CHANNEL UMB

’Aura’ Dato Pa diterima rakyat Kelantan; dari Manik Urai ke Kota Darulnaim

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

Dato’ Pa sebagai Pengerusi UMNO Kelantan pada masa itu, dimana Pas Kelantan menegakkan kerajaan ditentukan melalui perbezaan kerusi yang tipis khususnya selepas pilihan raya 2004 dan Pas memerintah Kelantan dengan majoriti dua kerusi sebelum mengecil kepada satu kerusi apabila kalah pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, Disember 2005. Hakikatnya, selepas pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, Pas sebenarnya bertahan di Kelantan dengan kemenangan dua undi iaitu majoriti kemenangan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning.

Disamping itu dengan 9 kerusi parlimen daripada 14 kerusi rakyat telah memilih BN, jelas rakyat Kelantan telah menerima kepimpinan Dato’ Pa pada masa itu hanya nasib tidak memihak kepada BN untuk memerintah Kelantan. Kini selepas pilihan raya 2008 Pas terpaksa mempertahankan DUN Manik Urai dalam Pilihanraya kecil dimana Dato Pa menjadi Pengerusi UMNO Kelantan., bahangnya cukup dirasai di Kelantan - sepanas kemarau yang baru bermula di Kelantan selepas berlabuh musim tengkujuh.

Maka, topik perbincangan paling sensasi di kedai kopi kini tertumpu kepada mampukah Barisan Nasional (BN) merampas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang dengan bermulanya DUN Manik Urai., desas desus calon yang akan bertanding di kawasan itu sehinggalah siapa paling layak belum terjawab. Pas katanya telah mengadakan pengundian peringkat ranting untuk memilih calun dan keputusannya seorang tokoh yang menentang arwah (wakil rakyat Pas) dalam pemilihan Pas baru-baru ini. Sembang pilihan raya yang semakin hangat di kalangan orang Kelantan ketika ini meredakan perbualan mengenai kebangkitan pasukan bola sepak Kelantan serta tawaran harga murah pasar raya Tesco berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra.

Orang Manik Urai mula mencari buluh dan batang kayu untuk memacak bendera parti, dan tapi yang sebenarnya di Kelantan, bendera pencakar langit sudah lama dinaikkan sehingga ada yang sudah terkoyak serta pudar, sekali gus menggambarkan demam pilihan raya berlaku sepanjang masa. Biasanya bendera Pas bertiangkan buluh dipacak ditepi jalan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada pengguna jalan raya – takut-takut tumbang dan menghempap kenderaan yang melalui laluan itu.
Kota Darul Naim yang dibina oleh Barisan Nasional

Kota Darul Naim yang dibina oleh Barisan Nasional



Ketika ini juga, ramai berasakan diri mereka penganalisis politik handal, tidak kurang juga tok nujum yang mendakwa tahu serba serbi dan sepak terajang politik Kelantan. Sebenarnya penganalisis yang tidak bersama rakyat Kelantan di Kelantan pasti analisisnya ‘sampah’ yang tidak boleh dipakai. Ketika ini Pas melaungkan keazaman menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan menjadikan Malaysia sebagai `Negara Kebajikan'. BN pula dengan selogan Satu Malaysia dan mewujudkan `Kerajaan Rakyat' yang antara lain tidak akan membiarkan rakyat itu tercicir daripada arus perdana pembangunan negara.

Dengan keyakinan menjadikan 2004 kayu ukur penerimaan rakyat atas kepimpinan Dato Pa sebagai tahun mengubah wajah politik Kelantan, impian itu turut memberi tumpuan khusus terhadap lonjakan mega menangani masalah tanah yang berlarutan selama 20 tahun, masalah pengangguran, miskin tegar dan membantu peniaga kecil untuk menghapuskan imej kemunduran yang sering dikaitkan dengan negeri itu. Selain itu, pendekatan Dato’ Najib yang tidak menyisihkan Kelantan menerusi pelaksanaan program dibawah peruntukan RM7.6 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) serta pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan dijadikan asas dalam menggerakkan lebih banyak program pembangunan.

