CHANNEL UMB

Konsul Kehormat Mongolia Nafi Serah Gambar PM Dengan Altantuya

Tuesday, November 17, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:


Kenyataan Media Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi (17 November 2009)

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Peranchis, Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dengan model Mongolia, Altantuya Shaaribu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh akhbar Suara keadilan Bil 206 (10-17 Nov 2009).

Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untuk memburukkan saya dan Perdana Menteri. Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak pernah wujud, jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak ada kepada polis. Ia tidak masuk akal langsung.

Sepanjang penyiasatan kes berkenaan saya hanya ada menyerahkan kepada Polis sekeping gambar Abdul Razak Baginda(gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya. Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya, malah saya tidak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati.

Yang pernah saya lihat ialah gambar yang direka-reka oleh pembangkang melalui teknik pertindihan (superimpose) bertujuan untuk memburukkan pihak tertentu dalam kes tersebut.
Justeru, saya berharap penjelasan ini akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus.

Sekian.

Comments

1 comments to "Konsul Kehormat Mongolia Nafi Serah Gambar PM Dengan Altantuya"
  1. PKR dah kantoi lagi. Makin jelas PKR ni penipu. Manalah nak sorok muka.

    Bro, Minta gang bloggers lain sebarkan cerita ni.

    ice