CHANNEL UMB

Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts
Showing posts with label maulidur rasul. Show all posts

Penang Maulidur Rasul: Guan Eng! Siapa Sebenarnya Pembohong?

Tuesday, February 16, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

oleh pisau.net

Dalam Kenyataan terbaru Lim Guan Eng di Malaysiakini, jelas beliau cuba menutup pembohongan yang telah dilakukan sebelum ini.Beliau menuduh dakwaan kepada Kerajaan Negeri adalah satu fitnah dan perkauman.

Apabila terkena kepada batang hidung sendiri tiba tiba beliau menuduh orang lain yang berbohong dan rasis,sebenarnya beliaulah cuba memainkan isu perkauman dan berbohong secara terang terangan, Inilah yang disebut sebut oleh Tun M,jika kita bercakap atau mempertahankan hak kita akan dituduh perkauman.Inilah sifat sebenar ultra kiasu dan chauvanist yang ditunjukkan oleh Lim Guan Eng.

Inilah cara beliau bermain politik,menutup penipuan kemudian menuduh orang lain pula yang membuat fitnah.

Kronologi Pendedahan ,Penafian & Pembohongan Lim Guan Eng & Abdul Malik Kasim

11hb Feb-Pendedahan Surat Pembatalan Perarakan Dari Mysrimuara :klik sini

11hb Feb-Kenyataan Dari Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali :klik sini

utusan-Dalam pada itu Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kassim ketika dihubungi memberitahu, beliau akan memberikan maklumat mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat.

‘‘Saya akan mengumumkan maklumat terperinci sedikit masa lagi,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menerusi laman webnya memaparkan atur cara majlis perhimpunan ummah yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi.

Antara yang bakal diadakan adalah bacaan al-Quran, persembahan nasyid, pelancaran program e-Munakahat dan forum perdana. (tiada perarakan)



12hb Feb-Pendedahan Surat Pembatalan Perarakan disiarkan kembali oleh Pisau.net :klik sini

12hb Feb - Selepas pendedahan mengemparkan negara dan mendapat bantahan,secara tiba tiba jadual baru dikeluarkan pada 12hb feb menyatakan akan mengadakan perarakan.

13 Feb - Jadual yang diubah aturcara dan program maulidur rasul disiarkan di laman web JAIPP dari Majlid Perhimpunan Ummah kepada Majlis Perhimpunan Ummah & Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1431H/2010M

13Feb - Jadual yang sudah diubah di siapkan pada 13hb dan disiarkan untuk muat turun di laman web JAIPP

13 Feb - Setelah mengubah aturcara majlis dan membenarkan perarakan ,Lim Guan Eng :sini & Malik Kasim:sini membuat kenyataan menafikan pembatalan perarakan kemudian menuduh Utusan dan blog ini membuat pembohongan dan fitnah .Mereka turut menuduh TPM dan Umno cuba memainkan sentimen perkauman.

14Feb- Harakah Daily langsung tidak memberi sebarang respon dan menyiarkan isu ini sejak disiarkan oleh Utusan,tetapi sebaik saja Lim Guan Eng dan Malik Kasim membuat penafian dan menuduh ia adalah fitnah,Harakah Daily turut sama menuduh BN/Umno terlibat mengfitnah Khalifah kesayangan mereka :klik sini (bukti sifat bacul dan dayus harakah)

14 Feb- Lim Guan Eng sekali lagi mengecam Utusan termasuk Ketua Pemuda kononnya telah membuat fitnah dan berbohong. klik sini

Petikan dari Malaysiakini -Pembohongan Terang terangan Lim Guan Eng

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satu pun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua - yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairy dan pihak lain - dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam - meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Surat pertama tidak releven-Melalui edaran surat pekeliling rujuk surat kedua,ternyata ia adalah dimuktamadkan semasa Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul,Yb Abdul Malik Kasim yang mempengerusikan mesyuarat,malah beliau sendiri yang membuat keputusan membatalkan perarakan.Selepas keputusan DIMUKTAMADKAN semasa mesyuarat barulah surat kedua dikeluarkan. Lim Guan Eng jelas berbohong dan cuba memutar belitkan fakta.

