CHANNEL UMB

Eksklusif Bersama Calon PRK Permatang Pasir – Rohaizat Othman

Sunday, August 16, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

rohaizad1PERMATANG PAUH, 15 Ogos – Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 11 Permatang Pasir Isnin ini, bersama dengan calon Barisan Nasional (BN), Rohaizat Othman untuk menentang calon PAS.



Sebagai anak muda yang sememangnya kurang berpengalaman dalam bidang politik, beliau dengan rasa rendah diri menanamkan keyakinan bahawa aspirasi rakyat tempatan membawa beliau untuk menjadi wakil dan seterusnya, jika beroleh kemenangan membawa perubahan kepada penduduk tempatan.



“Setelah lebih tiga penggal kawasan tersebut berada di tangan pembangkang, apa yang dilihat tidak ada sebarang pembangunan apatah lagi pembaharuan sebagai bukti pakatan campuran bertanggungjawab,” katanya.



Beliau yang ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh menegaskan bahawa matlamatnya selaku calon BN bukan hanya untuk mengurangkan majoriti undi semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting ialah beroleh kemenangan.



“Apa yang kita lihat hari ini, pakatan campuran semakin kelam kabut bukan hanya melibatkan kepimpinannya malahan pentadbirannya juga tidak dilaksanakan dengan berkesan.”



Lantaran itu, katanya lagi, janji-janji yang ditaburkan oleh calon pembangkang dalam pilihan raya lalu sama ada PRU ke-12 atau peringkat Parlimen adalah janji-janji kosong untuk memenangi hati pengundi semata-mata.



“Rakyat tempatan sendiri tahu apa yang yang berlaku dalam pakatan campuran, malahan suasana yang berlaku hari ini sememangnya berbeza dengan tahun 2008 atau pilihan raya peringkat Parlimen lalu,” tegasnya lagi.



Namun demikian, beliau tidak memandang mudah calon PAS yang telah diumumkan malam tadi iaitu Salleh Man, 52, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ekoran pengalamannya menjadi calon sebanyak enam kali biarpun tidak pernah menang.



“Sebagai calon BN, saya dengan rasa rendah hati menghormati calon lawan namun berkat sokongan dan tunjuk ajar dari rakan-rakan dan para pemimpin dalam BN sendiri saya yakin akan memperoleh kemenangan,” kata pemimpin muda yang berkelulusan Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.



Dalam masa yang sama, keyakinan beliau untuk memenangi kawasan pilihan raya kali ini juga turut bertambah apabila mendapat sokongan yang padu dari semua peringkat pemimpin sama ada dalam BN dan UMNO juga.



“Sesungguhnya saya amat berterima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya oleh semua pemimpin-pemimpin dalam Bahagian dan Presiden sendiri yang turut merestui pencalonan saya,” katanya.



PROFIL
ROHAIZAT BIN HJ OTHMAN PJK

Pekerjaan: Penasihat Undang-undang

Email: rohaizatandco@yahoo.com

Pendidikan:
Universiti Islam Antarabangsa – Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Kelas Dua Atas (LLB)
Sijil Pelajaran Malaysia – Sek Men Keb Agama Almashoor (L) Pulau Pinang



Jawatan Politik
Ketua Pemuda UMNO Cawangan Mengkuang Titi 1996- sekarang
Pemangku Ketua UMNO Cawangan Mengkuang Titi 2005-sekarang
AJK UMNO Bahagian Ptg Pauh 2002-2008
Setiausaha UMNO Bahagian Ptg Pauh 2009
AJK Pemuda UMNO Bahagian Ptg Pauh 1998-2002



Penglibatan Dalam Badan Bukan Kerajaan
Setiausaha Kelab Sukan Komuniti DUN Penanti 2006-sekarang
Pengarah Penerbitan Direktori Wakil Pilihan Rakyat Penggal 2004-2009
Pengerusi Koperasi GDW Mengkuang Berhad 2004-sekarang
EXCO Persatuan Homestay Malaysia 2003-sekarang
Setiausaha JKKKP Mengkuang 2003-sekarang

Nama Isteri: Khairul Niza Bt Abd Razak (38)
Pekerjaan : Pensyarah Universiti Sains Malaysia
Nama Anak: Aiman Hidayat Bin Rohaizat (9)



MISI

Dari sudut politik tanahair ~ untuk mengembalikan kegemilangan UMNO Permatang Pauh di persada tanahair dengan memberikan kemenangan kepada DUN Permatang Pasir.

Ekonomi ~ berusaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat permatang pasir



VISI
Ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu padu berlandaskan perlembagaan Malaysia


-Umno Online

Comments

0 comments to "Eksklusif Bersama Calon PRK Permatang Pasir – Rohaizat Othman"