CHANNEL UMB

Showing posts with label PRK Bagan Pinang. Show all posts
Showing posts with label PRK Bagan Pinang. Show all posts

Nizar OII!! Geng Serban Besar Otak Kecik Mengganas!

Sunday, October 11, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:



oleh Mat Rempit 1 Oren

Semalam ade berlakunye pergaduhan dekat Marina Teluk Kemang. Macam-macam versi gua dengar. Apa yang gua sakit hati dia labelkan Mat Rempit UMNO sebagai punca kekacauan semalam.

Pertama jack, lu tak boleh labelkan semua Mat Rempit sebagai Mat Rempit UMNO.
Kedua, gua dah biasa dengan fanatik PAS yang selalu sergah penyokong BN tak tentu hala. Siap dengan ceramah syurga dan neraka lagi.

Manala budak-budak UMNO, hatta Mat Rempit sekalipun tak angin lu ceramah dekat diorang. Kalau lu cerita pasal syurga dan neraka ala tabligh tak pe. Ni lu cerita dan tanya tak takut ke korang masuk neraka sebab sokong UMNO?

Siapa tak angin, tentukan syurga dan pahala kitorang. Lu siapa? Kalau lu cakap gua tak masuk syurga sebab tak sembahyang atau minum arak gua boleh consider lagi. Ni lu terus hukum dosa pahala gua.Lepas tu lu 2 kali lima, ucap takbir bila orang kafir mainkan ayat Al-Quran. Ustaz dalam UMNO yang baca firman Allah SWT lu sanggah. Ustaz Gobala yang confirm kafir lu puji melangit. Serban je besar, otak kecik.

Cerita pergaduhan semalam disebabkan aktiviti sergah-menyergah antara penyokong PAS dan BN. Apa yang menjadi masalah adalah geng serban besar otak kecik ni terlampau sensitif, dengan budak-budak pun nak cari gaduh. Ada umur 50 tahun pun nak bergasak dengan mat rempit umur 20 tahun. Ada akai ka?

Terlampau fanatik dan emosi sampai tak waras. Normalla kalau budak-budak nak mengusik dan bengang bile lu ceramah diorang, tapi yang lu emosi apasal.Tak matang ke? Dengan budak-budak pun nak berjihad.Gua malas nak cerita, lu tengok video kat atas dan nak tahu lagi tengok blog Pisau.

Para pengundi fikir-fikirkanlah. Jangan jadi "geng serban besar, otak kecik"!.

Ingat Sebelum Kena!

Nizar OII!! Pesanan Encik RBF : Undilah Isa Samad,Jangan Calon DAP Bertopengkan PAS!

Saturday, October 10, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,

oleh RBF

Memandangkan malam ini pihak SPR telah mengeluarkan amaran keras kepada semua parti yang bertanding di Bagan Pinang agar menghentikan segala kegiatan kempen tepat jam 12.00 tengah malam ini,maka RBF pun meggunakan sebaik mungkin masa yang ada ini untuk membuat posting sebelum jam 12.00 sebagai pesanan terakhir kepada pengundi.

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila pastikan anda tidak membuat keputusan yang silap esok. Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai Adun kawasan anda.
Jangan sesekali memilih calon DAP yang menggunakan logo Pas bagi bertanding di Bagan Pinang.Cukuplah dengan apa yang berlaku di tempat lain. Jadikan itu semua pengajaran. Ternayata mereka semua tidak boleh buat kerja. Mereka hanya pandai tabur fitnah dan berbohong. Lidah mereka ibarat lidah syaitan.

Lihatlah betapa kelam kabutnya Selangor,betapa kalutnya P.Pinang,betapa teruknya Kedah,betapa hancurnya Kelantan dan betapa sialnya Perak selama 11 bulan mereka memerintah.

Oleh yang demikian,sila pastikan perkara yang sama tidak berlaku di Bagan Pinang. Pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja dan telah pun membuktikannya selama ini. Jangan pilih Adun bunian ,seperti mana Ahli Parlimen Teluk Kemang. Mereka hanya datang sewaktu hendak berkempen,selepas menang mereka hilang dan makan elaun haram setiap bulan.

Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat anda.

Nizar OII!! Ek Eleh Keropok Pun Nak Sogok : PAS Rasuah! PAS Bongak!

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,

oleh Dr Novandri Hasan Basri

Kita acap kali mendengar pemimpin-pemimpin pembangkang yang menuduh parti Barisan Nasional memberikan rasuah dan pelbagai jenis barangan kepada pengundi-pengundi Bagan Pinang. Mereka menjual topik ini di mana-mana sahaja ceramah mereka.

Mereka mengutuk, mengeluarkan firman Allah swt untuk memperkuatkan lagi hujah mereka seperti yang dilakukan oleh 'ustaz' Go-bala Krishnan, pemimpin PKR.

Mereka menonjolkan diri mereka seperti suci dan bersih dari rasuah dan sogokan. Mereka mahu pendengar-pendengar tahu bahawa mereka amat benci kepada tektik rasuah dan sogokan kepada pengundi-pengundi kerana ianya haram.

Tetapi, lihatlah foto di bawah :-



Semasa penulis dan Klinik Kesihatan Bergerak mengadakan khidmat kesihatan di Taman Intan Perdana semalam, penulis telah didatangi oleh penduduk di situ. Mereka telah menceritakan bahawa beberapa hari lepas, beberapa jentera pilihanraya PAS telah mengadakan lawatan rumah ke rumah untuk berkempen.

Selain daripada risalah-risalah, penduduk-penduduk di situ juga telah disogokkan dengan bahan makanan seperti keropok (rujuk foto).

Bungkusan keropok itu telah dilekat rapi dengan jenama KEROPOK CAP BULAN bersama gambar-gambar pemimpin tertinggi PAS berserta logo dan UNDILAH PAS!


Penulis terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh penduduk di situ.

Penulis ingin bertanya kepada ahli-ahli PAS, bukankah KEROPOK CAP BULAN itu merupakan satu sogokan dan rasuah untuk berkempen semasa pilihanraya?

Di manakah imej bersih dan suci yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin-pemimpin PAS pada hal parti mereka sebenarnya telah melakukan perkara yang haram seperti yang mereka sendiri katakan?

Penulis berasa amat malu dengan pendedahan KEROPOK CAP BULAN tajaan parti PAS ini.

Kepada pembaca-pembaca sekalian, penulis percaya kita semua terkejut dengan pendedahan ini tetapi inilah realitinya! Parti PAS telah berbohong dan menipu!

Selama ini mereka begitu garang menuduh parti BN memberi rasuah dan sogokan tetapi parti PAS yang sebenarnya telah melakukannya!

