CHANNEL UMB

Showing posts with label PRK Permatang Pasir. Show all posts
Showing posts with label PRK Permatang Pasir. Show all posts

N11 Permatang Pasir : Salleh Man Dicabar Utk Bersumpah!

Tuesday, August 25, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Di bawah ini petikan dari BigDogDotCom!

Ini bukanlah laporan pertama mengenai pemimpin PAS mengelapkan wang. Dalam dekad lepas, kecoh mengenai Tabung Anak Yatim Memali yang diujudkan PAS selepas Peristiwa Memali. Dikhabarkan wang yang dikutip untuk tujuan membantu anak yatim dari mereka yang terkorban dalam pertempuran penentangan bersenjata atas arahan agar Ibrahim Libya menyerah diri kepada Polis, gagal sampai kepada kumpulan sasar. Dipercayai kes ini menjadi bahan yang ‘ditutup sebelah mata’ (swept under the carpet) oleh Kepimpinan PAS.



Buat saudara Mujahid,tidak usah membuang masa mencabar blogger,apa kata anda dan Saleh Man calon suci PAS pergi bersumpah di masjid.

Bersumpah bahawa anda tidak membuat kenyataan tersebut dan Saleh Man tidak terbabit.Usah beretorik, Ini cerita lama, kalau nak korek banyak lagi yang boleh di ceritakan.

Buktikan Saleh Man tidak makan duit jentera PAS,ini bukan cakap cakap kosong ,jangan jadi macam Husam yang umum memang sedia maklum tidak mempunyai telur.


Buat Mahfuz akal pendek,saat kamu seronok mengaibkan orang lain bakal berakhir,akan tiba giliran kamu untuk dilondehkan.



Pisau kata " bang mahfuz,hang rajin pi makan kat kassim mustapha noo..hang senyum aku senyum balik kat hang,lepas ni aku nak tengok muka hang masam pulak"

N11 Permatang Pasir : Yusri rasa Bersalah Dan Akui Diguna PR burukkan Rohaizat

Monday, August 24, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under:


Yusri Isahak, rakankongsi kepada calun Barisan Nasional di Permatang Pasir, Rohaizat Osman dalam firma Saif Ariff dan Rohaizat telah datang dari Pulau Pinang untuk memberi sidang akhbar di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang tadi.

Dalam kenyataan beliau, Yusri menyatakan penyesalan ke atas pelbagai tomahan telah dilontarkan yang menyimpang dari tujuan asal kenyataan akhbar dibuat.

Beliau meluahkan rasa sedih diatas serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat. Disamping itu, beliau turut meluahkan penyesalan telah dibabitkan sama di dalam usaha memburukkan Rohaizat.

Baru Ogos 20hb hari Khamis lepas, beliau telah bercakap di atas pentas PKR kononnya membersihkan diri dari dikambinghitamkan berhubung dengan pembabitan bekas firma guamnya dengan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Sidang akhbar hari ini agak anih dan pelik kerana Yusri seolah-olah menyesal menjadi sebab rakannya diburuk-burukkan. Beliau menyatakan pihak pembangkang bersalah melakukan serangan peribadi tetapi tidak menyatakan kesalahan pihak pembangkang.

Setelah disoal bertubi-tubi, terungkai beliau adalah peguam yang menguruskan segala urusan perundangan Koperasi. Mereka boleh dianggap sebagai klien peribadinya.

Buat kenyataan kerana marah?

Kenyataan ini agak pelik dan anih kerana Yusri seolah-olah mahu melakarkan dirinya sebagai seorang yang naif akan akibat dari membuat sidang akhbar di pejabat parti pembangkang.

Apabila ditanya kenapa beliau perlu membuat sidang akhbar di pejabat PKR, beliau berkata kerana beliau tidak ada platform. Hairannya hari ini beliau boleh dengan sendiri mengadakan sidang akhbar di sebuah hotel jauh dari Pulau Pinang dan di Kuala Lumpur.

Yusri menegaskan Rohaizat telah menyelesaikan masaalah dengan Koperasi dan pihak Koperasi telah menarikbalik tuntutan mereka. Perkara ini sepatutnya langsung tidak jadi isu. Apa yang terjadi sepatutnya, kata Yusri tidak jadi hukuman tetapi satu tauladan.

Beliau juga mengakui bahawa beliau telah tampil ke hadapan sebelum ini kerana marah dan kecewa.

Semasa difitnah oleh pembangkang pada hari pertama penamaan calun, Rohaizat telah menjelaskan beliau adalah mangsa keadaan dan akaun ini adalah akaun rakankongsi. Rakankongsi telah meninggalkannya dan membiarkan beliau menyelesaikan sendiri.

Mengaku Koperasi pelanggannya

Apabila diminta untuk mengesahkan beliau adalah peguam yang menandatangani perjanjian jual beli sebagai saksi, beliau memperakui. Beliau juga mengakui bahawa beliau peguam yang menguruskan hal ehwal undang-undang Koperasi. (Sila lihat perjanjian di bawah.)


