CHANNEL UMB

Showing posts with label Teoh. Show all posts
Showing posts with label Teoh. Show all posts

Tidak Konsisten, Dr Porno Penipu!

Thursday, August 19, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

mn

Oleh: Susan Lim

Sebelumnya ia adalah 80% dibunuh dan sekarang ia adalah 100% bukan bunuh diri. Kedua-dua keputusan ini dibuat hanya dengan melihat gambar simati.

Doktor Porno ini baru sahaja kehilangan titis terakhir air mukanya dan sisa-sisa kredibiliti yang mungkin pernah dimilikinya. Dia kini hanya bermain dengan kata-kata dan mengambil kesempatan atas mahkamah kangaroo yang dicipta oleh pembangkang.

Tidak mungkin mana-mana pakar dapat mengesahkan apa sahaja hanya dengan melihat gambar.

Dua pakar sebelum ini yang memberi kenyaaan bahawa ia bukanlah pembunuhan sebaliknya mendapat kelebihan dengan melihat sendiri keadaan mayat, bukan seperti Doktor Porno.

Mana-mana manusia yang waras tanpa dipengaruhi dadah yang bernama anti-kerajaan pastinya mempercayai kedua-dua pakar tersebut berbanding Doktor Porno. Apa lagi bila dia juga tidak kelihatan seperti seorang doktor langsung, tetapi seperti gadis jalanan. Difahamkan bahawa reputasinya di Thailand juga dipersoalkan.

Penulis percaya bahawa semua di dunia ini mempunyai had, walaupun kebencian. Jika kita lupa akan had maka kita selalunya akan berakhir dengan membodohkan diri sendiri atau hilang kewarasan. Inilah yang berlaku kepada DAP dan penyokong mereka.

Mereka terlalu ingin mempercayai apa sahaja yang buruk di Malaysia adalah salah kerajaan yang diterajui Melayu hingga ke tahap di mana mereka tidak lagi dapat melihat logik dan kewajaran.

Kita tidak boleh meminta seorang yang dibutakan oleh kebencian untuk berfikir dengan waras. Bukti dan saksi tidak memberi makna kepada mereka jika ia tidak membawa kepada kerajaan yang diterajui Melayu didapati bersalah.

Lim Kit Siang hysteria di dalam tweeternya bila kredibiliti Doktor Porno dipersoalkan. Lalu, apa yang dia jangkakan? Ia dahulunya 80% dibunuh dan kemudian 100% bukan bunuh diri jadi apakah yang terjadi? Satu tragedi malang jatuh terhumban?

Kita bercakap mengenai kenyataan seorang doktor yang mana sepatutnya berdasarkan penemuan saintifik bukan seorang psikik atau bomoh dari hutan Afrika yang menganalisa sesuatu hanya dengan melihat arah pancutan darah lembu yang diketuk kepalanya.

Apa yang kita lihat ialah Doktor Porno sedang mencari jalan terbaik untuk melepaskan diri kerana dia tahu kini bahawa dia tidak mungkin dapat menjelaskan kenyataannya mengenai 80% dibunuh itu.

Sekurang-kurannya, di dalam minda kotornya, dengan menegaskan bahawa ia bukan bunuh diri dia tidak akan dituduh membuat kenyataan yang bercanggah secara total. Jadi, Beng Hock mungkin dibunuh dan tidak mungkin bunuh diri tetapi mungkin juga jatuh. Siapa peduli?

Ya, Doktor Porno tidak peduli tentang Beng Hock. DAP juga tidak peduli. Apa yang mereka peduli hanyalah reputasi DAP dan masa depan pemimpin korup mereka yang Beng Hock hampir dedahkan.

Penulis tidak yakin yang keluarga Beng Hock begitu buta dan tidak dapat melihat kebenaran. Penulis rasa yang mereka telah terpaksa memilih apa itu kebenaran. Jika ini benar, ia amatlah menyedihkan bagi Beng Hock kerana keluarganya memilih DAP dan bangsa mereka berbanding kebenaran atas kematiannya.

Apapun, Doktor Porno tidak lagi layak menjadi saksi. Noktah.

