Lagi gambar di bahagian bawah
Jumaat lepas saya bersama Parpukari,Minaq Jinggo serta 50 orang warga media dari media masa utama negara, majalah dan beberapa blogger telah mengikuti program 'JOM PI JERLUN' bersama Ahli Parlimen kawasan berkenaan iaitu Datuk Mukhriz Mahathir . Kami berlepas menaiki pesawat firefly dari Terminal Subang Skypark jam 10.00 pagi.
Tujuan Datuk Mukhriz membawa media kesana ialah untuk memperkenalkan Jerlun kepada seluruh warga media agar media dapat melihat keadaan sebenar disana dan seterusnya dapat bersama-sama mempromosikan Jerlun kepada pelancong tempatan atau luar negara.
Ternyata Jerlun tidak menghampakan kami. Ianya amat menarik. Banyak perkara yang boleh dimajukan disana terutamanya dalam bidang pelancongan. Di Jerlun pekerjaan penduduk setempat terbahagi kepada tiga kategori,iaitu pesawah,pekebun getah dan nelayan. Itulah sumber pendapatan mereka.
Bagi warga bandar yang inginkan satu percutian yang mendamaikan saya mencadangkan agar anda ke Jerlun. Di Kg.Jeruju ada disediakan home stay untuk kemudahan pelancong. Tempat tersebut juga sesuai untuk syarikat-syarikat koporat yang ingin mengadakan hari keluarga syarikat mereka. Dalam masa yang sama kita juga boleh membantu menaikan taraf ekonomi penduduk luar bandar.
Rombongan kami tiba di Alor Star jam 11.00 pagi. Kami dibawa ke Kg.Jeruju dengan menaiki kenderaan yang telah disediakan. Satu kenderaan tiga orang peserta dan seorang pemandu penduduk tempatan.
Kami tiba di Kg.Jeruju jam 12.00 tengahari dan disambut meriah oleh penduduk tempatan. Sejurus itu kami dihidangkan makan tengahari. Selesai makan kami kami dibahagi-bahagi kepada tuan rumah untuk tujuan penginapan sepanjang di sana. Ada yang dua orang serumah dan juga satu orang serumah. Semua rumah disana mendapat anak angkat.
Setelah selesai kami semua dibawa oleh bapa atau emak angkat kami ke rumah masing-masing. untuk tujuan 'check in'. Selepas itu bagi peserta lelaki menuju ke masjid untuk sembahyang jumaat. Yang perempuan mungkin sedang berkenalan dengan keluarga angkat masing-masing di rumah.
Jam 3 petang,semua peserta diminta berkumpul di dewan orang ramai Kg.Jeruju untuk acara turun ke laut. Datuk Mukhriz dan Datuk Abu Hassan (Adun Kota Siputih) bersama rombongan mula menyusuri Kuala Jerlun dengan menaiki bot nelayan jam 4 petang. Perjalanan pergi dan balik mengambil masa dua jam. Dari jauh kami boleh nampak Pulau Payar (Langkawi). Semasa dalam perjalanan pulang langit sudah mula gelap. Kami berharap agar sempat sampai ke jeti sebelum hujan turun. Harapan meleset,sepuluh minit sebelum sampai ke jeti,hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi,semuanya basah kuyup termasuk Datuk Mukhriz. Nasib baik ada beg plastik yang boleh digunakan untuk melindungi kamera dan telefon.
Kami sampai di jeti Kuala Jerlun jam 6 petang. Setelah pekena secawan dua kopi,kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing. Jam 8 malam kami dibawa untuk makan malam dan perlawanan futsal dengan penduduk tempatan di Kg.Kuala Jerlun. Perjalanan ke sana hanya memakan masa 5 minit dari rumah keluarga angkat kami. Program selesai jam 12 tengah malam.
Keesokan hari kami dibawa ke Wisma Umno Jerlun untuk sarapan pagi. Selesai sarapan acara explorace bermula. Peserta dilepaskan oleh Datuk Abu Hassan (Adun Kota Siputih) jam 9 pagi. Destinasi kami yang pertama ialah Pusat Giat Mara Alor Biak. Disana kami diminta untuk menjahit menggunakan tangan. Selepas itu ke destinasi seterusnya kami perlu mengharungi lumpur untuk menanam pokok bakau, ke kolam udang Kerpan, lepaskan bot sabut di tali air ,menulis dalam bahasa siam dan mencari kerbau di gua kerbau (tempat ini sangat menarik untuk dilawati dan juga perkhemahan) hingga lah arahan yang terkahir iaitu mencari seorang lelaki bernama Mukhriz Mahathir di Sek-Keb Tengku Bendahara, Kokdiang. Kami sampai disana antara jam 1-2 petang. Kami dijamu makan tengahari yang dimasak secara gotong royong oleh penduduk kampung berdekatan. Selesai makan tengahari,acara sukaneka pula bermula. Penduduk Jerlun gembira melihat Ahli Parlimen mereka menunjukan bakat dalam acara kukur kelapa. Walaupun seorang anak bekas PM,nampaknya beliau tidak kekok untuk kukur kelapa, dan beliau mendapat nombor satu dalam acara berkenaan.