Bila ditanya adakah Koperasi tersebut 'fail' beliau, Yusri cuba menafikan dengan menyatakan Koperasi adalah akaun firma.

Apabila dikatakan amalan firma-firma guaman adalah membagi-bagi fail antara peguam dan hanya beliau sahaja yang tahu dan berurusan dengan Koperasi, beliau tidak memberi jawapan yang jelas. Penafian beliau tidak cukup untuk menafikan kenyataan bahawa Koperasi adalah 'fail' dan akaun beliau.

Baru menyesal kawan diburukkan?

Yusri menyatakan beliau tidak ditawarkan ganjaran untuk tampil memberi kenyataan. Beliau memohon kesemua pihak bermuhasabah dan hentikan sengketa.

Rayuan dan penyesalan Yusri agak lambat kerana beliau telah memberi peluru dan digunakan oleh pihak PAS untuk mengadakan kempen peribadi terhadap Rohaizat. Kempen peribadi telah mencapai tahap membabitkan perkahwinan Rohaizat.

Agak lambat bagi Yusri untuk baru mengatakan Rohaizat seorang kawan, mengenali hati budinya dan anak jati Permatang Pasir yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Nama Rohaizat telah diburuk-burukkan di dalam pilihanraya Permatang Pasir. Isu-isu telah lari dan kedua-dua belah pihak telah berbalas serangan peribadi dan melampau calun.

Adakah Yusri bertanggungjawab terhadap pembocoran perkara ini kepada pihak lain? Nampak sangat Majlis Peguam bersekongkol dengan Peguam Pro-Pakatan membantu menjadi perkara ini satu isu kempen.

Adakah Yusri ikhlas dengan penyesalan dan mata hampir mahu melinangkan air? Yusri masih seolah-olah masih mahu memutarbelit untuk tidak mengaku tanggungjawab dan kesalahan dirinya sendiri?

Mustahil Yusri tidak faham perkara peribadi dan tidak benar pun sanggup digunakan pembangkang untuk menjatuhkan lawan.


sumber:A wall


Pisau sudah mendapat berita ini sejak dari petang tadi dan menunggu kepastian dari pengakuan Ikhlas rakan kongsi calon BN Rohaizad.


Setelah meneliti pengakuan beliau, Pisau langsung tidak terkejut apabila perkara ini juga berlaku terhadap Iman Porigi yang membuat pengkuan sekali lagi selepas PK Permatang pauh.

Pihak PR memang cukup suka membuat onar dan menekan agar saksi mengaku hal hal yang tidak benar,mereka dengan sedaya upaya cuba merosakkan kredibiliti calon seperti Pilihanraya kecil sebelum ini.namun akhir nya terbukti segala yang didedahkan adalah tidak benar,dan saksi di tekan.


Buat PAS fitnah anda bakal memakan diri sendiri, moga Allah tunjukkan kebenaran PAS sudah tersasar jauh dari landasan yang sebenar


Anda dapat perhatikan gambar di atas Yusri di temuramah Malaysiakini, sehingga sekarang posting ini di buat ,berita ini tidak disiarkan. ternyata Malaysiakini hanya menyiarkan berita yang mempunyai nilai kepada Pakatan Haram

Dan sudah pasti Yusri bakal di tuduh beliau di bayar untuk menukar pengakuan, Yusri pula bakal di serang oleh PAS,kita tunggu dan lihat kenyataan demi kenyataan oleh puak haprak PAS selepas ini.

Pisau kata " PAS dah buat silap besar menyerang peribadi calon,bakal meruntuhkan masjid"

oleh:pisau

N11 Permatang Pasir: Salleh Man YDP MAIPP???

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Satu lagi PEMBOHONGAN oleh puak pembangkang. Malam ini di pentas ceramah pembangkang mereka telah menghebahkan akan melantik calon PAS Salleh Man sebagai YDP MAIPP selepas menang pilihanraya kecil ini nanti.

Sekali lagi rakyat Permatang Pasir DIPERBODOHKAN oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Sedarlah kita sebenarnya jawatan YDP MAIPP adalah dibawah bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Baginda Agong yang berhak melantik YDP MAIPP!!! Bukan Anwar Ibrahim mahupun Lim Guan Eng!

Tersiratnya, ini satu perancangan licik untuk menimbulkan bibit-bibit kebencian rakyat kepada Agong yang kita kasihi. Ini kerana, jika Agong tidak memperkenan cadangan Guan Eng untuk melantik Salleh Man sebagai YDP MAIPP maka mereka (pemimpin pembangkang) akan memainkan isu bahawa Agonglah yang menjadi penghalang.