Penulis pasti ada komentar yang mengatakan bahawa 'parti BN boleh buat jadi parti PAS pun boleh buat juga'. Tetapi itu bukan isunya.

Hakikatnya, jika parti PAS yang selama ini benci dan mengharamkan sebarang bentuk rasuah seperti sogokan keropok CAP BULAN, parti tersebut tidak boleh sekali-kali mempraktikkan apa yang mereka benci dan haramkan.

Tetapi, mereka lakukan juga. Itu penipu namanya!

Penulis juga diberitahu bahawa jentera pilihanraya PAS telah menyogok pekerja-pekerja estet bangsa India di Bagan Pinang dengan sari dan beras!

Persoalannya, kenapakah berlaku ketidaksamarataan dan pilih kasih di antara orang Melayu dan orang India?

Kenapakah orang Melayu di Bagan Pinang hanya diberikan keropok 'CAP BULAN' dan barangan lain yang berharga kurang daripada RM10 tetapi orang India di Bagan Pinang diberi sari dan kampit beras yang pastinya lebih mahal daripada harga barangan yang diberikan kepada orang Melayu?

Sudahlah parti PAS berbohong kononnya parti mereka itu suci dan bersih, harga sogokan mereka itu pun tidak mengutamakan orang Islam dahulu!

Shame on you Parti PAS!

Nizar OII!! Ek Eleh Takde Taktik Lain Ke ? Pas Bongak Terdesak Nak Monang!

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,

oleh The Unspinners

Fitnah yang ingin Anwar lemparkan kepada Isa Samad dalam ceramah semalam gagal kerana orang tidak ramai hadhir. Di ladang, ada dalam 130 orang saja yang sambut untuk dengar Anwar berucap. Cuma 10 yang mengundi.

Anwar pergi kemudian ke Sri Rusa dan kedai makan, sambutan yang hambar juga menyambutnya. Ini yang membuat gagal Anwar tidak dapat mengkut skrip yang dicadangkan untuk melempar fitnah peribadi dan bohong terhadap Isa Samad.

Malam ini malam terakhir Anwar di Bagan Pinang. PAS sudah terdesak dan perlukan sentuhan magik Anwar untuk menyelamatkan mereka. Itu yang disebarkan debat palsu antara Muhyiddin dan Awnar dengan harap ianya akan dapat menarik orang ramia.

Pastinya tak berjaya kerana orang tempatan sudah fedup dengan politik. Mereka marah dengan trafik jam yang diatur dengan sengaja oleh PAS dengan cara meletakkan Markas mereka di tengah jalan utama. Kegiatan perniagaan runcit dan ceramah di markas mereka menyekat perjalanan.

Orang PD ada yang menrungut. Beberapa kes orang tempatan yang mahu ke hospital terpaksa memakan masa sejam berbanding masa biasa yang hanya dalam 15-20 minit.

PAS BONGAK! ANWAR RAJA BONGAK!

N31 Bagan Pinang: Kekecohan di Masjid Bagan Pinang

Friday, October 9, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 4 comments
Filed under:

sila klik refresh untuk update

berita akan diupdate dari masa kesemasa.
berharap keadaan menjadi tenang selepas ini.

update :1.25am
seorang warga mas penduduk bagan pinang di pukul oleh pengganas PAS kerana mengotorkan masjid,di Taman Rusa berlaku pergaduhan antara pengganas pas dan umno.

update: 1.03am
sebentar tadi ceramah fitnah pakatan haprak di markas dewan ulamak PAS Bagan Pinang,Cikgu Bard PKR telah membuat fitnah,beliau berkata telah mendapat maklumat dari bilik kebal UMNO ,kononnya semasa mesyuarat MT di command center,umno tahu akan kalah,dan menyeru kepada pemuda umno keluar membuat kecoh,dan sebelum itu pemuda semua di sajikan dengan minuman beer,beliau membuat fitnah menyatakan pemuda umno keluar dalam keadaan mabuk dan membuat kacau di bagan pinang.

untuk pengetahuan anda,ini adalah fitnah semata mata, semlm mana ada mesyuarat MT di command center, sudah la menuduh mereka disajikan dengan beer malah beliau membuat kenyataan menghasut agar menimbulkan kebencian yang menterjermahkan lagi keganasan.
update:
12.58am

mengikut sumber yang boleh dipercaya:tantawi mengumpulkan penyokong nya seramai 300 orang di glory beach resort ,dan dikhabarkan 3-4 ribu org pengganas pas dari kelantan akan tiba untuk ber"jihad" di bagan pinang










update:pengganas PAS yang membuat kecoh




update:penyokong pengganas haprak berkopiah


sila klik refresh untuk update gambar









update



update gambar di tempat kejadian sedang diupload.

update 11.50pm
penduduk bagan pinang dijangka bertindak jika PAS tidak kosongkan kawasan yg menjadi laluan utama di sekitar masjid bagan pinang

Pisau akan update gambar dan video selepas ini.

update 11.20pm

tempoh 40 minit org kg bagi supaya kosongkan gerai dah nak habis...hampir 300 pemuda sdg menunggu arahan

update 11.19pm

panas kat dpn msjid belakang pinang ni..org kampung dan pemuda dah mula nak memberontak


Lintas langsung dari Masjid Bagan Pinang 11.00pm.

laporan dari saudara Rafi Awang Kechik

PAS terus mengganas, menyekat laluan masuk kerumah org di belakang Masjid Bagan Pinang. Letak kereta di depan pagar rumah dan bila tuan rumah tegur, dipukulnya tuan rumah itu. Memang biadap dan kurang ajar. Penduduk dijangka akn memberontak utk membalas tindakan penyokong PAS ini. Jadi siapa sebenarnya yg mulakan pergaduhan, PAS atau penyokong PAS yg biadap itu?.9 minutes ago


N31 Bagan Pinang : Dr Novandri Tawar Diri Rawat 'Mangsa Tetak' Bagan Pinang.

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terkejut dengan 2 foto yang disiarkan di dalam web pro-PAS Buletin-Online dan keterangan yang diberi oleh Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat.

Di dalam keterangan beliau, Idris mendakwa :-

"Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi."

Sila perhatikan kedua-dua foto dengan teliti di bawah yang dijadikan 'bukti' tentang 'keganasan' parti Barisan Nasional dan penulis akan menerangkan dari sudut perubatan.



Pada mulanya penulis terkejut dengan 'tahap kecederaan' yang di alami oleh 'mangsa' keganasan parti UMNO.

Tetapi, simpati penulis bertukar dan penulis tergelak pula!

Selama pengalaman penulis sebagai seorang doktor selama 16 tahun, inilah yang pertama sekali penulis pernah lihat betapa 'tahap kecederaan mangsa' tersebut tidak logik dan tidak sama dengan kerosakan tisu-tisu badan seseorang itu!

