CHANNEL UMB

Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Hebat : Nik Aziz Terajang Hasan Ali ?

Friday, February 12, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik dengan foto yang telah ditunjukkan oleh beberapa blogger. Penulis jangkakan bahawa foto superimposed ini adalah milik blogger pro-kerajaan tetapi rupanya adalah hasil karya blogger pro-parti pembangkang sendiri !


Yang menimbulkan kemusykilan ialah foto dan blog tersebut telah dipadam (klik di sini). Penulis tersenyum sinis kerana pemilik blog pro-pembangkang tersebut rupa-rupanya seorang penakut dan tidak berani bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri.

Sungguh memalukan!

Sekurang-kurangnya, blogger Jeffry Damien tetap bertanggungjawab dan berani berdepan dengan tuduhan yang Nik Aziz telah lakukan kepada pihak polis.

Apakah Nik Aziz akan membuat laporan polis tentang foto superimposed beliau menerajang Hasan Ali ini?

Apakah Nik Aziz memilih kasih dan berdiam diri sedangkan maruah beliau telah dilumat-lumat oleh blogger pro- pembangkang sendiri?

Jika Nik Aziz tidak membuat laporan ke atas foto di atas, adalah lebih baik jika Nik Aziz mengugurkan sahaja laporan polis keatas blogger, Jeffry Damien. sila klik

Jeffry berkarya mengambil contoh strategi dan mode operandi parti pembangkang yang sehingga kini begitu giat menggunakan kaedah foto superimposed. Dan beliau tidak memadam blog beliau seprti yang dilakukan oleh blogger pro-pembangkang yang pengecut itu.

Ironinya, pemimpin-pemimpin yang diserang oleh pro-pembangkang tidak pula melenting dan tidak berperangai kebudak-budakkan seperti Nik Aziz kerana mereka tahu tidak akan ada yang percaya dengan foto superimposed tersebut.




Foto penulis juga pernah di touch up sehingga hodoh oleh blogger pro-pembangkang tetapi penulis tidak pula melenting.

Persoalannya sekarang, apakah Nik Aziz extra- melenting kerana ada kebenaran tentang foto tersebut?

Jika tidak ada, penulis sarankan kepada Nik Aziz supaya gugurkan sahaja laporan polis itu dan terimalah kenyataan bahawa foto superimposed beliau tidak akan berkurangan selepas ini tetapi mungkin lebih banyak.

Dan jika Nik Aziz serius mahukan isu foto itu diselesaikan, Nik Aziz juga patut menasihati blogger-blogger pro-pembangkang dan jentera siber pro-pembangkang supaya tidak lagi melakukan perkara yang sama dan telah mereka lakukan sekian lama.

Persoalannya, adakah orang yang mahu mendengar nasihat Nik Aziz lagi?

Ingat Nik Aziz. Ramai Penyokong PAS Tak Percaya Anwar..

Tuesday, February 2, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under: ,


oleh Daniel Arif

Kehadiran Nik Aziz pada perbicaraan Anwar pada hari ini diyakini adalah semata-mata untuk mempengaruhi penyokong PAS untuk menyokong Anwar dalam kes liwat.

Untuk rekod ramai penyokong PAS dikatakan tidak meyakini yang Anwar tidak terlibat langsung dalam kes liwat terbaru beliau ini. Laporan terbaru blog ini juga pernah menyiarkan yang Haji Hadi lebih mempercayai Saiful Bukhari berbanding Anwar dan ini membuktikan pimpinan PAS turut tidak meyakini Anwar bukan hanya sekadar penyokong parti itu.

Justeru itu kehadiran Nik Aziz ini adalah semata-mata untuk menarik ramai penyokong PAS menghadiri perhimpunan membantah kes liwat ini tatkala Anwar Ibrahim sendiri hilang sokongan daripada penyokong parti beliau sendiri.

Untuk rekod perhimpunan dan demontrasi sebelum ini seperti Bersih, Anti ISA dan Bantahan PPSMI. Majoritinya dihadiri penyokong PAS yang ingin digunakan Anwar untuk menjayakan misi beliau tetapi di akhirnya PAS kurang mendapat publisti dan hanya Anwar yang sering mendapat populariti daripada perhimpunan-perhimpunan terbabit sedangkan penyokong-penyokong PAS yang bersusah-payah.

Beliau juga disebut ramai pihak tidak dapat menarik penyokong PKR untuk menyokong beliau di sebarang perhimpunan.

Penyokong PAS diharap jangan jadi bodoh!

Menjawab Kenyataan Nik Aziz

Thursday, December 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under:

Oleh: Azli Shukri

KOTA BHARU, 3 Dis (Harakahdaily): Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini. “Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan. Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya. Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya. Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontrasi yang mendesaknya melepaskan jawatan. Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya. Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai. Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.


