CHANNEL UMB

Nizar OII!! Ustaz Gopala Rasuah : PAS Istighfar Banyak-Banyak!

Tuesday, October 6, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under: , , ,


oleh The Unspinners

Siapa kata Pakatan suci dalam debu dalam hal-hal politik wang atau rasuah?

Gobalakrishnan difahami telah menyogok ibu-ibu, isteri-isteri dan wanita-wanita pekerja estet dengan sari untuk mendapatkan undi mereka. Ini yang dikhabarkan dari ladang-ladang di Atherton, Bradwall, dan Sua Betong.

Haiya ... sana sini Komplot Pembangkang mainkan politik wang lama Isa Samad. Sindiri juga main politik wang. Mestilah. Bos dia Raja Politik Wang adalah Anwar Ibrahim. Sogok orang dua tahun untuk jatuhkan Ghaffar Baba.

Pasal ini Pakatan Rakyat, mereka tidak ada masaalah untuk menjustifikasikan kesalahan mereka. Gobala ditanya oleh penduduk samada itu adalah rasuah. Jawapannya, ini hanyalah hadiah dan dia tidak mengharapkan apa-apa melainkan sokongan dari para wanita-wanita India.

Ini adalah usaha Gobala untuk memujuk wanita-wanita India memberikan undi kepada Pakatan.