Jadi, tolonglah buktikan kepada kami bahawa mahkamah Malaysia bukanlah mahkamah kangaroo. Kita mula meragui mahkamah bila Karpal dibenarkan untuk mempersendakan keadilan dengan mengheret kes Anwar sebegitu lama atas alasan yang bodoh dan tidak relevan. Jangan benarkan anaknya, Gobind melakukan yang sama dalam kes Beng Hock ini.

Dr Porno Sudah Kantoi!

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

oleh GAP

dr pornthip si jambul ayam dah kantoi !

anak benggali singh gobind harus bertaubat !
surat tulisan tangan bunuh diri makin menjadi kenyataan !
lepas ni pornthip boleh bukak gelanggang laga ayam la..KLIK SINI

Nizar OII!! Tangkaplah Tan Boon Hwa : Apa Tunggu Lagi?

Wednesday, October 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,

oleh The Unspinners

MyKMU menulis DAP terjerat juga dengan keterangan Dr Porntip.

Menurut penulis artikel, keterangan Dr Porntip bahawa kemungkinan 80% mati homisid sebenarnya memakan diri. Itu yang mereka baru mahukan otopsi kedua ke atas mayat Teoh. Kalau tidak, Tan Boon Hwa patut ditahan reman.

Baca berikut:

Katalah diterima buat sementara pandangan Dr Porntip ini bahawa kemungkinan 80% Teoh Beng Hock dibunuh. Maka kini perlu dicarikan motif kenapa dia dibunuh?

Lojikkah bagi SPRM membunuh seorang saksi yang membantu kes mereka untuk mendakwa ahli-ahli politik yang terlibat menyalahguna peruntukan? Tentu tidak lojik. Dengan membunuh saksi, SPRM akan menyusahkan dirinya untuk mendakwa mereka yang terlibat.

Kemungkinan yang lebih lojik adalah Teoh Beng Hock dibunuh oleh pihak yang terlibat menyalahgunalah yang ada motif untuk membunuh dan menutup kes terhadap mereka.

Jika dia dibunuh, siapakah yang boleh disuspek?

Sepanjang inkues, seorang pegawai SPRM bernama Bulkani Pakaruddin memberitahu ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah telah mengikut Teoh Beng Hock ke tandas pada kira-kira pukul 2:30 pagi. Dia mengikut dan mendengar diluar satu pertengkaran telah berlaku.

Ini berlaku pada pagi sebelum Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009. Tan adalah salah seorang saksi yang disoal jawab juga oleh SPRM pada petang itu. Sesinya telah habis pada pukul 11 malam tetapi dia enggan pulang tetapi telah menunggu dan tidor di pejabat SPRM hingga sesi soal jawab keesokkan hari.

Bulkani adalah pegawai yang membantu menunjukkan Teoh ke bilik tandas semasa dia minta untuk keluar sebentar dari sesi soal jawab untuk buang air.

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor Raymond Nion John Timban turut mengatakan ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu Bahagian Pendidikan Masyarakat di pejabat SPRM Selangor pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

Tan Boon Hwa pun turut mengaku ada bertemu Teoh pada lebih kurang pukul 6 pagi semasa dia pergi ke bilik air. Dengan demikian, Tan adalah saksi terakhir yang bertemu Teoh.

Berdasarkan keterangan-keterangan lain di atas, Tan adalah jelas sekali seorang suspek dan sebagai orang terakhir bertemu Teoh, dia sudah sepatutnya ditahan reman oleh pihak polis untuk disiasat sebagai suspek.

Turut sama bersama Tan pada pagi itu adalah kontraktor yang bernama Lee (Wye Wing).

Menurut Dr Porntip, Teoh telah dikerjakan beramai-ramai sebelum dibunuh dengan dicampak keluar tingkap dari Tingkat 14. Selain Tan dan Lee, mungkin sekali ada pihak luar yang dibawa masuk kerana salah seorang saksi Inkues mengatakan ada ruang rahsia yang sering diguna staf SPRM untuk masuk ke pejabat tanpa guna pas.

Nampaknya usaha untuk memutarbelit menggunakan pakar Siam pun mengena diri sendiri. Itu yang mereka mahu buat autopsi sekali lagi. Biarlah, akhirnya kebenaran akan diketahui jua. Putarbelit tidak akan dapat bertahan lama.

Apa hal pun, apa yang polis tunggu lagi? Tangkaplah Tan Boon Hwa!