Surat Kedua-Pembohongan Lim Guan Eng amat jelas, surat yang disiarkan oleh blog ini adalah bertarikh 5 Febuari bukan 15Januari,dan secara jelas surat tersebut menyatakan majlis perarakan dibatalkan dan diteruskan mengadakan perhimpunan ummah.

Surat Ketiga-setelah mendapat kecaman dan bantahan, kedua dua perhimpunan dan perarakan diadakan dinyatakan dalam surat yang bertarikh 12Feb dan diedarkan kepada wartawan semata mata untuk menutup pembohongan mereka sebelum ini.

Mengapa jadual dan aturacara diubah secara tergesa gesa dilaman web JAIPP pada 13hb?

Lim Guan Eng dan Malik Kasim secara terang terangan berbohong kepada rakyat,kenapa harus berbohong dan menafikan? kenapa setelah didedahkan dan mendapat bantahan ,Kamu secara tergesa gesa menukar jadual dan aturcara majlis,malah membenarkan perarakan kemudian sambutan ditambah pula menjadi 3 hari.

Kenapa menuduh Utusan dan pihak yang mendedahkan isu ini membuat fitnah,sedangkan secara nyata perkara membatalkan majlis perarakan jelas terbukti melalui surat yang didedahkan.

Pendedahan ini bertujuan untuk membantah pembatalan majlis perarakan Maulidur Rasul yang dibuat setiap tahun oleh umat islam,mengapa Lim Guan Eng menuduh Utusan dan Umno,berbohong & fitnah dan cuba memainkan isu rasis dan perkauman,isu ini berkaitan akan hak umat Islam di Pulau Pinang,sebaliknya beliaulah seorang rasis ,chauvanist dan ultra kiasu kerana tidak mengaku Kerajaan dibawah pemimpin beliau tidak sensitif terhadap isu umat Islam kemudian beliau berbohong kepada rakyat apabila tembelang mereka sudah diketahui umum.


LIM GUAN ENG & MALIK KASIM SECARA TERANG TERANGAN BERBOHONG,MALAH MENUDUH UTUSAN,BN & UMNO MEMBUAT FITNAH.

MEREKALAH YANG SEBENARNYA BERBOHONG DAN MEMBUAT FITNAH!

Damage Control dan cubaan mengubah persepsi untuk mendiversikan tuduhan ternyata gagal dan jelas memakan tuan.



Pisau kata "Gong Xi Fa Chai Guan Eng "

Penang Maulidur Rasul: YB Malik Kassim Punca Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul

Monday, February 15, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:

by pisau.net


Haprak Daily lidah bercabang rasmi PAS cuba mengajar supaya tidak melakukan fitnah,walhal artikel yang disiarkan ternyata mereka sendiri yang membuat fitnah,menyiarkan artikel yang menghasut dan berbohong kepada umat islam terutama di negeri Pulau Pinang.

Haprak Daily-Sofi Wahab

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka




Ternyata artikel yang berniat jahat ini adalah satu cubaan untuk menutup kesilapan YB Malik Kasim dan Lim Guan Eng.

Pihak PAS sedaya upaya cuba untuk menghalalkan cara,demi untuk menutup pekung yang terdedah kepada Umat Islam dinegara ini.

Melalui artikel tersebut ternyata Haprak Daily tidak membuat penyelidikan dan siasatan,siapakah dalang disebalik pembatalan perarakan maulidur rasul di Pulau Pinang,sebaliknya terus menuduh media massa membuat fitnah. Kenyataan ini bersifat dangkal dan jumud

Mereka jelas berbohong rujuk aturcara majlis sambutan,tidak ada perarakan malah majlis berakhir pada pukul 11.30pagi. Tidak ada langsung dinyatakan sambutan akan diadakan selama 3 hari,dalam jadual aturcara tidak dinyatakan adanya perarakan,malah Pisau merujuk dengan beberapa penjawat awam yang terlibat dengan perarakan,mereka menyatakan memang perarakan dibatalkan berdasarkan surat pekeliling dan tidak wujud sambutan akan diadakan selama 3 hari.Malah mereka tidak menerima surat pekeliling sepertimana yang didakwa oleh Malik Kasim.