Maka, orang2 Melayu Islam yang tidak usul periksa ini akan marah dan benci kepada Agong yang kita kasihi. Sedarlah wahai penyokong-penyokong PAS anda sedang dimanipulasi oleh juak-juak yang berkepentingan. Masa depan kita bergantung kepada keputusan yang kita buat pada hari ini.

oleh: www.mysrimuara.blogspot.com





PRK Permatang Pasir Agenda Peribadi Anwar Ibrahim

Sunday, August 23, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Analisis Kumbang..

Seperti dijanjikan semalam,Kumbang akan mendedahkan apakah strategi dan arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir. Yang mana boleh dirumuskan arahan-arahan beliau ini mempunyai maksud tertentu dan beliau sendiri mempunyai kepentingan kepada arahan-arahan ini.

Mari kita semak satu-persatu arahan-arahan Anwar Ibrahim di PRK Permatang Pasir.

Dato’ Seri ANWAR IBRAHIM telah mengeluarkan arahan pada mesyuarat tertutup Pakatan Pembangkang supaya para penceramah dan jentera kempen PR lebih memberi tumpuan kepada isu-isu berikut dalam usaha meraih sokongan pengundi mulai 23-25 OGOS 2009 iaitu bermula pada hari ini sehingga menjelangnya hari mengundi.

Kumbang berharap selepas pendedahan ini, jentera anti Anwar Ibrahim di sana bolehlah memikirkan cara bagaimana untuk menangani dan spin isu-isu di bawah.

Isu-isu tersebut ialah:-

Pertama ialah mengenai pelantikan Dato’ AHMAD ZAHID HAMIDI selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang dikatakan tidak mendapat persetujuan dari sebahagian besar pimpinan UMNO Negeri. Menurut mereka, jawatan tersebut sepatutnya diberikan kepada Dato’ AZHAR AHMAD, ADUN PENAGA merangkap Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Samada benar atau tidak,isu ini sengaja ingin dimainkan Anwar untuk memecah-belahkan UMNO Pulau Pinang di saat akhir menjelang hari mengundi 25 Ogos nanti. Hal ini dibuktikan dengan Demo di Bukit Mertajam jumaat lalu yang membantah tindakan Zahid Hamidi berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel,yang mana demo ini sengaja diadakan untuk mewujudkan kebencian ahli-ahli UMNO dan Pengundi Permatang Pasir kepada Zahid Hamidi.

Isu kedua ialah serangan habis-habisan terhadap peribadi calon BN,Rohaizat yang mana berkenaan penggantungan lesen firma guaman Rohaizat oleh Bar Council berhubung isu penyelewengan bayaran wang guaman,penyelewengan wang Koperasi RISDA sebanyak RM 240,000 yang dipegang oleh Rohaizat dan kononnya UMNO ketandusan calon sehingga sanggup memilih calon yang terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan wang rakyat.

Yang mana kesemua isu serangan peribadi ini adalah sengaja dimainkan Anwar untuk mengaburi segala kelemahan jentera Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Arahan dan isu kedua ini dikatakan disahut oleh calon PAS Salleh Man dan penyokong PAS yang memihak kepada Anwar Ibrahim yang mana Salleh Man dikatakan akan mengedar sebanyak 15,000 keping risalah bertajuk “Apakah Pemimpin UMNO Buat Untuk Melayu Pulau Pinang” dan “Rohaizat Diminta Tarik Diri” serta beliau juga telah menjalankan kempen melalui internet dengan bantuan beberapa “bloggers” pro Anwar Ibrahim untuk memberi tekanan kepada UMNO. Hal ini dilakukan supaya UMNO tidak mengambil perhatian terhadap kempen membawa kemajuan kepada Permatang Pasir tetapi hanya memberi tumpuan membersihkan kredebliti calon mereka sahaja dan usaha ini dikatakan sebagai bertujuan memecah-belahkan penyokong dan ahli-ahli UMNO.

Apa yang sebenarnya di sebalik arahan-arahan Anwar Ibrahim ini?

Merenung kembali arahan-arahan Anwar ini yang membelakangkan amanat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak menyerang peribadi calon lawan. Kumbang cuba untuk mencari punca kenapa Anwar lebih bersungguh-sungguh berkempen di Permatang Pasir.

Pertama, menurut apa yang Kumbang dengar.Pimpinan PAS termasuk Presiden PAS,Haji Hadi sendiri amat tidak berpuas hati dengan Anwar Ibrahim kerana gagal meyakinkan Lim Guan Eng untuk memberi jawatan exco kepada Allahyarham Pak Hamdan, bekas adun Permatang Pasir selepas pilihanraya umum yang lalu.

Disebabkan itu pimpinan PAS dilaporkan tidak turun untuk membantu kerana melakukan protes terhadap Anwar disebabkan tiada apa-apa yang akan mereka dapat jika menang di Permatang Pasir melainkan Anwar yang akan dapat mengekalkan momentum sokongan beliau.Disebabkan hal ini juga ada pihak di kalangan PAS sendiri yang dikatakan memboikot dan mensabotaj calon PAS di Permatang Pasir.Klik sini untuk melihat laporan Kumbang mengenai perkara ini. Selain daripada itu juga kita dapat lihat hanya Salleh Man yang bersungguh-sungguh berkempen dengan rakan beliau Mahfuz Omar tanpa bantuan pimpinan PAS yang lain.