Foto yang pertama sungguh mencurigakan kerana :-

1. 2 kesan hirisan di baju tidak memberikan sebarang kesan luka kepada badan si 'mangsa'.

2. Penulis tidak percaya dengan tompok-tompok darah di kedua-dua kesan koyak tersebut kerana tompok-tompok darah itu tidak memenuhi kedua-dua kesan koyak itu.

3. Logikkah tompok darah tanpa luka di badan si mangsa?

Sebagai seorang doktor, penulis membuat kesimpulan bahawa 2 kesan koyak dan 2 tompok darah di belakang si 'mangsa' itu tidak bersangkut paut atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.

Jika merujuk kepada foto kedua, kita akan lihat 2 set luka dan pengaliran darah ke bawah muka kerana graviti.

1. Set luka yang pertama ialah kening kiri si 'mangsa' dan satu lagi ialah di frontal head beliau.

2. Yang menghairankan penulis ialah si 'mangsa' ini turut mempunyai 2 set darah yang berlainan warna darah!

3. Darah yang mengalir daripada kening kiri beliau berwarna merah gelap.

4. Manakala darah yang mengalir daripada frontal head beliau berwarna merah terang.

5. Tidak ada di dalam dunia ini seorang manusia mempunyai 2 set warna darah yang berlainan kecuali jika darah tersebut dari salur arteri atau pun salur vein!

6. Tetapi jika merujuk kepada foto tersebut, luka di frontal head tersebut tidak mungkin hanya melukakan salur arteri sahaja.

7. Mungkin ada yang mengatakan bahawa pancaran cahaya dek flash kamera yang menyebabkan warna darah tersebut berlainan tetapi jika kita perhatikan dengan teliti, perbezaan warna darah bukan kerana cahaya flash kamera tetapi bergantung kepada set-set luka tersebut iaitu sama ada dari kening atau frontal head.

Penulis menyimpulkan bahawa foto no. 2 juga amat mencurigakan dan mungkin mempunyai unsur-unsur pembohongan.

Mungkin si 'mangsa' itu telah mendapatkan rawatan tetapi seperti kes seperti 'mangsa tetak' akan melibatkan kes polis, maka si 'mangsa' sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

Kita tentu ingat kes liwat Anwar Ibrahim yang mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi tetapi dirujuk ke Hospital kerajaan kerana kes tersebut akan melibatkan kes polis.

Tetapi yang menambah kecurigaan penulis ialah si 'mangsa' tersebut tidak membuat laporan polis tetapi mensensasikan luka-luka beliau kepada media pro-PAS.

Penulis mensyorkan kepada si 'mangsa' supaya berani menampilkan diri agar 'luka-luka' beliau diteliti dan diberikan rawatan.

Apa pun, di sini penulis menawarkan diri untuk merawat luka-luka si 'mangsa' ! Lagi pun penulis sedang berada di Bagan Pinang sekarang sehingga 11 hb ini.

Dan jika si 'mangsa' berbohong dan cuba mencederakan diri sendiri agar tampak real, jangan takut kerana kita akan tahu usia luka tersebut!

Nizar OII!!! Komplot Pembangkang atau UMNO Yang Salah Guna Kuasa?

Thursday, October 8, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,



oleh Melayu Bersatu

Entahlah, itulah yang selalu disalakkan oleh Pakatan tetapi tengoklah gambar gambar ni.. PAS kata papan tanda ini bersifat rasis ataupun menimbulkan ketegangan??huh??? bacalah sendiri apa yang ditulis dan bezakan dengan apa yang ditulis pada papan tanda Pakatan yang memaparkan tuduhan liar


Buka jangan tak buka

Habis dibuka

Majlis Perbandaran Port Dickson telah menurunkan semua Papan tanda BN yang menerima komplen dari Pakatan


Mana lebih offensive, papan tanda BN atau yang ni??

MPPD takut dengan Ronnie Liu kot...
Tapi bila BN komplen, MPPD tak berani pulak nak turunkan papan tanda Pakatan....


mungkin diaorang takut Ronnie Liu ajak geng-geng dia dari Selangor kot??

entahlah


PAS OII!! Nizar Menipu Di Bagan Pinang

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , ,


oleh Selamatkan Perak

HARI ini dalam akhbar Sinar Harian mukasurat N5 dilaporkan bagaimana Nizar Jamaludin cuba membohongi warga Bagan Pinang. Dalam ceramahnya di Markas Induk PAS bagi PRK Bagan Pinang Nizar mendakwa TS Muhyiddin Yasin tidak mengiringi calon BN TS Isa Samad sewaktu penamaan calon.

Nampak sangat Nizar ni dah gila teruk!

Macam ini ke sikap pemimpin? Patutla anak-anak buahnya di Perak ni macam samseng sebab selalu kena tipu dengan Nizar. Buat pengetahuan pengundi Bagan Pinang, jangan percaya Nizar ni, dialah yang menjadi punca kekalutan di Perak.

Nizar bersama-sama Ngeh, Nga dan Siva yang menghuru-harakan Perak. Belajar dari kesilapan pengundi Perak dalam PRU lepas kerana memberikan undi kepada samseng-samseng jalanan ini. Jangan dah terhantuk baru tengadah!

Nizar OII!! Rasuah Besar Kat Kelantan : PAS Apa Cerita Ni?

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,




oleh Melayu Bersatu

Apabila Islam sekadar alat politik, maka sudah tentulah seseorang atau sesebuah parti itu boleh berceramah tenang Islam, mengecam seteru politik dan mengkafirkan saudara Islam semata mata untuk menunjkkan mereka lebih Islam

pada masa yang sama mereka pula akan mengamalkan rasuah dan pelbagai salah guna kuasa.

Kesah terbaru ini telah dibongkar oleh rakan blogger, RBF yang menyingkap permainan politik wang dalam kerajaan PAS kelantan dan ketua puak Erdogan yang totok pro-Anwar Ibrahim, iaitu Husam Musa.




Menurut RBF Husam, yang kehulu kehilir menjual Islam telah membuat satu perjanjian dengan seorang anak bekas pemimpin Negara yang dikenali lemah fikirannya.

Sebagai seorang yang cekap memanipulasi orang dan juga keadaan, Anwar sedar bahawa anak kepada Allahyarham Tun Ghafar Baba, iaitu Tamrin sedang menghadapi masalah hutang di keliling pinggang dan memerlukan wang segera.

Oleh kerana Tamrin sudah dikenali sebagai seorang yuang kerap gagal dalam perniagaan, maka susah untuk dia memujuk pemimpin Umno untuk memberinya peluang berniaga dan inilah yang telah dieksploitasi oleh Anwar.


