CHANNEL UMB

Nizar OII!! Lim Guan Eng : Khalifah Celup Penipu!

Tuesday, November 3, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 1 comments
Filed under:

oleh Dr Novandri Hasan Basri

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Perkara ini telah diberitahu kepada penulis oleh YB Muhd Farid Saad, ADUN Pulau Betong. Penulis telah menerima sms daripada beliau semalam.

Sms beliau :-
"Saya telah tegur Guan Eng kerana menipu dewan dengan maklumat tidak betul dalam mesyuarat dewan yang lepas."

Kenyataan YB Farid Saad juga telah disiarkan di dalam suratkhabar News Straits Times :-

"The state Barisan Nasional has accused Chief Minister Lim Guan Eng of lying to the people on the status of land conversion from leasehold to freehold. Pulau Betong assemblyman Muhammad Farid Saad said Lim had misled the state assembly at the last sitting in August when he said there were no such conversions between April last year and June this year.

Farid said it was unbecoming of Lim, who constantly advocated transparency, to mislead the assembly and the people of Penang. "We are wondering how many more land conversions have been approved on the quiet and what premiums were imposed."

Farid was referring to the question he posed to Lim on whether there had been any land conversions for development purposes during that period- NST"

YB Farid Saad juga telah menerangkan di dalam sms beliau iaitu :-

"Ramai orang bersetuju dengan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan seminra intergriti pada 29hb Oktober 2009. Peluang yang diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (LGE) melalui ucapan perasmiannya dengan menyelar secara bersungguh-sungguh amalan rasuah yang secara tidak langsung ditujukan kepada pemimpin dan penjawat awam Persekutuan.

Antara yang dibangkitkan ialah Malaysia kehilangan RM28bilion akibat amalan rasuah disamping mengungkitkan kembali beberapa projek rasuah kerajaan BN seperti stadium di Terengganu yang roboh, laporan terkini Ketua Audit Negara dan peristiwa kehilangan nyawa 3 murid sekolah di Perak.

Dalam masa yang sama, LGE telah menggembar-gemburkan usaha Kerajaan Negeri dibawah kepimpinanannya membenteras rasuah seperti pengenalan CAT, sistem tender terbuka, perbelanjaan berhemah dan insentif khas pelapor rasuah. Sememangnya LGE mempunyai persepsi negatif terhadap kerajaan persekutuan yang dianggapnya rata-rata mengamalkan rasuah.

Malangnya institut intergriti yang merupakan agensi persekutuan dengan dibantu sepenuhnya oleh SUK telah memberi laluan kepada pemimpin pembangkang ini untuk mendapatkan mileage cukup besar dan memberikan ucapannya untuk memperkasakan PR/DAP di Pulau Pinang.

Sepatutnya, kempen dan promosi ini hanya diberikan kepada pemimpin persekutuan sahaja."

Pada dasarnya, penulis bersetuju dengan kenyatan Farid Saad bahawa manipulasi dan putar belit yang telah diambil oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng berbicara seolah-olah parti DAP dan Pakatan Rakyat itu bersih daripada rasuah.

Akan tetapi, jika dibuat perbandingan dengan usia yang terlalu muda untuk parti Pakatan Rakyat/DAP mentadbir negeri Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin mereka juga telah ramai yang terbabas dan telah mengamalkan rasuah!

Institut Intergriti adalah usaha bersungguh-sungguh kerajaan persekutuan untuk mengurangkan amalan rasuah di dalam negara ini. Tetapi pastikan juga tiada yang akan mengambil kesempatan atau meneguk di air yang keruh seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng!

Comments

1 comments to "Nizar OII!! Lim Guan Eng : Khalifah Celup Penipu!"
  1. tahniah kpd UMB. perkembangan yb memang sy tunggu2. UMB sudah pun memulakan langkah perubahan dalam UMNO dan stiap kali itulah UMB berubah (semampunya). sy pernah inbox bro jinggo utk bersama menzahirkan semangat (momentum) blogger bgn pinang kepada beberapa negeri pakatan retorik yg lain (gempur). Cuma nasib tidak dan rezeki tidak menyebelahi saya ketika ini. Salam perjuangan pd semua adik2 di UMB. TAHNIAH UMB terutama pada Tun Faisal dan tgn2 yg menggerakkan UMB.
    Hasrat utk sama2 bekerja dan bantu membantu belum tertunai lagi...doakan kejayaan kita bersama...AMIN