CHANNEL UMB

Showing posts with label PKR Bengong. Show all posts
Showing posts with label PKR Bengong. Show all posts

Pemilihan : Bukti PKR Amalkan Politik Wang dan Politik Kotor

Friday, September 3, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,

oleh Garamanis

Membaca artikel ini mengingatkan pada pemilihan jawatan parti dalam mana-mana parti politik. Baik UMNO, PAS dan PKR kesemuanya sama. Boleh klik sini

Zaid Ibrahim hampir pasti akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Itu sepertimana yang diketahui apabila gendang perang sudah pun bermula. Apa yang menarik kedua-duanya adalah orang kesayangan Anwar.!

Sebelum ini pun, Zaid pernah nyatakan tidak akan bertanding dalam mana-mana jawatan. Sembang Zaid Ibrahim memang tak boleh dipercayai. Sebagai seorang peguam yang kaya raya dan biasa memutarbelit fakta layakkah beliau untuk dipercayai.?

Lama juga dok pikiaq pasal ada satu perkembangan menarik tentang perebutan jawatan dalam PKR. Tak guna pun Yusmadi tubuh Mydemocracy watch untuk pantau politik wang dalam PKR. Ini trick Yusmadi nak cari makan untuk next election.

Difahamkan pagi semalam Zaid Ibrahim telah membuat laporan polis di Balai Damansara kerana ada bukti mengaitkan Azmin Ali sedang dalam perancangan untuk menyerang kredibilitinya.

Ini yang best, pemilihan PKR kali ini akan tonjolkan true colour sebenar PKR. Duit..duit..duit...hehehe

Apa yang diketahui, Zaid Ibrahim sudah mendapat maklumat bahawa Azmin telah menawarkan Mat Saman Kati (bloger cekik darah) RM3,000 untuk menulis fitnah dan menjahanamkan imejnya.

Apa yang dirancang Azmin ialah bloger cekik darah itu akan menulis fitnah kononnya Zaid Ibrahim telah memberi RM20,000 pada setiap cabang untuk mendapatkan pencalonan. Antara yang sudah dapat habuan ialah Cabang Hulu Selangor dan lain-lain Cabang akan dibayaq selepas raya.

Rancangan Azmin yang ini pasti berjaya...

Zaid Ibrahim juga akan digambarkan kononnya sebagai manusia yang tidak boleh percaya sepertimana tindakannya menikam UMNO setelah keluaq dan menyertai PKR.

Apa yang menarik, Zaid sebelum ini pernah mempertikaikan kod etika pemilihan PKR yang melarang aktiviti melobi dan berkempen sepanjang tempoh pemilihan. Komitmen Zaid ini adalah menunjukkan bahawa amalam tabur duit yang diamalkannya dalam UMNO dulu akan diaplikasi dalam PKR.

Sapa kata budak yang kaki tonggong arak boleh insaf padahal kuat tabur duit dan perangai macam setan. Zaid Ibrahim kena ingat kes tabur RM10 juta masa PRK Hulu Selangor dulu jangan dia buat-buat forget haa...

Azmin belum lagi keluaq secret weapon itu.

Semalam 1, Hari Ini 2, selepas ini 10, PKR Semakin Hancur!

Monday, March 1, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Oleh: ROSLAN BIAN DAN NOORHASILAH ISMAIL

Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR.

Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR.

Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini.

Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta.

Pada 24 Februari baru ini Tee Beng mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR selama dua jam kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali.

Katanya beliau ambil keputusan keluar PKR kerana sangat kecewa dengan kepimpinan parti.

Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi.

Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137.

Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti.

Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti.

Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti.

Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin yang sepatutnya mengadap jawatankuasa Disiplin PKR jam 3 petang ini di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya ini besar kemungkinan tidak menghadirinya.

Salah seorang anggota jawatankuasa itu,Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang,ketika dihubungi berkata Zulkifli telah membuat beberapa tuntutan sebelum mahu mengadap jawatankuasa itu.

Namun katanya mereka tetap akan tunggu kedatangannya pada jam 3 petang.

Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tambah luka PKR
OLEH LUKMAN ABDULLAH

Tamparan demi tamparan singgah ke Parti Keadilan Rakyat.

Setelah baru-baru ini Ahli Parlimen PKR Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim ucap selamat jalan manakala isu Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin makin memuncak,bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula menambah luka.

Ahad malam beliau mengumumkan keluar PKR dan seterusnya menandatangani borang UMNO yang kemudiannya diserahkan terus kepada Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Fairus,33 membuat pengumuman itu semasa menyampaikan ucapan ringkasnya di depan Najib pada Majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) di sebuah hotel dekat Ampang.

Najib pula, semasa menyampaikan ucapan sangat tertarik dengan prinsip Fairus meninggalkan PKR yang dikatakan gagal mempertahankan soal prinsip ‘fundamental’ iaitu memartabatkan dan maruah kesucian agama Islam.

“Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.

Dalam ucapannya Fairus menjelaskan bahawa perasaan kecewanya semakin memuncak bila isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam sudah tidak dipertahankan oleh pucuk pimpinan PKR.

Beliau juga membuat pendirian tersebut setelah melakukan solat sunat Istikharah selama tiga bulan bagi mencari kepastian dan berjaya mendapat petunjuk jelas mengenai keperluannya meninggalkan PKR.

"Dengan lafaz 'bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh hampir 1000 hadirin.

Mohammad Fairus merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti menyepikan diri hampir setahun dari arena politik sebelum muncul semula malam itu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219.

Bagaimanapun beliau meletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang pada 8 April 2009 dan sebagai ADUN Penanti pada 16 April tahun yang sama atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di peringkat pasca ijazah.

Dalam majlis tersebut Najib dianugerahkan Anugerah Sandang Mahkota Agung Seri Pelangi Sakti PSSGM.

Beliau disarungkan selempang dan tengkolok oleh Yang Di Pertua PSSGM Datuk Adiwijaya Haji Abdullah.

Anugerah Sandang Kebesaran PSSGM pernah diterima Najib pada tahun 1988 dari Mahaguru PSSGM Datuk Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim.

Turut menerima watikah sandang kebesaran PSSGM ialah Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Mohammad Fairus dan beberapa orang lain.-28/2/2010 -Agenda Daily

Ingat Anwar. Shamsul tu Pengecut...

Tuesday, February 2, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,


oleh Kumbang

Kumbang mendapat maklumat yang serupa dengan apa yang dilaporkan oleh blog Parpukari dan Big Dog daripada rakan PKR Kumbang. Klik sini dan sini.

Ceritanya Anwar terpaksa menggunakan elemen simpati untuk mempengaruhi rakyat setelah kehabisan modal untuk berhadapan dengan lambakkan bukti nyata di mahkamah. Sebagai contoh kita boleh lihat di blog beliau bagaimana pemimpin Chameleon itu menulis terlampau panjang untuk memancing simpati penyokong yang mana masih menggunakan hujah dangkal dan penuh penipuan. Klik sini.

Amat malang sekali elemen simpati yang cuba untuk dilakukan Anwar kali ini adalah melibatkan pihak polis yang mana beliau akan mewujudkan rasa benci rakyat kepada penjaga keselamatan negara itu dengan menjalankan provokasi ke atas mereka.

Seperti tahun 1998 beliau akan cuba untuk menggambarkan beliau dan keluarga adalah mangsa kerakusan pihak polis dan kali ini mahu melibatkan sama penyokongnya bagi menambahkan impak bahawasanya pihak polis adalah benar-benar zalim.

Tetapi sebenarnya ini adalah rancangan Anwar untuk memancing simpati dan memaksa rakyat untuk melupakan bukti-bukti sahih serta nyata yang akan ditunjukkan di mahkamah.

Tetapi dalam keghairahan Anwar untuk melakukan provokasi terhadap pihak polis.