Beliau mula berkawan dengan Tamrin dan akhirnya kini menggunakan Tamrin sebagai serampang dua mata.

Satu cadangan telah diberikan kepada Husam agar menggunakan Tamrin dalam satu usaha membogelkan lebih banyak hutan di Kelantan.

Kali ini Kerajaan Negeri Kelantan, yang gagal untuk menjana ekonomi dan terpaksa bergantung kepada hasil jualan kawasan balak untuk terus bernyawa membuat keputusan untuk meluluskan 10,000 ekar untuk ditebang dan lot balak tersebut tleah dikeluarkan atas nama Tamrin Ghafar.

Rancangan mereka ialah untuk menggunakan isu ini sebagai bukti bahawa PAS juga berkongsi dengan Ahli Umno tetapi pautan Husam kepada wang haram ini telah terbongkar apabila seorang pemimpin PAS yang berada di luar lingkaran elit Nik Aziz-Husam membuak cerita.

Menurut RBF, pemimpin PAS Kelantan telah menceritakan bagaimana tanah balak itu akan dijual kepada pembalak Cina dengan harga RM25 juta.

Wang haram ini akan dipecahkan tiga bahagian, dengan Tamrin dan Husam menerima RM10 juta seorang manakala PAS Pusat akan diberi bahagian kecil RM5 juta.




Sebenarnya kisah ini tidaklah begitu menggemparkan kerana PAS juga parti politik biasa walaupun ia menggunakan Islam sebagai alat penarik peminat dan Husam juga adalah ahli politik biasa yang berjanggt, bermisai dan menggunakan kopiah putih sebagai sebahagian daripada kostum politik beliau.

Kita langsung tidak hairan sekiranya lebih banyak cerita begini akan terbongkar.


Malah bebrapa kisah menarik di Selangor bakal dibongkar dalam masa terdekat dan ia melibatkan pelbagai aktiviti termasuklah industri maksiat, arak dan kongsi gelap.


Nizar OII!! Pemuda PAS Kacau Perempuan : Patutla Kena Pukul!

by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: , ,





oleh Encik Gomo

Petang Tadi satu Insident pergaduhan yang melibatkan antara petugas Pas dan juga Petugas UMNO di Taman Dato Hj Abdul Samad berhampiran Taman permainan.Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.Beliau juga telah dibawa ke Hospital P.Dickson bagi menerima rawatan.

DIPETIK DARI BLOGG SYA REFORMIS!!!

HUA...HUA..HUA...
CUBA BACA BETUL-BETUL DAN FAHAMI CERITA DI ATAS INI!!!

Mangsa Mohd Sahid dipukul beramai-ramai oleh lebih kurang 100 orang pemuda UMNO di Taman berkenaan.

APAKAH SESEORANG YANG DI PUKUL SEHINGGA 100 ORANG MAMPU BERTAHAN SEDEMIKIAN RUPA???
MELIHAT DARI KECEDERAAN NYA ADALAH TIDAK LOGIK APABILA 100 ORANG YANG MEMUKUL PEMUDA ITU.

Beliau yang ketika itu cuba melarikan diri akan tetapi ia dihalang oleh pemuda UMNO Pulau Pinang dan mengakibatkan Beliau mengalami kecederaan yang teruk.

BELIAU YANG KETIKA ITU CUBA MELARIKAN DIRI???
PASAL APA PEMUDA ITU MELARIKAN DIRI???
MELARIKAN DIRI DARI SIAPA???

HE HE HE.....
NI LAH FITNAH YANG DATANG DARI KEPIMPINAN PAKATAN HARAM!!!
SUDAH TIDAK ADA MODAL MAKA DICANANG YANG UMNO TELAH MEMUKUL PEMUDA INI. BLOGGER UPAHAN JUGA YANG TELAH MENDAPAT MANDAT BAGI MENYEBARKAN CERITA FITNAH INI.....

INILAH CARA PAKATAN HARAM!!!

APA YANG SEBENARNYA???
PEMUDA YANG DIPUKUL INI SEBENARNYA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DENGAN PENDUDUK TEMPATAN DI KAWASAN BERKENAAN. PEMUDA INI DILAPORKAN TELAH MENGGANGU SEORANG WANITA DI KAWASAN BERKENAAN.

KEJADIAN PUKUL MEMUKUL SEBENARNYA TIDAK BERLAKU ANTARA AHLI UMNO PULAU PINANG SEPERTI YANG DIFITNAH PAKATAN HARAM INI. SEBALIKNYA PEMUDA INI TELAH BERGELUT DENGAN SEORANG PENDUDUK TEMPATAN YANG MANA ABANG KEPADA WANITA BERKENAAN.

SO TAKPAYAH LAH NAK FITNAH SANA SINI. CUKUPLAH DOSA YANG DI SEBARKAN PAKATAN HARAM INI KEPADA RAKYAT. AL-QURAN DAN HADIS MEREKA SANGGUP PERKOTAK-KATIKAN, APATAH LAGI DENGAN FITNAH SEBEGINI.

PAKATAN PEMBANGKANG PARTI FITNAH MALAYSIA!!!
JOM TOLAK DEPA
KITA HUMBAN MASUK LAUT!!!

Nizar OII!! Pengundi Bagan Pinang Banyak Geli Hati : Itu PAS Cakap Tak Serupa Bikin!

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , ,

oleh Tokey Garam

Hampir nak pitam sebab banyak sangat gelak bila membaca keinginan komplot pembangkang yang mahukan kerajaan melaksanakan gaji siling pekerja estet sebanyak RM 900.

Tokey tidaklah menghina atau ragu-ragu dengan ketegasan depa yang serius mahu memperjuangkan polisi tersebut. Tetapi ada persoalan yang perlu depa jawab dahulu sebelum depa tahu apa yang depa buat.

Depa kena tau dulu masalah bukan depa hanya tau menembak dari celah semak. Maksudnya bukan ketika tiba pilihanraya memandai-mandai buat tuntutan asas yang tidak masuk akal.

Tokey katakan tuntutan asas adalah kerana perkara-perkara sebegini yang harus diperjuangkan Ahli Parlimen(AP) bile depa mula-mula dapat duduk dikerusi empuk AP. Malang sekali perkara sebegini langsung tidak ambil pusing oleh AP tersebut.

Sekarang kita lemparkan persoalan kepada depa untuk dijawab. Kalau benar polisi ini yang mahu diperjuangkan mengapa negeri yang ditadbir oleh komplot pembangkang seperti Selangor dan Kedah gagal menyuarakan tuntutan ini walhal negeri tersebut yang bersepah ladang dan kaum India mencari sumber rezeki dari situ.