Kedua ialah Anwar Ibrahim melihat bahawa sokongan beliau di Permatang Pasir dan di negeri sekitar utara semenanjung semakin berkurangan,ini dibuktikan dengan Adun Lunas yang bertindak keluar PKR pada hari ini(23 Ogos 2008) dan di Permatang Pasir sendiri sokongan Muslimat Pas dikatakan tidak memihak kepada Anwar. Hal ini dibuktikan dengan keengganan Muslimat Pas Permatang Pasir untuk membantu Wanita PKR pada PRK Permatang Pauh yang lalu disebabkan mereka percaya Anwar terbabit dengan tuduhan liwat. Perkara ini turut menyebabkan Anwar kalah di 2 Peti Undi Kawasan Permatang Pasir pada PRK Permatang Pauh yang lalu.

Atas dasar sokongan melayu termasuk ahli-ahli yang semakin berkurangan kepada Anwar di Permatang Pasir inilah, Saleh Man dan jentera PAS yang masih memihak kepada Anwar Ibrahim akan memberi tumpuan sepenuhnya di kawasan majoriti pengundi Cina iaitu Kg. Cross Street, Sama Gagah dan Permatang Pauh dan bagi memastikan PAS mendapat sokongan pengundi cina.

Salleh Man juga dikatakan telah menonjolkan hubungan baik dengan LIM Guan Eng, Ketua Menteri Pulau PINANG dan Dato’ Seri Ir. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN, Bekas MB PERAK.Yang mana tindakan ini adalah atas arahan Anwar Ibrahim yang menyedari hanya undi daripada kaum Cina yang dapat menentukan kemenangan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir.

Khulasahnya, kemenangan PRK Permatang Pasir adalah hanya matlamat peribadi Anwar Ibrahim untuk membuktikan sokongan kepada beliau semakin kuat bukan bermatlamat untuk memenangkan calon PAS. Hanya Saleh Man,Mahfuz Omar dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sahaja yang membantu Anwar. Sedangkan kepimpinan PAS yang lain lebih senang melihat daripada jauh kerana tidak yakin dengan Anwar Ibrahim mampu membantu perjuangan PAS.

Pimpinan PAS yang lain ternyata jelek dengan Anwar Ibrahim yang hanya mendiamkan sahaja apa yang dilakukan oleh DAP di Selangor. Kumbang juga mendengar khabar angin PAS di Selangor hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk menyeberang ke Barisan Nasional.

Adakah selepas PRK Permatang Pasir selesai?
Kita sama-sama tunggu..

Persoalan di atas semua kecelaruan ini,
Sampai bila PAS akan menggadaikan prinsip dan menjadi alat untuk Anwar Ibrahim meraih kuasa?
Sampai bila ahli-ahli PAS akan tunduk kepada Anwar Ibrahim dan membelakangkan arahan dan amanat pemimpin mereka sendiri?

Kepada ahli-ahli PAS dan Para Pengundi Permatang Pasir fikir-fikirkanlah...

PAS Permatang Pasir: SAMSENG TELUR SETENGAH MASAK PAS

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

Program Puteri Umno bersama warga emas.


Beramah mesra dengan warga emas


Samseng upahan Pas mula muncul.


Makin ramai 'ayam betina' Pas muncul


Puteri Umno dikepong samseng Pas.


Hanya berani menunjukkan 'telur' dihadapan wanita.


Kepala samseng Pas yang 'telur separuh masak'.


Ajaran tok gundu, tunjukkan kejantanan hanya pada wanita.


Puteri beredar untuk tidak mengeruhkan suasana.





Samseng-samseng Pas telah muncul di Permatang Pasir.

Malangnya samseng - samseng pencacai kelahiran Pas hanya menzahirkan 'telur' mereka dihadapan puteri - puteri Umno yang rata2nya terdiri dari kaum yang lemah.

Pencacai2 hasil asuhan ajaran samseng ini secara melulu tanpa rasa malu menunjukkan sifat ganas mereka terhadap sekumpulan puteri Umno yang didalam program bantuan kepada warga emas di Kampung Sama Gagah.

Cacian dan makian dihamburkan kepada Pergerakan Puteri Umno oleh samseng - samseng Pas ini tanpa mengira kesucian bulan Ramadan yang mulia ini. Agaknya para pencacai2 Pas ini tidak berpuasa ataupun 'bebal' dan 'benak' tak faham erti sebenar maksud berpuasa.

Lihatlah sendiri tingkah laku ajaran sebenar yang diajar pemimpin2 Pas kepada jemaah mereka. 'Telur' mereka hanya timbul apabila berhadapan dengan wanita tetapi kembali tenggelam masuk kedalam perut bila berhadapan dengan lelaki.