Beliau terlupa seseuatu perkara iaitu tindakan beliau melantik Shamsul Iskandar sebagai field Commander untuk menjalankan provokasi terhadap pihak polis adalah sesuatu yang amat silap dan menunjukkan kebodohan beliau kerana sememangnya Shamsul Iskandar telah hilang sokongan ahli PKR kerana pro kepada Azmin dan ditambahkan lagi dengan fakta Ketua AMK itu adalah seorang pengecut dan gemar melarikan diri jika berhadapan dengan pihak polis tidak seperti Ketua AMK dahulu saudara Ezam Mohd Nor.

Perkara yang beliau gemar melarikan diri ini dibuktikan dengan yang beliau tidak pernah ditahan oleh pihak polis sepanjang hampir 12 tahun reformasi walaupun rakan-rakan beliau seringkali ditangkap dan ditahan kerana sudah menjadi rahsia umum beliau melarikan diri dahulu sebelum tangkapan dilakukan.

Jadi sudah dapat diteka jika berlaku perhimpunan pada hari ini dan provokasi dijalankan ramai penyokong PKR mungkin akan ditahan kerana itu tetapi saudara Shamsul pasti tidak akan ditahan kerana beliau akan melarikan diri terlebih dahulu dan membiarkan rakan-rakan beliau menjadi mangsa kepada kezaliman yang dirancang beliau sendiri.

Adakah anda sebodoh itu untuk menjadi mangsa Shamsul Iskandar yang senang-lenang menggemukkan badan sementara anda menjalani hukuman di penjara nanti?

Fikirkanlah sendiri. Adalah lebih baik untuk perbicaraan dijalankan secara aman. Jika Anwar tidak bersalah,sila buktikan.

Kenapa mahu menjalankan provokasi terhadap pihak polis yang pernah menjaga keselamatan anda sebagai pemimpin negara berbelas tahun tanpa belot?

Zahrain:Bagaikan Anjing Menyalak Kepada Tuannya

Monday, February 1, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under:

Pisau perhatikan tindakan Yb Zahrain MP Bayan Baru yang mengeluarkan kenyataan bersifat menyerang kepimpinan Lim Guan Eng tidak ubah seperti anjing menyalak kelaparan kepada tuannya.

Kenapakah baru sekarang baru menyalak,sedangkan 3 bulan selepas PRU12, Zahrain sudah nampak akan belang khalifah sosialis cina melaka ini? Sudah terlalu banyak pendedahan dan dakwaan kepada Ketua Menteri Sosialis ini yang langsung tidak diambil perhatian oleh mana mana pemimpin Melayu Pakatan di Pulau Pinang. Kenapa baru sekarang kamu menyelar kepimpinan khalifah cina melaka kesayangan PAS ini.

Tindakah Zahrain ibarat jalang memarahi pelacur, kedua duanya sama, Pisau sifatkan kenyataan Zahrain hanya retorik dan mencari mileage politik kononnya untuk membuka mata bangsa melayu bahawa PKR juga perjuangkan hak orang melayu,walhal mereka hanyalah balaci dan barua kepada DAP,mereka sedar sokongan orang melayu Pulau Pinang semakin kurang dan makin ramai meninggalkan PAS dan PKR. Pimpinan melayu didalam pakatan hanyalah ibarat pak pacak yang mulutnya diplaster dan disumbat dengan projek jutaan ringgit.

Ini hanyalah permainan politik skrip basi pakatan haprak, Jika benar benar beliau anak jantan keluar saja dari Pakatan haprak,usah hanya pandai menyalak ,buktikan kamu benar benar serius.

Namun pada pendapat Pisau,anjing yang menyalak seperti Zahrain ibarat anjing yang tidak dapat makan,anggaplah perhubungan mereka seperti anjing dengan tuannya.Jika diberi makan,diamlah anjing yang menyalak tadi.Jika tidak diberi makan akan menyalaklah anjing siang dan malam tanda kelaparan.

Kepada UMNO ,Anjing yang tersepit tidak boleh ditolong,nanti digigitnya tangan yang menolong.Tengok dulu anjing ini boleh dijinak atau tidak.


Ingatlah dahulunya 'kereta' yang kita naik adalah milik kita,mereka hanyalah pemandu,kita duduk dibelakang sebagai "tuan",jika disuruh berhenti,pemandunya akan berhenti,pemandu hanya menantikan arahan "tuan" punya kereta, tetapi sekarang, kita bukan tuan "kereta",kita hanyalah penumpang ,kita hanyalah menumpang "kereta",jika kita turun dari "kereta" pemandu peduli apa, naik atau tidak,sebab pemandu adalah "tuan kereta"


Pisau kata " kereta model lama tahan lasak"

KENA BOHONG LAGI...

Monday, January 4, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under: ,

oleh desprado


Penulis mengalu-alukan perlantikan Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) Hj Elias Zakaria yang dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) berkuat kuasa esok.

Secara peribadi, penulis dan keluarga penulis mengenali Hj. Elias Zakaria. Hj. Elias telah mengimamkan sembahyang jenazah arwah bapa penulis dan beliau begitu disenangi oleh orang ramai.

Ironinya, perlantikan Hj Elias secara langsung telah membuka satu lagi pembohongan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat kepada rakyat. Dan pembohongan itu adalah berdasarkan satu pembohongan yang lain!

Anwar Ibrahim telah berjanji kepada rakyat Permatang Pasir bahawa Salleh Man, ADUN Permatang Pasir akan dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP walau pun ketika itu Anwar Ibrahim tahu bahawa jawatan tersebut telah diisi oleh orang lain dan telah diperkenan oleh Yang Dipertuan Agung!

Sungguh hebat betul pembohongan Anwar Ibrahim!

Pembohongan Anwar Ibrahim itu mengingatkan penulis kepada pendedahan seorang pemimpin parti PKR di Sabah yang mengatakan Anwar ibrahim juga telah berbohong kepada rakyat Sabah. klik di sini

Memang betul bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Ketua Pakatan Rakyat seperti yang dikatakan oleh Karpal Singh, Pengerusi DAP.

Dr Novandri Hasan Basri

DES : Pengundi di Pulau Pinang kena bohong atas pembohongan...gila! Macam ni punya manusia pun ada!

Kalimah Allah : Nik Aziz Ubah Pendirian, Anwar Bila Lagi?

by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,



oleh Daniel Arif 


Kalau pembaca perasan dulu Nik Aziz kata lompat parti itu tidak salah dan apabila Ibrahim Ali tidak duduk di bawah Pakatan Rakyat dan PAS. Nik Aziz menukar pendirian kepada sebaliknya.

Begitu juga dengan isu kroni. Dulu kata semuanya salah. Tetapi apabila beliau melantik menantu sendiri sebagai CEO PMBK mala keluarlah pula bahawa kronisme ini diamalkan dalam Islam.

Terbaru Nik Aziz semalam menukar pendirian
yang dibuat hampir 10 bulan lepas bahawasanya orang bukan Islam boleh menggunakan nama Allah tetapi semalam beliau mengatakan orang bukan Islam tidak boleh pula menggunakan nama Allah kerana takut akan mengelirukan.

Baguslah Nik Aziz faham apa yang diperjuangkan oleh kita semua. Tetapi pertanyaan terlintas di hati saya. Adakah pernyataan yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah yang dibuat oleh beliau pada 10 bulan lepas itu berunsur politik?

Yalah, ketika itu berlangsung 3 pilihanraya kecil serentak dan undi bukan Islam amat diperlukan oleh Pakatan Rakyat. Sekarang tiada pilihanraya kecil dan Nik Aziz boleh pula menukar pendirian beliau semata-mata mahu menarik sokongan terhadap beliau semula.


Tambah menarik lagi Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas juga menggunakan pernyataan Nik Aziz itu untuk menguatkan hujah beliau bagi membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah. Apakah pendirian Anwar Ibrahim selepas ini akan berubah seperti Nik Aziz tatkala bantahan penggunaan nama Allah ini semakin memuncak?

