tertentu bagi ahli–ahli UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan.
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita selidiki apakah yang ingin dicapai dengan penghapusan kuota pencalonan bagi setiap jawatan dalam UMNO.
Pertama ingin mewujudkan pemilihan yang lebih mencerminkan kehendak akar umbi. Kedua pemimpin yang berintegriti dan ketiga yang paling penting sekali supaya lebih banyak bakat-bakat baru boleh menonjolkan diri dalam kepimpinan.
Persoalannya adakah ketiga-tiga matlamat ini akan tercapai dengan kriteria-kriteria dicadangkan bawah ini?
1)Pencalonan Ketua Pemuda :
-Perlu menjadi exco Pemuda selama 1 Penggal dan ada cadangan 2 penggal.
-Had Umur 45 tahun.
2)Pencalonan Presiden :
-Perlu menjadi naib Presiden 2 Penggal
3)Pencalonan Exco Pemuda :
-Perlu ada apa-apa jawatan dalam pemuda terlebih dahulu.
4)Pencalonan Naib Ketua Bahagian:
-Perlu jadi jawatankuasa bahagian atau jadi perlu jadi Ketua Pemuda.
Sekali lagi adakah ketiga-tiga matlamat iaitu ingin mewujudkan pemilihan yang lebih mencerminkan kehendak akar umbi,pemimpin yang berintegriti dan supaya lebih banyak bakat-bakat baru boleh menonjolkan diri dalam kepimpinan akan tercapai jika kriteria-kriteria pencalonan di atas diambil kira?
Sedangkan ramai orang tahu jika ahli UMNO yang tidak pernah menang apa-apa jawatan dalam UMNO tidak akan mungkin dapat bertanding jika kriteria-kriteria ini dipakai.
Adakah keadaan ini tidak menyekat peluang pemimpin-pemimpin yang berpotensi dan berkebolehan?
Jika contohnya pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda iaitu perlu menjadi exco selama 2 Penggal. Bagaimana sekiranya Ketua Pemuda meninggal dunia dan naib beliau hanya pernah memegang jawatan exco selama 1 penggal?
Ia akan menjadikan keadaan kacau bilau, kerana tiada siapa yang akan layak untuk duduk di jawatan Ketua Pemuda sekarang jika melihat majoriti exco hanya pernah 1 penggal memegang jawatan.
Adakah keadaan ini tidak menyusahkan ahli-ahli UMNO untuk mengemukakan pencalonan berbanding sistem kuota?
Seharusnya syarat-syarat yang logik dan praktikal perlu digunapakai, contohnya keahlian UMNO selama 3 tahun. Jika kriteria-kriteria di atas ini dipakai dan hanya menguntungkan sesetengah pihak dan menyekat peluang pertandingan pada mereka yang berpotensi.
Adakah matlamat penghapusan sistem kuota akan tercapai ?
Akhir sekali sejauh mana kesannya terhadap UMNO ?
Jangan sampai ahli-ahli UMNO jauh hati dan lari ke parti lain kerana peluang mereka untuk bertanding dinafikan.
Fikir-fikirkanlah..
"Bangkitlah Dengar Suara Akar Umbi,Jangan Hanya Fikir Perut Sendiri"

Comments
0 comments to "Nizar oiii !!! Hapuskan Kuota dan Letakkan Kriteria Serta Pelbagai Syarat : Sejauh Mana Kesannya Terhadap UMNO?"Post a Comment