OLEH : PUSAKA AYAHNDA

PAS Permatang Pasir: PAS & PAKATAN HARAM BERPECAH BELAH

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Pisau dapati kali ini kempen di prk di permatang pasir makin suram,malah lebih suram jika nak dibandingkan dengan kempen prk penanti.

Tinjauan di sekitar permatang pasir dan sembang sembang dengan rakan rakan PAS menceritakan segalanya. Rupanya PAS dan Pakatan Haram sedang bergolak ini termasuk lah masaalah dalaman yang berlaku didalam PAS sendiri.

Lama mana mahu disimpan bangkai gajah akhirnya membusuk jugak, sudah tersebar cakap cakap khabar angin dan ada orang yang terlibat dengan jentera menceritakan sendiri perihalnya pergolakan ini.

Pisau bertemu dengan seorang rakan ,beliau adalah penyokong kuat PAS dan terlibat dengan jentera pilihanraya ,untungnya beliau meluahkan segala yang terpendam . Kesusahannya siang dan malam,tinggal kan kerja demi parti,tidor tak cukup dan macam macam yang dirungutnya.

Pisau bertanya apa sebenarnya yang berlaku rupanya Orang PAS bergolak hanya kerana hal yang remeh temeh,soal makan duit sorang sorang dan ada yang jaga kroni masing masing.Yang sedap di dengar apabila pergerakan wanita pkr pulau pinang tidak membantu langsung,ini sudah pisau jangkakan kerena semasa kempen PKR di penanti langsung tidak dibantu oleh PAS ,malah muslimah PAS dengan sinis menyatakan tidak memerlukan bantuan daripada PKR.

Perihalnya semasa kempen PRK Penanti,hanya PKR dan DAP sahaja yang membuat gerak jentera pilihanraya,kali ini PKR dan DAP pulangkan paku buah keras kepada PAS, PAS langsung tidak dibantu oleh PKR dan DAP. Pisau ada bertanya dengan seorang kawan,beliau adalah ketua bahagian PKR katanya " padan muka dengan PAS,parti celaka tu patut kena ajaq lama dah,la ni baru depa ada akai,kami memang tak mau tolong dah"

Itu tandanya diantara mereka didalam PR memang saling tidak berkerja sama dan hal ini sudah lama Pisau dengar,berlaku di SUK,Komtar dan termasuk didalam MMK Negeri.

Jentera PKR & DAP juga tidak puas hati terhadap tindakanAllahyarham Dato Hamdan,pisau memang mengetahui lama perihal dengan pemberian dan keutamaan hanya kepada ahli ahli PAS untuk menggangotai didalam pelantikan ahli jawatankuasa didalam setiap program ataupun organisasi yang beliau ketuai serta secara terangan ketepikan rakan mereka yang berada didalam pakatan haram .

Pisau banyak berdamping dengan rakan rakan PKR di Permatang Pasir, Pisau mengambil kesempatan bertemu di pasar sama gagah,kami berbual panjang tentang cerita politik tempatan.Untuk pengetahuan semua pembaca,rakan Pisau yang berada didalam PKR menceritakan dan mengesahkan akan kekecewaan ahli2 PKR & DAP di Permatang Pasir kerana sebelum ini PAS langsung tidan membantu semasa PRK Penanti.

Balas dendam dan boikot kepada PAS di Permatang Pasir cukup memberi kesan kepada kempen mereka,nampak suram dan ceramah ceramah hanya dihadiri orang yang sama berplate nombor luar. Orang orang itu jugak berpergi melawat dan memenuhi program program PAS,seolah olah mereka ini sudah ketandusan sokongan.



Pisau kata " PAS dah nak lingkup"

PAS Permatang Pasir: PAS Cuba Tutup Pekong INI

Saturday, August 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:



Sumber : GAP

N11Permatang Pasir: Pisau Cabar Mujahid & Salleh Man Bersumpah

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Di bawah ini petikan dari BigDogDotCom!

Ini bukanlah laporan pertama mengenai pemimpin PAS mengelapkan wang. Dalam dekad lepas, kecoh mengenai Tabung Anak Yatim Memali yang diujudkan PAS selepas Peristiwa Memali. Dikhabarkan wang yang dikutip untuk tujuan membantu anak yatim dari mereka yang terkorban dalam pertempuran penentangan bersenjata atas arahan agar Ibrahim Libya menyerah diri kepada Polis, gagal sampai kepada kumpulan sasar. Dipercayai kes ini menjadi bahan yang ‘ditutup sebelah mata’ (swept under the carpet) oleh Kepimpinan PAS.



Buat saudara Mujahid,tidak usah membuang masa mencabar blogger,apa kata anda dan Saleh Man calon suci PAS pergi bersumpah di masjid.

Bersumpah bahawa anda tidak membuat kenyataan tersebut dan Saleh Man tidak terbabit.Usah beretorik, Ini cerita lama, kalau nak korek banyak lagi yang boleh di ceritakan.