Jika pendirian beliau pun turut berubah berkadar masa. Maka benarlah anggapan saya yang pernyataan Nik Aziz dan Anwar Ibrahim pada 10 bulan lepas adalah berunsur politik dan semata-mata ingin menarik undi orang bukan Islam.

Akhirnya, saya mengucapkan syukur kerana Nik Aziz telah kembali rasional. Diharap janganlah lagi membuat kenyataan berunsur politik lagi dan mengelirukan umat Islam.



Anwar bila lagi akan menukar pendirian? Mungkin tidak kot, kerana beliau sibuk untuk menyelamatkan diri dalam perbicaraan kes liwat yang semakin hampir.

VIDEO KHALID SAMAD PERTAHANKAN GEREJA

by pisau · 0 comments
Filed under: , ,






28.March.2008 iaitu kira-kira 20 hari selepas pru 12 , Khalid Samad(MP Pas Shah Alam) , dan Dr.Zulkifli (MP Pas Kuala Selangor) sewaktu melawat sebuah gereja di Selangor telah menyatakan sokongan secara terbuka bahawa mereka setuju untuk perkataan Allah digunakan oleh gereja-gereja kristian. Bermula daripada hari itu nama Khalid Samad dikenali sebagi Khalid Gereja.

Video yang diatas itu pula menunjukan bagaimana Khalid Samad dan Dr.Zul masih lagi berusaha mempertahankan sokongan mereka untuk gereja-gereja kristian walaupun hujah panjang lebar telah diberikan oleh Ustaz Taib Azamuddin (MP Pas Baling). Manakala video kedua pula adalah sokongan Anwar Ibrahim terhadap isu yang sama.

Video pertama, kejadian itu berlaku,semasa Datuk Seri Zahid Hamidi yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Agama Islam sedang berucap. Datuk Seri Zahid memberi laluan kepada Ustaz Taib Azamuddin atas dasar beliau sebagai bekas Imam Besar Masjid Negara untuk menjelaskan tentang penggunaan perkataan Allah.

Setelah hujah panjang lebar dan nas-nas yang dikemukakan oleh Ustaz Taib, kelihatan Khalid Samad masih lagi tidak berpuashati dan beliau tetap ingin mempertahankan agar perkataan Allah dapat digunakan di gereja.

Datuk Seri Zahid dan Timbalan Speaker terpaksa menghalang Khalid dan Dr.Zul meneruskan hujah mereka kerana bimbang ianya akan mengelirukan umat Islam dan untuk mengelakkan ketegangan agama. Ianya juga dapat mengelak daripada ucapan mereka berdua tercatat dalam hansard dan boleh mengelirukan jika dijadikan rujukan di masa depan.

Tetapi mereka berdua tetap keras kepala dan terus ingin menyokong tindakan gereja kristian untuk menggunakan perkataan Allah. Tetapi usaha mereka gagal jua. Anda boleh lihat dalam video diatas bagaimana usaha mereka untuk terus berhujah dipatahkan.

Pada pandangan saya, PAS harus memecat mereka berdua ini sebagai ahli PAS. Mereka ini meletak kepentingan politik lebih dari kepentingan agama. Selagi mereka berdua terus bernaung dibawah panji-panji PAS ,maka selagi itulah nama PAS akan turut sama terpalit sebagai parti yang menyokong tindakan gereja menggunakan perkataan Allah. Sedangkan dalam masa yang sama ada Ahli Parlimen PAS yang tidak setuju dengan perkara berkenaan.

Kepada umat-umat Islam di Malaysia, carilah hukuman-hukuman yang sesuai untuk dua ekor manusia laknat tersebut. Mereka sudah lebih. Mereka perlu diajar secukupnya.

Perangai macam itu pun ada hati lagi nak minta tauliah dengan JAIS untuk menyampaikan kuliah-kuliah agama di Masjid dan Surau. Memang tepat tindakan JAIS dan Polis Selangor tidak membenarkannya,sebelum lebih ramai lagi orang-orang Islam dikelirukan.
Posted by ruang bicara faisal

Isu Penggunaan Nama Allah : Bukti Anwar Atartuk Sokong Pluralisme

by pisau · 2 comments
Filed under: ,

oleh kumbang

Antara punca Kumbang mengalihkan sokongan dan menentang Anwar Ibrahim selain kes liwat adalah isu penggunaan nama Allah oleh golongan Kristian di Malaysia. Perkara ini membuktikan sememangnya Anwar menggalakkan dan menyokong pluralisme agama serta sudah beralih kepada perjuangan Islam liberal naungan barat.

Beliau yang hanya sekadar berkelulusan ijazah sarjana muda bahasa melayu universiti malaya ini dengan sewenang-wenangnya membenarkan penggunaan nama Allah kepada penganut agama lain tanpa memikirkan kesan jangka panjang kelangsungan agama Islam di Malaysia.

Ulas beliau dalam satu kempen PKR di Lubok Antu,Batang Ai. Menjadi hak penganut agama lain untuk menggunakan nama Allah S.W.T dalam agama mereka dan beliau memberi jaminan PKR tidak menghalang perkara itu.

Semudah itu ijtihad Ulamak Islam liberal ini hanya berpandukan pandangan Mursyidul Am PAS.

Kenyataan beliau yang condong untuk menarik undi penganut agama khristian di Batang Ai memakan diri kerana PKR kalah pada pilihanraya itu.

Menurut beberapa rakan Kumbang yang beragama khristian dan berfahaman roman katolik. Ternyata perkara ini bukan isu kepada penganut Islam sahaja, menurut mereka penggunaan nama Allah dalam agama khristian dianggap mengarut kerana akan mengelirukan penganut-penganut agama mereka sendiri.

Jelas mereka, ini semua adalah dakyah yahudi yang ingin merosakkan agama mereka semenjak wujudnya mazhab kristian protestan. Perkara ini menurut mereka lagi adalah sebenarnya cubaan yahudi untuk mewujudkan pluralisme agama iaitu menganggap semua agama sama dan menjahanamkan semua agama di dunia sekaligus menjayakan agenda zionis mereka.

Jika ini pendapat orang kristian sendiri mengapa perkara ini boleh disokong membuta-tuli oleh pemimpin Islam bernama Anwar Ibrahim. Jika PKR benar-benar jujur kenapa tidak dilakukan kajian secara mendalam terhadap isu ini. Buat sahaja kajian rambang, adakah penganut kristian benar-benar suka terhadap perkara ini. Kumbang jamin ramai yang akan menentang.

Adakah Anwar Ibrahim hanya menjadi pak turut kepada pemimpin PKR yang menjadi penyokong setia beliau bernama Irene Fernandez?
Jika penganut agama kristian sendiri menentang, kenapa Anwar Ibrahim terus menyokong?
Adakah ini arahan dari Barat dan Yahudi?

Isu penggunaan nama Allah ini membuktikan ramai pemimpin Pakatan Rakyat sudah menyedari bahawa Anwar Ibrahim ternyata salah dalam membuat pendirian. Bagi mereka ini bukan isu politik tetapi ianya isu agama yang melangkau sempadan kepartian. Tergamak pencacai-pencacai Anwar yang menganggap isu ini sebagai jerat UMNO sedangkan menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankan agama.

Adakah Islamnya dan iman mereka hanya dengan mengikut telunjuk Anwar Ibrahim tanpa berfikir secara rasional?

Bayangkan jika UMNO yang menyokong penggunaan nama Allah oleh kristian ini maka keluarlah Anwar dengan segala macam hujah termasuk daripada Yusuf Qaradawi dan menjeritlah pencacai-pencacai beliau membantai lawan mereka itu. Kerana bagi Anwar dan pengikut beliau bukan agama menjadi ukuran tetapi disebabkan politik semuanya mesti ditentang.

Inilah perjuangan hak asasi dan politik menghalalkan cara yang menjadi amali mereka. Soal agama sudah menjadi nombor dua. Kuasa dan politik menjadi nombor satu.