Ulasan Azli Shukri : Saya cuma ingin menjawab dua perkara sahaja berhubung laporan Harakahdaily di atas, iaitu :

1. Saya setuju nabi Muhammad memang pernah mendoakan bala untuk musuh-musuh Islam, tetapi DS Najib bukan musuh Islam - sebaliknya DS Najib orang beriman! DS Najib hanya bermusuh dengan PAS dan bukan dengan Agama Islam yang syumul ini. Minda Nik Aziz harus diperbetulkan - PAS bukan Islam dan Islam bukannya PAS. Terlalu banyak bezanya. Tiada maknanya melaungkan Islam! Islam! Islam! tetapi ahli-ahli PAS masih mengamalkan perbuatan jahiliah yakni mengumpat, memfitnah dan membuka aib kepimpinan negara. Jadi, Nik Aziz harus selesaikan dahulu sikap dan perangai ahli-ahli PAS, agar mereka dahulu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

2. Isu Royalti - Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh mengapa Kelantan tidak mendapat royalti. Lagi pun kerajaan akan memberi wang saguh hati yang disalurkan terus kepada rakyat Kelantan dan bukan kepada PAS. Nik Aziz harus faham ada beza antara rakyat Kelantan dengan ahli PAS.

Tidak semua rakyat Kelantan adalah ahli PAS. Kerajaan hanya mahu membantu rakyat Kelantan sahaja dan bukan kepada Kerajaan PAS. Ini bukan zalim namanya. Kita harus faham, berpuluh-puluh tahun lamanya, kerja sebahagian besar pemimpin PAS adalah memaki hamun, mengkafir serta mengaibkan kepimpinan negara dan UMNO - jadi PAS zalim terhadap kerajaan Malaysia dan kepimpinan negara yang dipilih oleh rakyat - maka organisasi yang zalim seperti PAS, seharusnya diberi sedikit pengajaran agar dan hukuman - agar selepas ini parti tersebut taidak dengan mudah memburuk-burukkan kerajaan, walau pun kerajaan di bawah pimpinan DS Najib bertambah baik.

Pada saya Kerajaan Pusat tidak menzalimi rakyat Kelantan, sebaliknya Kerajaan Pusat mahu PAS Kelantan sedar bahawa perbuatan zalimnya yang selama ini suka membuka aib dan memfitnah kononnya UMNO menolak Islam - harus diberi sedikit pengajaran dan hukuman. wallahualam.

Nizar OII!! Mari Kita Kenali Menantu aka Kroni Nik Aziz !

Thursday, November 12, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under: ,



INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN

Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.

Memandangkan kriteria di atas beliau dipinjam kepada PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri. Sampai sekarang (hampir 5 tahun) walaupun telah diberi kuasa EKSEKUTIF masih lagi gagal dan belum dilaksanakan. Difahamkan dari sumber yang berpengalaman dalam bidang ini, 5 tahun lagi projek ini tidak akan dapat dilaksanakan.

Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja.

Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum.

Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan.

Antara tindakan terawal beliau setelah mengambil alih penuh kuasa eksekutif ialah mengeluarkan perintah dengan melucutkan jawatan Pegawai Tinggi untuk menjaga maklumat mengenai kegiatan beliau semasa menjawat COO, terutama berkaitan salah guna kuasa.

Kemungkinan, CEO bertindak untuk 'memadamkan' maklumat penting bagi menyelamatkan dirinya dari fakta atau bahan bukti apabila sesuatu kes berbangkit. Kuasa hampir mutlak ini juga memungkinkan dana dan pengaruh PMBK sebagai GLC Kelantan dijarah bagi kepentingan pihak tertentu.



Lawatan Sambil Belajar Ariffahmi Ke Kuwait Dan Mengerjakan Umrah Dengan Perbelanjaan PMBK

Rombongan lawatan sambil belajar ke Kuwait telah dibuat pada pertengahan Jun 2008. Sebahagian daripada ahli rombongan, termasuk COO telah singgah di Jeddah semasa perjalanan balik dengan alasan untuk berbincang dengan MB atas keputusan lawatan sambil belajar tersebut.

Perjalanan ini telah dirancang dari awal lagi dan persoalannya, atas dasar apakah perbincangan tersebut dibuat. Tidak bolehkah ianya dibuat selepas MB balik ke Kelantan yang mana tempoh MB ke sana cuma berbeza beberapa hari sahaja, atau pun sebahagian rombongan ini mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah bersama-sama dengan MB menggunakan pembiayaan sepenuhnya oleh PMBK.

Disebabkan perjalanan ini terpaksa dibuat menggunakan transit ke Jeddah, PMBK terpaksa menanggung sejumlah besar perbelanjaan tiket kapal terbang (business class) untuk mereka, berbanding dengan penerbangan terus yang lebih murah.



