CHANNEL UMB

N11 Permatang Pasir:PAS JADI BATU API UNTUK DUA SAHABAT LAMA!

Friday, August 21, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Langkah Rohaizat dalam mengabaikan serangan-serangan peribadi yang dikenakan ke atasnya adalah satu langkah yang terbaik.

Pendekatan beliau dalam beramah mesra bersama bakal-bakal pengundi di Permatang Pasir lebih dilihat sebagai satu langkah selamat untuk beliau meraih sokongan yang sememangnya dijangkakan agak sukar...tapi tidak salah mencuba!

PAS yang sekarang ini sibuk mengorek noda-noda lama Rohaizat wajib memberhentikan amalan tersebut. Perbuatan ini bukan sahaja mempamirkan sikap tidak profesional mereka dalam berpolitik, malah boleh memutuskan silaturrahim sesama insan.

Permusuhan lama yang hampir dilupakan (atau mungkin sudah saling bermaafan) kini dibangkitkan kembali dengan hanya satu tujuan, mengejar kuasa politik. Sikap busuk PAS ini telah memecahbelahkan saudara seagamanya sendiri.

Berkempenlah cara yang profesional. Tidak salah kalau menabur janji kepada bakal pengundi jika mampu menunaikannya setelah berjaya memenangi PRK ini. BN memang selalu menabur janji, kerana janji tersebut akan ditunaikan. Cuma ketikanya sahaja tidak kunjung semenjak dua menjak ini...

PAS takut menabur janji kerana mereka sedar janji tersebut memang tidak mampu mereka tunaikan, apatah lagi di Pulau Pinang. Tetapi kemenangan tetap mereka perlukan bagi mengekalkan status quo di Permatang Pasir. Satu-satunya kerusi kebanggaan PAS or more likely an expendable asset in Penang. Tidak ada apa yang boleh diharapkan dari Guan Eng untuk kebajikan Melayu Islam di sini...nak mengharapkan PKR...jauh panggang dari api!

Demi kemenangan yang hendak dikekalkan, keperluan penduduk telah PAS abaikan, sebaliknya mereka sibuk mencabul keaiban lawan mereka hingga boleh merenggangkan hubungan dua sahabat lama.

PAS sanggup menyediakan pentas bagi saudara Yusri semata-mata kepentingan politik mereka. Tidakkah PAS sedar tindakan mereka itu akan menyebabkan goyahnya hubungan saudara seagama ini. Dua sahabat yang dahulunya mengusahakan perniagaan kini mula bergaduh akibat perbuatan PAS yang hina ini...mujur Rohaizat mengamalkan sikap yang perofesional dengan tidak mempedulikan asakan yang dikenakan ke atasnya...

Semoga silaturrahim akan sentiasa terjalin dengan tersungkurnya PAS di kubu kuat mereka sendiri di Bulan Ramadhan yang mulia ini..!


sumber:desprado