Hanya seorang melayu Islam yang berani bersuara dalam PKR dan menentang pendirian Anwar Ibrahim ini iaitu Zulkifli Noordin. Pemimpin PAS seperti Harun Taib,Taib Azamuddin, Ustaz Nasa dan Idris Ahmad sudah menyuarakan penentangan mereka.

Yang tinggal menyokong pendirian Anwar ialah mereka yang masih takut kalah dalam pilihanraya dengan larinya undi cina seperti Khalid Samad dan beberapa rakan beliau yang lain.

Anwar ternyata tidak mahu melayan penentangan rakan-rakan beliau tentang isu penggunaan nama Allah ini malah beliau kini sibuk untuk merayu demi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau. Yang lain beliau pasti tidak akan peduli...

Anwar Pembohong, PAS Kena Kencing Lagi

by pisau · 0 comments
Filed under: ,

oleh darulehsan today


23 Ogos lalu, Anwar masa kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir Anwar mengumumkan yang dia akan mengusulkan nama Mohd Salleh, calon PAS yang bertanding di Permatang Pasir pada masa itu, dilantik sebagai pengerusi MAINPP sekiranya memenangi kerusi itu.

Kini Anwar berbohong lagi, Anwar pusing cerita dia kata

"nama Elias diusulkan lebih awal sebelum nama ADUN Permatang Pasir, Mohd Salleh Man dicadangkan dan keputusan muktamad itu atas perkenan baginda."

Korang boleh nampak tak Anwar saje-saje je nak bodohkan PAS, rupanya dia dah tahu dulu siapa yang bakal dilantik sebagai Pengerusi MAIPP yang dia gatal-gatal pi umum nama saleh man tu buat apa? apa dia nak pancing undi orang PAS ke?

Kesian salleh man, kepunan kau nak jadi YDP ekk, dek kerana anwar nak jaga hati PAS maka di mintak juga la MAIPP lantik salleh man jadi Timbalan YDP, korang kena ingat jawatan Timbalan YDP Majlis Agama ni bukan ada kuasa pun, jawatan tu jawatan sejuk, alamatnya salleh man ni makan gaji buta je la. tapi korang kena ingat, MAIPP dibawah YDP yang baru ada kuasa untuk lantik siapa sahaja Timbalan yang dia nak, salleh man tak kompom lagi untuk jadi Timbalan YDP, silap-silap PAS kena kencing kali kedua.

ALLAH itu ESA - hari ketiga yang memberansangkan!!!

by pisau · 1 comments
Filed under:



Alhamdulillah, nampaknya semangat jihad umat Islam masih lagi kuat. Kefahaman tentang fiqh keutamaan juga masih kukuh, justeru perbezaan fahaman politik, keturunan dan latar belakang diketepikan. Hari ini semakin ramai yang bertindak melakukan sesuatu; baik menulis di dalam blog, berceramah, membuat laporan polis, menghantar memorandum dan berkumpul menunjukkan bantahan, hatta yang paling mudah, iaitu memberi komen menyokong jihad ini di Facebook. Masing-masing mempunyai peranan; apa yang penting adalah kesungguhan untuk menyumbang sesuatu dalam jihad ini dan semangat untuk menunjukkan solidariti ummah!!!


Hari ini saja terdapat sejumlah bantahan berlaku di beberapa tempat dalam negara. Seperti yang dilaporkan oleh TV3, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan sejumlah NGO telah menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pagi tadi. Di Pekan, sejumlah NGO yang diketuai oleh ABIM telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di Melaka pula, Pemuda UMNO Negeri Melaka juga telah menggerakkan suara bantahan.

Petang tadi pula, sekitar pukul 3.00 di balai polis Sentul, sejumlah NGO dan peyokong parti-parti politik UMNO, PKR dan Pas yang datang atas inisiatif individu telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini.

8 Januari 2010, selain perhimpunan yang akan dianjurkan oleh PERKASA di Kg Baru, pada pukul 3.00 petang GERAKAN KEBANGKITAN RAKYAT (GERTAK) iaitu gabungan 20 NGO Terengganu juga akan mengadakan RAPAT UMUM FISABILILLAH di Pantai Batu Buruk selepas solat Jumaat di Masjid Ladang. Sama-samalah kita tunjukkan solidariti ummah nanti.



Bantahan di Pulau Pinang



Bantahan di Melaka
Kumpulan Facebook `Menentang Penggunaan nama Allah oleh Bukan Islam' yang baru dibuka tidak sampai tiga hari telah mengumpulkan sejumlah 19,000 orang pengikut sehingga jam 700 malam tadi.
Atas rasa tanggung jawab untuk mempertahankan aqidah Muslim juga, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan borang petisyen dalam talian untuk bantahan ini.

Bagi umat Islam, marilah kita menunjukkan solidariti untuk sama-sama menyokong petisyen dan kumpulan Facebook di atas. Tunjukkanlah, biarpun kita tidak dapat bersama rakan-rakan menunjukkan bantahan, kita tetap bersama mereka di dalam minda, hati dan perjuangan.

Difahamkan di pelbagai peringkat dan di masjid-masjid, semakin ramai orang Islam yang berbincang tentang apa yang hendak dilakukan agar generasi masa hadapan tidak dikelirukan dan dapat dipertahankan.

Hari ini, jumlah blog yang menyatakan bantahan sudah melebihi ratusan dan tidak sempat untuk dipantau lagi. Rata-rata menyatakan kemarahan, tidak puas hati dan kerisauan mereka tentang masa depan umat Islam.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin juga menulis pendek dalam kenyataan pertama beliau mengenai isu ini mungkin kerana merasakan bahawa kenyataan beliau sebelum ini bermasalah dan telah mendatangkan masalah.

Blogger serius yang lain turut mengemukakan pandangan masing-masing mengenai isu ini, misalnya A Kadir Jasin, Nobisha dan Voice.

Antara blog yang memaparkan artikel yang baik hari ini adalah Tahu, Faham dan Amal, AhmadJailani dan Naim.

Walaupun Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (dilaporkan oleh TV3) dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad (dilaporkan di sini) dan telah membuat kenyataan masing-masing, namun Harakahdaily masih mengurangkan spin mengenainya. Hanya dimaklumkan bahawa Pas akan mengadakan mesyuarat khas malam esok untuk membincangkan isu Allah ini. Pada waktu yang sama masih banyak penulis dan blogger Pas yang hilang arah, tidak sehaluan dengan Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan Pas Pusat serta masih bersikap negatif dan sinikal untuk berjuang bersama-sama umat Islam yang lain.

Apa pun hari ketiga ini menampakkan kesan yang jauh lebih memberangsangkan dalam jihad ini. Mudah-mudahan esok akan menjadi lebih baik dan kita dapat berjuang memastikan aqidah muslim terpelihara. ALLAH itu ESA!!! Bukan tiga dan bukan berbilang!!! Pelihara Aqidah Muslim.
Posted by Tun Faisal Ismail bin Aziz

AYUH UMAT ISLAM SEKALIAN! KITA TERUS BERDOA..

by pisau · 3 comments
Filed under:

oleh dimensi



Kalimah Allah: PM minta umat Islam bertenang, akan menghadap Agong

03/01/2010 5:12pm


PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Serentak itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.
"Kerajaan akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi menangani isu ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 321 murid pada majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. - Utusan

Perkataan 'Allah' - Pihak Gereja Perlu Prihatin !

Sunday, January 3, 2010 by pisau · 1 comments
Filed under:

Dr Novandri Hasan Basri


Penulis terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' untuk terbitan The Herald. Hakim Lau Bee Lan memutuskannya berdasarkan pihak minoriti mempunyai hak dan kebebasan beragama di negara ini.
Keputusan mahkamah telah diberikan. Perkara seterusnya yang perlu dilakukan ialah pihak yang bertanggungjawab mesti menfailkan kes tersebut ke Mahkamah Rayuan dengan seberapa segera.
Penulis bukan prejudis atau anti-agama lain, tidak sekali-kali. Penulis percaya bahawa agama-agama di negara ini mengajar kita untuk melakukan kebaikan, toleransi dan segala perkara yang dapat memanafaatkan kehidupan seharian kita.
Akan tetapi, banyak persoalan yang timbul sehinggakan penulis sangat ragu dan was-was dengan motif asal yang cuba diperkatakan oleh pihak The Herald.