Nizar OII!!! Baru Ku Tahu Dr Meletop Ada Hubungan Sama Anwar Atartuk

Thursday, October 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,


oleh Encik Tukang Taip

Terkinja-kinja nampaknya beberapa pihak berseronok, apabila Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr. Death mengatakan KEMUNGKINAN 80 peratus kematian Teoh Beng Hock dikaitkan dengan pembunuhan. Dengan sepintas halilintar Anwar Atarturk pun mengeluarkan kenyataaan bahawa dia tidak terkejut pun kenyataaan Dr. Porntip tersebut, seakan sudah tau apa yang akan diucapkan oleh Dr. Porntip pada sesi inkues kematian Teoh Beng Hock.

Di Ruang lobi Mahkamah, Roniu Liu sentiasa bergerak bersama dan tidak lekang dari punggung pakar tersebut yang dibawa khas dari negara gajah putih oleh Kerajaan Negeri Selangor. Agaknya pada fikiran Roniu Liu, Dr. tersebut kemungkinan besar mampu menyelamatkan imej dirinya, DAP dan Kerajaan Negeri Selangor .

Tukar Tiub ada menceritakan sedikit latar belakang Pornthip yang dipuja oleh Sebahagian besar penyokong Anwar, namun tidak semua yang diceritakan hanya yang positif sahaja. Nama sebenar Dr. ini ialah Pornthip Rojanasunand lahir pada 21 Disember 1955 dan merupakan seorang ahli patologi forensik Thailand, juga merupakan penulis dan aktivis hak asasi manusia.

Lantaran penglibatan dalam Human Right beliau mengenali Tian Chua, Elizabeth Wong dan aktivis hak Asasi dalam PKR/DAP di Malaysia.Kini beliau merupakan Pornthip Pengarah Institut Sains Forensik, Thailand. Dan orang yang bertangungjawab menjadikan DNA sebagai bukti di Mahkamah Thailand.

Nama beliau menjadi sebutan apabila berlakunya kejadian tsunami di Thailand dan beberapa Negara asia pada tahun 2004. Pada masa itu beliau telah masuk campur dalam banyak perkara berkaitan urusan pengenalan mayat hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak berkuasa.

Sebenarnya pandangan mengenai hasil penemuannya bukanlah digunapakai semua pihak di Thailand, malah ada yang meragui krediboliti Dr. Pornthip. Kerana wanita yang selalu berpenampilan imej rangi ini adalah seorang yang gila publisiti kerana sentiasa ingin menonjolkan kehebatan dirinya. Malah ada yang berpendapat sebagai penulis, tidak mustahil dia banyak menimbulkan kontoversi untuk melariskan jualan bukunya. Satu situasi yang pelik Pornthip seakan mempunyai dendam kepada pihak polis dan keselamatan, hingga banyak kali berikrar untuk mencari kesalahan pihak berkuasa.

Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Natio. Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.

Ketidakpercayaan sepenuhnya masyarakat Thailand atas hasil Dr. Porntip dapat dilihat pada kes tahun 1999, apabila seorang ahli Parlimen Thailand Hangthong Thammawattana ditemui mati dengan peluru menembusi kepalanya. Hasil autopsi yang dilakukan oleh polis menunjukkan bahawa Hangthong telah membunuh diri. Namun autopsi kedua dilakukan oleh Dr Porntip menunjukkan bahawa dia dibunuh.

Ini menyebabkan kakak Hangthong iaitu Noppadol ditangkap dan didakwa dengan kes pembunuhan. Namun, pada tahun 2006, autopsi ketiga yang dilakaukan oleh pakar forensik Universiti di Thailand, sekali lagi bersetuju dengan hasil autopsi yang dikelurkan OPFS (Pejabat Sains Forensik Polis Thailand), menyatakan bahawa Hangthong telah membunuh diri.
Kes ini menyebabkan wujudnya konflik antara Dr Porntip, Polis di raja Thailand dan ahli forensik Thailand. Beberapa pihak di Thailand berpendapat hasil keputusan autopsi Dr. Pornthip banyak dipengaruhi dari keterlibatannya dengan badan hak asasi manusia, khususnya Asian Human Rights Commission.

