CHANNEL UMB

Kredibiliti Calon BN - Permatang Pasir vs Bagan Pinang.

Tuesday, September 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under:


oleh Dr Novandri Hasan Basri

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mengatakan bahawa terdapat lima faktor yang dikenalpasti punca kekalahan calon BN di PRK Permatang Pasir baru-baru ini.

Faktor-faktornya ialah :-

1. Kekurangan jumlah mengundi iaitu 73.1 peratus berbanding dengan 82.6 peratus pada PRU-12.

2. Faktor pengundi hantu yang ditumpang di DUN Permatang Pasir bagi memastikan kemenangan calon lawan.

3. Pengundi Cina di kawasan DUN tersebut telah beralih menyokong DAP.

4. Permatang Pauh merupakan kubu kuat parti pembangkang.

5. Isu peribadi dan pelbagai tohmahan terhadap calon BN.

Ahmad Maslan juga berkata bahawa calon BN itu dipersetujui oleh semua pihak di dalam Barisan Nasional bahagian dan pusat.

Akan tetapi, kenyataan itu bertentangan dengan kenyataan Dato' Jalil, Ketua Bahagian Permatang Pauh sendiri yang seolah-olah mahu lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab di atas kekalahan BN di Permatang Pasir.

Utusan Malaysia telah mengulas isu ini :-

Calon BN seolah-olah terlepas daripada saringan menyebabkan rekod peribadinya termasuk pembatalan sijil peguam sivil dan perkahwinan kedua dibongkar dan terbongkar dengan cara yang tidak sepatutnya. Timbul persoalan di mana perisikan, di mana cawangan khas dan di mana 'mata-mata' dalam UMNO.

Kalangan ahli-ahli UMNO masih sibuk dengan agenda peribadi, bermusuhan dalam senyap dan enggan bekerjasama untuk memastikan UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat.

Lantaran itu kesungguhan UMNO untuk berkempen tidak dapat dilaksanakan bersungguh-sungguh, diburukkan lagi dengan hakikat calon yang bertanding sarat dengan kontroversi menghasilkan keputusan seperti yang diumumkan (diPermatang Pasir)

PRK Bagan Pinang pula akan diadakan tidak lama lagi. Parti BN pula akan mengumumkan calonnya pada hari Khamis ini.

Beberapa nama pemimpin UMNO hangat diperkatakan.

Apa yang penulis ingin sampaikan ialah walau pun Bagan Pinang di katakan kawasan selamat untuk Barisan Nasional tetapi penulis berharap agar pisang tidak berbuah dua kali di sana.

Kelemahan-kelemahan yang berlaku di Permatang Pasir tidak patut diulangi lagi.

Sebagai permulaan, calon BN kali in mestilah controversial-free dan tidak akan menjadi shooting target untuk penceramah-penceramah parti pembangkang.

Jika tidak, jentera pilihanraya BN akan membuang masa untuk mempertahankan kredibiliti calon BN seperti yang berlaku di Permatang Pasir.

Parti pembangkang pula mengambil kesempatan itu untuk memburuk-burukkan lagi calon BN sehinggakan kelemahan calon mereka dapat ditutup daripada dinilai oleh pengundi-pengundi di sana.

Pokoknya, calon BN di Bagan Pinang tidak boleh mempunyai sejarah hitam yang akan di canang-canangkan oleh parti pembangkang kepada rakyat di sana.

Yang terbaik sebenarnya ialah untuk calon-calon BN yang berminat di Bagan Pinag agar sedar diri masing-masing dan sanggup berundur jika pencalonan mereka nanti akan mewujudkan situasi yang sama seperti di Permatang Pasir iaitu kontroversi dan tohmahan dek perbuatan mereka di masa silam.

Comments

2 comments to "Kredibiliti Calon BN - Permatang Pasir vs Bagan Pinang."
  1. Salam Tuan,

    Sungguh pun ramai mempersoalkan kaedah saringan calon UMNO di Permatang Pasir tempuh hari, saya katakan calon yand dipilh juga mempunyai tanggung jawab besar terhadap isu ini.

    Pengundi hari ini amat kritis justeru calon itu sendiri mestilah jujur terhadap parti dan perjuangan.

    Jangan pula mabuk jawatan sehinggakan meletakkan parti di dalam keadaan yang susah sehinggakan akar umbi yang berkerja untuk PRK tersebut dipaksa memikul biawak hidup.

    Apa yang berlaku di Pematang Pasir kesalahan nombor satu terletak pada calon. Kalau beliau benar-benar menjiwai intipati perjuangan parti dan juga memahami sentimen pengundi hari ini sudah pasti beliau menolak pencalonan.

    Kita minta agar sesiapa saja yang dicalonkan di Bagan Pinang agar bertindak jujur dan mengukur baju di badan sendiri.

    Fahamilah hasrat rakyat hari ini bukan sahaja yang bakal mengundi di Bagan Pinang tetapi juga seluruh negara.

    N33 Taman Medan

  2. Saya mahukan Calon yang boleh bekerja untuk rakyat.....


    http://pemudaberilmu.blogspot.com