Selesai sukaneka kami pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing jam 5 petang. Malamnya sekali lagi kami berkumpul di padang Kg.Jeruju untuk makan malam bersama penduduk kampung. Kami dijamu dengan ikan,udang dan ayam bakar yang dibakar disana oleh penduduk kampung berkenaan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan oleh para peserta. Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan. Majlis selesai jam 12 tengah malam.
Keesokan hari kami dibawa bersarapan di pejabat Datuk Mukhriz (Pejabat Ahli Parlimen Jerlun). Hidangannya adalah pulut ikan masin. Selesai sarapan kami mengikut Datuk Mukhriz dan Datuk Abu Hassan melawat kawasan mereka serta menyampaikan bantuan. Selesai lawatan kami dihidang makan tengahari di Kampung Pulau. Selesai makan tengahari kami semua pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing untuk 'check out'. Setelah selesai urusan 'check out' kami dihantar oleh keluarga angkat masing-masing ke padang kampung berkenaan untuk 'departure'.
Maka bermula lah wayang hindustan Jerlun di padang berkenaan. Sampai tidak cukup tisu dan sapu tangan. Ada yang sekadar mengalir air mata dan ada juga yang menangis teresak-esak malah ada juga yang meraung-raung. Yang paling menggemparkan sekali ialah apabila Parpukari menangis meraung-raung kerana terlalu sedih hendak meninggalkan emak beliau,emaknya pun begitu juga. Sambil menangis emak beliau berkata,'dah takde orang nak tolong mak buat belacan nak oiiii'. Betul-betul hindustan lah Parpu ni.
Apa pun, Jerlun tetap menggamit kenangan dan kami sentiasa merinduinya.
Kepada sesiapa yang bercadang untuk bercuti atau mengadakan majlis keramaian di home stay Kg.Jeruju,Jerlun boleh menghubungi pihak MADA (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) di talian 04-772 8255.
Sesungguhnya percutian di Jerlun lain daripada yang lain. Belum cuba belum tahu. Sudah cuba hari-hari mahu.
Timbalan Menteri pun Timbalan Menteri juga, tapi rakyat tetap tidak dilupakan. Inilah contoh pemimpin yang baik
Menunggu giliran untuk turun ke jeti. tak boleh ramai-ramai sangat nanti runtuh. Jeti baru dalam proses untuk dibina. Mungkin dalam masa setahun lagi akan siap.
Sedang memikirkan apa lagi yang patut dibuat untuk menolong rakyat Jerlun. Tapi sekali lagi bila lihat macam orang putus cinta pula. Jangan marah tok....
Luqman Hakim ,jurufoto Berita Harian (masih solo). Beliau adalah peserta lelaki yang paling bertuah sekali. 'Kak boleh tolong hantar tak'. Hanya peserta kumpulan 15 sahaja yang memahami dialog berkenaan. Phewittttt.....Anak Permatang Pauh,tapi jadi Miss Jerlun 2009. Jangan marah Shu,gurau ja. Shuhada Elis,wartawan NST. Awas ! Jangan kacau,ini sudah ada yang punya. Menghitung hari untuk disatukan.
Amy,penjual burger paling glamor di Jerlun. Gerai burgernya sentiasa menjadi tumpuan peserta lelaki sepanjang kami disana. Gerai belum buka lagi sudah ada yang menunggu untuk membelinya. Ada yang membeli burger sampai 4-5 kali sehari. Tetapi,gerai burgernya menjadi sunyi selepas mengetahui beliau sudah bersuami dan mempunyai seorang anak. Aduh....ramai yang kecewa, nasib badan lah labu oiii.... Luqman ja yang beruntung
Sayonara !!!
Lagi gambar-gambar menarik sepanjang program ,sila rujuk link di bawah
Rujuk di sini (1)
Rujuk di sini (2)
Rujuk di sini (3)
Rujuk di sini (4)
Rujuk di sini (1)
Rujuk di sini (2)
Rujuk di sini (3)
Rujuk di sini (4)
Comments
3 comments to "Nizar Ooi! Program bersama rakyat di Jerlun!"salam sedara seagamaku...
Menjadi persoalan untukapakah blog baru pemuda ini??
Siapa pengelola blog ini?
Harap ada fedback..
banyak persoalan yang tak dapat dirungakai!!!!
http://mohfas7.blogspot.com
Betul...ini bukan blog Pemuda UMNO ke? Kenapa Datuk Mukhriz pula yg disiarkan?
Hmm..tak faham ler..
Kalah blog pemuda UMNO takleh siarkan gambar Muhkriz ya? Ini mana punya hukum ni?
Hukum KJ ke?
Post a Comment