Apa yang Khalid Ibrahim dan Azizan Razak buat? Kita tanya Khalid Ibrahim, jika dulu dia ada pengalaman dalam Gutrie yang menguruskan ladang mengapa buat tak tahu pasal kebajikan pekerja ladang di Selangor. Tanyalah orang ladang Selangor di bawah Gutrie apa sumbangan Khalid terhadap mereka.

Kita tau Khalid memang tak buat apa-apa pasal kebajikan ladang. Hendak pejuang gaji pokok lagilah Khalid tak terfikir nak buat sebab dia dah bergaji besar, kereta company dah bagi dan dia dah bersenang lenang dalam bilik ofis yang beraircond sejuk. Janganlah kerana mahu mengambil hati kaum India di sekitar Bagan Pinang depa mahu jadi pejuang rakyat. Haakktuuih..!

Bila tiba pilihanraya di Bagan Pinang depa cepat-cepat susun strategi mau ambil perhatian kaum India. Jangan terpengaruh dengan janji kosong yang tiada value kompolot pembangkang. Depa hanya hebat berjanji seperti mana depa berjanji mau menyelamatkan Kg. Buah Pala.

Harus kasi peringat jika benar nanti depa berjaya mengambil Bagan Pinang daripada penguasa yang berkualiti mungkin habis tanah ladang ini dijual dengan alasan mahu memberi laluan kepada pembangunan atau mungkin paling sadis adalah polisi yang dipejuangkan (kononnya) akan terus masuk ke dalam tong sampah.

Siapa tahu.!

Nizar OII!!! Anwar Tak Kota Janji Di Permatang Pasir : Bagan Pinang Are You Ready?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , , ,


oleh The Unspinners

Masa pilihanraya kecil Permatang Pasir dalam sebulan setengah lebih yang lalu, Anwar menjanjikan kepada pengundi untuk melantik calun PAS Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP) untuk menggantikan Haji Shabudin Yahaya.

Difahami dari blog Dr Novandri bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku Mirzan telah melantik bekas Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP.

Nampaknya sebagaimana arwah Hamdan Abdul Rahman yang digantikan Salleh Man, calun PAS yang tunggalini dikecingkan Anwar Ibrahim juga. Arwah Hamdan sepatutnya dijadikanlah exco sebagai satu-satu orang ADUN PAS di Pulau Pinang tetapi Anwar tidak mahu.

Di Perak bawah Nizar, PAS memberi peluang untuk PKR dapat kerusi sebagai exco. Di Pulau Pinang, Anwar tidak membalas budi baik PAS di Perak.

Teruslah PAS yang sentiasa dikencing PKR dan DAP. Mengundi PAS bermakna tidak semesti janji-janji mereka akan tertunai kerana mereka tidak menguasai keadaan. Suka sangat dikaldaikan.

Nizar OII!! Ek Eleh Kain Rentang Pun Jadi Isu...

Wednesday, October 7, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 7 comments
Filed under: , ,

Kain rentang diturunkan kerana PAS cemburu dengan janji pembangunan BN di Bagan Pinang

oleh Tokey Garam

PAS enggan menerima hakikat akan penerimaan Bagan Pinang terhadap mereka. Sudahlah depa gagal mendapat sambutan dalam ceramah-ceramah 2 hari ini. Hadi Awang Belit pun dimalukan oleh Bagan Pinang.

Sudah ada gerak kotor PAS untuk mencover sambutan sumbang ceramah depa. Setiap petugas kempen terutamanya Muslimah akan dibekalkan dengan vcd yang menyerang peribadi lawan depa. Selain daripada gula, beras dan sari vcd ini akan diselitkan dalam setiap bungkusan sumbangan dengan harapan untuk meneutralkan pemikiran totok Bagan Pinang terhadap Isa Samad.

Sudah kedengaran 3 laporan polis berhubung risalah yang kononnya dibuat oleh UMNO/BN walhal risalah itu belum pasti lawan depa yang buat. Bagaimana dengan kebencian ahli-ahli PKR terhadap Kamarul Jambu yang menyonglap duit tabung hayat.

Risalah-risalah yang didakwa tidak tertulis UMNO/BN tetapi kerja kotor dan jahat ini cuma yang pasti PKR dan PAS ada specialitynya. Contoh sudah banyak dan paling teruk sabo depa adalah di Permatang Pasir yang mendakwa UMNO menyogok duit yang terang duit palsu dan PKR mengaku melakukan pembohongan itu.

Gambar diatas adalah usaha terdesak PAS melalui Kamarul Jambu penguasa Teluk Kemang mengarahkan MPPD menurunkan kain rentang dengan alasan menyalahi undang-undang pilihanraya. PAS terlupa janji SPR yang mengatakan bendera parti bukan bertanding diharamkan dikibarkan tetapi rasanya bersepah bendera itu dikibarkan.

Semakin dekat hari pembuangan undi makin meroyan jentera kempen komplot pembangkang bermain poker black jack yang ketandusan idea penipu. Jika benar risalah yang dibuat laporan polis diadakan oleh UMNO/BN, PAS perlu buktikan.!

Tokey - Kumpulan kiri PKR Teluk Kemang apa khabar saudara disana.?

Nizar OII!! Calon PAS, Zulkefly Orang Kaya !

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: ,


oleh The Unspinners

Maklumat ni den dapek dari sumber-sumber rasmi.

Calun PAS, Zulkefly Omar punya saham dalam syarikat ALLMAX PENINSULA SDN BHD dan Pengarah syarikat L&R ENTERPRISE SDN BHD serta MARCO GOODWILL SDN BHD. Jumlah pemilikan dalam satu-satu syarikat berjumlah RM15,000, RM499,000 dan RM700,000.

Buat setakat ini, syarikat tidak aktif.

Apo yang nak diniago dek Zul? Apo yang tak jadi diniago? Kalau tak aktif, apo yang ado dalam compeni? Cash ko?

Apo yang dimasukkan sebagai jumlah pemilikan? Ikut harga par, adakah nilai pelaburan Zul sampai berjumlah total RM1,214,000? Banyak tu.

Kalau bukan harga par sesaham, berapo nilai sebeno? Lebih atau kurang. Kalau kurang, kesianlah. Kalau lebih, syukur Alhamdulillah. Ado Melayu kayo.

Maaf kami sibuk pasal harta peribadi Zul. Kalau PAS sibuk pasal Isa Samad, kami kenalah sibuk juga. Kami pun belajar dari PAS pasal hal-hal ketelusan ... hehehe.

Nak tanyo ekau jugo, kalau Zul ado butir-butir harta. Kami bukan apo, cuak tengok orang PAS pakai kereto bosa-bosa. Baru memerintah sekojap dah bosa2 kereta orang PAS. Dato Ahmad Awang yang dulu bankrup dah dalam sekejap Ngeh dan Nga memerintah Perak sudah kayo dan pakai Mercedes. Katonyo Cino boghi.

