Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pengundi di Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai Kelantan yang menyokong Barisan Nasional sehinggakan majoriti kemenangan PAS berkurangan sebanyak 95 peratus berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12), iaitu daripada 1,352 undi kepada 65 disamping kemenangan BN di lima daripada sembilan peti undi, disebalik kedudukan Manek Urai sebagai salah satu kubu kuat PAS. Kepada calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, tahniah atas semangat jitu dan usaha gigih yang saudara pamerkan sepanjang tempoh berkempen di Manek Urai. Sepertimana yang saya sebut dalam ceramah saya di Sungai Peria, tidak pernah saya kenali seorang ahli politik yang amat rendah diri dan ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat. Tidak lupa juga kepada semua ahli jentera kempen BN yang begitu komited, tersusun dan bersatu hati dalam gerak kerja kempen yang dilaksanakan. Berdasarkan keputusan pada 14 Julai yang lepas, ternyata bahawa perkembangan semasa sokongan pengundi muda sudah mula beralih kepada BN di mana berdasarkan kajian kasar ke atas saluran pengundi muda, BN berjaya mengatasi PAS sebanyak 3 peratus dengan undian BN sebanyak 2,038 undi bebanding 1,977 bagi PAS. Kejayaan ini begitu manis sekali memandangkan reaksi dan gelagat pimpinan PAS yang mempersendakan pandangan saya bahawa terdapat ramai penyokong dan ahli Dewan Pemuda PAS dan belia yang bakal beralih arah menyokong BN kali ini disamping tindakan Ahli Parlimen Machang, YB Saifuddin Nasution, yang memperlekehkan isu "kerajaan perpaduan" dan sekatan ke atas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, daripada berkempen di Manek Urai oleh pesaingnya yang kalah, YB Dato' Husam Musa. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Apapun, sekalipun tidak menang, saya berasa begitu bersyukur dengan pencapaian ini bukan sahaja dari segi keputusan undi malahan dari aspek gerak kerja yang dizahirkan. Saya yakin ini juga merupakan satu petunjuk positif bagi keyakinan rakyat bersempena dengan 100 hari pentadbiran YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Khairy Jamaludin rembau.net.my |
CHANNEL UMB
Statistik
Sedang Membaca
Unit Media Baru PPUM
UMB Negeri
Makluman
Kepada para pembaca yang berminat untuk menyumbangkan informasi dalam apa sahaja bentuk seperti video,dokumen, artikel dan sebagainya. Boleh email terus atau hubungi pihak UMB di alamat email umb.ppum@gmail.com atau umb_ppum@yahoo.com.
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
" Bantuan anda dapat membantu perjuangan kami! "
Rakan-Rakan
-
Irregular and peculiar transactions of Fashion Valet - The tip-off by Thick as a Brick (TAAB) on November 4th on the takeover of Vivy and Fadza's company, 30 Maple Sdn Bhd towards the end of 2018 by the Khaza...5 days ago
-
Terbaru : Bukti Najib Razak bukan dalang kepada penyelewengan 1MDB. - KENYATAAN DATO' SRI NAJIB RAZAK1. Sepanjang saya menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan terkini yang signifikan berkai...3 weeks ago
-
TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS. - Penyokong dan kempimpinan UMNO masih lagi merintih dan merayu kepada Yang Dipertuan Agong ke 17 Tuanku Sultan Ibrahim meminta belas ehsan Tuanku untuk me...9 months ago
-
PH 22 BULAN BERKUASA PENIPU CAKAP TIADA LAGI LANTIKAN POLITIK JADI DUTA KHAS ?? - MAHU PERCAYA LAGI KE JANJI DAN CAKAP PARTI PAKATAN HANCING INI ? APA YANG MEREKA CAKAP MEREKA TAK BUAT ... MEREKA ATTACK ZAMAN BN LANTIK AHLI POLI...2 years ago
-
-
Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...3 years ago
-
Bajet: Antara gila kuasa dan titah tuanku - Hari ini bakal jadi penentu sama ada bajet 2021 yang dibentangkan akan diluluskan atau sebaliknya. Yang di Pertuan Agong telah bertitah dan menyeru ...3 years ago
-
And so the cockroach returns...... - Oh my... It has been quite a while, I think it has been six years, perhaps seven. Back then I that engineer on the verge of making the biggest bet in his ...4 years ago
-
Komunis Alaf Baru Semakin Terbuka Menterbalikkan Jalur Gemilang - Sehari dua ini semakin menjadi-jadi kejadian menterbalikkan Jalur Gemilang. Dalam sejarah pemerintahan Kerajaan BN, belum kedengaran kejadian sebegi...5 years ago
-
LAFAZ AMPUN MAAF AHLI PPBM - Kami, ahli-ahli UMNO telah mendengar permintaan kamu dan di bawah ini kami drafkan LAFAZ AMPUN MAAF untuk dibacakan oleh Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Ppbm...5 years ago
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM ! - *Liwat: Anwar didapati bersalah* PUTRAJAYA 10 Feb. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat bekas pembantu pe...9 years ago
-
-
TUN M masih terima rawatan di IJN - Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada, hari ini. Dr Mahathir tela...10 years ago
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin - Veteran Umno Tun Daim Zainuddin menyifatkan usaha Pakatan Rakyat menghimpunkan sejumlah besar rakyat untuk menunjukkan sokongan terhadap pembangkang sew...11 years ago
-
-
Polis Tidak Perlu Bersusah Payah Awasi Rumah Ambiga, Takut Sekat KEBEBASAN Beliau - Polis Tak Perlu Lindungi Ambiga Setelah mengganggu warga kota pada 28 April lalu sehingga menyebabkan peniaga-peniaga kecil dan miskin kerugian, pemandu tek...12 years ago
-
AnWAR : 'SESUMPAH' YG MAHU BERSUMPAH - 1. Semingu dua ini sudah kedengaran kembali ura-ura AnWAR mahu mahu bersumpah bagi membersihkan dirinya. AWAS!! Ini satu lagi taktik mahu meraih simpati s...12 years ago
-
Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ? - *Penasihat PKR, si Anwar mungkin bakal mencatat sejarah tersendiri sekiranya Karpal Singh disapina sebagai saksi Pendakwaraya dalam kes liwatnya dengan Sa...13 years ago
-
-
-
-
Comments
0 comments to "Manek Urai"Post a Comment