CHANNEL UMB

Pengundi Manik Urai harus fikir masa depan, kata Najib

Monday, July 13, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,


JITRA 13 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa pengundi di Manek Urai memikirkan masa depan mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, esok.



“Mereka (rakyat di Manik Urai) harus fikirkan adakah mereka mahu kekalkan status quo, jika mahukan perubahan yang boleh dikecapi, undilah Barisan Nasional (BN),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di sini.



Katanya, pengundi di Manek Urai haruslah membuat pertimbangan demi pembaharuan untuk mereka sendiri.



Sebanyak 12,293 pengundi kawasan DUN Manek Urai akan memilih wakil rakyat yang baru esok setelah penyandangnya, Ismail Yaacob dari Pas meninggal dunia bulan lepas.



Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon Pas, Mohd. Fauzi Abdullah, 50. - Bernama