CHANNEL UMB

Nizar OII!!! Mungkin ... Mungkin ... Apa punya pakar la DR Meletop NI !!!

Thursday, October 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Bila Masa Dr Pornthip Periksa Badan Teoh?

Kumbang sedikit pelik dengan pendedahan mengejutkan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip dari Thailand yang membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Ini berikutan laporan TV Selangor yang disiarkan dialog rakyat seperti di bawah:
Hasrat untuk mendapatkan khidmat pakar Patologi dari Thailand tidak kesampaian, apabila keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.
Jika anda baca laporan di dialog rakyat ini bermakna tidak berlakunya proses bedah siasat yang dilakukan Dr Pornthip iaitu Pakar Patologi dari Thailand tetapi hanya melibatkan empat doktor bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah,Klang.

Ini bermakna Dr Pornthip (jika benar laporan TV Selangor tidak melakukan pemeriksaan pada fizikal Teoh tetapi hanya memberi pandangan di dalam inkues) mungkin menggunakan laporan siasat pihak ketiga iaitu 4 pakar bedah yang disebutkan tadi dan berpandukan kepada gambar-gambar tempat kejadian.

Jika benar Dr Pornthip melakukan pemeriksaan pada badan Teoh. Kumbang mohon masa dan tarikhnya didedahkan kepada umum kerana laporan TV Selangor yang merupakan proksi Kerajaan Selangor menyatakan pakar patologi dari Thailand tidak sempat untuk melakukan pemeriksaan dan bedah siasat kerana kehendak keluarga mendiang untuk mendiang cepat dikebumikan.

Jelas pendedahan ini amat meragukan apabila Dr Pornthip hanya mengulangi perkataan 'mungkin' terhadap hampir semua kenyataan beliau.

Perkataan 'mungkin' ini menandakan Dr Pornthip sendiri tidak pasti terhadap kenyataan beliau mungkin disebabkan beliau sendiri tidak memeriksa fizikal Teoh.

Di dalam pendedahannya juga beliau tidak menyentuh mengenai aspek-aspek yang menyokong Teoh membunuh diri iaitu:

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh.
Pelik juga Kumbang apabila Teoh dicekik dan dicederakan duburnya tetapi DNA si pelaku tidak ditinggalkan di tubuh badan Teoh.Jika ada sarung tangan digunakan si pelaku dan senjata yang mencederakan dubur Teoh. Dimanakah sarung tangan dan senjata itu?

Adakah kenyataan yang dibuat Dr Pornthip hanya ingin menimbulkan keraguan?

Kumbang rasa anda semua bijak menilainya ...

Ayuh Gobind dedahkan tarikh dan masa pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr Pornthip serta jawab di mana DNA si pencekik Teoh.Ada berani?

Takut-takut DNA Tan Boon Hwa yang jumpa pula.

Sumber: Analisis Ringan

P/S : Hari ni kemungkinan keluarga Teoh akan benarkan mayat mendiang Teoh digali semula.
Berapa banyak duit kerajaan Selangor akan lesap untuk bayar Dr Meletop?

Lepas ni Dr Meletop mungkin takkan cakap mungkin dan mungkin lagi. Sebab selepas ini kita akan cari DNA si pencekik dan penyula Teoh pada badan mendiang Teoh sendiri.

Hehehehe...Kita tengok siapa yang kena.
Gobind,Tan Boon Hwa and DAP, Are You Ready?!!!!!!

Comments

1 comments to "Nizar OII!!! Mungkin ... Mungkin ... Apa punya pakar la DR Meletop NI !!!"
  1. http://unitmediabaru.blogspot.com/