CHANNEL UMB

Showing posts with label manek urai. Show all posts
Showing posts with label manek urai. Show all posts

ANTARA BALAK DAN MINYAK..

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


bile perut memulas.. 12 Julai


Pakcik ada terima 1 e-mail dari seorang pengunjung setia manekurai2009 yg menggelarkan dirinya sang romeo tua. Beliau minta agar pakcik masukkan pandangannya sebagai renungan semua khususnya penduduk Manek Urai. Jom kita pakat baca..

Manek Urai sebuah nama yg unik.. Secara kebetulan dalam 3 hari ini saya ronda-ronda dlm seluruh kawasan DUN Manek Urai. Macam-macam lata yang saya jumpa. Kelmarin saya terlajak masuk ke tapak projek hidro di peti undi Lata Rek kalau tak silap saya. Cantik tempat itu.. tp jalan penghubungnya sgt sempit dan daif bagi saya.. Terdetik dalam hati saya, dalam sedar tak sedar, penduduk Manek Urai terlepas pandang sesuatu..

salah satu tempat pengumpulan balak blh dilihat antara jalan Temalir ke Sungai Sok

Mereka duk mintak duit royalti minyak, tapi kenapa orang Manek Urai khususnya, orang Kelantan amnya tidak menuntut hasil balak yang dibolot oleh pemimpin mereka? kesian kat bukit habis digondol, balak habis ditebang, penduduk Manek Urai duk minum air hok keruh dan berkelodak..

Mintak la sikit royalti balak yang pemimpin PAS bolot tu.. Janganlah sampai ke mati duk jadi pak turut sedangkan orang di Manek Urai terpaksa minum air selut, lalu jalan berlopang dek dilanyak lori balak. Sampai bila nak duk lagu tu..?
Cerita minyak cerita baru, mintak la hak lama dulu...


Segala artikel di atas adalah salinan asal dari e-mail pengirim. Pakcik cuma tolong tambah gambar dan 'publish'kan sahaja. Renung-renungkan lah..

"PAS TIPU SANA, TIPU SINI"

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:



TOK MUDIN - Manek Urai, Sabtu 11 Julai 2009


Salam untuk semua, satu hari atuk ada 'terbaca' kitab rujukan orang2 PAS "Marakah", dalamnya banyaklah terdapat artikel dan rencana marah-marah, tidak puas hati, fitnah, angkat bakul sendiri, dan tiada apa yang dapat diambil daripada kitab itu selain dari 'mewujudkan' perasaan benci,marah, meluat, dan terpengaruh dengan fitnah-fitnah yang digembar-gemburkan...semuanya pandangan negatif ditujukan pada KERAJAAN, tiada satupun yang baik dinyatakan. Hal ini lah yang membuatkan orang yang terkena 'hasutan' akan menentang kerajaan yang dipilih rakyat.


Dalam banyak-banyak cerita mitos dan rencana tahyul, atuk berminat kepada satu lakaran 'kartunis ' yang memaparkan gambar seorang pemimpin UMNO yang turun menoreh getah bersama peneroka. Atuk angkat tangan 'tabik' hormat pada YB Sdr Ahmad Maslan kerana sanggup turun padang untuk melihat kehidupan masyarakat di Manek Urai, ini menunjukkan yang YB masih seperti dahulu dulu, sentiasa mesra dengan orang kampung, sene baso dan mudah kiro, tidak sombong dan tidak berlagak macam YB dari PAS, walaupun asalnya susah tapi bila dah jadi YB nak 'berkecek' pun payah. Sibuk memanjang takut kita rakyat hina- dina mintak tolong. Tapi bila ada orang buat baik mulalah mereka kata bukan-bukan...hai apo nok jadi..

Tapi apo pun..atuk ucapkan tahniah kepada YB Ahmad Maslan kerana berani buat perkara yang patut 'pemimpin' UMNO lain buat..kalau macam ni atuk jamin, PAS akan lingkup dalam PRU nanti...




Dan hari ini atuk nak ceghito tentang fenomena akhir zaman yang berlaku;

Pertamanya : Orang Jahil Berlagak Alim

Keduanya : Orang Miskin Berlagak Kayo

Ketiganya : Orang Bodoh Berlagak Cerdik

Keempat : Kito Raso Kito betul, Orang lain Sumo Salah

Kelimanya : Kito Bermegah Dengan Kijo Kito, Kito Hino Kijo Orang

Keenam : Kito Sokong PAS Walaupun Kito Tahu Sesat



Note : Tahniah untuk Tok Pa dan Tok Awe, PAS dah kecut perut di atas gandingan Dato' berdua...

