MSO melaporkan kejadian dalam blognya di mana seorang ahli exco negeri PAS telah menuduh dan terus menumbuk seorang tetamu ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS. Dipetik dari MSA berikut:
Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam (Ahad Oktober 18). Tetamu berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas? Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.Exco PAS hanya ada di negeri-negeri Selangor, Kelantan dan Kedah. Ayat "mu jahat mu jahat" hanya sebutan loghat Kelantan. Adakah exco berkenaan exco dari Kelantan?
Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".
Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera pula membalas balik?
Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.
Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual 'gedebe'nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beredar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya. Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu itu!
Mengapakah berlaku hingga tumbuk menumbuk? Hai ... namanya Pak lebai dan cakap ugama, perangai macam setan. Bila pemimpin ganas, padanlah pengikut dan penyokong ikut ganas.
sumber:unspinner
Comments
1 comments to "MYSTERY: Exco negeri PAS tumbuk tetamu rumah terbuka"salam...yang bertumbuk tu Hussam Musa. yang kena tumbuk tak pasti.
harap pihak moderator blogg UMB dapat tukar link GOMO.
www.papagomo.com.
dengan kadar segera..he he he
Post a Comment