Malah, BN Kelantan dibawah Dato’ Pa akan lebih diberi kepercayaan oleh rakyat Kelantan atas kejujuran dan kecekapannya untuk mengurus dana yang begitu banyak. Lebih-lebih lagi dibantu oleh Dato’ Awang yang tersohor sebagai pakar pengurusan kewangan Negara. Pilihanraya Umum yang akan datang banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh rakyat Kelantan. Sememangnya, BN Kelantan mempunyai banyak agenda pembangunan dengan ihsan Kerajaan Pusat yang tidak mahu melihat Kelantan tertinggal. Namun, banyak lagi kemajuan boleh dilaksanakan jika BN memerintah khususnya hasil hubungan rapat dengan Kerajaan Pusat. Yang jelas sepanjang pemerintahan Pas selama 20 tahun tiada apa yang boleh dibanggakan semuanya ‘copy’ rancangan BN.

Sejarah telah mentukan sepanjang tempoh 12 tahun itu, BN membawa banyak projek pembangunan termasuk Lebuh Raya Timur-Barat, membuka rancangan Kesedar dan kawasan industri, mewujudkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, memperbaiki Yayasan Islam Kelantan, membina Kota Darul Naim sebagai pusat pentadbiran negeri serta menyelesaikan kegagalan Rancangan Tanah Takdir yang dilaksanakan Pas. Namun, 18 tahun kedua pemerintahan Pas memperlihatkan kelemahan pentadbiran negeri termasuk defisit terkumpul belanjawan hampir RM400 juta setakat 2006, defisit sebenar tahunan hampir RM100 juta (2006), hutang terkumpul RM1 bilion (2007), 12,000 keluarga miskin tegar, 25,000 penganggur dan jumlah perantau ke negeri lain melebihi 200,000 orang.

Rakyat sedar, sebenarnya kita sudah berada 20 tahun di bawah pemerintahan Pas dan jika diambil kira 18 tahun pemerintahan Pas pada pusingan pertama dulu (1959-1978), Kelantan berada 38 tahun di bawah Pas atau dengan kata lain, hanya 14 tahun bukan di bawah Pas sejak Merdeka. Kelantan baru merdeka 14 tahun semenjak 1957. Rakyat Kelantan tidak rela lagi tertipu, tercicir atau terpinggir dengan ’ceramah kosong’ pemimpin Pas. Kelantan perlu dibangunkan pada kadar lebih pesat kerana di sinilah lubuk modal insan Melayu bagi memastikan kita turut berperanan mendukung pembangunan nasional.

Sudah terlalu lama rakyat Kelantan merasai pengalaman di bawah pemerintahan Pas dan mungkin bermulanya di Manik Urai kita ke Kota Darulnaim dan peringkat demi peringkat rakyat Kelantan akan melakukan perubahan kerana rakyat faham dengan mendengar ceramah retorik Pas setiap malam semata-mata tidak akan mampu membawa mereka ke mana-mana. Berdasarkan pengamatan umum, BN dibawah kepimpinan Dato’ Pa dengan ’auranya’ yang menyentuh denyutnadi rakyat Kelantan BN mempunyai peluang cerah memerintah Kelantan dalam pilihanraya yang akan datang.

Apapun, rakyat Manik Urai khususnya lebih 12,292 pengundi di 9 peti undi yang bijak memilih untuk masa depan mereka akan menentukan nur kemenangan BN dimasa akan datang yang akan bermula pada 16 Julai 2009.

Comments

1 comments to "’Aura’ Dato Pa diterima rakyat Kelantan; dari Manik Urai ke Kota Darulnaim"
  1. APAPUN RAKYAT KELANTAN DAH MEMBUAT PILIHAN MELALUI PILIHANRAYA BUKANNYA RAMPASAN KUASA.HORMATI KEHENDAK RAKYAT,JANGAN NAK MEMBEBEL TAK TENTU FASAL,KALAU PAS TAK BAIK MANA MUNGKIN PAS DIBERI MANDAT YANG LAMA UNTUK MEMERINTAH KELANTAN.SAPA YANG BINA TU TAK PENTING,UMNO KE PAS YANG BINA, SEMUANYA DARI DUIT RAKYAT, PARTI TAK ADA DUIT.