CHANNEL UMB

Penang:Kerja Bodoh,Kubur Orang Melayu Di Hancurkan,Batu Nisan Di Buang

Monday, April 12, 2010 by pisau · 4 comments

PULAU PINANG, 12 April — Sebanyak 110 batang batu nisan lama ditemui bersama longgokan tanah di Bagan Ajam, Butterworth semalam.

Seorang pemancing menjumpai batu nisan tersebut pada pukul kira-kira 11 pagi tadi ketika sedang berjalan menuju ke Pantai Bersih di kawasan Bagan Ajam, untuk memancing.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata seorang pemancing telah membuat laporan polis setelah menjumpai 20 batang batu nisan bersama longgokan tanah di Pantai Bersih, Bagan Ajam.

“Polis bersama dengan pihak bomba dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bergegas ke tempat penemuan dan mendapati terdapat lebih kurang 110 batang batu nisan lama di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang akhbar bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini semalam.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati batu-batu nisan lama tersebut dibuang dari sebuah masjid berhampiran kawasan Kampung Gajah, Permatang Pauh, selepas kerja-kerja pembersihan untuk membuka jalan di kawasan itu.

“Kami telah mengambil keterangan daripada imam (masjid tersebut) dan syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membersihkan masjid tersebut,” katanya.

Tambahnya syarikat tersebut mengaku telah membuat kerja-kerja pembersihan di masjid tersebut tetapi tidak pasti ke mana pekerjanya melonggokkan sampah dan batu-batu nisan lama itu. — Bernama


Inilah kerja paling bodoh dan kurang ajar oleh pihak kontraktor, langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Seharusnya ada pihak yang memantau kerja kerja pembersihan kawasan itu,mana khariah masjid?mana majlis agama islam? Saat ini semuanya sudah terlambat kerana batu nisan dibuang dan kubur sudah pun diratakan.


Seharusnya tubuhlah jawatankuasa untuk kerja kerja pemindahan,jangan mengambil mudah dan memandang sebelah mata kerana sudah pasti tindakan tersebut menguris perasaan waris dan umat Islam pada am nya.

Mereka yang terlibat harus diambil tindakan!


Pisau kata " @ Hulu Selangor "

Comments

4 comments to "Penang:Kerja Bodoh,Kubur Orang Melayu Di Hancurkan,Batu Nisan Di Buang"
  1. Mana pergi orang melayu penang untuk menuntut bela. Mana pemuda UMNO??????

  2. Org melayu penang kenapa diam membisu nisan di buang kedalam laut ikut suka hati mereka habis kalau ada batu nisan mesti ada mayat mana pergi mayat mayat tu kemana pula di campak.Waris waris simati tak akan duduk diam saja ini kena tuntut dengan LGE dan minta jawapan sebab apa dibuang batu nisan kedalam laut.

  3. pasai apa tanya mana melayu umno. sepatutnya tanya mana pi melayu Islam PAS dan Melayu islam PKR. Dalam perkara macam ni pun umno masih di persalahkan, bukankah UMNO itu kafit laknat. Sepetutnya Melayu Islam dalam PAS yang bangun berjihad fisabilillah, kenapa Melayu Pas berdiam diri...

  4. Weh melayu takde otak! dah jadi hal mcm ni pun korang nak gaduh lagi ke? nak beza2kan yg mana melayu umno yang mana melayu PKR dan PAS? apa bangsat sgt korang ni? sekarang ni batu nisan darah daging kita kena buang..jadi sama2 la kita berganding bahu atas nama melayu dan islam meghapuskan lahanat2 kafir yang memalukan kita tu! bukan bergaduh bodoh!