Ariffahmi Melantik Kontraktor Tanpa Tender Terbuka Atau Tender Runding

Telah melantik kontraktor tanpa melalui tender terbuka atau tender runding untuk kerja-kerja ubahsuai pejabat, menurap jalan, memasang billboard dan lain-lain. Kontraktor yang dilantik ini adalah kontraktor melakukan kerja-kerja ubahsuaian rumahnya sendiri.

3.1 Ubahsuai Pejabat

Ubahsuai pejabat tingkat 4 dan 6 telah diberi kepada satu kontraktor yang merupakan kawannya. Kontraktor ini merupakan kontraktor yang menjalankan ubahsuai rumahnya sendiri.

3.2 Menurap Tar Kawasan Letak Kereta (Bawah Pokok)

a. Kawasan ini merupakan tempat baru dan kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor yang sama bagi kerja-kerja di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu.

b. Menurap semula jalan masuk dan persekitaran bangunan PMBK yang tidak rosak yang masih cantik juga kontraktor yang sama di atas tanpa tender terbuka atau tender runding terlebih dahulu. Dalam hal ini PMBK telah mengeluarkan wang tambahan yang merupakan satu pembaziran.

Gaya Hidup Ariffahmi

Gaya hidup melebihi gaji atau pendapatan yang diperoleh seperti mempunyai rumah yang besar, kereta mewah dan lain-lain.

Akan menunaikan haji pada tahun ini (2009) bersama isteri dengan kos sebanyak RM65,000/orang sebanyak RM130,000.00.

Nizar OII!! EGM PAS : Penghasut Liberalisme Berjaya Menghasut Pemegang Kunci Sorga!

Monday, October 26, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,

oleh YB GAP

dalam politik, ahlinya hendaklah kebal dan tebal. kebal hati dan jiwa walau apapun yang melanda. tebal muka adalah perkara biasa. dia harus berani menerima 'sakatan' musuh dan rakan. tak tahan dek sakat, dia boleh melompat-lompat.

dalam kajian ahlul sosiologi,umum mengetahui orang melayu yang usianya tua punyai tabiat melatah. bila dicuit di pinggang atau di sergah,mulalah dia melatah..adakala melatah pak tua ni lebih menjurus kepada skala mencarut.. dan seakan menjadi suatu budaya atau trend sekarang,orang muda pula yang kuat melatah.. aksi ni aku kata buat-buat, saja nak cari glamer .

nik ajis sedang menelusuri aksi yang sama. dia kena sakat,dia melatah dan dia melompat-lompat.kasihan sungguh aku melihat si tua pemegang kunci sorga ini. katastrophi sedang melanda partai pas, bukan kerana mereka sedang menjunam kalah di pilihanraya sebaliknya sedang mengalami ribut politik sepertimana yang pernah umno alami.apa ributnya pak ? ributnya berlingkar disekitaran wadah rebut kuasa,pangkat dan harta.

sebenarnya nik ajis nak berterus-terang, agar hj hadi,mustafa ali,hasan ali dan nasarudin dicampak keluar dari partai pas. nik ajis sanggup melangar hukum dan adat pertandingan, sanggup menjadi juara diktator walaupun seterunya itu menang dalam pertandingan yang adil.

ini semua gara-gara penghasut,tukang hasut dan bapak penghasut.ribut-ributan dalam pas pernah berlaku dalam sejarah umat.siapa kah watak 'judas' dan 'utimutraraja' yang semakin galak menghayun pedang untuk menyembelih presiden mereka sendiri ?adakah nik ajis bertindak sendirian atau ada si judas dan utimutraraja yang sedang melayan kipas memanaskan bontot nik ajis agar beliau melompat-lompat kepanasan ?

maka arakiannya, kita harus mengkaji apa punca dan mana berpuncanya. aku tegaskan di sini bahawa karektor-karektor ini lah yang sebenarya sedang menjahanamkan partai pas dengan cara menghasut si pemegang konci sorga.

prof aziz bari adalah seorang profesor UIA, banyak menulis dalam hal ehwal ligitasi. sayang prof kangkung ini lebih condong penulisannya ke arah kumpulan liberal islam. siapa bos aziz bari ? tiada lain mamat kangkung dari melaka bernama khalid jaafar, mastermind institut kajian dasar (IKD).. apa fungsi IKD ? tiada lain menjuarai lidah liberalisme dan jaguh bicara soal demokrasi dan hak asasi. khalid jaafar pernah meggelarkan nabi muhammad saw sebagai D.O (pegawai daerah) sahaja sewaktu diskusinya dengan wartawan pelacur demokrasi dari malaysiakini.

