CHANNEL UMB

Nizar OII!!! SiapaYang Samseng???

Wednesday, October 28, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: ,

oleh Kak Midah

1. Esok merupakan detik penting bagi seluruh rakyat Perak menjelang sidang DUN, pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) kepada Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai provokasi untuk memburukkan barisan kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.


2. Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin gelisah dan terdesak dengan mencabar barisan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai gerakan serta dakyah mereka semata-mata untuk mengheret atau mengikut rentak mereka. Hak serta kepentingan rakyat menjadi teras kepada perjuangan kami (BN).

3. Tindakan dan perilaku mereka sewaktu peristiwa Sidang DUN 7 Mei lalu dengan berkelakuan tidak senonoh, tidak bertamadun dan menggambarkan seorang pemimpin yang lemah dan sangat dangkal dari segi pemikiran .

4. Pada pembentangan Budget 2010 kerajaan negeri kali ini sebagaimana yang disampaikan oleh Menteri Besar akan lebih kepada tumpuan golongan miskin di negeri Perak. Buget lebih menumpu kepada pembasmian kemiskinan meliputi semua bangsa. Persidangan ini membincangkan kebaikkan utuk seluruh warga Perak.

5. Imiginasi keterlakuan PR kononya kita melantik samseng UMNO untuk mengawasi pergerakan mereka, sebenarnya siapa yang menjadi samseng, bukankah mereka dengan sanggup naik atas meja semata-mata untuk memenuhi perasaan amarah, merampas mikrofon serta bersikap seperti kaduk naik junjung atau kera mendapat bunga.

6. Kak Midah tegaskan disini , kami tidak pernah melanggar mana-mana peraturan sebaliknya BN tidak langsung akan ikut rentak tari mereka. kami pemimpin BN tidak pernah bertindak kasar, kalau sedemikian peraturannya, begitulah pelaksanaan yang kami buat, tidak seperti mereka, sanggup bertindak ganas, tidak menghormati institusi raja, inilah wajah sebenar pembangkang.

7. Moga perjalanan persidangan yang akan berlangsung besok akan membawa kebaikkan kepada seluruh warga Perak khususnya dan membentuk kita mejadi semakin matang dalam berpolitik. Bersamalah kita berdoa.

Komen UMB : Update persidangan sepanjang hari ini di blog Encik Parpukari di sini.

Comments

1 comments to "Nizar OII!!! SiapaYang Samseng???"
  1. SALAM HARAP DAPAT PANJANGKAN ISU INI
    Kecoh isu perjumpaan Blogger bersama Hassan Ali pada malam yang lepas. Apa yang sampai kecoh sangat ni??? Apa isu yang menarik sehinggakan Blogger Pakatan Al Banjari dan geng nya yang lain Kepanasan dengan artikel Gomo???
    http://www.papagomo.com/2009/10/live-blogger-pakatan-kepanasan-dengan.html