Adakah untuk menutup malu atas tindakan membatalkan perarakan maulidur rasul?,Lim Guan Eng & Malik Kasim mengarahkan JAIPP mengeluarkan jadual baru bertarikh 12/2/2010,walhal sebelum ini didalam laman web JAIPP hanya menyatakan cuma majlis perhimpunan sahaja akan berlangsung,kemudiannya mereka telah mengarahkan mengubah jadual di laman web JAIPP kepada majlis perhimpunan dan perarakan,Setelah itu barulah mereka mengeluarkan kenyataan secara bersama sepertimana yang disiarkan oleh Malaysian Insider?


Adakah ini salah satu taktik
Damage Control dan cubaan mengubah persepsi untuk mendiversikan tuduhan tersebut untuk menjadikan yang menuduh kelihatan membuat fitnah? selanjutnya sini

Menurut sumber yang terlibat didalam majlis mesyuarat, Yb Malik Kassim sendiri yang membuat keputusan untuk membatalkan perarakan,katanya bertujuan transformasi dan perhimpunan ummah diganti daripada membuat perarakan sambutan maulidul rasul.

Namun apabila isu ini tersebar mendapat perhatian dan bantahan umat Islam dan disiarkan media massa,dengan secara secara tergesa gesa beliau telah memberi arahan supaya menukar aturcara majlis perhimpunan dan menambahkan kepada 3 hari untuk menyambut sambutan maulidul rasul.

Beberapa ahli majlis mesyuarat turut menjadi saksi dan menyatakan YB Malik Kassim jelas berbohong dengan kenyataan beliau di Malaysia Insider dengan cuba untuk menutup kesilapan beliau,tidak ada keputusan didalam mesyuarat sebelum ini untuk mengadakan perarakan sebaliknya Malik Kasim yang membatalkan perarakan, malah yang menjadi mangsa keadaan adalah Dato' Hj Yusoff bin Wazir Tim Setiausaha Kerajaan Negeri telah dikambing hitamkan demi menutup pembohongan Yb Malik Kasim dan Lim Guan Eng.


Jangan cuba baling batu sembunyi tangan, Ingat batu yang dibaling ramai blogger nampak dan
BAKAL mendapat malu besar selepas ini!


Pisau kata " Wali selipar batalkan perarakan maulidur rasul semata mata untuk menghalalkan tindakan Lim Guan Eng dan Malik Kasim"

Penang Maulidur Rasul: Lim Guan Eng,3 hari,3 Kali Bohong,3 Kali Kencing,3 Kali Berbelit

Sunday, February 14, 2010 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

Coat of arms of Penang

oleh pisau.net

Sebelum ini Khalifah Sosialis Cina Melaka menafikan membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul,malah blog blog PAS begitu berselera menjilat segala wadah busuk yang keluar dari mulut Ketua Menteri ini dengan dalil dalil tidak perlunya mengadakan perarakan Maulidur Rasul.

Tetapi mereka lupa, kenapa Kerajaan Pulau Pinang tidak membatalkan perarakan Thaipusam atau pun Pesta Tanglong? Ini begitu jelas betapa mereka mengamalkan double standart,malah menidakkan hak orang Islam.

Malah,kenyataan paling bodoh oleh kebanyakan juak PAS penjilat DAP,menyatakan surat yang didedahkan adalah palsu, Pisau mencabar juak juak PAS membuat laporan polis jika dakwaan surat yang paparkan adalah palsu. :surat pekeliling klik sini

Pokoknya yang dibantah,kenapa perarakan dibatalkan tanpa sebarang sebab yang kukuh, walaupun pada masa yang sama kerajaan negeri mengadakan sambutan perhimpunan ummah di dewan sri penang, tetapi ini adalah 2 isu yang berbeza. Perarakan tidak dibenarkan kepada umat Islam,MENGAPA?!

Lim Guan Eng dan pimpinan pakatan haprak Pulau Pinang memberi kenyataan putar belit, mereka masih mahu menegakkan benang yang basah,walhal sudah terang lagi bersuluh apabila terdedahnya surat pekeliling yang membatalkan perarakan.