Sewaktu dia terlibat mencari punca kematian David Carradine, aktor Hollywood yang mati mengejut di Thailand, beberapa penganalisis mengatakan Pornthip hanya memberi pandangan berdasarkan apa yang dibaca oleh beliau dalam buku kes yang hampir sama melibatkan kematian mengejut orang barat/eropah dan bukan berasaskan fakta sebenar. Kematian David Carradine sehingga ini masih misteri dalam mencari punca sebenar walaupun banyak kajian forensik telah dilakukan.

Jika kita berasaskan beberapa kisah seperti diatas, kredibiliti Dr. Pornthip yang kini dijulang oleh Anwar dan penyokongnya sebenarnya boleh dipertikaikan. Banyak persoalan yang meragukan berkaitkan latar belakang Dr. tersebut, seperti penglibatannya dalam kerja penulisan dan senada suaranya dengan badan hak asasi manusia.

JIka pasukan forensik profesional Thailand sendiri mempertikai hasil yang dikeluarkan oleh Dr. Ponrthip adakah beliau layak memberikan pandangan kes yang melibatkan kematian Teoh Beng Hock. Lebih-lebih lagi dia hanya menganalisa gambar sahaja dan lansung tidak terlibat dengan kerja-kerja bedas siasat mayat teoh sebelum ini.

Huhah yang hanya bersandarkan MUNGKIN secara logik adalah hanya membawa spekualasi sahaja, kerana ia bukanlah hujah terbaik untuk menafikan fakta yang telah dikeluarkan pihak yang lebih berautoriti.

Tentu kita masih ingat bagaimana sebelum ini kita digembarkan dengan dakwaan adanya tinggalan seakan darah ditangga pejabat SPRM di Plaza Masalam oleh Gobind Singh Deo peguam bela keluarga Mendiang Beng Hock. Andaian Gobind itu menyebabnkan Ujian terpaksa dijalankan tiga pakar DNA iaitu Dr. Seah Lay Hong; bekas Ketua Unit Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Amidon Anan dan saintis forensik Thailand, Somchai Chailermsooksant. Hasil yang dikeluarkan selepas dibuat ujian terperinci didapati ia bukanlah darah seperti yang diandaikan Gobind.

JIka benar kerajaan ingin melakukan bedah siasat semula keatas punca kematian Beng Hock, seharusnya kerajaan tidak terperangkap dengan mainan Anwar Atarttuk.

Sejarah pernah menunjukkan para golongan Yahudi dan barat pernah bersepakat memanipulasi fakta kematian kaum Armenia sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid hingga menyebabkan Kerajaan Bani Uthamaniyah diasak teruk oleh Negara barat yang waktu itu baru bangkit dari zaman kegelapan menuju era pencerahan.

Namun hari ini, para sejarahwan dan pengkaji lain tidak dapat membuktikan bahawa kematian kaum Armenia adalah disebabkan arahan Sultan Abdul Hamid. Yang jelas orang Yahudi dan barat memainkan peranan kematian orang Armenia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Bani Uthaminyah.

Sebagai ingatan Anwar banyak kali mengatakan bahawa Kerajaan Bani Uhtamaniyah adalah zalim dan sewaktu berucap di NED dia seakan bersetuju dengan sebahagian tindakan yang diambil oleh Kamal Atarturk untuk menjatuhkan Kerajaan Bani Uthmaniyah. Maka itu seharusnya kita tidak hairan jika kita melihat Anwar orang paling awal memberi ulasan terhadap kenyataan Dr. Pornthip Rojanasunand semalam.

Nizar OII!!! Mungkin ... Mungkin ... Apa punya pakar la DR Meletop NI !!!

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Bila Masa Dr Pornthip Periksa Badan Teoh?

Kumbang sedikit pelik dengan pendedahan mengejutkan yang dikeluarkan oleh Dr Pornthip dari Thailand yang membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Ini berikutan laporan TV Selangor yang disiarkan dialog rakyat seperti di bawah:
Hasrat untuk mendapatkan khidmat pakar Patologi dari Thailand tidak kesampaian, apabila keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.
Jika anda baca laporan di dialog rakyat ini bermakna tidak berlakunya proses bedah siasat yang dilakukan Dr Pornthip iaitu Pakar Patologi dari Thailand tetapi hanya melibatkan empat doktor bedah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah,Klang.

