CHANNEL UMB

Mungkin Bala dan Raja Petra Terlupa Perkara Ini

Thursday, November 26, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 0 comments
Filed under: , , ,


rosmah
Rosmah Mansor berucap di Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006, tarikh di mana Altantuya dibunuh.

rosmah2

Rosmah Mansor ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006. Turut kelihatan ialah Mejar Norhayati Hassan (berdiri, empat dari kiri).

rosmah3
Rosmah Mansor bersama sebahagian anak yatim ketika menghadiri majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Hari Raya kepada Anak-Anak Yatim di Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2006.



Oleh TEH TARIK SATU!

Izinkan kawan untuk memulakan tulisan kali ini dengan beristighfar.

Astagfirullah al azim, astagfirullah al azim, astagfirullah al azim.

Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini adalah insan yang kerdil dan lemah.
Ya Allah, hamba-Mu ini juga banyak melakukan dosa, kesilapan dan mudah terkhilaf.
Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu ini juga mudah terpedaya.
Oleh itu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini.

Fakta Tuduhan:

Datin Seri Rosmah Mansor dan Mejar Norhayati Hassan serta suaminya, Leftenan Kolonel Abdul Aziz telah dituduh terlibat dalam pembunuhan serta meletupkan mayat model Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 19 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Tuduhan tersebut dilemparkan oleh pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan kemudian dipetik oleh banyak blog dan portal berita.

Beberapa media utama termasuk televisyen turut menyiarkan tulisan Raja Petra tersebut. Akibatnya ramai yang percaya Rosmah terlibat dalam kejadian itu tanpa melakukan siasatan sama ada tuduhan tersebut berasas atau tidak.

Nama Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri turut terpalit akibat tulisan tersebut. Rosmah dan Najib telah menafikan penglibatan mereka dalam pembunuhan berkenaan, namun ramai yang tetap percaya tulisan Raja Petra adalah benar.

Sedangkan Raja Petra telah pun disaman oleh Norhayati (kini Leftenan Kolonel) dan Abdul Aziz kerana menerbitkan tulisan berunsur fitnah terhadap mereka. Pasangan tersebut turut menyaman media yang menyiarkan tulisan Raja Petra di samping membuat laporan polis.

Akibat tuduhan liar yang disiarkan juga, maka Raja Petra telah didakwa dibawah hasutan. Pada masa yang sama juga, seorang pegawai perisikan yang didakwa oleh Raja Petra sebagai sumbernya yang menyebut Rosmah, Norhayati dan Abdul Aziz memang terlibat meletupkan Altantuya dengan C4, telahpun menafikan bahawa pernah memberi maklumat seperti yang didakwa oleh penulis blog tersebut.

Pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Bahagian Perisikan Pertahanan turut mengesahkan bahawa tiada pegawainya yang memberi maklumat seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Bagi sesetengah pihak, walaupun Mahkamah Tinggi Shah Alam pada April lalu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu namun ia dianggap masih belum menjawab sejauh mana penglibatan Rosmah dan Najib dalam isu tersebut.

Penemuan Kawan:

Cuba lihat dan teliti gambar-gambar yang disiarkan di atas. Gambar tersebut ialah mengenai majlis yang dihadiri oleh Rosmah dan Norhayati pada waktu yang sama Altantuya dikatakan telah diletupkan oleh mereka.

Baru-baru ini, kawan telah bertemu dengan seorang sahabat lama. Tidak sangka pula, pertemuan kali ini menerbitkan satu perbualan yang begitu mengujakan.

Kata sahabat ini antara lain:

''Ana sudah lama ingin mendedahkan perkara ini. Tetapi ana hairan juga kenapa tiada seorangpun yang mahu mendedahkannya sekaligus dapat meredakan fitnah yang ada. Baik di pihak media, mahupun di pihak Najib.

''Selama ini ana ingat fitnah terhadap Rosmah dan Najib tidaklah serius sangat dan rakyat tak akan mudah percaya. Sangkaan ana salah sama sekali. Sampai ada ahli keluarga ana yang percaya memang Rosmah letupkan Altantuya. Masya Allah.

''Ana tidak lagi mahu bersubahat dengan melindungi kebenaran. Kebenaran mesti ditegakkan segera.

''Jika tidak, akan ramai lagi yang percaya tuduhan Raja Petra ini dan akhirnya kita semua akan mati dalam keadaan percaya kepada fitnah yang maha dahsyat ini''

Itulah antara intipati yang perbualan kawan dengan sahabat ini tempohari. Menurut sahabat ini, dia hadir ke Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Rosmah.

Majlis yang diadakan di bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak itu diadakan pada 19 Oktober 2006 bersamaan dengan 26 Ramadhan bermula pada lewat petang.

Katanya, dia bukan setakat hadir, malah sempat mengambil beberapa keping gambar walaupun bukan merupakan jurugambar profesional.