Buktikan Saleh Man tidak makan duit jentera PAS,ini bukan cakap cakap kosong ,jangan jadi macam Husam yang umum memang sedia maklum tidak mempunyai telur.


Buat Mahfuz akal pendek,saat kamu seronok mengaibkan orang lain bakal berakhir,akan tiba giliran kamu untuk dilondehkan.


Pisau kata " bang mahfuz,hang rajin pi makan kat kassim mustapha noo..hang senyum aku senyum balik kat hang,lepas ni aku nak tengok muka hang masam pulak"

PAS Permatang Pasir: Fitnah Adalah Amalan 5 Waktu Pas

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.

Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!

PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.

Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.

Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...

PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!

Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.

PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...

Terbaru,...fitnah Ketua Pemuda PAS yg mengatakan Rohaizat ada dua isteri,...sebenarnya apa masalah mental pemimpin PAS ini???
Sedarkah anda,..mereka cuba bangkitkan isu peribadi berbanding isu-isu kebajikan rakyat ataupun agama Islam yang seperti mereka laungkan sebelum ini???
Inikah maksudnya,..PAS sudah tidak perjuangkan kebajikan dan Islam???
Sebenarnya inilah yang dikatakan cubaan mengalih perhatian rakyat supaya momentum kemenangan BN di Manek Urai gagal diteruskan!

Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..


by - SuaraDemokrasi

N11 Permatang Pasir : Pemuda Pas & PKR dah berpaling Tadah ke UMNO/ BN!

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:





Golongan pemuda parti Pas dan PKR mengakui akan menyokong calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir Selasa ini, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Katanya, beberapa anggota Pemuda Pas dan PKR juga mahu mengadakan perjumpaan dengan beliau dan mahu menyatakan sokongan mereka terhadap calon BN itu kerana kecewa dengan calon Pas, Salleh Man.

"Mereka menghubungi Ketua Pemuda Umno di sini (Permatang Pasir) dan bagi tahu nak jumpa saya secara sulit kerana mereka tidak lagi menyokong calon Pas (Salleh Man)", kata beliau pada ceramah pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di sini malam tadi. Beliau berkata, tindakan mereka itu membuktikan sokongan golongan muda terhadap BN telah meningkat termasuklah daripada anak-anak muda parti pembangkang sendiri.

"Dulu di Manek Urai (pilihan raya kecil) pun saya telah beritahu kita dapat sokongan daripada pemuda Pas tetapi pembangkang tidak percaya dan kata saya bercakap kosong tetapi bila keputusan pilihan raya (diumumkan) barulah mereka percaya," katanya.

Khairy berkata, pengundi di Permatang Pasir haruslah sedar bahawa jika mereka menyokong Pas, ia tidak memberi sebarang makna kerana wakil rakyat tunggal parti itu tidak akan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri malah ia hanyalah sama seperti menyokong DAP sahaja. Katanya, Pemuda BN juga kesal dengan kempen pembangkang yang membuat serangan peribadi terhadap calon BN sedangkan Pergerakan Pemuda itu hanya berkempen untuk menjelaskan visi BN

by - Kamalfarsya

N11 Permatang Pasir: 100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 3)

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:



100 Kata-kata Nik Aziz

Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri 3)

Oleh Muhammad Azli Shukri


Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 3) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri ketiga ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 70 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.



21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.


22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.


23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.


24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.


26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.


27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.


28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.


29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.

N11 Permatang Pasir:100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah (Siri 2)

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:



100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri 2)

Oleh Muhammad Azli Shukri


Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz (Siri 2) yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri kedua ini saya perturunkan 10 lagi kata-kata beliau untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada baki 80 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.


11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.


12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.


13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.


14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.


16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.


17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.


18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.


19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.


20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

N11 Permatang Pasir: 100 Kata-kata Nik Aziz Paling Merbahaya Dalam Sejarah

Friday, August 21, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

100 Kata-kata Nik Aziz
Paling Merbahaya Dalam Sejarah
(Siri I)

Oleh Muhammad Azli Shukri


Di sini saya perturunkan kata-kata Nik Aziz yang boleh dijadikan renungan kita bersama. Apakah beliau layak dipanggil dengan gelaran ulama, atau sebaliknya. Untuk siri pertama ini saya perturunkan 10 kata-kata beliau terlebih dulu untuk para pembaca menilai kembali bagaimankah corak pemikiran Islam Nik Aziz yang sebenar. Ada 90 kata-kata beliau yang masih ada dalam simpanan saya. InsyaAllah akan saya keluarkan sedikit demi sedikit bagi menyedarkan orang ramai berkenaan pemikiran ala-Khawarij yang membaluti parti PAS selama ini. Wallahualam.

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

Permatang Pasir: Lagi taktik kotor Pas.