Ini bermakna Dr Pornthip (jika benar laporan TV Selangor tidak melakukan pemeriksaan pada fizikal Teoh tetapi hanya memberi pandangan di dalam inkues) mungkin menggunakan laporan siasat pihak ketiga iaitu 4 pakar bedah yang disebutkan tadi dan berpandukan kepada gambar-gambar tempat kejadian.

Jika benar Dr Pornthip melakukan pemeriksaan pada badan Teoh. Kumbang mohon masa dan tarikhnya didedahkan kepada umum kerana laporan TV Selangor yang merupakan proksi Kerajaan Selangor menyatakan pakar patologi dari Thailand tidak sempat untuk melakukan pemeriksaan dan bedah siasat kerana kehendak keluarga mendiang untuk mendiang cepat dikebumikan.

Jelas pendedahan ini amat meragukan apabila Dr Pornthip hanya mengulangi perkataan 'mungkin' terhadap hampir semua kenyataan beliau.

Perkataan 'mungkin' ini menandakan Dr Pornthip sendiri tidak pasti terhadap kenyataan beliau mungkin disebabkan beliau sendiri tidak memeriksa fizikal Teoh.

Di dalam pendedahannya juga beliau tidak menyentuh mengenai aspek-aspek yang menyokong Teoh membunuh diri iaitu:

"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh.
Pelik juga Kumbang apabila Teoh dicekik dan dicederakan duburnya tetapi DNA si pelaku tidak ditinggalkan di tubuh badan Teoh.Jika ada sarung tangan digunakan si pelaku dan senjata yang mencederakan dubur Teoh. Dimanakah sarung tangan dan senjata itu?

Adakah kenyataan yang dibuat Dr Pornthip hanya ingin menimbulkan keraguan?

Kumbang rasa anda semua bijak menilainya ...

Ayuh Gobind dedahkan tarikh dan masa pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr Pornthip serta jawab di mana DNA si pencekik Teoh.Ada berani?

Takut-takut DNA Tan Boon Hwa yang jumpa pula.

Sumber: Analisis Ringan

P/S : Hari ni kemungkinan keluarga Teoh akan benarkan mayat mendiang Teoh digali semula.
Berapa banyak duit kerajaan Selangor akan lesap untuk bayar Dr Meletop?

Lepas ni Dr Meletop mungkin takkan cakap mungkin dan mungkin lagi. Sebab selepas ini kita akan cari DNA si pencekik dan penyula Teoh pada badan mendiang Teoh sendiri.

Hehehehe...Kita tengok siapa yang kena.
Gobind,Tan Boon Hwa and DAP, Are You Ready?!!!!!!

Nizar OII!! DR Meletop Ni Apasal Tak Ulas Kesan Toreh Dekat Tangan Teoh?

by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under:

Menurut Dr.Porntip a.k.a Dr. meletup, Teoh mungkin mati kerana dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam. Menurutnya lagi, kecederaan pada lubang dubur Teoh boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh. MalaysiaKini
Persoalan, jika Teoh mati dicekik dan bukan kerana dia terjun untuk membunuh diri siapa yang membunuhnya..?

Dr. Porntip (macam tip lucah) mempertikaikan laporan bedah siasat Forensik Malaysia menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah tetapi tiada kesan kecederaan untuk melindungi diri.

Maksudnya ada seseorang yang tidak senang hati dengan Teoh kerana mungkin Teoh sudah terlebih kata kerana kes yang sedang disiasat sudah diketahui. Umum sudah mengetahui dan sudah ada keterangan daripada pegawai SPRM berhubung individu terakhir yang berjumpa Teoh dan keterangan perihal pertengkaran mulut antara Teoh dan juga Tan Boon Wah.


Jika benar keterangan Doktor kata Teoh membunuh diri bagaimana pula dengan kesan torehan yang wujud pada pergelangan tangan kanan Teoh.? Bukankah itu juga boleh ditafsirkan sebagai cubaan membunuh diri..!

Pasti lepaih nie, pejuang siber pembangkang akan mengatakan SPRM telah membunuh Teoh bersandarkan pada keterangan Dr. Punk Rock Siam nie. Jangan cepat melatah dan gunakan akal dan fikiran untuk menilai. Atas sebab apa mesti SPRM membunuh Teoh padahal Teoh adalah saksi depa dan bukannya tertuduh melainkan Tan Boon Wah manusia chi bai yang mengetahui selok belok kerja haram DAP yang terpaksa mencekik Teoh supaya menutup mulut terus.