Apakah The Herald tidak tahu :-

1. Tidak menjaga sensitiviti 60% daripada 28 juta penduduk Malaysia yang beragama Islam.
2. Perkataan 'Allah' digunakan oleh setiap orang Islam tidak kira sama ada mereka bangsa Melayu, bangsa Arab atau pun bangsa Inggeris yang menganut agama Islam. Ianya berlainan dengan agama Kristian yang mempunyai alternatif untuk menyebut Tuhan mereka.

3. Di dalam konteks negara Malaysia, 'Allah' adalah sinonim dengan Islam dan pengertian SETIAP rakyat Malaysia ialah Allah adalah tuhan kepada umat Islam.
4. Dan semenjak merdeka, kita TIDAK PERNAH menghadapi kesukaran untuk membezakan tuhan yang disembah, sama ada penganut Islam, kristian. buddha dan Hindu.
5. Kaum bumiputera Sabah dan Sarawak TIDAK PERNAH menghadapi kesukaran untuk memahami ajaran Kristian sejak kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian di negeri-negeri tersebut walau pun ketika itu Bible yang digunakan tidak menggunakan perkataan 'Allah'.
Kita juga perlu pertimbangkan bahawa :-

1. Hanya 9.1% daripada rakyat Malaysia menganuti agama Kristian.

2. Walau pun jumlahnya sedikit jika dibandingkan 60% rakyat Malaysia beragama Islam, semua pihak mesti ingat bahawa perkara yang dibangkitkan oleh The Herald ialah penggunaan 'Allah' di transkrip-transkrip berbahasa Melayu.

3. Dan jika berdasarkan kepada bilangan Bible yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri, hanya sekitar 6,000 - 8,000 orang sahaja yang benar-benar terlibat di dalam isu ini dan bukannya seluruh 850,000 penganut kristian di negara ini.
4. Pengkhususan penggunaan perkataan 'Allah' dikatakan digunapakai di The Herald yang diedarkan di Sabah dan Sarawak
5.. Makanya, penganut-penganut Kristian bangsa Cina dan bangsa India tidak sepatutnya marah atau tersinggung kerana mereka menggunakan istilah lain untuk tuhan mereka.

6. Penulis berkata demikian kerana The Herald edisi Tamil, Mandarin dan Inggeris TIDAK menggunakan perkataan 'Allah'. Dan penganut kristian bangsa Cina dan India tidak pula mempunyai sebarang kesukaran untuk memahami agama Kristian!

7. Dan satu perkara yang mesti diingat oleh pihak The Herald iaitu Malaysia bukannya negara Timur Tengah di mana pengertian 'Allah' adalah berdasarkan kepada bahasa Arab itu sendiri.
8. Kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak pula bukannya orang Arab dan sebarang istilah tuhan di dalam Bible tidak menimbulkan sebarang masaalah kepada pengukuhan agama Kristian mereka.
9. Dan jika paderi Lawrence Andrew dan pihak the Roman Catholic Church benar-benar faham tentang kerangka, sensitiviti dan jalinan di antara kaum-kaum dan penganut-penganut agama yang berlainan di negara ini, mereka tidak akan menganggap bahawa keputusan Mahkamah Tinggi sebagai the glorious day atau pun mereka tidak patut meneruskan kes mereka itu.
10. Perlu diingat bahawa penganut agama Kristian di negara ini mempunyai alternatif untuk menyebut nama tuhan mereka tetapi tiada alternatif kepada penganut Islam di negara ini!
Dan jika agama Kristian turut mengajar toleransi dan kasih sayang, buktikanlah dengan menghormati penganut-penganut lain di negara yang tercinta ini.
11. Jika pihak gereja mampu melakukannya, mereka sebenarnya telah menunjukkan satu tauladan yang baik tanpa sebenarnya menukar sebarang konteks di dalam agama Kristian itu sendiri!
MAKA di sini penulis menyeru kepada semua pihak agar dapat menyelesaikan isu ini dengan rasional dan di atas dasar bertolak-ansur. Pihak gereja mesti prihatin ke atas sensitiviti umat Islam di negara ini.

Jika tidak, penulis tidak menolak akan berlaku kebangkitan umat Islam untuk menyatakan isi hati mereka pula.

Ironinya juga, terdapat agensi berita asing yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan negara Malaysia akibat isu tersebut :-

Ethnic Chinese and Indians, who are mainly Christians, Buddhists and Hindus, have been upset by court rulings on conversions and other religious disputes as well as demolitions of some Hindu temples.

Satu lagi perkara yang kita perlu tahu (terutamanya ahli-ahli dan penyokong PAS) bahawa kerajaan negara Malaysia hari ini tergolong di dalam "very high" di dalam mempertahankan agama Islam sama seperti negara Iran!

Malaysia was rated as having "very high" government restrictions on religion in a recent survey by the Pew Forum, bracketing it with the likes of Iran and Egypt and it was the 9th most restrictive of 198 countries.

Kalimah Allah - Tun M dan Ustaz Nasharuddin nyatakan kebimbangan

by pisau · 2 comments
Filed under:



oleh Tun Faisal Ismail bin Aziz
 
Suara yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh Gereja Katolik sebagai terjemahan kepada perkataan `God' dalam Bible semakin meningkat.

Seperti yang dilaporkan oleh TV3 jam 8.00 malam tadi, turut mengemukakan perasaan tidak senang ini adalah negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Semakin banyak NGO Islam bersuara, termasuk Persatuan Pengguna Islam (PPI).

Kepimpinan Pas yang menentang puak `Erdogan' dalam Pas juga sudah bersuara. Walaupun sebelum ini pemimpin agung Pas Nik Aziz Nik Mat dilihat bersependapat dengan pandangan Anwar Ibrahim bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain untuk memenggil tuhan mereka, namun hari ini Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Hj Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang saya baca sebagai kenyataan rasmi Pas yang kecewa dengan keputusan tersebut (klik di sini).

Jumlah tulisan di dalam blog juga semakin bertambah. Antaranya tulisan menarik YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru bertajuk "Menyanggah Khalid Samad" dan Dr Novandri, "Perkataan Allah - Gereja perlu prihatin". Zulkifli memberikan hujah-hujah kenapa Khalid Samad salah dan berkongsi tafsiran sejumlah ensaiklopedia ternama mengenai perkataan 'God'.

Jika semalam pemerhatian saya mencatatkan sejumlah 34 orang blogger menulis mengenai perkara ini, hari ini ada beberapa orang lagi yang menulis mengenainya, iaitu Papa Gomo, Mesin Taip Buruk dan Gunung Mat Cincang. Terima kasih juga kepada Panglima Perang Cyber yang telah berkongsi video debat YB Taib Azimuddin yang mempertahankan penggunaan kalimah Allah hanya untuk Islam (klik sini).

Lebih menarik dalam masa tak sampai 3 hari kumpulan Facebook yang menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam telah mengumpul lebih daripada 5,800 orang pengikut..!!!

Ada sejumlah rakan-rakan yang turut berkongsi artikel yang dirasakan penting untuk menguatkan justifikasi bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God adalah menyeleweng termasuk pandangan pemimpin agama Kristian sendiri, Dr R Albert Mohler Jr, President The Southern Baptist Seminary dalam The Christian Post. Katanya adalah tidak kena bagi orang Kristian untuk memanggil Tuhan sebagai Allah disebabkan perbezaan teologi antara Kristian dan Islam yang tidak dapat diselaraskan.

