CHANNEL UMB

MESTI BACA ! Kenyataan Dr Asri Tentang Isu Judi vs Guan Eng Lidah Biawak.

Wednesday, September 29, 2010 by pisau · 0 comments

MIM Team

MIM mendapat info bahawa Lim Guan Eng, Mansor Othman, TKM1, Ramasamy a/l Palanisamy, TKM2 dan beberapa exco Pulau Pinang sedang berada di luar negara (?Melbourne) ketika ini. Apa halnya kepimpinan tertinggi kerajaan negeri berada di luar Pulau Pinang? Siapa yang bertanggungjawab hal ehwal negeri sekarang?

Bukankah TKM sepatutnya bertanggungjawab apabila KM tidak ada dalam ofis? Dan apa gunanya Pulau Pinang mempunyai 2 Timbalan Ketua Menteri apabila kedua-duanya pun tak ada? Bukankah membazir wang rakyat namanya?

Dan apakah tujuan sebenar Lidah Biawak berada di luar negeri ialah sebagai 'cooling period' untuk menyejukkan suasana yang panas dan memalukan diri beliau dan kerajaan DAP Pulau Pinang?

Sembunyilah selama mana pun, yang panas akan bertambah membara !!

Seperkara lagi, Dr Asri Zainul Abidin turut tidak bersetuju dengan tindakan Lim Guan Eng menggunakan wang judi untuk membasmi kemiskinan. Sila rujuk di bawah :-


KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan di negeri itu sama ada untuk masyarakat bukan Islam dan Islam adalah tidak wajar.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal.

“Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak.

“Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun ‘terdidik’ dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.



Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.

Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.

“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya. (si Mansor Othman, Malik Kassim dll)


Ditanya dalam aspek manakah hasil judi boleh dimanfaatkan oleh kerajaan, beliau berkata, sumber daripada cukai judi boleh digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal.

Menurutnya, bagi negara berbilang agama seperti Malaysia, aktiviti judi hanya boleh dibenarkan dalam jumlah kecil dan terkawal kerana aktiviti tersebut tidak berdosa ke atas penganut bukan Islam.

“Jangan pula kita terlalu ghairah untuk mendapat hasil daripada aktiviti judi.

“Judi tetap haram kepada umat Islam tetapi dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, ia dibolehkan secara bersyarat,” katanya.
Persoalannya, Dimanakah suara-suara PAS Pulau Pinang ? Di manakah hilangnya orang Islam di dalam PKR dan Pakatan Rakyat?

Takut Guan Eng Lidah Biawak ya ? SUNGGUH MEMALUKAN !

Comments

0 comments to "MESTI BACA ! Kenyataan Dr Asri Tentang Isu Judi vs Guan Eng Lidah Biawak."