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:



BENDERA UMNO DAN BN DI POTONG DAN DIBUANG
TAK PERCAYA LAGI....KEJAM DAN PERANGAI MACAM ORANG BIUL. PENAKUT!!!!!!


by - mySrimuara

N11 Permatang Pasir : DALANG TABUR DUIT PALSU DIKESAN

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:




SAHH !
taburan duit palsu yang turun seiring dengan hujan rintik2 kelmarin adalah hasil usaha terdesak pencacai2 Pas yang sangat memerlukan kemenangan di DUN N11 Permatang Pasir.

Siasatan telah dibuat dan mendapati semua rumah yang diselitkan duit palsu tersebut adalah terdiri dari penyokong 'totok' Pas. Dan kawasan itu adalah markas utama Pas dikawasan Permatang Pasir.

Malah penyokong2 inilah yang berkerjasama dengan jentera Pas yang diimport dari Perak untuk memburukkan Umno/BN. Mungkin mereka yang melakukan usaha menabur duit ini telah diasuh oleh Nizar dan Sivakumar.

Usaha terdesak pihak Pas ini berikutan modal yang mereka gunakan sebelum ini iaitu menyerang peribadi calon Umno/BN tidak memberi hasil yang memuaskan. Ini adalah kerana penduduk DUN N11 Permatang Pasir amat rapat dan mengenali Rohaizat dan ahli keluarganya.

Manakala calon Pas semakin tenggelam dan tidak mendapat sambutan apabila membuat ceramah mahupun apabila melakukan kempen dari rumah ke rumah. Salleh Man kini juga semakin malu untuk keluar berkempen berikutan tersebar salah lakunya menggelapkan wang peruntukan jentera pilihanraya berjumlah 60K dan juga wang peruntukan Pas negeri untuk PRU 13 sebanyak 600K.

Ditambah pula dengan pendedahan yang Salleh Man akan didakwa oleh sebuah Bank kerana gagal menjelaskan pinjaman dan juga bakal di 'black list' kan namanya.

Tinjauan mendapati, setiap ceramah2 anjuran Pas juga tidak mendapat sambutan manakala anak2 muda dikawasan DUN N11 Permatang Pasir juga banyak bertumpu di majlis2 anjuran Pemuda Umno Negeri.

Pas terpaksa menggunakan taktik kotor untuk memenangkan calon mereka kerana mereka menyedari penolakan dari masyarakat setempat kepada Pas makin ketara.

Yang pastinya, Umno/BN akan membuat kejutan besar di PRK DUN N11 Permatang Pasir ini. Salleh Man akan kembali berniaga sayur di sekitar pasar malam itupun jika tidak dikenakan sebarang tindakan kerana menggelapkan duit.

Sama-samalah kita doakan.


by - pusakaAyahnda

N11 Permatang Pasir:PAS JADI BATU API UNTUK DUA SAHABAT LAMA!

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.

Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!

PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.

Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.

Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...

PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!

Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.

PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...

Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..!


sumber:desprado

PRK Permatang Pasir: Pendedahan atau pembohongan?

by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under:





Yusri Isahak, bekas rakan kongsi Rohaizat telah membuat pendedahan tentang isu penyelewangan Rohaizat di Yayasan Aman sempena pilihanraya kecil Permatang Pasir. Dalam pendedahan tersebut beliau menyatakan bahawa calon BN itu yang songlap duit Koperasi Pekebun Kecil Getah Pulau Pinang.
Cuma persoalannya ialah:

1. Kenapa baru sekarang beliau membuat pendedahan tersebut, kalau beliau
merasakan bertanggungjawab atas itu tersebut dan tidak setuju dengan cara
Rohaizat?

2. Apakah tujuan dan niat sebenar saudara Yusri?

3. Adakah semata-mata kerana Rohaizat jadi calon PRK Permatang Pasir?

4. Mengapa dibuat pendedahan tersebut di Yayasan Aman yang dikenali sebagai
markas PKR? Nampaknya macam ada orang yang minta dia buat pendedahan
tersebut.

5. Siapakah orang yang meminta Yusri membuat pendedahan tersebut?

6. Adakah orang seperti Yusri akan membuat pendedahan secara percuma?
Maklumat beliau adalah eksklusif lagi panas tentu mahal harganya, mungkin
berjuta ringgit.

7. Bermoral sangatkah saudara Yusri kalau menerima harga yang mahal dengan
pendedahan eksklusif tersebut?

8. Siapakah mereka-mereka yang menguasai Majlis Peguam? Bukankah mereka
terdiri dari peguam yang menyokong parti-parti pembangkang dan sentiasa
menentang kerajaan.

Rasanya pendedahan yang tidak bermoral begini akan dilakukan lagi dalam PRK Permatang Pasir ini. Siapa pulakah yang akan dibayar untuk disontot oleh al juburi.

PRK PERMATANG PASIR : CALON PAS PECAH AMANAH! MINTAK DIBUKTIKKAN: PANDAI PULAK PAS MINTAK BUKTI?