Kamus Oxford Fajar menterjemahkan 'God' sebagai makhluk atau kuasa halus yang dipercayai mempunyai kuasa ke atas semua alam tabi'i dan hal ehwal manusia; dewa; supreme being, creator and ruler of universe; Tuhan. Cambridge Advance Learner's Dictionary mendefinisikan `God' sebagai "(in especially Christian, Jewish and Muslim belief) - the being which made the universe, the Earth and its peopleand is believe to have an effect on all things". Merriam-Webster Online dictionary pula mendefinisikan `God' mengikut `Christian Science' sebagai "incorporeal divine Principle ruling over all as eternal Spirit: eternal: infinite mind". Kamus Oxford Advanced juga tidak pernah menterjemahkan God sebagai Allah.

Begitulah jugalah yang dipetik oleh Zulkifli tentang tafsiran Hutchinson Encyclopedia (halaman 27) tentang kalimah Allah iaitu "Allah - Islamic name for God".

Mungkinkah Vatican wajar mengkaji dan menyiasat sama ada Gereja Katholik di Malaysia telah melakukan penyelewengan agama Kristian dengan mengubah apa yang dimaksudkan secara asal oleh Bible tentang kalimah `God' kerana seperti disebutkan oleh Dr Mohler, kerangka teologinya tidak sama?

Atas sebab apakah, Gereja hendak menamakan Tuhan mereka sebagai Allah dalam Bahasa Melayu, sedangkan di dalam versi bahasa Inggeris, dalam mana-mana ensaiklopedia dan kamus dan dalam mana-mana versi asal Bible tidak pernah ditulis perkataan Tuhan bagi orang Kristian adalah Allah?

BIARKAN GULA NAIK HARGA

Saturday, January 2, 2010 by pisau · 2 comments
Filed under:


Gula telah menjadi satu barang wajib dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa. Malaysia merupakan diantara penguna gula tertinggi dunia walaupun jumlah penduduknya tak sampai 3o juta.

Sebelum perang Israel Mesir 1967, harga gula ialah 15 sen setiap 600gm. Pada ketika itu penggunaan gula amat rendah kerana jumlah penduduk tidak sanpai 10 juta.

Hari ini dengan jumlah penduduk yang mencecah 30 juta. (27 juta) dan pertumbuhan sektor pembuatan makanan maka permintaan gula semakin meningkat.

Dahulu hanya terdapat sebuah kilang memproses gula iaitu gulaperai. dan bahan mentah iaitu gula merah datang dari Fil;ippina.

Perlis dan Kedah merupakan pengeluar gula utama , itu pun belum mampu membekalkan gula kepada pengguna tempatan. Takkala negara lkekurangan gula. syarikat gula tempatan masih mampu mengeksport bahan tersebut ke luar negara kerana harga gula di pasaran dunia amat tinggi. Sperti juga minyak, beras, tepung dan l;ain-lain. gula juga diseludup ke negara juran kerana penyeludup meraih keuntungan besar.

Gula mempunyai kesan negatif terhadap tubuh badan manusia. bagaimanapun pelbagai usaha dan kempen dijalankan oleh kerajaan agar pengguna mengurangkan pengambilannya tetapi ia tidak memberikan impak yang besar kepa rakyat. Gula menjadi sebahagian hidup orang kita. Tanpa gula tidak sempurna hidup mereka.

Walaupun kementerian kesihatan buat 1000 kempen setahun, tahap penggunaannya terus meningkat. Rakyat tidak takut akan obessiti dasn kaki dipotong bila sudash terlalu tinggi kandungan gula dalam darah.

Tidak ramai orang mampu minum kopi dan teh tanpa gula. Satu ketika dahulu TM juga adalah pengguna gula dengan kadar yang tinggi dalam minuman, tetapi setelah melihat kesan buruk gula terhadap tubuh manusia., haari ini TM mampu minum kopi dan teh tanpa gula walaupun sesudu. Jika ada orang yang cuba meletakkan gula dalam minuman TM tetap minum dan selepas itu cepat-cepat cari air kosong untuk menghilangkan rasa manis di lidah, sebenarnya lebih enak dan lazat untuk minum teh dan kopi tanpa gula.

Dicatat oleh TAIPINGMALI (TM)

Kalah Di Arena Cyber, Pencacai Anwar Godam Blog Pro Kerajaan

Thursday, December 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 10 comments
Filed under: ,



Semenjak kebelakangan ini blog pro kerajaan seperti cendawan tumbuh selepas hujan..ini adalah satu perkara baik dalam menghebahkan kepincangan Pakatan Haprak yang baru sepenggal memerintah beberapa negeri di Semenanjung. Di Selangor, sumber dalaman memberitahu KGC bahawa Anwar telah membawa masuk 7 orang pakar dalam bidang IT dalam memantau dan juga melaksanakan beberapa sistem yang boleh dijadikan senjata dalam menangani hati rakyat. Ini adalah bukti sistem IT yang digunakan oleh AL-Juburi yang terbukti dihantar daripada negara Yahudi Amerika Syarikat.Beliau menggunakan sistem Email Blaster yang diselia oleh Election Email.




Ini adalah email yang dihantar terus ke Inbox kita.





 
Dibawah email tersebut dinyatakan email dihantar daripada Pejabat AL_Juburi di Petaling Jaya tetapi cuba korang subscribe di laman web Election email. Sistem ini hanya boleh diguna pakai oleh parti2 politik di US sahaja.Persoalan sekarang..bagaimana AL-Juburi ini boleh menggunakan sistem ini.

Aku yakin beberapa kes blog prokerajaan di godam didalangi oleh mereka-mereka ini selepas mendapat arahan daripada AL-Juburi.Tidak boleh dinafikan bahawa blog prokerajaan akan terus digodam apabila PRU ke 13 bakal menjelang..Mereka menggunakan strategi melaga-lagakan di antara blogger prokerajaan dalam memastikan nama mereka bersih daripada sebarang kesalahan.Blog yang menjadi mangsa ialah blog analisisringan.blogspot.com yang dikendalikan oleh Kumbang dijadikan sebagai tapak dalam mengerakkan strategi mereka ini.Aku suka mengingatkan rakan blogger terutama di Selangor supaya lebih berhati-hati.

Kita sebagai blogger prokerajaan tidak harus mendiamkan diri dalam memastikan peperangan alam siber ini nanti dikuasai oleh mereka.Kepada mereka yang pakar dalam bidang IT, bangkitlah membantu mereka yang teraniaya ini. Aku seru rakan-rakan didalam IT hubungi teman2 kita yang teraniaya bantu mereka dan sama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara

Terbongkar semula : Anwar arah DNA Anak 'Azmin' ditukar?

Friday, December 18, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under: , ,



oleh NT Anwar

Pendedahan The Unspinners dua hari lepas (klik di sini) membuka satu lembaran baru dalam kes pertuduhan salah laku seks Anwar-Shamshida 1998.

Dalam perbicaraan kes salah laku Anwar 1998, pihak pendakwa telah mengemukakan saksi ke 21, seorang pakar forensik, Lim Koon Boon telah membentangkan hasil kajiannya, berkenaan dengan 13 kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas pada 10 Julai 1998 dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa, tempat yang didakwa berlakunya hubungan seksual antara kedua pasangan itu.

Sebab itu The Unspinners berhujah; "Mereka (penyokong Anwar) berkata air mani Anwar telah diperah sewaktu Anwar tidur atau pengsan dan kemudian disapukan atas tilam itu.
Tetapi penyokong Anwar tidak dapat menjelaskan bagaimana air mani Shamshida boleh disapu atas tilam yang sama?"

Sebab itu juga, walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar negara, Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida dari kesan tilam itu tidak dapat disangkal. Bermakna kedua-dua pakar DNA Anwar juga turut bersetuju kesan 13 tompok di atas tilam itu adalah milik Anwar dan Shamshida.

Seperti The Unspinners, seorang lagi blogger bernama X-files Anwar (klik di sini) turut membangkitkan perkara sama, pada 19 November lalu.

X-files mendedahkan; "Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan,(ketika itu) pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida"

"Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis"

"Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana."


Bagaimana kes ini timbul semula ?