Sumber: Bicara Manek Urai

’Aura’ Dato Pa diterima rakyat Kelantan; dari Manik Urai ke Kota Darulnaim

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

Dato’ Pa sebagai Pengerusi UMNO Kelantan pada masa itu, dimana Pas Kelantan menegakkan kerajaan ditentukan melalui perbezaan kerusi yang tipis khususnya selepas pilihan raya 2004 dan Pas memerintah Kelantan dengan majoriti dua kerusi sebelum mengecil kepada satu kerusi apabila kalah pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, Disember 2005. Hakikatnya, selepas pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, Pas sebenarnya bertahan di Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu majoriti kemenangan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning.

Disamping itu dengan 9 kerusi parlimen daripada 14 kerusi rakyat telah memilih BN, jelas rakyat Kelantan telah menerima kepimpinan Dato’ Pa pada masa itu hanya nasib tidak memihak kepada BN untuk memerintah Kelantan. Kini selepas pilihan raya 2008 Pas terpaksa mempertahankan DUN Manik Urai dalam Pilihanraya kecil dimana Dato Pa menjadi Pengerusi UMNO Kelantan., bahangnya cukup dirasai di Kelantan - sepanas kemarau yang baru bermula di Kelantan selepas berlabuh musim tengkujuh.

Maka, topik perbincangan paling sensasi di kedai kopi kini tertumpu kepada mampukah Barisan Nasional (BN) merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang dengan bermulanya DUN Manik Urai., desas desus calon yang akan bertanding di kawasan itu sehinggalah siapa paling layak belum terjawab. Pas katanya telah mengadakan pengundian peringkat ranting untuk memilih calun dan keputusannya seorang tokoh yang menentang arwah (wakil rakyat Pas) dalam pemilihan Pas baru-baru ini. Sembang pilihan raya yang semakin hangat di kalangan orang Kelantan ketika ini meredakan perbualan mengenai kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan serta tawaran harga murah pasar raya Tesco berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.

Orang Manik Urai mula mencari buluh dan batang kayu untuk memacak bendera parti, dan tapi yang sebenarnya di Kelantan, bendera pencakar langit sudah lama dinaikkan sehingga ada yang sudah terkoyak serta pudar, sekali gus menggambarkan demam pilihan raya berlaku sepanjang masa. Biasanya bendera Pas bertiangkan buluh dipacak ditepi jalan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya – takut-takut tumbang dan menghempap kenderaan yang melalui laluan itu.
Kota Darul Naim yang dibina oleh Barisan Nasional

Kota Darul Naim yang dibina oleh Barisan Nasional



Ketika ini juga, ramai berasakan diri mereka penganalisis politik handal, tidak kurang juga tok nujum yang mendakwa tahu serba serbi dan sepak terajang politik Kelantan. Sebenarnya penganalisis yang tidak bersama rakyat Kelantan di Kelantan pasti analisisnya ‘sampah’ yang tidak boleh dipakai. Ketika ini Pas melaungkan keazaman menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan menjadikan Malaysia sebagai `Negara Kebajikan'. BN pula dengan selogan Satu Malaysia dan mewujudkan `Kerajaan Rakyat' yang antara lain tidak akan membiarkan rakyat itu tercicir daripada arus perdana pembangunan negara.

Dengan keyakinan menjadikan 2004 kayu ukur penerimaan rakyat atas kepimpinan Dato Pa sebagai tahun mengubah wajah politik Kelantan, impian itu turut memberi tumpuan khusus terhadap lonjakan mega menangani masalah tanah yang berlarutan selama 20 tahun, masalah pengangguran, miskin tegar dan membantu peniaga kecil untuk menghapuskan imej kemunduran yang sering dikaitkan dengan negeri itu. Selain itu, pendekatan Dato’ Najib yang tidak menyisihkan Kelantan menerusi pelaksanaan program dibawah peruntukan RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan dijadikan asas dalam menggerakkan lebih banyak program pembangunan.

