CHANNEL UMB

Pisau sokong Hj Hadi!!! Kepercayaan kepada Allah

Thursday, March 25, 2010 by pisau · 0 comments

"Apa yang penting ialah penjelasan, dialog di antara pemimpin-pemimpin agama, bukan diserahkan kepada mereka yang bebal dan menggunakan hukum akal, tidak menggunakan nas. Malangnya perkara ini dibawa ke mahkamah, berlakunya pembakaran gereja, berlaku pembakaran masjid, berlaku perkara negatif. (Ini) menunjukkan kita tidak menangani perkara ini dengan baik. Mereka guna perkataan Allah, dan sepatutnya peluang ini digunakan untuk masuk ke gelanggang mereka untuk menjelaskan. Saya minta supaya kerajaan meminda Rukunegara yang pertama, kepada kepercayaan kepada Allah. Tanpa memaksa mereka menerima agama kita, kita berhujah sekiranya berlaku kekeliruan."



Kali ini Pisau terpaksa menyokong Hj Hadi,kerana beliau mencadangkan akan rukun negara diubah kepada "kepercayaan kepada Allah".Buat rakan rakan blogger lain Pisau mohon maaf!

Pisau berharap Hj Hadi dapat bentangkan di Parlimen, kemudian mengadakan kutipan suara di seluruh negara untuk mendapat sokongan daripada rakyat.

Pisau percaya,jika Hj Hadi bentangkan di parlimen,sudah pasti akan mendapat "sokongan" tak berbelah bahagi daripada DAP dan rakan pakatan bukan beragama Islam,kerana sebelum ini mereka jugalah yang memperjuangkan agar nama Allah digunakan oleh Herald Tribune.

Kemudian,jika Hj Hadi berjaya menukarkan rukun negara kepada "kepercayaan kepada Allah",diharap agar kesemua tokong tokong hindu dan buddha ditukarkan kepada nama Allah.

Kuil terbesar di Batu Caves juga harus ditukar nama kepada Kuil Allah,kalangan bukan Islam yang tidak percaya kepada Allah sudah pasti akan dapat menerima kerana PAS secara keseluruhannya mesti berjaya mendekati mereka.


Kepada kaum puak Umno,janganlah menuduh Hj Hadi sesat,beliau punyai niat yang baik,kerana inilah saja "cara & kaedah" yang PAS mampu untuk berdakwah demi mengembangkan syiar Islam dinegara kita.

Seperti yang diperkatakan oleh Hj Hadi,janganlah UMNO menjadi bebal dan hanya mengunakan hukum akal.

Pisau melihat cadangan Hj Hadi ini,jika ditentang oleh UMNO sudah pasti akan dituduh sebagai kafir kerana menghalang rukun negara ditukarkan kepada "kepercayaan kepada Allah"

Sama samalah kita menyokong akan cadangan Hj Hadi,janganlah menuduh beliau sebagai sesat.


Pisau kata "kenape?tak percaye ker"

Comments

0 comments to "Pisau sokong Hj Hadi!!! Kepercayaan kepada Allah"