CHANNEL UMB

Rumah Sewa LGE

Friday, July 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

On 7/17/2009 02:10:00 AM by megat |


Inilah "istana sewa" yang disewa oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang.Tindakan Guan Eng menggunakan alasan berpindah ke rumah sewa mewah minggu lalu hanya kerana kewujudan anai-anai, semut api dan musang amat mengecewakan kerana ia hanya masalah kecil yang dapat diatasi dengan mudah
TAK MAHAL. KOS BAIK PULIH RUMAH SEWA JE DEKAT2 RM 100 000 HINGGA RM 300 000.BARU RUMAH SEWA SEMENTARA SAHAJA.


sumber :mysrimuara

Gerakan serah dokumen, gambar banglo mewah Guan Eng

16/07/2009 3:49pm

PULAU PINANG 16 Julai - Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini menyerahkan dokumen serta gambar berkaitan isu banglo mewah yang didiami Ketua Menteri, Lim Guan Eng di 25, Jalan Pinhorn di sini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bahan bukti itu diserahkan oleh Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng dengan diiringi Ketuanya, Oh Tong Keong kepada Senior Supritendan SPRM negeri, Sow Guan Sin di pejabat SPRM negeri Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada pukul 11 pagi ini.

Menurut Khoon Leng, tindakan membuat laporan kepada pihak berkuasa itu dibuat ekoran keengganan Guan Eng menjelaskan isu berhubung banglo mewah yang didudukinya sejak awal bulan ini walaupun telah memberi peluang serta ruang kepadanya berbuat demikian.

Sejak kali pertama isu banglo mewah Guan Eng berkenaan didedahkan oleh Pemuda Gerakan pada 5 Julai lalu, Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu terus membisu hingga kini. - Utusan

Ini cuma salah satu pembaziran yang didedahkan,banyak lagi yang tidak didedahkan kepincangan kerajaan PR di Pulau Pinang.Makin hari makin terbukak pekung kerajaan Khalifah LGE junjungan besar PAS ini.

Pisau kata " CAT? "

Comments

0 comments to "Rumah Sewa LGE"