CHANNEL UMB

Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hassan Ali. Show all posts

Nizar PKR! Nak Jadi YB : Pemimpin PAS Sanggup Aniaya Isteri !

Thursday, November 19, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,




oleh Mat Rempit 1 Oren

Semalam gua pergi uma member gua. Member gua ni bapak die Yang Dipertua PAS kawasan. Die ajak gua datang uma, nak tunjuk rxz yang die bikin. Member gua ni suke tunjuk-tunjuk. Tapi motor tak laju mane pun. Motor gua lagi rempit. hehe..

Nak jadikan cite, gua sampai je uma die. Gua tengok mak die tengah nangis. Member gua rilek je... buat bodoh. Tapi gua yang gatal mulut ni nak tanyela..Yela tibe-tibe nangis. Nak cakap tengok AF atau drama ke..tv tak bukak.

Gua : mak cik, apasal nangis ni?
MakCik : Takde nak, pak cik kau ni..

Gua : Apsal ngan pak cik, kawen kat siam ke.
Mak Cik : Oit mulut kau..takdela.. die nak jadi wakil rakyat pilihanraya umum lagi satu ni..

Gua : Bagusla tu, mak cik.. apa masalahnye..jadi isteri YB..glemer tu.
Mak Cik : Ye la memang glemer.. tapi mak cik dengar kalau jadi YB kene Baiah..

Gua : Baiah pe pulak ni mak cik?
Mak Cik : Ko ni memangla, isu semasa pun tak tau. Mak Cik dengar kalau nak jadi YB..orang PAS kene baiah taat setie..kalau lompat parti isteri tercerai talak tige. Tak caye dengar sini.

Gua :oo.. Apa masalahnya? pak cik tak setie kat PAS ke..
Mak Cik : Tula masalahnye..pak cik ko ni sejarah asek melompat je..masuk UMNO..semangat 46 la..las sekali masuk PAS..die pikir mane dapat untung lebih je die masuk..

Gua : Ades..abes tu mak cik tak cakap kat pak cik ke?
Mak Cik : Da cakap da.. tapi die selambe je jawab balik..kalau mak cik tercerai talak tige die lagi suke.. die nak cari yang baru..waaaaaaaaaaaaaaa...

Nasib makcik la siapa suruh jadi isteri orang PAS....Amek kau..dianiaya suami sendiri..

Nizar OII!! PAS ! Nak Laksanakan Dasar Islam Pun DAP Marah!

Friday, October 30, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


oleh Mr Tom Yam Pok Tek

Kemelut didalam Parti PAS khususnya di Selangor sungguh melucukan apabila, secara tiba-tiba Hassan Ali dikatakan sebagai punca pertelagahan didalam Pakatan Rakyat di Selangor dan mesyuarat PAS pusat telah mengambil tindakan untuk menghadap Pesuruhjaya PAS tersebut ke Jawatankuasa Disiplin Parti diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika sebelum ini fraksi Erdorgan didalam PAS melabelkan Hassan Ali sebagai pro- UG dan UMNO, DAP pun senada dengan fraksi erdorgan didalam PAS dengan mengatakan Hasan Ali sebagai punca permasalahan. Adakah ini membawa maksud Erdorgan bukan sahaja pro Anwar malah Pro kepada polisi DAP.

Cuba kita menyorot kembali antara punca permasalahan tersebut, antaranya isu jualan alkohol di kawasan penempatan Islam, yang kecoh gara-gara Roniu Liu cuba campur tangan dalam isu tersebut. Fraksi Erdorgan melalui Khalid Samad dikatakan tidak gembira dengan tindakan Hassan Ali yang melakukan bantahan terhdap campurtangan Roniu Liu dalam hal tersebut.

Manakala Hassan Ali dikatakan amat kecewa dengan tindakan Roniu Liu yang memulangkan kembali alkohol yang dirampas. Seolah cuba mensabotaj usaha PAS untuk merealisasikan apa yang telah digariskan selama ini dalam mana-mana polisi parti.

Sebelum pilihanraya 2008, kalau kita masih ingat lagi, Hassan Ali dan penceramah PAS mengatakan sebaik sahaja PAS berkuasa di Selangor kilang arak akan ditutup, dan negeri Selangor akan bebas dari minuman alkohol. Tindakan Hassan Ali ini sebenarnya selari dengan polisi PAS di Kelantan dan juga Terengganu.

Namun apabila Hassan Ali cuba untuk mengawal jualan arak di kawasan islam pun menjadi isu, dimana janji PAS untuk menutup kilang Arak di Selangor. Sebelum ini PAS malabelkan UMNO bersekutu dengan maksiat kerana membenarkan kilang arak wujud di Selangor. Kini apa bezanya dengan kerajaan yang mengandungi Parti islam sekarang, Adakah wujud perubahan seperti yang dicanangkan?

Sungguh kelakar isu ini, yang jelas sekarang ini fraksi Erdorgan didalam PAS sebenarnya tidak ingin pun kepada islam tetapi lebih kepada kuasa. Buktinya mereka sanggup membela pemimpin DAP yang nyata sangat alergi dengan islam. Tetapi disebabkan ingin kuasa kerja-kerja perlabelan dilakukan terhadap Hassan Ali dengan mengaitkan dengan UMNO.

