CHANNEL UMB

Wali Selipar Korner Baring, Elak Road Blok,Ramai Mangsa Eksiden Terlibat

Tuesday, January 5, 2010 by pisau · 0 comments

Wali Selipar kesayangan PAS membuat korner baring kelmarin,beliau kelihatan melarikan diri dari road blok oleh umat islam yang marah akibat terlalu kuat merempit nama Allah sebelum ini.

Rempit wali selipar jelas mengambarkan sikap dan mentiliti beliau yang memang cukup dikenali ramai yang boleh menukar arah laluan secara tiba tiba tanpa memberi lampu insyarat. Kerana sikap merempit beliaulah telah mengakibat terlalu ramai umat Islam terutamanya peminat beliau mengalami kemalangan mental yang kronik hingga wujud segolongan yang berpenyakit hati hitam kehitaman yang agak sukar diubati.

Blogger pro wali selipar dijangka terpaksa membuat korner baring tanpa memakai helmet selepas ini , walaupun mereka sebelum ini tahu perbuatan menunggang tanpa helmet tidak dibenarkan,tetapi apakan daya ,wali selipar berjaya mempamerkan aksi weikang beliau sehingga para blogger pro wali selipar terpesona dan percaya mustahil akan berlaku kemalangan mental.

Berikut petikan laporan berita untuk tatapan satu malaya aksi korner baring wali selipar . Anda dinasihatkan tidak melakukan aksi ini tanpa pengawasan pihak fofesonal kerana ditakuti terjebak.

Nik Aziz tidak setuju


NIK Abdul Aziz Nik Mat pada sidang akhbar selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif : selanjutnya rempit di sini



Nasihat Pisau,lain kali nak menunggang hati hatilah sama, jangan lah tau redah hentam kromo abih semua hang langgaq sampai tak kenai mana boleh mana tak boleh.



Pisau kata ' aku beli selipar croc siam,murah murah jer hehe"

Comments

0 comments to "Wali Selipar Korner Baring, Elak Road Blok,Ramai Mangsa Eksiden Terlibat"