CHANNEL UMB

Ulama kena ambil tindakan terhadap Nik Aziz – Reezal

Thursday, October 15, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 6 comments

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Golongan ulama digesa mengambil tindakan tegas terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana membuat kenyataan tidak masuk akal bahawa perjuangan UMNO tidak akan membawa seseorang masuk syurga.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kenyataan pemimpin Pas itu jelas mengelirukan dan menyimpang daripada ajaran al-Quran sebenar serta membuatkan agama Islam dipandang hina.

“Saya tak faham kenapa ulama-ulama UMNO dan kerajaan atas nama al-Haq tak boleh cakap dan ambil tindakan terhadap Nik Aziz.

“Dia cakap benda yang tak masuk akal. Dia cakap perjuangan UMNO tak boleh bawa orang masuk syurga. Macam mana dia tahu siapa masuk syurga, siapa masuk neraka,” katanya semasa berucap menyokong ucapan dasar Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pada Persidangan Perwakilan Pemuda di sini hari ini.

Reezal Merican berkata, junjungan Nabi Muhammad SAW sendiri tidak boleh menentukan siapa yang dikehendaki dan disayangi baginda untuk masuk syurga kerana semuanya adalah ketentuan Allah SWT seperti yang ditulis di dalam al-Quran.

Beliau berkata, atas nama Islam, pemimpin Pas itu boleh membuat kenyataan apa sahaja untuk kepentingan parti mereka dan ia tidak harus dibiarkan berterusan.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menyelar sikap ‘putar alam’ Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Anwar sering bertukar ‘wajah’ untuk menarik sokongan terhadap perjuangan dan kepentingan politiknya.

“Apabila jumpa orang Cina, Anwar Ibrahim cakap lain, jumpa orang India dan jumpa orang Melayu dia cakap lain untuk tarik sokongan.

“Kita dalam UMNO kenal siapa Anwar Ibrahim dan sejarah tetap tertulis siapa Anwar Ibrahim. Walaupun apa yang dilakukannya, kita tahu sejarahnya,” katanya.

Comments

6 comments to "Ulama kena ambil tindakan terhadap Nik Aziz – Reezal"
  1. ATAS URUSAN APA WAKIL DAP JUMPA CHIN PENG??? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/10/ngeh-dan-kulasegaran-dari-dap-jumpa.html

  2. salam semua:
    kalau yang minum arak tu kena sebat - macammana pulak kalau seseorang mempersendakan dan bermacam2 lagi kita dengar sejak akhir2 ini dengan memesongkan kesucian agama ISLAM demi kedudukan parti?
    ada kah badan2 yang mendengar dengan memeluk tubuh tanpa tindakan????

  3. assalamualaikum...bolehkah masukkan blog saya ke senarai list anda...ini link blog saya http://sekretariatbnbaling.blogspot.com/ dan www.umnobaling.com

  4. nama blog ni hampir sama dengan nama blog saya .. ceit!

    Nik Aziz sudah patut lama berundur daripada arena politik. Beliau hanyalah nyamuk yang menghuru harakan politik negara

  5. apa kata Tok Guru Nina Marican ajak Nik Aziz berdebat mengenai isu ni..siaran langsung lagi. Muzakarahpun boleh juga. rAKYATPUN NAK TAU JUGA SEJAUH MANA ERPESONGNYA NIK AZIZ NI...

  6. maaf silap..Datuk Seri Tuan Guru Rizal Marican..bukan nina marican.