Walhal mereka sendiri tahu, fikrah Hassan Ali dan UMNO jelas berbeza, namun ia dilakukan untuk mainan politik parti. Seperti kata Tun Dr. Mahathir adalah mustahil Hassan Ali ada hubungan dengan UMNO, merujuk sejarah hubungan Hassan Ali dengan UMNO.

Kini timbul persoalan kepada orang islam di Malaysia, apakah misi sebenar yang ingin dilakukan PAS. Kalau seseorang pemimpin itu cuba melaksanakan visi PAS tetapi diambil tindakan disiplin, adakah bermaksud PAS kini sudah berubah pegangan tidak lagi menjadikan Islam sebagai route parti. Kalau tidak mustahil Pesuruhjaya PAS Selangor akan dihadap ke jawatankuasa disiplin.

Adakah fraksi Erdorgan lebih selesa kepimpinan PAS hari ini condong kepada apa yang dilakukan Nizar di Perak, sehingga sanggup mengatakan tiada kenyataan ingin melaksanakan negara islam didalam Pelembagaan PAS. Bukankah ini tindakan yang jelas menipu para pengundi PAS.

Orang Islam di Selangor member kepercayaan kepada pimpinan PAS untuk mengantikan suara UMNO di dalam kerajaan negeri, namun kalau pemimpin PAS pun dikenakan tindakan gara-gara membela kepentingan suara orang islam apalah harapan orang islam diSelangor pada Kerajaan Negeri Pakatan rakyat. Umum mengetahui bagainama rasisnya politik DAP , begitu juga politik PKR yang masih lagi tungang langang hingga hari ini dikhabarkan seorang Adun telah mengumumkan keluar dari parti.

DAP tentu berseronok tindakan keatas Hassan Ali seperti dinyatakan Tony Phua, ketua Publisiti DAP. Namun adakah wajar umat islam di negeri Selangor juga berseronok dengan tindakan ini.
Mungkin ini agaknya yang menyebabkan Ustaz Ismail kamus mengambil tindakan nekad tidak ingin aktif lagi dalam aktiviti kepartian. Kerana mungkin sudah mejangkakan perkara ini yang berlaku.

Nizar Oii!! Kesiannye Hassan Ali dan PAS dimaki DAP di Pagi Raye

Tuesday, September 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,



Oleh : Warisan 2057

TENG HAIRAN PENDIRIAN HASAN

"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

" saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini."

Teng mengulas kenyataan Hasan yang diberikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri/Menteri Besar yang dihadiri kedua-dua mereka.

Teng, pemimpin DAP, juga mempersoalkan kapasiti Hasan bercakap mengenai isu Selcat buat masa sekarang.

Hasan menjadi tumpuan dalam isu pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam di kawasan Shah Alam, Julai lalu.

"Ini bukan merupakan isu Pakatan. Beliau ada kapasiti, saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau bercakap.

"Apabila beliau bercakap mengenai pengharaman minuman keras, beliau bercakap sebagai pemimpin PAS. Bila bercakap sebagai pemimpin Pakatan, beliau bercakap mahu menukar setiausaha kerajaan negeri, penasihat perundangan, mahu tukar Pegawai Daerah dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

"Dan, sekarang mahu mengubah Selcat. Saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau mahu bercakap. Itu anda kena tanya beliau sendiri," kata Teng sambil menambah, perjalanan Selcat telah disambut baik oleh orang ramai.

Katanya, jika ada pihak yang mahu mengubahnya, "saya fikir sudah tiba masa bagi mereka mengkaji semula kedudukan mereka."

"Tapi jika mahu dibubarkan sama sekali, saya rasa tidak boleh," katanya.
Katanya: "Tidak timbul soal pengubahsuaian. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan pengubahsuaian oleh Hasan Ali. Saya tidak melihat apa-apa masalah sekarang."

"Saya merasakan beliau (Dr. Hasan) dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang. Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh.


KOMEN MB KHALID

Mengenai syor Hasan supaya sistem Selcat dikaji semula, Menteri Besar berkata, ia bukan dalam ruang lingkup prosedur DUN.


SELCAT

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008.

sumber ; http://mstar.com.my/mstar_berita


KOMEN WARISAN2057

1. Tahniah kepada PAS yang terus sanggup di tunjal oleh DAP.
2. Islam ajaran PAS adalah biar islam yang ditunjal dan jangan islam yang menunjal.
3. Adegan penunjalan ini akan menjadi sebahagian budaya parti pembangkang yang sentiasa meremehkan PAS yang membawa islam extremist dalam pakatan mereka.
4. Tahniah DAP yang dah tak malu-malu membalun PAS.
5. Kalau Teressa Kok dengan Ladang Babinya, Ronnie Liu dengan kumpulan kongsi gelap dan beer halalnya, Ean Yong dengan teoh beng hocknya, kini Teng dengan SELCATnya. Pendek kata dalam DAP ini MACAM-MACAM ADA.
6. PAS tentunya bangga menjadi punching box dalam pakatan pembangkang kerana bagi PAS, islam hanya relevan sebagai punching box sahaja.
7. PAS tentunya juga bangga TAKEBEER dalam bulan syawal ini bersama rakan-rakan karib yang telah menghalalkan beer.
8. Islam terus digadai menjadi lemah dan longlai di negeri Selangor dibawah lembayung PAS yang menjadi tunggul dan boneka DAP dan PKR.