Utusan

Guan Eng yang dipetik portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini bagaimanapun menafikan laporan itu yang disifatkannya satu pembohongan sambil menegaskan bahawa perarakan bagi sambutan itu akan diteruskan.

Portal berita itu memetik Setiausaha Agung DAP itu sebagai berkata, media arus perdana sengaja membelakangkan berita atau tidak melaporkan perkara yang sebenar mengenai Pulau Pinang.


Malaysian Insider

Guan Eng calls Utusan’s bluff on Prophet’s birthday march

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng (picture) has confirmed this year’s annual Prophet Muhammad’s birthday procession, saying the Utusan Malaysia report about the procession being banned, which started a protest among the newspaper’s Umno owners, was a lie.

He denied Tan Sri Muhyiddin Yassin’s accusation of being anti-Islam for wanting to cancel the march and invited the deputy prime minister to take part in the three-day state celebrations at the end of the month.

“Utusan Malaysia lied and I don’t want Muhyiddin Yassin to embarrass himself by believing that lie,” Lim told The Malaysian Insider last night.




Selepas tersebarnya pendedahan surat pekeliling membatalkan perarakan sempena Maulidur Rasul,tiba tiba Lim Guan Eng sekali lagi berbohong apabila menyatakan tidak pernah membatalkan perarakan tersebut,jadi apa kejadahnya surat pekeliling yang didedahkan.

Kemudian sekali lagi Lim Guan Eng dan Malik Kasim berbohong dengan membuat U turn secara tiba tiba membenarkan kembali perarakan sambutan Maulidur Rasul secara tiba tiba menjadikan sambutan selama 3 hari ,selepas tembelang mereka terdedah dan mendapat bantahan umat islam Pulau Pinang.

Penang says ‘online letters’ were ideas for Prophet’s birthday do

By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Feb 13 — Penang today remained adamant it never intended to scrap the annual Prophet's birthday procession, claiming scanned copies of such letters were just new ideas outlined by government officials.


Penang executive councillor for religious affairs, Abdul Malik Abdul Kassim (picture left), said the letters were ideas to change and expand the format of the three-day celebrations starting Feb 25.

Mereka jelas berbohong rujuk aturcara majlis sambutan,tidak ada perarakan malah majlis berakhir pada pukul 11.30pagi. Tidak ada langsung dinyatakan sambutan akan diadakan selama 3 hari,dalam jadual aturcara tidak dinyatakan adanya perarakan,malah Pisau merujuk dengan beberapa penjawat awam yang terlibat dengan perarakan,mereka menyatakan memang perarakan dibatalkan berdasarkan surat pekeliling dan tidak wujud sambutan akan diadakan selama 3 hari.Malah mereka tidak menerima surat pekeliling sepertimana yang didakwa oleh Malik Kasim.



Adakah untuk menutup malu atas tindakan membatalkan perarakan maulidur rasul?,Lim Guan Eng & Malik Kasim mengarahkan JAIPP mengeluarkan jadual baru pada 13/2/2010,walhal sebelum ini didalam laman web JAIPP hanya menyatakan cuma majlis perhimpunan sahaja akan berlangsung,kemudiannya mereka telah mengarahkan mengubah jadual di laman web JAIPP kepada majlis perhimpunan dan perarakan,Setelah itu barulah mereka mengeluarkan kenyataan secara bersama sepertimana yang disiarkan oleh Malaysian Insider?


Adakah ini salah satu taktik
Damage Control dan cubaan mengubah persepsi untuk mendiversikan tuduhan tersebut untuk menjadikan yang menuduh kelihatan membuat fitnah?


Dalam masa 3 hari Lim Guan Eng dan Malik Kasim mengeluarkan 3 kenyataan yang berbeza beza,inilah sifat chauvanist yang cuba menutup helah yang digarap secara halus menidakkan hak umat Islam,malah paling menyedihkan PAS & PKR seperti biasa dengan sifat gampanganmereka,langsung tidak membantah dengan hanya menurut kata dan menjadi pak angguk kepada suami sumbang mahramnya.



Pisau kata " ceramah di tapak pesta pakatan gagal,tak sampai seribu orang yang datang,ramai dah tau pakatan kencing kuat sangat"