CHANNEL UMB

Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Nizar OII!! Dag Dig Dug..Yeeha!!! Mari Bergoyang Bersama Khalid Ibrahim!

Monday, November 2, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


oleh YB GAP

yeehaa..goyang pak kalid goyang sik..ek ah ek ah..aduh sik , bisa bangat pak kalid goyang. semalam kalid gagap mengeluarkan satu lagi kenyataan. kenyataan ini bukanlah perlaksanaan daripada manifesto pakatan haram, sebaliknya menjadi lidah penyambung untuk memaksiatkan lagi negeri selangor ke tahap terbilang..

yahoo..kalid kata dia nak operasi pusat hiburan dipanjangkan sehingga jam 3 pagi di selangor..goyang goyang goyang kepala goyang goyang goyang kepala !

kata kalid 'disko' , dengan perancangan ini maka kalid 'disko' yakin sekurang-kurangnya ia dapat menarik pelancong datang ke selangor !

yeehaa..goyang kalid goyang ! lokasinya di mana gap ? kalid kata operasi pusat hiburan yang bakal dipanjangkan tempoh operasinya adalah di sekitar klang,sunway,damansara dll...

dulu masa aku kecik, perumpamaan 'kaki' bermaksud orang itu mempunyai kegemaran yang sekian sekian. contoh kaki bola, dia memang handal main bola. kaki tido bermaksud dia suka tido.

rupanya kalid kaki disko. tapi takkan kalid kaki clubbing gap ? entahlah tapi bila kepala kat selangor sendiri yang syorkan agar masa disko dilanjutkan maka tak mustahil dia memang kaki goyang-goyang goyang kepala !

tadi aku tengok paper sinar. ketua umno bahagian shah alam dah balun kalid kaw-kaw ! dato nawawi kata apa kejadahnya dan apa kaitannya melanjutkan tempoh pusat hiburan ini dengan usaha menarik pelancong ? tambah dato nawawi lagi, mana pergi suara kononnya pejuang islam dalam pas/pkr yang selama dok melalak kata dialah hero panglima islam !? apa tumpang sekaki jugak ke ..

aduhai..bila aku baca statement dato nawawi ni , aku teringat usaha pas mengharamkan konsert sure heboh di selangor..pas kata haram,kita nak mewujudkan masyarakat berakhlak dan berilmu bukannya masyarakat hedonisme..

sekarang pas mejilat balik ludah dan kahak mereka sendiri ! tepat kata dato nawawi, lain kali jangan cerita kamu tu hebat, tup tap kamulah pejuang penggalak maksiat !

aduhai kalid disko. apasal lah kau tonggang terbalikkan negeri aku ni wei ! hmmm nak buat macamana kalau dah menatang tu yang dia minat..

cuma aku tertanya-tanya dalam hati..kalau kalid masuk disko dia menari macamana ekk ? takkan vanilla ice kot..tak logik.. mungkin kalid lepak kelab dangdut kot..tapi pergi sorang-sorang tak best la pulak kalau tak berteman..

aduhai please la kalid kalau benar kau pergi kelab dangdut pun, janganlah kau bawak 'awek ampang' atau 'awek batu tiga' tu sekali ..please kalid..jangan buat hal ! tak mampu aku imagine dorang tengah goyang gerudi depan kau kalid ?!! eeeeeeeeee...

Nizar OII!!! Kah Kah Kah ! Komplot Pembangkang Sama Retak, Sama Pecah dan Sama Hancur!

Friday, October 30, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 13 comments
Filed under: , , ,


saudara nazmi rosli (berbaju merah) merupakan setpol ezam mohd nor.

oleh YB GAP

orkestra politik. hari ini ada konspirasi yang cukup panas. watak utamanya adalah adun pelabuhan klang yb badrul hisham. selama 3 bulan ceritera satira politik akan tumbangnya kerajaan pakatan selangor bermain di medan maya. dari hari sehari ia semakin menampakkan realitinya. badrul hisham telah menongkah arus.

ini cerita di belakang tabir. punyai versi berbeza namun di pengakhirannya menjurus kepada lorong yang sama.

konspirasi pertama aku mulakan di pejabat menteri besar. kalid gagap punyai musuh dalam selimut. nik nazmi merupakan setpol kalid, namun dalam diam nik nazmi bertindak sebagai mata dan telinga kepada kekasih anwar, azmin ali. azmin sudah lama mengidamkan kerusi empuk menteri besar.