Thursday, August 20, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

BUKIT MERTAJAM, 20 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mujahid Yusof hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau pernah mendakwa calon PAS Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man menggelapkan wang tabung pilihan raya PAS negeri.

"Saya cabar pihak-pihak yang mendakwa saya ini supaya memberikan bukti terhadap dakwaan ini dan jadilah anak jantan jangan pakai baling batu sembunyi tangan sahaja," kata Mujahid kepada Harakahdaily.
Mujahid menjawab laporan yang mendakwa beliau dan Zulkifli Mat Lazim, bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang mendakwa Salleh menggelapkan wang parti. Berita lanjut :

Penghuni Gua : Pandai pulak PAS meminta dan mencabar pihak yang menuduh calon PAS PRK Permatang Pasir agar penulis blog ini memberikan bukti dan jangan baling batu sembunyi tangan.

2. Dalam hal ini mungkin PAS dan PR terlupa bahawa mereka juga membuat perkara yang sama terhadap Pm kita dengan menuduh PM dengan berbagai tuduhan contohnya. Dalam idu atlantuya mereka menuduh berbagai perkara bahawa PM terlibat dan isteri PM terlibat. Bukti tidak diberi. habis tempat dan padang berdemo dan memekik bahawa PM terlibta sehinggakan pada satu peringkat menghantar memo kepada DYMM Agung agar tidak mengesahkan perlantikan DS Najib sebagai PM.

3. Mana buktinya dalam kes PM? Adakah PAS pernah berikan dan kemukakan kepada pihak polis? Begitu juga dengan kes-kes yang lain. Adakah pernah sekali PAS memberikan buktinya? Tiada jawapannya. Hanya fitnah.

4. Jadi dengan lain perkataan, jika kita mahukan pihak lawan kemukaan bukti dan jangan bersifat baling batu sembunyi tangan maka PAS juga wajib menggunakan pendekatan dan kaedah yang sama dan bukan setiap hari melemparkan fitnah.

5. Kata dulang paku serpih, kata orang PAS yang lagi lebih.....................


by - PenghuniGua

PAS Permatang Pasir: MUJAHID YUSOF RAWA SAHKAN CALON PAS SONGLAP DUIT

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

[mujahid-nov14.jpg]

Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.(Rujukan)

Terus terang saya katakan,jika saya menerima sms yang sebegini saya tidak akan menyebarkannya atau siarkan di dalam blog,kerana saya tidak mahu dijadikan bahan ketawa di lain hari atau kesahihan blog saya dipertikaikan. Saya akan cuba mencari kesahihan berita tersebut. Setelah dapat kesahihan atau hampir-hampir sahih,barulah saya sebarkan.

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.

Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa. Beliau bersetuju.

Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.

Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.

Kepada rakan saya, saya pohon maaf dan ampun kerana telah melanggar perjanjian. Saya terpaksa. Dalam perang kita kena gunakan apa sahaja yang ada yang boleh membantu kita untuk berusaha mencapai kemenangan. Hatta, ada masanya rakan sendiri yang terpaksa kita korbankan. Tetapi saya tidak sampai ke tahap mengorbankan saudara. Aidilfitri yang bakal menjelma sebulan lebih lagi,saya akan gunakan sebaik mungkin untuk memohon maaf kepada saudara. Maafkan ambo !

by- RuangBicaraFaisal

PAS Permatang Pasir: Pencacai Buat Kerja Disuruh Jihad; Duit Pemimpin Pas Sebat

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Sungguh tak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan pihak PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!


Anda nak tahu sms ini berkenaan apa? Begini, dalam sms tersebut ada menyatakan yang calon PAS iaitu saudara Salleh Man pernah menyapu duit sebanyak rm60 ribu semasa pilihanraya di Permatang pauh tempohari. Perkara ini juga diketahui oleh Yusuf Rawa dan bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim.


Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan pernah menggelapkan duit dari projek sekolah pintar PAS dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikatnya sendiri, bagaimana dia melakukannya masih terus menjadi misteri hingga ke hari ini.


Kepada pihak PAS, cerita-cerita ini sedang tersebar di kalangan ahluL-ahlul PAS, tetapi seperti biasa PAS akan menafikan kisah sebegini, namun kali ini penafian sahaja tidak cukup, apa kata calon PAS pun membuat penjelasan sepertimana yang telah di buat oleh saudara Rohaizat!


Walaupun syurga milik PAS, tetapi bilamana cerita seperti ini sudah tersebar, rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar, ini adalah satu tuduhan yang serius, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang bukan?


Saya harap BAR Council dan Harris Ibrahim boleh membantu PAS untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini, ini sudah kira isu pecah amanah ni, kami rakyat marhaen inginkan kepastian, Ingat, sekadar menafikan sudah tidak boleh diterima lagi!

Buktikan!



WAHAI AHLI PAS! SEKURANG-KURANGNYA JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI!


Sumber- House PK