Ketelusan jugo boleh selamatkan PAS ... hehehe

Nizar OII!! Ustaz Gobala Terus Berdakwah : Bila Nak Masuk Islam?

by Unit Media Baru PPUM · 3 comments
Filed under: ,


Ustaz Gobala patut "dakwah" orang Pas

Gobalakrishnan mengguna baca ayat Al Quran Ayat 54 Surah Al Imran yang bermaksud: Orang kafir itu membuat tipudaya dan Allah membalas tipu daya mereka itu dan Allah sebaik baik pembalas tipu daya.
oleh Mesin Taib Buruk

Hairan sungguh dengan puak2 Pas ni. Kata-kata seorang mufti tak didengar sebaliknya apabila seorang kafir baca ayat Al-Quran mereka pakat mengangguk-angguk tanda setuju. Pelik-pelik... Patutlah Ayah Pin boleh hidup bebas sepanjang Pas perintah Terengganu dulu.

Betullah Salahuddin, kalau orang kafir nak baca Quran memang tak salah. Memang ramai orang kafir kaji Quran dan mereka membacanya. Tak kurang yang dapat hidayat lalu peluk Islam. Tapi mereka baca untuk mengkaji sejauh mana kebenaran Quran.

Tapi ini Hindu Gobala baca Quran bukan nak kaji kebenarannya tetapi nak menunjuk-nunjuk dan nak ambil hati orang Islam. Dia juga nak bagitahu yang orang Islam ni tidak betul, tak ikut Quran. Dahlah petik ayat yang ditujukan kepada orang kafir. Apa maknanya? Maknanya dia tak tau apa-apa pun cuma tahu baca dan tau cakap.

Yang lagi pelik, para ustaz, para imam, bilal dan tok siak yang dengar Ustaz Gobala petik ayat Quran mereka pakat duk diam. Tak kurang juga yang kat belakang berkopiah putih duk terhangguk-hangguk tanda setuju gamaknya.

Kenapa mereka tak menjerit melolong marah sepertimana mereka menjering melolong marahkan Mufti Perak yang menasihati orang Melayu supaya tidak menghina raja atau marahkan Ustaz Ridhuan Tee . Apakah darjat Gobala Hindu ini lebih tinggi dari seorang mufti?

Dan aku pelik bagaimana orang Melayu Pas ni boleh bersetuju saja dengan apa yang dilakukan oleh si Hindu ini. Sudahlah dahulu menggerakkan Hindraf dan memekik melolong kata orang Melayu lakukan pembersihan etnik di Malaysia, banyak kuil diroboh dan desak negara Tamil Nadu masuk campur.

Dai Tambi.... Aku dan ramai Melayu lain (kecuali puak2 Pas lah) tidak lupa fitnah dan tuduhan yang Hindraf buat sebelum ini yang jelas-jelas sangat menyinggung perasaan kami sebagai kaum majoriti di Malaysia dan sebagai pemilik Semenanjung Tanah Melayu ini. Tak usahlah nak berdakwah dengan kami dengan sekadar membaca sepatah ayat Quran tidak akan mampu menyucikan apa yang telah saudara dan puak2 Hindraf lakukan selama ini.

Silalah berdakwah kepada puak2 Pas itu sebab mereka memang mereka perlukan "dakwah" saudara. Bagi mereka orang lain semuanya tidak betul melainkan Nik Aziz, Anwar, Ngeh, Kit Siang dan puak2 kafir seperti saudara sahaja.

Silalah... silalah.... Kalau boleh dakwah sekali Nik Aziz!

Nizar OII!! PAS Sibuk Berkempen Di Bagan Pinang , Anwar Ibrahim Sibuk Baca Buku !

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,

oleh abe mie

Rumah Anwar Ibrahim. Menurut sahabat terdekat dengan Anwar, dia hanya pulang sebulan dua kali sahaja di rumah ini. Anwar dikatakan mempunyai beberapa rumah mewah dan memiliki beribu-ribu hektar tanah di Pulau Pinang dan Sabah.


Jam 9.00 pagi, abe MIE sempat 'mencuri masa' bekerja untuk membuka laman web Anwar Ibrahim. abe MIE hendak lihat tentang pandangan Anwar tentang isu RM30 bilion yang merangkumi harta, aset dan wang miliknya seperti yang diributkan oleh Nalla.

Rupa-rupa Anwar 'tidak berminat' hendak mempertahankan diri dengan masalah ini. Kita lihatlah kesudahan cerita ini seterusnya sama ada mampu menjejaskan reputasi Pakatan mahupun tidak.


1. Menurut sumber terdekat yang merupakan orang kuat Presiden PAS, Haji Hadi Awang, salah satu sebab kenapa PAS mahu bekerjasama dengan UMNO di bawah slogan Kerajaan Perpaduan ialah kerana Rasuah yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim.

2. PAS bimbang isu berkenaan akan mengheret Anwar Ibrahim sekali gus turut merosakkan nama baik PAS. Sebab itulah harapan kerjasama dengan UMNO diharap dapat membersihkan nama PAS ekoran bekerjasama dengan PKR yang diterajui oleh Bapa Rasuah, Anwar Ibrahim.

3. Kata orang kuat PAS lagi, Nik Aziz tidak percaya yang Anwar Ibrahim melakukan perkara sedemikian memandangkan Anwar seorang yang kuat beribadat dan berkelakuan alim.

4. Haji Hadi dan Timbalannya, Nasaruddin Mat Isa, Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS merasakan masalah peribadi Anwar akan turut merosakkan perjuangan PAS yang bermati-matian dengan Anwar sejak 1998 lagi. Mereka bimbang sekiranya Tsunami politik akan berlaku pada PAS dengan lebih teruk seperti tahun 2004. PAS akan terus tenggelam sebagaimana UMNO lalui pada tahun 2008 dan mungkin lebih teruk lagi.


5. Di dalam benak kepala Abe MIE, agaknya kenapa Anwar Ibrahim kini membisu di pilihan raya kini termasuklah di Permatang Pasir baharu ini walaupun PAS menang dengan cemerlang.

6. Kembali kepada isu ANwar yang gemar membaca buku daripada bercerita atau berceramah di pentas politik. Menurut blog berkenaan, Anwar Ibrahim telah membaca beberapa buah buku sebagai menambahkan ilmu pengetahuan. Yang abe MIE terfikir, kenapa Anwar Ibrahim PERLU memberitahu yang dia membaca buku-buku berkenaan kepada kita semua! Untuk menunjuk-nunjuk? Untuk memberitahu dia seorang 'ulat buku'?