pada asal perjanjian pasca kemenangan dalam pilihanraya mac 2008, azmin ali antara disebut sebagai calon favourite menjawat jawatan menteri besar. di saat kegembiraan itu, anwar tersilap bicara. terlepas cakap di hadapan wartawan dengan mengumumkan perlantikan khalid sebagai menteri besar. azmin merajuk jiwa, namun seperti biasa anwar attaturk menggunakan minyak guna-guna, azmin bisa dilantik sebagai menteri kewangan dalam agenda perancangan merampas kerajaan tanggal 16 september.

azmin sejuk buat sementara. konspirasi menendang keluar yahya shari menjadi kenyataan. di situ azmin melihat ruang. azmin tahu anwar sayang dan kasih padanya, lalu diminta agar nik nazmi diletakkan di pejabat mb,bertindak sebagai proksi juga mata dan telinganya. nik nazmi dilantik sebagai setpol, anak muda ini terhutang budi namun belum lagi tergadai bodi, yes bos ambo menurut perintah mu. azmin menepuk bahu nik nazmi tanda kowtim dimeterai.

khalid gagap harus dihancurkan karektornya. dia harus dikenakan karektor assasination agar mudah azmin meloloskan diri menjadi memanda di negeri hebat lagi kaya. badrul hisham menjadi kambing hitam.

segala report dan bisikan dari nik nazmi kepada kalid gagap lebih banyak bau busuk dari wangi. sir, badrul mental, sir badrul tido, sir badrul nak masuk umno,sir rakyat tak suka badrul ..sir sir sir..itulah bisikan halus yang dilakukan secara hentam tubi oleh nik nazmi. dengan harapan agar kalid gagap terpengaruh dan teruji.

pelandok masuk perangkap, kalid gagap akhirnya berjaya dipengaruhi. nik nazmi sebagai adun seri setia kini memegang peruntukan dun pelabuhan klang. badrul semakin sakit hati. penghinaan diterima dengan hati sabar namun nun jauh di sudut diri dia sebenarnya sedang terbakar hati..

badrul sila berambos,badrul boleh jalan. dek kerana hasutan nik nazmi, kalid gagap memberi amaran yang bisa memakan diri. satu surat tunjuk sebab telah diberikan kepada badrul hisham agar melepaskan jawatan sebagai adun.

disini konspirasi bermula. badrul diarah menjawap surat tunjuk sebab. tanpa diketahui kalid gagap, badrul sebenarnya sudah lama menjawap surat balas tersebut. bukti cop terima daripada pejabat menteri besar telah berlaku. tarikhnya 2september.. rupanya surat itu TIDAK SAMPAI ke tangan kalid. siapa punya angkara ? sudah tentulah nik nazmi yang bercita-cita tinggi..

apa cita-citanya ? tiada lain mahu menjadi ketua AMK pusat menggantikan shamsul iskandar. ini janji azmin kepada nik nazmi, akan aku sponsor kempen mu nanti..

diatas adalah konspirasi satu pihak yang cuba merampas tahta kerajaan negeri. namun nik nazmi dan azmin lupa bahawa kalid gagap juga punyai soldier dan soldadu sendiri. seluruh barisan exconya sedia mati mempertahankan kalid gagap daripada ditumbangkan oleh puak oposisi..malam ini ada 2 mesyuarat berasingan pkr selangor, satu kem protestan dan satu lagi katolik. siapa dapat checkmate siapa menjadi agenda penting mesyuarat malam ini.

tahniah kepada setpol ezam, nazmi rosli yang berada di sebelah badrul hisham pada petang tadi.perancangan 'kita' akhirnya menjadi..badrul hisham telah menempelak anwar dalam kes al-liwati. isu saiful bakal menggegarkan lagi jiwa pengamal seksualiti sumbang anwar attaturki..badrul akhirnya telah menempeleng muka kalid dan anwar attaturki pada hari yang bertuah tadi !

lihat pada penghujung artikel malaysiakini, katanya didapati ramai 'orang-orang' ezam berada di sidang akhbar petang tadi..mulai hari ini aku yakin pakatan selangor tidak senang tido lagi !
http://www.malaysiakini.com/news/116238