Tony pertikai diskaun hartanah Bumiputera di depan pengundi cina |
Siapa tak kenal politik desperado DAP? Parti anak beranak ‘Lim’ serupa PKR Anwar-Izzah- Azizah semalam turut menunjukkan taring ‘keCINAan’ mereka di Kampung Baru Galas, tapi kemudian menikus di Kampung Kerinting yang majoritinya Melayu.
Depan pengundi melayu lain pula cerita.. |
Dalam ceramah yang disampaikan Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara di dua lokasi berasingan malam ni, menunjukkan Si Pua amalkan sikap bermuka-muka!! Di Kampung Baru, dia pertikaikan keistimewaan orang melayu di depan pengundi Cina untuk timbulkan rasa tidak puas hati kaum itu kepada kerajaan.
Antara yang dipertikaian, keistimewaan kaum bumiputera untuk menikmati diskaun untuk membeli rumah dibawah kuota bumiputera yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.
Tony Pua kata, pemberian diskaun ini tidak tercatat pun dalam Perlembagaan Persekutuan, jadi kenapa tawaran harga atau diskaun itu tidak turut diberi kepada kaum bukan bumiputera?!
Nah, saksikan betapa liciknya Tony ua ini bangkitkan emosi orang Cina, sedangkan di Kampung Kerinting di atas pentas Pas malam tadi, Tony tak langsung usik perkara yang sama. Inilah Malaysian Malaysia yang dicanangkan DAP hakikatnya!!!
Bahaya sungguh politik perkauman yang dimainkan oleh DAP ini. Apa muslihat sebenar Tony Pua? Adakah kerana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin umum projek PPR di Gua Musang,Tony Pua nak buat onar dengan membangkitkan kemarahan kaum Cina di Galas?
Chan Min Kai masih lagi dengan lakonannya berbaju melayu di kawasan melayu |
Wahai pengundi Melayu di Galas, beringatlah bahawa DAP tetap DAP dan puak-puak ini tidak akan membela kepentingan Melayu meskipun mereka tampil berbaju Melayu dan bersongkok di pentas Pas ketika berkempen di Galas kali ini.
Kini, yang tinggal hanya KUASA. Jika kuasa ini jugak terlepas dari tangan kita, apa yang kita nak jawab kepada anak cucu cicit kita nanti? Masihkah ada tanah, harta, mahupun kuasa yang nak kita wariskan kepada mereka kelak?
Depan melayu mereka bersatu, tapi belakang melayu DAPigla hantu kaki putar belit jatuhkan melayu |
Dan hari ini, Pas sebumbung dengan DAP dibawah slogan Pakatan Rakyat sedang berkempen memenangkan calon mereka untuk menyampaikan ‘signal’ yang DAP juga akan berkuasa suatu hari nanti. Jadi, Mahu kah kita membuat pilihan yang salah dengan mengundi mereka?
Kalo Ambo, Ambo tok Sey!!
“DULU BAGI KO PAS, LA NI BAGI BN PULOK”
Comments
2 comments to "LIVE frm GALAS : DAP PERTIKAI KEISTIMEWAAN BUMIPUTERA DI KG BARU, TAPI MEMBISU DI KG MELAYU!"Pemimpin kita dr umno pun mesti jaga tatasusila bila berucap..kudis kecil kalau tidak dirawat akan merebak. Dlm saat dan ketika ini kita tidak boleh nak bercakap soal nak pilih bangsa mana, kerana bangsa melayu sendiri tidak menyokong kita lagi lebih kepada pembangkang. Jadi nak berceramah soal kaum mana kita nak sisih bukan lagi keutamaan boleh tolak tepi kerana semangat mereka lebih tinggi dan jgn ambil mudah, patut kita ingat bahawa dlm tempoh 30 bulan ni amat kritikal kalau pemimpin tak tahu nak jaga mulut maka, setiap ceramah berunsur ala ala racist kononya akan makan diri sendiri, nak harapkan melayu tolak tepi.
http://www.youtube.com/watch?v=iMND_59OkKU&feature=player_embedded
Salam
Kenapa tak repot polis apa yang Tony Pua cakap, jangan tulis saja kalau tak tahu kebenarannya
Post a Comment