7. abe MIE punterfikir bila masa pula Anwar mempunyai masa untuk membaca buku lagipun pelajar di universitipun main 'plagiat' aje untuk menyiapkan kertas kerja. Tak semua, graduan buat begitu tetapi kebanyakan begitulah. Sebab itulah graduan sekarang tidak boleh buat kerja apabila diberikan sesuatu jawatan. Yang mereka tahu, tiap-tiap bulan mahu dapat gaji yang lumayan.


abe MIE- Menurut satu sumber dari Ezam, Anwar Ibrahim membeli beberapa pulau di Sabah ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri yang bernilai ratusan juta ringgit. Anwar juga menyimpan wang di luar negeri terutamanya denganThe Swiss National bank, manakala di dalam akaun anaknya, Nurul Izzah mempunyai simpanan tidak kurang 40juta pound sterling di Bank of England. Insya Allah, lain masa abe MIE akan terjah tentang wang simpanan ini.

Nizar OII!! Disebabkan Anwar : PAS Tak Kisah Halal Haram?

by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , , ,



oleh Kumbang

Kumbang membaca pendedahan RBF tentang skandal hasil 10,000 ekar balak bernilai 15 juta yang dikatakan dikongsi oleh Husam Musa,Tamrin dan PAS Pusat. Anwar Ibrahim pula dikatakan mencadangkan untuk Husam Musa berkongsi hasil 10,000 ekar balak dengan Tamrin anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghaffar Baba atas tujuan mengabui mata masyarakat untuk memperlihatkan kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.

Sedangkan seluruh dunia tahu Tun Ghaffar Baba terlalu kecewa dengan apa yang terjadi kepada diri beliau iaitu disingkirkan untuk Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa pertandingan iaitu Tun Ghaffar hanya menerima 7 pencalonan bahagian UMNO dan selebihnya mencalonkan Anwar dan menyebabkan Tun Ghaffar tersingkir daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sebelum meninggal dunia, Tun Ghaffar dikatakan masih tertanya-tanya. Apakah salah diri beliau sehingga disingkirkan begitu rupa oleh insan bernama Anwar Ibrahim.

Jika benar skandal melibatkan Tamrin yang pernah menjadi ahli parlimen di Melaka ini.

Pertama,Kumbang merasa sedih kerana Tamrin sanggup berkomplot dengan orang yang sanggup menyingkirkan bapanya sendiri daripada kepimpinan UMNO.

Kedua, Jika benar Anwar ingin menebus kembali kesalahan lampau beliau kepada Almarhum Tun Ghaffar, kenapa perlu menggunakan wang hasil balak milik rakyat Kelantan dan bukan wang beliau sendiri?

Ketiga skandal ini perlu disiasat kerana sudah menjadi rahsia umum PAS sememangnya menggunakan hasil balak sebagai dana pilihanraya atau 'political fun' terutamanya daripada Kelantan dan Terengganu(penggal PAS memerintah) dan kini dikatakan berjangkit di negeri Kedah.

Adakah kerana kononnya ingin memperjuangkan Islam PAS sanggup menggunakan sumber yang tidak halal dan rompakan seperti hasil balak ini?

Tambah menyedihkan lagi jika benar ,wang yang masuk ke poket Husam dan juga Tamrin adalah melebihi wang yang diperuntukkan untuk dana politik PAS. Maknanya Husam Musa mementingkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan Parti kerana dikatakan beliau ingin menggunakan wang daripada hasil balak untuk menaikkan kedudukan diri beliau di dalam parti PAS.

Seperti yang disebut RBF di dalam artikelnya, jika tak percaya tentang semua ini silalah bertanya sendiri atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian iaitu kawasan Parlimen Salahudin Ayub Naib Presiden PAS yang sibuk berkempen di Bagan Pinang mengatakan parti beliau benar-benar bersih, tetapi dari segi hakikat adalah sebaliknya.

Inilah akibatnya bersekongkol dengan Anwar Ibrahim, PAS kini sudah tidak kisah halal atau haram.

Pengundi Bagan Pinang, fikir-fikirkanlah..




Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini
.

Nizar OII!! Persoalan Melayu Di Bagan Pinang : Adakah Komplot Pembangkang dan PAS Peduli?

Tuesday, October 6, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 8 comments
Filed under: , ,


oleh Rahman,Ahchong,Muniandy

Strategi pecah, perintah dan tawan oleh pembangkang nampaknya sedang berjalan dengan sempurna malah telah menampakkan hasil. Ini adalah permainan taktikal dan akal. AWAS Kerana Melayu sejemput yg berebut kuasa politik peribadi keseluruhan Melayu sedang ditewaskan.

PAS kononnya hanya pentingkan perjuangan agama, namun mereka juga tidak sedar bahawa mereka telah terperangkap di dalam doktrin politik mereka sendiri, dalam mengejar kuasa, secara halusnya telah menggadai dan menghalalkan cara demi matlamat mereka. Secara langsung juga PAS terjerumus di dalam kancah percaturan pecah dan perintah.


PAS seolah olah begitu yakin, mereka adalah sebuah parti yang kuat, namun di dalam tidak sedar mereka langsung tidak layak menerajui Pakatan haram, tidak berupaya menjadi sebuah parti yang teras, kemenangan mereka hanyalah hasil bantuan kaum lain supaya dapat menjatuhkan kerajaan melayu sendiri.

Penulis berani katakan bahawa orang melayu di dalam pakatan haram telah mempersetankan keutuhan bangsa sendiri, keangkuhan mereka menyebabkan mereka sedang menuju kejayaan hanyalah sekadar retorik, yang sebenarnya mereka sedang menuju kehancuran.

Dengan ini UMNO perlu di sokong dan diperkukuhkan oleh seluruh orang melayu agar kesinambungan kejayaan melayu dapat diteruskan dan dikekalkan SEBELUM NASI MENJADI BUBUR

Nizar OII!!! Kat Permatang Pasir PAS Dah Kena Kencing : Bagan Pinang Are You Ready?

by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , ,



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.

Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak.

Kata Anwar, “kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir.”

oleh pusaka ayahnda

Anwar sekali lagi menunjukkan kehebatan MENGENCING rakyat apabila terbukti janji untuk menjadikan Salleh "songlap" yang menang di N11 Permatang Pasir sebagai YDP MAIPP tidak ditunaikan.

Anwar yang GAH menabur janji kepada masyarakat pencacai Pas dan pakatan HARAM pembangkang di Permatang Pasir pada PRK lepas, nyata tidak mampu mengotakan janjinya apabila Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menghantar surat perkenan melantik bekas Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Ellias Zakaria sebagai YDP MAIPP yang baru kepada Ustaz Shabudin Yahya.

Anwar sedar kuasa perlantikan terletak dibawah kuasa Baginda Sultan tetapi dia masih lagi mahu menjadi MUNAFIK dengan menghancingkan kepala pencacai2 Pas di Permatang Pasir.

