CHANNEL UMB

Nizar OII!! Isu Calon BN di Bagan Pinang : Apa Kata Guna Jalan Tengah?

Monday, September 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,


oleh Mat Rempit 1 Oren

Walaupun gua tiada kemudahan internet tapi gua tetap bersemangat untuk update blog ni di Cyber Cafe demi agama bangsa dan negara. Chewah..

Gua sebenarnye Jack. Nak cerita tentang isu calon Bagan Pinang. Ramai dah tahu Tun Mahathir tak nak Isa Samad dicalonkan sebab Isa Samad ni pernah disabitkan tuduhan politik wang.

Problemnya Jack. Isa Samad ni pengaruh die dekat Bagan Pinang ni senang cerita kalau die bertanding confirm menang dan jentera UMNO confirm buat kerja 100 peratus. Yelah kalau orang lame buat kerje bro. Senang je tarik pengundi.

Tapi Tun Mahathir keluar statement ni untuk Isa tidak dicalonkan pun gua faham untuk imej UMNO selepas ini tidak buruk pada masa akan datang walaupun susah nak menang di Bagan Pinang.

Jadi apa penyelesaiannya?

Gua Mat Rempit yang bertaraf ahli UMNO ni nak bagi cadangan siket.

Apa kata kita guna 'jalan tengah'. Bukan jalan belakang macam Anwar Ibrahim selalu buat tu.

Apa Kata kita calonkan individu yang dipercayai dan rapat dengan Isa Samad serta imej yang bersih.

Confirm gua rasa Tun Mahathir dan Isa Samad boleh setuju.

Yelah Tun Mahathir tak nak Isa Samad je. Gua Rase kalau calon lain Tun Mahathir orait je.

Jangan-jangan pening-pening kepala.Terima cadangan gua je hehe.

Tapi kalau Najib nak calonkan Isa Samad gua orait je. Tapi nak jawab kritikan Tun Mahathir nanti selepas ini nanti,tolong ye geng fikirkan macam mane.

Tun Mahathir kritik untuk kebaikkan Parti je. Apa salahnya kite terime dan guna jalan tengah.

Orait geng. Apa Kata kite pilih sahaja jalan tengah yang gua cakap tadi. Selesai Masalah.
Tapi Kenala kerja kuat siket.

Kalau setakat cakap je dan tak reti nak buat kerja. Lebih baik tak payah Jack. Buat 'abes boreh' je. hehe

Abess..

Comments

2 comments to "Nizar OII!! Isu Calon BN di Bagan Pinang : Apa Kata Guna Jalan Tengah?"
  1. Jack...lu bagi jalan tengah tu memang cun dah...tapi lu kena ingat kronisme in UMNO takkan luput ditelan zaman..hahaha...biar pun Isa Samad xbertanding digantikan dengan orang yang rapat dengan Isa Samad, samalag calon tu dengan boneka mainan...wallahualam..ini cuma perception serta pemikiran jauh gua melihat cara ahli politik xkira BN atau PR

  2. apa2pun tuhan rm lagi power, tak caya tanya hrsscunni