Kes ini bermula daripada pendedahan Dato Khalid Jafri (arwah) melalui bukunya, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Anwar sendiri membuat laporan polis supaya menangkap penulisnya yang dituduh sebagai fitnah. Hasil siasatan polis mendapati laporan dalam buku ini ada asasnya dan mendakwa Anwar ke mahkamah sehingga Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjara selama 6 tahun di Sungai Buloh.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwa berjaya membuktikan tanpa keraguan, terdapatnya hubungan intim dan salah laku seksual antara Anwar dan Shamshida,di Tivoli Villa. Bukti yang paling kukuh yang tidak disangkal oleh Anwar adalah laporan kimia daripada Lim Koon Boon.

Dalam perbicaraan itu juga, Musa Hassan, pegawai penyiasat Anwar (sekarang Ketua Polis Negara) mendedahkan di mahkamah bahawa Anwar telah campur tangan beberapa kali untuk menutup kes itu terus disiasat.

Kali pertama, pada 30 Ogos 1997: Anwar telah mengarahkannya supaya menghentikan siasatan lanjut mengenai surat layang berkaitan salah laku seks dan homoseksualnya bertajuk ''Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim''. Arahan Anwar kepada Musa itu dibuat di hadapan Datuk Ismail Che Rus dan Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri. Klik di sini

Kali kedua, pada 2 September 1998 (pada hari yang sama Anwar dipecat daripada UMNO) : Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September 1998. Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini

Semasa perbicaraan itu, Musa Hassan juga turut menyatakan kekecewaannya kerana Anwar telah mengarahkannya supaya tidak membawa kanak-kanak (Afifa) ke Bukit Aman untuk diambil sampel darah, sebaliknya menerima apa sahaja darah yang diberikan oleh Shamshida.

Di kalangan inner circle Anwar (setakat ini penama itu perlu dirahsiakan) mengetahui Shamshida telah membawa Farah Shazliyana (anak sulongnya) dan bukannya Farah Afifah (kanak-kanak yang sepatutnya diambil sampel darah) ke klinik kenalan Anwar Ibrahim. Sampel darah Shazliyana itu telah diserahkan Shamshida kepada pihak polis.

Inner circle Anwar itu turut mendakwa mereka mempunyai bukti nama doktor dan alamat klinik yang telah pemalsuan pengambilan sampel darah tersebut.

Arwah Khalid Jafri, penulis buku 50 Dalil juga turut mengetahui perkara ini. Selepas didapati bersalah di mahkamah akibat kenyataan polis mengesahkan hasil ujian DNA (darah yang diserahkan oleh Shamshida) mendapati pemilik darah itu bukan anak Anwar, arwah Kahlid Jafri berusaha membuat rayuan dengan menyertakan bukti-buktinya serta mendesak ujian DNA dilakukan sekali lagi ke atas Farah Afifa, namun belum sempat rayuan dibuat arwah telah meninggal dunia akibat kencing manis.

Datuk Nallakarupan yang sebelum ini berpihak kepada Anwar, kini telah beralih arah menjadi penentang Anwar.

Pada tahun lepas, Datuk Nalla telah membuat pengakuan bahawa semua tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar pada tahun 1998 adalah benar dan beliau menyesal kerana tidak bekerjasama dengan pihak polis sebelas tahun lepas.

Datuk Nalla merupakan individu penting dalam kes perbicaraan Anwar pada tahun 1998, iaitu orang tengah yang membawa Anwar-Shamshida dalam kereta miliknya, Daimler WBV 37, ke Trivoli Villa, Bangsar.

Ketika itu, Datuk Nalla adalah Pengarah Eksekutif Magnum Corporation (syarikat judi) memiliki dua unit Tivoli Villa (2-5-13 dan 2-5-14), di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan hubungan terkutuk itu.

Pelacuran Agama : DAP dan PKR Sama Dengan Komunis?

Thursday, December 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,

oleh 1UMNO

Lagi bukti mengenai kaitan DAP dan PKR dengan komunis apabila parti-parti itu menggunakan modus operandi yang sama dengan Parti Komunis Malaya pada tahun 1980-an iaitu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mempengaruhi fikiran orang ramai. Di bawah adalah rakaman Berita Ringkas RTM pada tahun 1983 yang menerangkan bahawa Parti Komunis Malaya yang diharamkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam risalah mereka untuk memperdayakan orang kampung pada ketika itu.





Dan di bawah adalah petikan video Pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam sengaja menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk mempengaruhi orang-orang Melayu dan Islam untuk menyokong mereka.






Anda nilaikanlah sendiri.. Modus operandi sudah sama.
Adakah ini membuktikan DAP dan PKR perjuangannya sudah sama seperti Parti Komunis Malaya?

DAP Lanyak Islam, PAS dan PKR Diam Membisu!

Wednesday, December 9, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,


oleh The Unspinners

Dulu sekolah ugama rakyat PAS bising. Ada peruntukan dalam Perlembagaan untuk PAS pertahankan dan tuntut kerajaan belanja untuk belajar ugama. Tapi tak buat. Tak bawa ke mahkamah. Tak pandai perjuangkan Islam.

Isu bina Masjid sama dan lebih perlu dalam perjuangkan Islam. Nga Kor Ming yang konon disanjung PAS pandai beri salam dan sebut ayat Quran persoalkan buka Masjid banyak2. Apa cerita PAS?

Ini hak dan kedudukan istimewa dalam perlembagaan. Bina Masjid ada peruntukan perlembagaan. Bina kuil, gereja, dan tokong tak tanggungjawab kerajaan. Pasal Islam ugama persekutuan, beza dengan ugama rasmi. Wang kerajaan boleh dibelanjakan untuk rumah ibadat, sekolah ugama Islam dan lain-lain institusi Islam.

Tahukah PAS jawab macam gini? Tapi PAS akhir2 ini tidak tahu cakap dalam Parlimen melainkan untuk fitnah UMNO. Dalam isu ugama dan bangsa Melayu, PAS hanya berdiam saja dalam Parlimen. PAs seolah-olah tak pertahanakn Islam demi untuk dapat undi.

PAS pun tak pertahankan Perlembagaan. Kulasegaran persoal Ketuanan Melayu. Tapi butir2 yang disentuh di Parlimen adalah perkara2 tertera dalam Perlembagaan. Ini makna DAP tentang Perlembagaan Malaysia.

PAS diam. PKR diam. Entah siapa lagi diam. Adakah mereka menentang Perlembagaan kita????

Lagi Pelacuran Agama Oleh PKR !

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:



oleh Encik Tukang Taip

Nur Manuty dalam Selangor Kini mengatakan sokongan penuh sekiranya agama lain dibenarkan menggunakan perkataan Allah dengan alasan ia sudah lama digunakan oleh penganut agama kitab lain.

“Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.” Kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR dalam akhbar internet milik kerajaan negeri Selangor .

Abu Bakar bin Yang Fellow IKIM mengulas isu penggunaan nama Allah yang dikatakan sudah lama diamalkan oleh orang Arab pula mengatakan ;

“Bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam bible bahasa arab tersebut adalah kerana sesetengah Kristian Arab seperti yang terdapat di Mesir, Syiria dan beberapa Negara lain yang muncul sebelum kedatangan nabi Muhamad S.a.w menerima dan meyakini faham keesaan Tuhan. Di mana faham ini jauh berbeza dengan faham Tryniti (tiga dalam satu) sepertimana doktrin kebanyakkan Kristian pada hari ini.”

“maka dengan itu hujah yang disandarkan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini adalah tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima bahkan “mengkafirkan golongan Kristian unity”, kata beliau sewaktu mengulas isu pengunaan nama Allah di kalangan masyarakat Malaysia.

Di dalam ajaran kristian agama mereka diajar meyakini bahawa Tuhan itu triniti tetapi satu (iaitu ada 3 dalam satu tuhan iaitu Tuhan, Tuhan Anak dan Roh Kudus).