Begitu juga dengan si KAFIR yang tak sedar diri berlakon sebagai KALIPAH di Pulau Pinang. Dia juga mengesahkan kepada penduduk Permatang Pasir bahawa akan mengemukakan nama Haji Songlap dan menyokong kuat perlantikan Salleh ini sebagai YDP MAIPP.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

“Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini,” jelasnya.

“Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pencacai2 hamPAS di N11 Permatang Pasir telah begitu mudah digula2kan dan dihancingkan oleh dua ekor MUNAFIK ini. Puak2 ini sanggup menadahkan punggung mereka untuk disepak sesuka hati oleh KAFIR dan Pengkhianat Bangsa ini.

Disebalik perlantikan YDP MAIPP baru ini, ada juga rahmat yang terselindung di belakangnya. Allah telah melindungi wang zakat bejumlah jutaan ringgit yang di kelolakan oleh MAIPP dari jatuh ketangan puak2 songlap yang telah lama mengidamkan untuk meng "KENDURI" kan nya.

Jika di N11 si Pengkhianat bangsa Anwar dan juga KAFIR DAPig begitu mudah menghancingkan penduduk Permatang Pasir, kita tunggu apa pula yang bakal DIHANGITKAN di N31 Bagan Pinang.

Skrip2 janji dan peluru2 kencing sedang di aturkan oleh puak2 pencacai hamPas serta pakatan HARAM pembangkang di Bagan Pinang.

Adakah puak2 pencacai hamPas serta penganut2 pakatan HARAM pembangkang di N31 Bagan Pinang setaraf BEBALnya dengan yang HANCING di N11 Permatang Pasir ???

Mari kita lihat siapa yang kena pulakkkk....

Nizar OII!!! Politik Kasar PAS, InsyaAllah Bawa Rebah di Bagan Pinang

by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , ,



Seandainya yang menghadapi provokasi seperti ini adalah pemimpin pembangkang dan yang melakukan provokasi ialah penyokong BN, apakah natijah yang akan diterima oleh oleh peyokong BN itu?

Azeez terlantar di Hospital. Apakah Dr. juga turut berbohong?


Logik kadang ada "logik"nya sendiri. Andainya 9 orang yang pukul Azeez, tentunya dia lebam mata seperti Anwar dipukul dalam tahan dulu. Tapi Azeez tidak digari dan ditutup matanya dengan kain hitam.

"Siapa berbohong"?. Provokasi ini jelas menyakitkan hati dan mencabar kesabaran. Bayangkan puteri ini adalah "muslimah PAS" dan yang melakukan provokasi itu ialah pemuda UMNO. Barangkali skrin PC anda akan menyala dengan kemarahan cyber trooper PAS. Jadi mana "keadilan"?

oleh Senjaliza

Bila Salahuddin Ayub mengatakan bahawa kenyataan memukul Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong mengenai ianya ditumbok oleh penyokong PAS, kenyataannya diambil sebagai senjata dan alasan menangkis bahawa Azeez "pembohong". Seolah-olah bila kenyataan dibuat oleh pemimpin PAS semuanya betul. Kenyataan orang lain pula dianggap salah.

Dr Koh Su Kon yang terselamat dari provokasi penyokong PAS kerana hujan turun lebat juga barangkali dianggap oleh penyokong PAS sebagai "bohong". Kumpulan Puteri UMNO yang dianiayah dengan provokasi juga akan dianggap bohong oleh penyokong PAS.

OK..terbalikkan pula. cuba kiranya..OK.... kiranya Salahudin Ayub ditumbok oleh penyokong BN, Lim Guan Eng pula menghadapai provokasi sehingga kenderaanya dihalang serta dia dicerca dengan pelbagai maki hamun manakala para muslimah PAS dianiayah seperti penyokong PAS menganiayah Puteri UMNO! Apa akan terjadi? Barangkali akan menyala skrin computer anda dengan kemarahan penyokong PAS melalui gerakan cyber mereka...

Inilah politik main kasar pra kalah yang diamalkan penyokong PAS di Bagan Pinang. Nik Azizi Nik Mat cuba pada awalnya mensihatkan samseng ini dengan kenyataan bahawa politik main kasar menumbok ini "bukan amalan Islam" dan buka budaya PAS. Tetapi barangkali kerana kenyataannya itu dilihat memakan diri calon PAS maka kenyataan Nik Aziz itu berubah dan diubah bahawa Nik Aziz menafikan bahawa Azeez ditumbok oleh 9 orang ahli PAS. Ada unsur putar belit; barang kali juga yang menumbok itu cuma PENYOKONG PAS dan BUKAN AHLI PAS.

Jika Azeez tidak ditumbok dan terlantar dihospital maka Dr. yang merawat Azeez itu dikira oleh PAS sebagai turut jadi pembohong. Manakala pihak polis yang sudah menenalpasti penyerang Azeez juga turut memain peranan sebagai pembohong!. Cukuplah dengan anggapan Pengundi pos dituduh Pembangkang sebagai "pak turut " dan tidak tahu menggunakan hak demokrasi mereka. Jangan pula isu Batang Ai timbul di Bagan Pinang di mana Hadi Awang menuduh pengundi Iban tak reti berpakaian dan pakai cawat sebab itu tak reti undi pembangkang (PR). Nanti Askar pula disuruh bercawat dan menaggalkan uniform mereka oleh pemimpin pembangkang bila PAS kalah!!

Sesungguhnya ramai yang sudah meramalkan bahawa PAS akan kalah di Bagan Pinang. Anwar Ibrahim sendiri berpura-pura terkejut bila ISA Samad dicalonkan. Sedangkan awal-awal lagi PAS dan PKR meramal Isa Samad akan dicalonkan sebagai calon BN yang konon "recycle". Ini nyata-nyata sebagai "keterkejutan pura-pura dan hipokrit".

Oleh kerana sindrom "pra kalah" inilah maka penyokong PAS "resorted" kepada tindakan politik main kasar. Sebelum inipun pembangkang membalun SPR dengan isu "pengundi pos" walaupun pembangkang memperolehi undi dari undi pos dan pernah menang undi pos. Itupun main kasar. Nyata dengan jelas Politik main kasar ini akan lebih memakan diri calon PAS. Sinrdom Pra Kalah semakin jelas bila isu "lalat" yang menyerang PD dan Bagan Pinang turut meramaikan PRK itu dan dijadikan isu pilihan raya oleh Pembangkang. Seolah-olah lalat juga dicipta oleh BN untuk menyukarkan kehidupan penduduk dan pengundi di Bagan Pinang....

Bila trumpet berbunyi kelak maka sedarlah bahawa politik main kasar pasti akan kena penalti.......