CHANNEL UMB

Perjuangan yang semakin hampir ke penghujungnya.

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Dua hari lagi... perjuangan di MU akan berakhir dengan kejayaan atau kegagalan. Satu pasti meraikan kemenangan dan satu lagi akan berduka atas kekalahan yang bakal kita sama-sama raih 14 Julai ini.

Cuma apa yang sangat aku banggakan di sini, tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku, tiada pergaduhan antara penyokong BN dan Pas di Manek Urai ini. Bagi aku, itu satu petanda yang cukup baik ke arah persefahaman politik antara UMNO dan Pas.

Walaupun gagal dalam perbincangan ‘Kerajaan Perpaduan’, namun masih ada jalan ke arahnya. Dan apa yang berlaku di Manek Urai 7 hari ini membuktikan kematangan politik kedua-dua belah pihak.

Yang pasti, dalam pertandingan ini ada yang kalah dan ada yang menang. Yang menang, jangan terlalu gembira sebaliknya terus berbakti dan tunaikan janji yang telah diucapkan dalam kempen ini sebaliknya yang kalah jangan kecewa, terus berbakti walaupun bukan sebagai YB.

Sumber: Sahabat Gunung!

Comments

0 comments to "Perjuangan yang semakin hampir ke penghujungnya."