Sedangkan dalam Islam, Tuhan adalah satu hanya satu iaitu Allah SWT. Jesteru itu adalah satu perkara yang mengelirukan jika disamakan pengunaan nama Allah didalam agama Kristian dan Islam pada hari ini.

Walaupun Nur Manuti mengunakan firman dibawah ini untuk mewarjarkan tindakkannya :
“Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah.”

Menjadi persoalan adakah umat kristian yang ada pada hari ini sama dengan umat Kristian zaman dahulu yang beriman pada kitab Injil, Taurat dan Zabur seperti di zaman Nabi dahulu yang akan menganuti agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w kerana mereka memperakui akan kebenaran dan kedatangan Nabi Akhir Zaman.

Tetapi yang jelas ajaran kristian hari ini adalah jauh berbeza kerana mereka akan menafikan kebenaran ajaran Nabi Muhammad dan menafikan Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman, maka dari situ adalah tidak wajar kita menyamakan agama kristian itu sama dengan agama Islam. Dan kita percaya orang Kristian hari ini pun bercanggah pendapat dan berbeza pandangan mengenai soal ini.

Tindakan Nur Manuti dan PKR pimpinan Anwar ini sebenarnya adalah lebih bertujuan untuk menyemai nilai-nilai Pluralisme agama di Malaysia demi kepentingan politik peribadi, dan barangkali akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat islam di Malaysia sekiranya ia terjadi, cuba rujuk situasi ini dikalangan kanak-kanak pada satu masa nanti jika ia di benarkan :

Aminah : Tuhan saya adalah Allah, saya orang Islam
Teresa : Tuhan saya pun Allah, tapi saya beragama Kristian
Aminah : Allah itu Esa, dia tak ada anak.
Teresa : bukanlah Allah itu ada Anak... ayah saya kata
Aminah : Allah saya sama ke dengan Allah teresa?

Kita tidak tau bagaimana implikasi umat islam di Malaysia jika ia terlaksana nanti. Sesunguhnya cubaan beberapa pihak untuk mengugat keharmonian agama islam di Malaysia sentiasa akan berterusan.

Walaupun mereka mengetahui kerajaan Malaysia bertegas mempertahankan akidah umat islam di Malaysia. Namun kita percaya isu ini akan sekali lagi dipergunakan secara berterusan oleh manusia yang suka meraih kepentingan individu seperti Anwar dan PKR untuk meraih sokongan. Adalah suatu yang malang sekiranya keharmonian beargama di Malaysia ini hilang gara-gara kelompok tidak bertanggungjawab yang sentiasa menjadi api dalam sekam meraih kesempatan tawar menawar politik Malaysia.

Silap Mata Anwar : Tak Ada Penetrasi ,Tapi DNA Ada

Tuesday, December 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,



oleh Encik Cyber1Trooper

Pada awalnya pihak pendakwa tidak berminat untuk mendedahkan berkenaan hasil penemuan DNA, tetapi memandangkan barisan peguam bela Anwar begitu beriya-iya berhujah tentang tiada kesan penetrasi, maka pasukan pendakwa terpaksa mendedahkan sedikit penemuan mereka.

Memang pasukan pendakwa tidak berhasrat mendedahkan bukti ketika ini - ketika kes belum dibicarakan dalam erti kata yang sebenarnya - tetapi kerana kesungguhan pasukan peguam bela Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan, maka Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Peguam Cara Negara II mewakili pihak Saiful mendedahkan :

"Berdasarkan laporan DNA oleh ahli kimia, terdapat spesimen DNA campuran daripada dua lelaki di tempat kejadian, yang menyokong dakwaan Mohd Saiful bahawa dia diliwat oleh Anwar"

Itu baru sedikit bukti pihak pendakwa dikemukakan. Baru satu bukti yang belum lagi disokong oleh keterangan-keterangan daripada pakar-pakar DNA dan pakar kimia. Datuk Mohamed Yussof hanya beri isyarat bahawa mereka mempunyai bukti yang cukup lengkap untuk membuktikan Anwar meliwat Saiful Bukhari seperti yang didakwa sebelum ini.

Datuk Mohamed Yusof berkata laporan laporan 'separuh masak' yang ada di tangan pihak peguam bela, tidak mampu untuk menggugurkan kes kerana laporan itu terhad kepada pemerhatian dan pemeriksaan fizikal yang tidak konklusif sedangkan pihak pendakwa mempunyai laporan yang lebih sempurna beserta dengan keterangan lisan, keterangan forensik dan keterangan lain.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tempoh sebulan bermula 25 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes kerana keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Pihak pendakwaan akan diberi peluang untuk mengemukakan bukti-bukti mereka, manakala pihak peguam bela diberi peluang untuk menimbulkan keraguan berkenaan bukti-bukti pihak pendakwa itu.

Berkenaan dengan elemen 'penetrasi', hakim Mohamd Zabidin berkata "Terpulang kepada pihak pendakwaan bagaimana ia ingin membuktikan elemen tersebut,"

Sepatutnya pihak peguam bela Anwar, berani memasuki gelangang perbicaraan, sekiranya Anwar benar-benar tidak meliwat Saiful, kerana tugas yang besar adalah terletak di pihak pendakwa untuk membuktikan berlakunya elemen kemasukan alat kemaluan Anwar ke dalam lubang dubur Saiful (penetrasi) dan sekiranya pasukan pendakwa gagal mengemukakan hujah konkrit bermakna Anwar bakal menang perbicaraan tersebut.

Tetapi tindakan Anwar mahu menggugurkan kes sebelum dibicarakan melambangkan terdapat sesuatu ketakutan yang benar-benar menjadi phobia kepada pihak peguam bela Anwar.

"Kami ada DNA yang menunjukkan hasil campuran dua lelaki (Anwar dan Saiful ?)di dalam lubang dubur mangsa", kata pihak pendakwa. "Beri peluang kepada pihak kami untuk menerangkan secara bukti saintifik dengan keterangan-keterangan pakar-pakar DNA dan pakar-pakar kimia yang membuat analisis ini", kata pihak pendakwa lagi.

Sebab itu, blogger gelagat Anwar yang berada di sekitar aktivis PKR melaporkan isu DNA telah menjadi bualan paling hangat di kalangan inner circle PKR selepas hakim membenarkan kes ini terus dibicarakan

"Kata mereka, dalam kes liwat Anwar inilah perkara yang paling Anwar dan team legalnya takuti. Apa sahaja lah yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa. Yang lebih merisaukan mereka, kumpulan pendakwa ini bukan calang-calang orang. Sudahlah berpengalaman - susah pula nak dijual beli. Segala usaha sudah dibuat katanya, tetapi tak boleh nak tembus. Anwar pun dah naik risau dengan perkembangan ini", tulis blogger gelagat anwar.

"Dikhabarkan oleh pimpinan PKR bahawa Anwar telahpun mengarahkan beberapa rakannya berbincang dengan pakar di Amerika dan Australia untuk memastikan mereka mendapat khidmat pakar DNA yang terbaik di dunia. Tujuan: untuk menidakkan kes terhadapnya. Anwar dikhabarkan tidak kisah dengan harga" tulis blogger itu lagi yang mendapat maklumat daripada sembang kedai kopi di pejabat PKR, Kota Damansara. Klik di sini

"Konspirasi ini cerita rekaan sahaja. Rekaan Anwar", tegas blog itu lagi.

Blogger gelagat anwar membuat kesimpulan awal mengatakan kebanyakan inner circle Anwar mulai percaya Anwar meliwat Saiful dan Anwar bakal kehabisan hujah untuk melawan hujah pihak pendakwa dan kemungkinan besar Anwar bakal masuk penjara Sungai Buloh sekali lagi atas tabiat yang sama yang pernah dilakukan sebelas tahu dulu..

"Saya tanyakan rakan dalam PKR - apa jadi kalau ada DNA - mereka jawab mudah sahaja: Dah Nasib Anwar.....DNA juga! Musykil! Macam dah tak sayang dan kurang percaya sahaja..", rumus blogger tersebut.