CHANNEL UMB

Nizar OII!! Tangkaplah Tan Boon Hwa : Apa Tunggu Lagi?

Wednesday, October 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 2 comments
Filed under: , , ,

oleh The Unspinners

MyKMU menulis DAP terjerat juga dengan keterangan Dr Porntip.

Menurut penulis artikel, keterangan Dr Porntip bahawa kemungkinan 80% mati homisid sebenarnya memakan diri. Itu yang mereka baru mahukan otopsi kedua ke atas mayat Teoh. Kalau tidak, Tan Boon Hwa patut ditahan reman.

Baca berikut:

Katalah diterima buat sementara pandangan Dr Porntip ini bahawa kemungkinan 80% Teoh Beng Hock dibunuh. Maka kini perlu dicarikan motif kenapa dia dibunuh?

Lojikkah bagi SPRM membunuh seorang saksi yang membantu kes mereka untuk mendakwa ahli-ahli politik yang terlibat menyalahguna peruntukan? Tentu tidak lojik. Dengan membunuh saksi, SPRM akan menyusahkan dirinya untuk mendakwa mereka yang terlibat.

Kemungkinan yang lebih lojik adalah Teoh Beng Hock dibunuh oleh pihak yang terlibat menyalahgunalah yang ada motif untuk membunuh dan menutup kes terhadap mereka.

Jika dia dibunuh, siapakah yang boleh disuspek?

Sepanjang inkues, seorang pegawai SPRM bernama Bulkani Pakaruddin memberitahu ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah telah mengikut Teoh Beng Hock ke tandas pada kira-kira pukul 2:30 pagi. Dia mengikut dan mendengar diluar satu pertengkaran telah berlaku.

Ini berlaku pada pagi sebelum Teoh dijumpai mati pada 16 Julai 2009. Tan adalah salah seorang saksi yang disoal jawab juga oleh SPRM pada petang itu. Sesinya telah habis pada pukul 11 malam tetapi dia enggan pulang tetapi telah menunggu dan tidor di pejabat SPRM hingga sesi soal jawab keesokkan hari.

Bulkani adalah pegawai yang membantu menunjukkan Teoh ke bilik tandas semasa dia minta untuk keluar sebentar dari sesi soal jawab untuk buang air.

Sementara itu, penolong kanan penguasa SPRM Selangor Raymond Nion John Timban turut mengatakan ada ternampak Teoh bersama seorang lelaki Cina di ruang tamu Bahagian Pendidikan Masyarakat di pejabat SPRM Selangor pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 16 Julai lepas.

Tan Boon Hwa pun turut mengaku ada bertemu Teoh pada lebih kurang pukul 6 pagi semasa dia pergi ke bilik air. Dengan demikian, Tan adalah saksi terakhir yang bertemu Teoh.

Berdasarkan keterangan-keterangan lain di atas, Tan adalah jelas sekali seorang suspek dan sebagai orang terakhir bertemu Teoh, dia sudah sepatutnya ditahan reman oleh pihak polis untuk disiasat sebagai suspek.

Turut sama bersama Tan pada pagi itu adalah kontraktor yang bernama Lee (Wye Wing).

Menurut Dr Porntip, Teoh telah dikerjakan beramai-ramai sebelum dibunuh dengan dicampak keluar tingkap dari Tingkat 14. Selain Tan dan Lee, mungkin sekali ada pihak luar yang dibawa masuk kerana salah seorang saksi Inkues mengatakan ada ruang rahsia yang sering diguna staf SPRM untuk masuk ke pejabat tanpa guna pas.

Nampaknya usaha untuk memutarbelit menggunakan pakar Siam pun mengena diri sendiri. Itu yang mereka mahu buat autopsi sekali lagi. Biarlah, akhirnya kebenaran akan diketahui jua. Putarbelit tidak akan dapat bertahan lama.

Apa hal pun, apa yang polis tunggu lagi? Tangkaplah Tan Boon Hwa!

Comments

2 comments to "Nizar OII!! Tangkaplah Tan Boon Hwa : Apa Tunggu Lagi?"
  1. Ini dikatakan strategi makan tuan.

    Kami dah addkan blog ni dalam bloglist kami.

  2. salam sedaraku...

    Insyaallah,
    kebenaran akan terserlah jua...
    sekarang pun dah semakin hampir.
    Tunggu tarikh keramat untuk kesaksian yang nyata.
    Bila pemimpin bodoh dipilih daripada kalangan rakyat bodoh,
    Semuanya dari Puak Rosak(PR)...

    Dan lebih terharu,
    Bila Tok Pekong Siam jadi forensik Beginilah jadinya...
    Syahdunya kepimpinan Khalid xsedar diri...

    P/S:Perpekstif Minda Presiden PMISM