CHANNEL UMB

Nizar OII!! Dr Meletop ni Pakar atau Bayar?

Thursday, October 22, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under:


Kenyataan Pakar Thailand Dipengaruhi Politik?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak menolak kemungkinan Teoh Beng Hock membunuh diri biar pun hasil pemeriksaannya mendapati 80% berkemungkinan homisid (sama ada dibunuh atau ditolak). Ini berdasarkan terdapat kesan di bahagian leher dan kecederaan di lubang dubur yang berlaku sebelum beliau mati.

Menurut Malaysiakini, Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri. Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh "jatuh dalam keadaan sedar" tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar. Dr. Pornthip memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.
Kesimpulan Dr Pornthip agak mengelirukan kerana berasaskan andaian-andaian yang telah diterangkan dalam inkues sebelum ini beliau membuat keputusan Beng hock dibunuh.

Kesimpulan Dr. Pornthip bahawa Teoh dibunuh kerana terdapat kecederaan pada duburnya sebelum jatuh sangat mengelirukan. Ini tidak memberi ruang kepada sebarang kemungkinan luka pada dubur berlaku akibat tersangkut penyelak tingkap yang turut patah semasa kejadian tersebut. Malah Dr. Pornthip tidak lakukan sebarang kajian sama ada luka pada dubur tersebut konsisten dengan penyelak tingkap yang dijumpa ditempat kejadian atau oleh objek lain.

Inkues sebelum ini telah menunjukkan bahawa keadaan tingkap di bangunan tersebut memerlukan seseorang yang ingin terjun memanjat dan membongkok untuk keluar terlebih dahulu. Situasi tersebut boleh menyebabkan Teoh tergelincir dan duburnya tersangkut pada penyelak tingkap (yang turut ditemui di tempat beliau jatuh).

Ini konsisten dengan penemuan penyelak tingkap tersebut patah dan berada berhampiran tempat badan Beng Hock ditemui.

Dakwaan terdapat luka-luka yang berlaku sebelum beliau jatuh sebagai bukti beliau dibunuh juga menimbulkan tanda tanya.

Apakah asas untuk dia katakan satu-satu keecederaan itu berlaku sebelum jatuh atau selepas jatuh? Jika kita lihat banyak kes bedah siasat hanya boleh memastikan kecederaan sebelum mati.

Seandaianya Beng Hock jatuh, luka-luka yang berlaku telah diterangkan sebagai disebabkan kemungkinan Beng Hock tergelincir semasa memanjat dan menyebabkan beberapa bahagian badan beliau terkena tingkap dan dinding sebelum jatuh.

Walaupun terdapat kemungkinan Beng Hock dibunuh, angka 80% yang diletakkan oleh pakar dari Thailand yang diupah oleh kerajaan Selangor sangat meragukan. Ia menimbulkan tandatanya sama ada terdapat komplot politik untuk menyalahkan SPRM dan kerajaan.

Kita boleh menerima jika Dr. Pornthip membuat kesimpulan kemungkinan terdapat unsur homosid. Namun peratusan (80%) yang diberikan untuk homosid berasaskan hanya circumstantial evidence tidak kukuh untuk menyokong hujah beliau.

Apakah terdapat konspirasi politik oleh kerajan Selangor dan Dr. Pornthip?

Sumber: MyKMU

Comments

0 comments to "Nizar OII!! Dr Meletop ni Pakar atau Bayar?"