aziz bari terhutang budi tetapi belum sampai tergadai bodi. dia banyak terhutang budi dengan IKD, kerna banyak cetakan buku kangkungnya ditanggung kosnya oleh kalid jaafar. aziz bari sama akhlaknya dengan ibrahim sufian (merdeka centre), satu lagi watak ciptaan anwar attaturki yang bertugas untuk mengipas-ngipas dasar anwar dan perjuangan liberalisme IKD.

aziz bari penggemar anwar attaturki. sewaktu kes tumbangnya perak ke tangan barisan nasional, aziz bari merungkai persepsi dan fitnahi. ini kerajaan haram,tiada demokratik..aziz bari cuba menutup kesalahan anwar attaturk dalam mainan politik 16 september.anwar attaturk telah mendahului tuhan dalam persoalan apa yang bakal terjadi di masa hadapan.perak tumbang dan itu balasan tuhan pada anwar attaturk. tuhan itu berkias dan menempelak anwar dan aziz bari sendiri, agar jangan bermain dengan isu 16 september..tuhan mengingatkan mereka supaya jangan meliwat semangat demokrasi dengan mainan kata 'we have the numbers'..sekali terkena berguling-guling di atas jalanraya.hari ini,seperti biasa dia menjalankan operasi dalam rancangan yang teliti, menjolok hj hadi supaya terkeluar daripada saf parti pas.

husam musa ada masalah. dia sedang menanggung malu di atas kekalahannya tempoh hari ditangan nasarudin. perseteruan ini belum berkesudahan, apabila nasarudin mengambil langkah berani untuk menyaman kickdefella, bloger upahan husam yang banyak memfitnah nasa sewaktu kempen muktamar pas tempoh hari.

nik ajis pernah menggelarkan nasarudin sebagai sampah. nik ajis termakan hasutan husam dan anual bakri, set pol nik ajis yang kerinting rambutnya. ini 2 watak utimutraraja, sang penghasut yang bisa membinasakan partai mereka demi mengekalkan kuasa.berani aku katakan bahawa semangat kenegerian sedang melanda pas.

siapa utimutraraja ? dialah sang puaka bangsa, sama tarafnya dengan raja mendeliar,si kitul dan nina chatu si keling yang telah meranapkan kerajaan melaka. dek kerana mereka berempat inilah portugis bisa menguasai melaka..hari ini watak penghasut sejarah lama telah melanda partai pas.

yang bisa ketawa diluar melihatkan sengketa partai pas tiada lain anwar attaturk. dia penjahanam bangsa dan perosak agama. anwar umpama bayangan dajal, air dikata api dan api dikata air. yang lemah longlai jiwanya pasti terpengaruh dengan janji sang halunisasi anwar attaturki.

anwar pernah menghancurkan ABIM,pernah menghancurkan umno dan sedang melakukan kerosakan yang sama kepada pas. ramai dikalangan pimpinan pas terpikat dengan dasar liberalisme anwar attaturki.nizar bintang 3,kalid gereja samad,mujahid yusof rawa,mahfuz omar,salahudin ayob,dr zulkifli ahmad,dr lo'lo dll merupakan petualang sebenar dalam pas.mereka sanggup menggadaikan maruah perjuangan pas demi pangkat dan harta.sama perangainya dengan judas iscariot.

siapa judas iscariot ? dia ialah bendahara sewaktu zaman jesus (nabi isa a.s) . judas antara 12 sahabat terkenal nabi isa a.s.. 12 sahabat yang digelar hawariyun. judas sanggup melacurkan maruah diri demi 30 keping perak yang ditawarkan oleh imam-imam yahudi jika judas memberitahu dimana tempat persembunyian nabi isa a.s. tapi tuhan maha berkuasa,judas telah ditukarkan rupanya seiras nabi isa a.s.dan kerana itulah judas telah disalib.kerana kesundalan itulah judas digelar iscariot yang bermaksud si pengkhianat.

anwar tahu azmin tiada mampu mendepani politik sewaktu sepeninggalannya ke sungai buloh nanti.azmin tiada semangat jantanan politik,saifudin nasution adalah pelacur politik yang kepalanya bisa ke sana kemari umpama lalang ditiup angin.tatkala anwar ke sungai buloh, harapan barunya terletak penuh di atas pundak barua-barua beliau dalam pas. samada mengkhianat hj hadi itu bukan persoalan,yang penting legasi dan pengaruh anwar attaturk perlu diteruskan. anwar attaturk pernah digelar pengkhianat oleh muhyidin yasin. seharusnya ahli pas memahami maksud tersirat muhyidin, antara utimutraraja,judas dan anwar ,,siapa diantara mereka yang patut 'dipancung' terlebih dahulu !