''Ana ada di sana sampai Rosmah pulang. Bila orang kaitkan Rosmah bunuh Altantuya pada masa yang sama dengan majlis tersebut, itu yang ana musykil sangat."

''Kita tahu Rosmah bukanlah seorang wali Allah. Juga bukan ahli sihir macam dalam cerita Harry Porter. Sudah tentulah dia tidak ada ilmu atau kebolehan untuk berada di dua lokasi yang jauh pada satu masa yang sama, bukan?''

``Dia orang biasa. Kalau nak pergi ke mana-mana dia juga kena naik kereta macam kita. Dia tak ada ilmu ghaib atau ilmu terbang atau boleh muncul di tempat lain dalam sekelip mata.

``Jadi macam mana ana nak percaya dia berada kat Shah Alam sedang meletupkan Antaltuya pada waktu itu sedangkan dia di depan mata ana di bangunan Tabung Haji. Bukan ana seorang yang lihat, beratus orang lain pun boleh lihat dia.

''Dia berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak, terawih dan bermore bersama-sama dengan anak yatim. Dia balik lewat juga hari tu.''

Tambah sahabat tersebut lagi, dia tidak dapat membayangkan bagaimana Rosmah berjalan dalam gelap di atas jalan tanah berlumpur dengan berpakaian jubah hitam kalau benar dia berada di tempat kejadian.

Malah katanya, sudah tentu juga menjadi satu kesukaran kepada Norhayati untuk bergerak di atas bukit tersebut kerana dia berbaju kurung, tambahan dia adalah seorang yang agak gemuk.

''Abang rasa, logikkah dengan berpakaian sedemikian dan baru selesai solat dia terus pergi letupkan Altantuya.

''Minta maaflah bang. Akal saya kata tuduhan ini tak ada asas langsung. Saya sebenarnya sedih sangat dengan keadaan yang berlaku sekarang. Silapnya mungkin kerana orang tak tahu atau tak sedar di mana Rosmah pada malam tu.

''Kalau orang tahu di mana dia dan Norhayati berada, mungkin cerita sebegini tak akan berterusan.''

''Ana tak nak di Padang Masysar nanti, ana akan diseret dan diseksa kerana menyembunyikan kebenaran sehingga ramai percaya pada fitnah.

''Ana tak nak bang. Ana ada rakam gambar Rosmah pada hari itu. Media pun ramai datang dan ada visual yang sama.

''Ana tahu ada orang benci Rosmah. Ana juga tak selesa dan adakalanya tak suka dengan perangai Rosmah. Tetapi dalam hal ini, ana sangat yakin Rosmah memang tidak terlibat bunuh Altantuya.

''Dia ada di depan semua tetamu dan tak mungkin dia boleh hilang seketika daripada mata tetamu untuk ke tempat pembunuhan dan kemudian datang balik ke Bangunan Tabung Haji. Tak mungkin bang.

``Sekarang ana minta tolong abang untuk cari orang yang boleh dedahkan kebenaran ini.

``Ana hanya ingin mencari keredhaan Allah. Ana tidak mengharapkan sebarang habuan dunia untuk ini. Ana mahu hidup ana selamat dunia dan akhirat. Tolonglah ana.''

Bagi kawan, banyak perkara yang dikatakan oleh sahabat ini membuatkan kawan berfikir banyak perkara. Selain terkejut dengan pendedahan oleh sahabat yang seorang ini, ia juga membuat kawan berfikir tentang dosa dan azab Tuhan.

Maklumlah sepanjang Ramadhan kita dididik untuk menjadi seorang yang lebih baik. Adakah kawan seorang yang emosional hingga ada perasaan tidak suka pada Rosmah sebelum ini dan mudah percaya dengan cerita buruk tentangnya.

Yalah, kita semua kerap dimomokkan dengan pelbagai cerita negatif tentang Rosmah yang banyak ditulis dalam blog, portal berita dan facebook. Kita juga selalu keliru yang mana satu maklumat yang betul. Yang mana satu rekaan dan fitnah.

Tak dinafikan, bahawa kawan sendiri ada percaya juga dengan sesetengah tulisan Raja Petra. Ada logik akan kebenarannya. Tetapi nampaknya, dalam hal Rosmah dan Altantuya ini, kawan jadi tersentuh sedikit sebab sahabat ini datang bertemu kawan dengan bukti bergambar sekali. Rasa bersalah ada juga.

Maklumlah entah berapa kali kawan dah kutuk si Rosmah dan Najib ini. Mungkin Allah telah menentukan bahawa inilah masanya kebenaran harus diketengahkan.

Namun persoalannya, ke mana pula Norhayati dan Rosmah selepas selesai majlis di Bangunan Tabung Haji itu. Adakah mereka berjumpa Sirul dan Azilah. Dan ke mana pula Najib pada malam tersebut.

Dalam siri kedua nanti, kawan akan dedahkan banyak perkara.

Tunggu....!!!

Comments

0 comments to "Mungkin Bala dan Raja Petra Terlupa Perkara Ini"