
Hukuman diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu yang memerintahkan hukuman berkenaan dilaksanakan berkuatkuasa hari ini. Tian Chua bagaimanapun memohon penangguhan hukuman tersebut dan akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya itu.
Mengikut undang-undang dengan hukuman yang diterima, keanggotan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen gugur dan pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan Parlimen Batu. Bagaimanapun pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sehingga proses rayuan selesai.
Jika hukuman ke atas Tian Chua dikekalkan hingga semua proses rayuan diselesaikan, barulah pilihan raya kecil akan diadakan.
Seperti diduga, Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua mendakwa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000 terhadapnya oleh Mahkamah Majistret sebagai tidak adil
"Saya akan merayu dalam tempoh 14 hari. sementara itu saya akan jalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa," katanya di lobi Parlimen, Khamis.
-Agendadaily
Comments
0 comments to "Nizar OII!!!! Pilihanraya Kecil Ke-10 : Tian Chua dan PKR, Are You Ready?"Post a Comment