CHANNEL UMB

Tarif Air: Guan Eng Bohong Lagi .

Tuesday, September 28, 2010 by pisau · 0 comments

oleh pisau.net
Isu pembohongan Father of great liars si pembelit Guan Eng sebenarnya bukan setakat isu wang berunsurkan judi.Apabila isu ini dibangkit  ia telah menjadi bahan perbualan rakyat negeri Pulau Pinang.

Bertambah hangat apabila ketua menteri paling celaka didalam sejarah negeri berbohong dan menafikan mereka menerima apa apa sumbangan wang unsur judi didalam mana mana program mereka.

Dalam kehangatan isu wang judi,Guan Eng mengambil peluang menaikkan tarif air tanpa penjelasan yang telus kepada rakyat .Beliau hanya memberikan beberapa alasan yang langsung tidak boleh diterima kononnya mahu menghukum rakyat.

Guan Eng hanya memberikan fakta dan alasan kenaikkan air yang memperbodohkan rakyat.Beliau gagal menerangkan keadaan yang sebenar tentang kelemahan urus tadbir dibawah syarikat GLC negeri.

Fakta dibawah adalah kelemahan CAT dibawah pentadbiran Guan Eng.

PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.


Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.selanjutnya sini

Rakan blogger MIM turut mendedahkan fakta yang terperinci yang mendedahkan alasan yang diberikan oleh Guan Eng adalah tindakan meremehkan minda rakyat dan dalam masa yang sama cubaan menyorokkan kelemahan pentadbiran beliau.

1. Kenapa Lim Guan Eng merujuk kepada statistik tahun 2008 yang mengatakan bahawa penggunaan air adalah sebanyak 285 liter sehari? Kenapa tidak tahun 2009 sedangkan Annual report PBA 2009 sudah diterbitkan?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan sesuatu?

Kemungkinan besar ya. Lim Guan Eng menyembunyikan sesuatu daripada diketahui rakyat Pulau Pinang. Dan ternyata betul. Sila rujuk statistik-statistik tahun 2007, tahun 2008 dan tahun 2009 di bawah ini :-




Penggunaan air tahun 2007 ialah 719 juta liter. Manakala tahun 2008 pula ialah 744 juta liter dan tahun 2009 ialah 739 juta liter. Bermaksud penggunaan air tahun 2009 telah berkurangan sebanyak 5 juta liter!!

Dan ironinya, NRW pada tahun 2009 adalah sangat tinggi iaitu 19.1% jika dibandingkan dengan 16.9% pada tahun 2007 dan 2008!

NRW mewakili kehilangan air disebabkan oleh paip PBA yang bocor dan pecah, serta kegunaan semasa kecemasan seperti pihak bomba semasa kebakaran.

Dengan
  1. peningkatan pengguna air setiap tahun,
  2. peningkatan bidang trade dan perniagaan (sepatutnya),
  3. peningkatan kehilangan air dan
  4. pengurangan penggunaan air pada tahun 2009 jika dibandingkan pada tahun sebelum ini,
maka, apakah rakyat Pulau Pinang masih "suka membazir air" pada tahun 2009 dan 2010 seperti yang di dakwa oleh Lim Guan Eng ?
Guan Eng ternyataa berbohong lagi kepada rakyat,beliau mengunakan statistik tahun 200 untuk dijadikan sandaran dan alasan untuk menaikkan tarif air.

kemusykilannya ialah walau pun kewangan PBA tahun 2008 - 2009 (semenjak Lim Guan Eng DAP mengambil alih) menunjukkan keuntungan yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, pengurusan PBA yang diketuai oleh beliau masih mahu menaikkan elaun board of directors! Rujuk di bawah :-




Dengan kejatuhan keuntungan bersih sebaik sahaja Lim Guan Eng menerajui PBA Holdings, beliau yang selama ini mendabik dada kononnya berjaya memerintah Pulau Pinang atas 'kesedaran berjimat cermat', rupa-rupanya dia bukanlah pandai berjimat cermat apabila melibatkan kepentingan diri sendiri!

Mana lu punya 'jimat cermat' ? ?

Elaun board of Directors dinaikkan setiap tahun walau pun keuntungan bersih PBA jatuh hampir separuh jika dibandingkan ketika BN menerajui negeri. Pada tahun 2008 keuntungannya hanya RM27.779juta dan tahun 2009 keuntungannya hanya RM14.817 juta sahaja WALAU PUN revenue nya meningkat pada tahun-tahun tersebut!!

Padahal ketika BN memerintah Pulau Pinang, PBA mencatatkan keuntungan bersih yang selari dengan revenue syarikat tersebut. Pada tahun 2007 (ketika BN memerintah Pulau Pinang) revenue PBA ialah RM181.549juta keuntungan bersih RM43.973juta tetapi pada tahun 2009 (ketika DAP memerintah) revenue PBA ialah RM184.695juta tetapi keuntungannya hanya RM14.817juta !! Astaghafirullah...... TERUKNYA !! Rujuk di bawah :-

Dan sekarang, rakyat Pulau Pinang dihukum dek ketidakcekapan Lim Guan Eng menerajui PBA Holdings!! Memang tidak adil dan sudah melampau!
Dan yang menimbulkan satu lagi kemusykilan ialah kewujudan Mat Sabu AJK PAS Pusat di dalam senarai Board of Directors (BOD). Siapa dia ni ?
Jika merujuk kepada profil BOD, apakah keuntungan PBA Holdings melantik seorang ahli politik yang hanya pernah belajar di Universiti Teknologi Mara di dalam jurusan Teknologi Pemakanan. Lulus ke tidak? Kalau lulus, tentu di tulis 'Mat Sabu memegang (hold, obtained, graduated) ijazah Teknologi Pemakanan'. Betulkan?
Tentu ada balaci PAkatan Rakyat yang mengatakan ada ahli politik BN di dalam PBA semasa BN memerintah Pulau Pinang.
Ya mungkin benar tetapi penulis tidak mempersoalkan kemasukan Mat Sabu jika PBA menunjukkan keuntungan yang memberangsangkan seperti era BN Pulau Pinang! Apakah sumbangan Mat Sabu selain daripada mendapat elaun dari PBA? Gaji buta? Selanjutnya sini



Pisau melihat ini adalah satu lagi projek memperbodohkan rakyat,dalam masa yang sama melaungkan kononnya kecekapan CAT dibawah ketua menteri berlidah biawak ini.

Keangkuhan chauvanist ultra kiasu yang cukup gemar berbohong didedahkan lagi. Pisau percaya adalah tidak menjadi masaalah buat ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri berulang ulang kali berbohong kepada rakyat.

Adakah anda sanggup  dibohongi dan diperbodohkan saban hari?


Pisau kata " CAT dan kena makan BIAWAK!"

Comments

0 comments to "Tarif Air: Guan Eng Bohong Lagi ."