Malah, BN Kelantan dibawah Dato’ Pa akan lebih diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan atas kejujuran dan kecekapannya untuk mengurus dana yang begitu banyak. Lebih-lebih lagi dibantu oleh Dato’ Awang yang tersohor sebagai pakar pengurusan kewangan Negara. Pilihanraya Umum yang akan datang banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh rakyat Kelantan. Sememangnya, BN Kelantan mempunyai banyak agenda pembangunan dengan ihsan Kerajaan Pusat yang tidak mahu melihat Kelantan tertinggal. Namun, banyak lagi kemajuan boleh dilaksanakan jika BN memerintah khususnya hasil hubungan rapat dengan Kerajaan Pusat. Yang jelas sepanjang pemerintahan Pas selama 20 tahun tiada apa yang boleh dibanggakan semuanya ‘copy’ rancangan BN.

Sejarah telah mentukan sepanjang tempoh 12 tahun itu, BN membawa banyak projek pembangunan termasuk Lebuh Raya Timur-Barat, membuka rancangan Kesedar dan kawasan industri, mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, memperbaiki Yayasan Islam Kelantan, membina Kota Darul Naim sebagai pusat pentadbiran negeri serta menyelesaikan kegagalan Rancangan Tanah Takdir yang dilaksanakan Pas. Namun, 18 tahun kedua pemerintahan Pas memperlihatkan kelemahan pentadbiran negeri termasuk defisit terkumpul belanjawan hampir RM400 juta setakat 2006, defisit sebenar tahunan hampir RM100 juta (2006), hutang terkumpul RM1 bilion (2007), 12,000 keluarga miskin tegar, 25,000 penganggur dan jumlah perantau ke negeri lain melebihi 200,000 orang.

Rakyat sedar, sebenarnya kita sudah berada 20 tahun di bawah pemerintahan Pas dan jika diambil kira 18 tahun pemerintahan Pas pada pusingan pertama dulu (1959-1978), Kelantan berada 38 tahun di bawah Pas atau dengan kata lain, hanya 14 tahun bukan di bawah Pas sejak Merdeka. Kelantan baru merdeka 14 tahun semenjak 1957. Rakyat Kelantan tidak rela lagi tertipu, tercicir atau terpinggir dengan ’ceramah kosong’ pemimpin Pas. Kelantan perlu dibangunkan pada kadar lebih pesat kerana di sinilah lubuk modal insan Melayu bagi memastikan kita turut berperanan mendukung pembangunan nasional.

Sudah terlalu lama rakyat Kelantan merasai pengalaman di bawah pemerintahan Pas dan mungkin bermulanya di Manik Urai kita ke Kota Darulnaim dan peringkat demi peringkat rakyat Kelantan akan melakukan perubahan kerana rakyat faham dengan mendengar ceramah retorik Pas setiap malam semata-mata tidak akan mampu membawa mereka ke mana-mana. Berdasarkan pengamatan umum, BN dibawah kepimpinan Dato’ Pa dengan ’auranya’ yang menyentuh denyutnadi rakyat Kelantan BN mempunyai peluang cerah memerintah Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang.

Apapun, rakyat Manik Urai khususnya lebih 12,292 pengundi di 9 peti undi yang bijak memilih untuk masa depan mereka akan menentukan nur kemenangan BN dimasa akan datang yang akan bermula pada 16 Julai 2009.

Perjuangan yang semakin hampir ke penghujungnya.

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Dua hari lagi... perjuangan di MU akan berakhir dengan kejayaan atau kegagalan. Satu pasti meraikan kemenangan dan satu lagi akan berduka atas kekalahan yang bakal kita sama-sama raih 14 Julai ini.

Cuma apa yang sangat aku banggakan di sini, tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku, tiada pergaduhan antara penyokong BN dan Pas di Manek Urai ini. Bagi aku, itu satu petanda yang cukup baik ke arah persefahaman politik antara UMNO dan Pas.

Walaupun gagal dalam perbincangan ‘Kerajaan Perpaduan’, namun masih ada jalan ke arahnya. Dan apa yang berlaku di Manek Urai 7 hari ini membuktikan kematangan politik kedua-dua belah pihak.

Yang pasti, dalam pertandingan ini ada yang kalah dan ada yang menang. Yang menang, jangan terlalu gembira sebaliknya terus berbakti dan tunaikan janji yang telah diucapkan dalam kempen ini sebaliknya yang kalah jangan kecewa, terus berbakti walaupun bukan sebagai YB.

Sumber: Sahabat Gunung!

Salam Perkenalan dari UMB PPUM

Sunday, July 12, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Blog baru yang akan mengegarkan dunia blog!

Kepada petugas-petugas di Manik Urai! Selamat menjalankan tugas dan pastikan kemenangan memihak kita!

Wassalam