Tokey - Kredibiliti Dr. Siam nie di Thailand tak diragui tetapi cuma nak tanya adakah dengan menilai daripada laporan bedah siasat dan juga gambar Teoh tanpa perlu memeriksa dengan teliti mangsa sudah mendapat penilaian yang munasabah .? Sudah boleh menetapkan satu pendirian yang bersandarkan kepada andaian.

Kita mengetahui dan sudah terbukti rakyat Malaysia hari ini hidup dalam suasana yang penuh dengan persepsi dan juga andaian yang kadang kala karut marut seperti sahabat yang boleh memberi isterinya untuk dikasihi dan terbukti berlaku hari ini.
Atau mungkin ketika ini ada pihak yang tidak senang duduk dengan pendedahan Dr. Siam itu atau mungkin Anwar Ibrahim berkira-kira dengan strategi untuk mengalihkan perhatian.

Nizar OII!! Dr Meletop ni Pakar atau Bayar?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Kenyataan Pakar Thailand Dipengaruhi Politik?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock membunuh diri biar pun hasil pemeriksaannya mendapati 80% berkemungkinan homisid (sama ada dibunuh atau ditolak). Ini berdasarkan terdapat kesan di bahagian leher dan kecederaan di lubang dubur yang berlaku sebelum beliau mati.

Menurut Malaysiakini, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri. Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar. Dr. Pornthip memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.
Kesimpulan Dr Pornthip agak mengelirukan kerana berasaskan andaian-andaian yang telah diterangkan dalam inkues sebelum ini beliau membuat keputusan Beng hock dibunuh.

Kesimpulan Dr. Pornthip bahawa Teoh dibunuh kerana terdapat kecederaan pada duburnya sebelum jatuh sangat mengelirukan. Ini tidak memberi ruang kepada sebarang kemungkinan luka pada dubur berlaku akibat tersangkut penyelak tingkap yang turut patah semasa kejadian tersebut. Malah Dr. Pornthip tidak lakukan sebarang kajian sama ada luka pada dubur tersebut konsisten dengan penyelak tingkap yang dijumpa ditempat kejadian atau oleh objek lain.

Inkues sebelum ini telah menunjukkan bahawa keadaan tingkap di bangunan tersebut memerlukan seseorang yang ingin terjun memanjat dan membongkok untuk keluar terlebih dahulu. Situasi tersebut boleh menyebabkan Teoh tergelincir dan duburnya tersangkut pada penyelak tingkap (yang turut ditemui di tempat beliau jatuh).

Ini konsisten dengan penemuan penyelak tingkap tersebut patah dan berada berhampiran tempat badan Beng Hock ditemui.

Dakwaan terdapat luka-luka yang berlaku sebelum beliau jatuh sebagai bukti beliau dibunuh juga menimbulkan tanda tanya.

Apakah asas untuk dia katakan satu-satu keecederaan itu berlaku sebelum jatuh atau selepas jatuh? Jika kita lihat banyak kes bedah siasat hanya boleh memastikan kecederaan sebelum mati.

Seandaianya Beng Hock jatuh, luka-luka yang berlaku telah diterangkan sebagai disebabkan kemungkinan Beng Hock tergelincir semasa memanjat dan menyebabkan beberapa bahagian badan beliau terkena tingkap dan dinding sebelum jatuh.

Walaupun terdapat kemungkinan Beng Hock dibunuh, angka 80% yang diletakkan oleh pakar dari Thailand yang diupah oleh kerajaan Selangor sangat meragukan. Ia menimbulkan tandatanya sama ada terdapat komplot politik untuk menyalahkan SPRM dan kerajaan.

Kita boleh menerima jika Dr. Pornthip membuat kesimpulan kemungkinan terdapat unsur homosid. Namun peratusan (80%) yang diberikan untuk homosid berasaskan hanya circumstantial evidence tidak kukuh untuk menyokong hujah beliau.

Apakah terdapat konspirasi politik oleh kerajan Selangor dan Dr. Pornthip?

Sumber: MyKMU