CHANNEL UMB

Nizar PKR! Kah Kah Kah : Khalid Gereja Memang Tak Layak Bagi Tauliah Agama !

Wednesday, November 4, 2009 by Unit Media Baru PPUM · 5 comments
Filed under: , , ,


oleh Selangor Daily

Memang sewajarnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menarik balik tauliah mengajar agama kepada Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.

Selain tidak mempunyai pendidikan formal dalam pengajian Islam, Khalid Samad turut membuat beberapa kenyataan yang bertentangan dengan pandangan majoriti pihak berkuasa agama Islam di negara ini dan juga Selangor.

Pada peringkat awal lagi kita tertanya-tanya bagaimanakah wakil rakyat Islam dari Pas yang menyokong kehendak mubaligh Kristian untuk menggunakan perkataan Allah sebagai ganti God dalam Bible bahasa Melayu diberi tauliah mengajar agama di Selangor.

Selama ini puak mubaligh Kristian menggantikan perkataan God dengan Tuhan. Namun sejak sebelum pilihan raya lalu kerana di sokong oleh Pakatan maka mereka mula memperjuangan penggunaan perkataan Allah bagi mengganti God dalam Bible.

Yang mengejutkan Khalid Samad selepas menang dalam pilihan raya lalu, telah berucap dalam Gereja di Shah Alam menyokong tuntutan ini.

Baru-baru ini juga Khalid Samad dilaporkan berkata biarlah ia menjadi wakil rakyat melayu Islam pertama yang memperjuangkan kuil Hindu.

Kita faham sebagai wakil rakyat Khalid Samad perlu menjaga kepentingan semua kaum dan agama. Namun menjadi pejuang kuil Hindu di Shah Alam tentulah sesuatu yang luar biasa sifatnya.

Ketika kita bersyukur JAIS akhirnya sedar kesilapan mereka memberi tauliah kepada Khalid Samad, kita juga tertanya-tanya mengapa pada peringkat awal lagi ia diberikan?

Apakah JAIS sudah membenarkan diri mereka membuat keputusan berasaskan politik parti yang memerintah Selangor?

Melihat kepada cara JAIS menganugerahkan tauliah kepada Khalid Samad, Mohd Sabu dan Akhil Hayy dan penangkapan Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, nyatalah JAIS sudah menjadi kuda tunggangan beberapa pemimpin Pakatan.

Comments

5 comments to "Nizar PKR! Kah Kah Kah : Khalid Gereja Memang Tak Layak Bagi Tauliah Agama !"
  1. Salam sedara seagama denganku sekalian...

    SIAPA YANG BUTA HATI SEBENARNYA?

    Kejadian ini amat mendukacitakan umat Islam di negara ini,apabila seorang ilmuan dan tokoh agama diperlaku sedemikian rupa.

    Kejadian penahanan Dr Maza seperti dirancang dan dikomplot oleh individu-individu berkepentingan bagi memburukkan imej seorang tokoh agama yang dihormati seperti beliau.Permuafakatan Mahasiswa Islam Sedar Malaysia cukup terkilan apabila perkara ini berlaku.Mengapa seorang bekas mufti perlu ditauliahkan lagi?Dan mengapa tauliah diberi kepada Mat Sabu,Akhil Havy yang agama pun tunggang langgang.Dalam PMISM ramai daie-daie yang hebat-hebat.Baik diberi tauliah kepada daie-daie PMISM.

    Kenapa kejadian seperti ini boleh berlaku?Insyaallah,kebatilan akan terbongkar jua.Jika petualang-petualang (penceramah politk) PAS boleh sesuka hati berceramah menghentam individu lain,malahan terkinja-kinja menjerit dan melalak di pentas unuk menarik perhatian pendengar.Bukankah ceramah seperti itu jauh lebih sesat sebenarnya.Teramat malanglah jika seorang tokoh ilmuan dan orang yang menjadi sumber rujukan diaibkan seperti ini.Jika Dr Maza dikaitkan dengan gerakan wahabi sekalipun,adakah terdapat bukti yang meyahihkan tuduhan ini.

    Jika kita mengambil iiktibar daripada tokoh ilmuan silam seperti Syeikh Tahir Jalaludin,Syeikh Muhammad Abduh dan ramai lagi.Mereka ini turut dikecam sebagai penyebar ajaran sesat.Walhal mereka itu bukanlah membawa pembaharuan dalam agama tetapi gerakan bagi menerapkan nilai Islam yang sebenar-benarnya dalam diri setiap anggota masyarakat.Akhirnya kebenaran terpancar jua.

    Kejadian ini sepatutnya tidak berlakunya,jika pegawai-pegawai JAIS itu tidak buta jiwa dan hati.Adakah mereka ini tidak dapat berfikiran rasional ketika mengikut arahan untuk menahan dan menangkap Dr Maza?Atau kerana kerana mereka ini rela diperkuda oleh pihak-pihak tertentu di Selangor atau lebih tepat golongan terlampau Islamik dalam PAS tersebut.Persoalan ini hanya JAIS sahaja yang mampu menjawab.


    PENA BERAPI:APABILA ORANG BODOH SOMBONG BERLAGAK ALIM???

    Dari Perpekstif Presiden Permuafakatan Mahasiswa Islam Sedar Malaysia(PMISM)
    http://mohfas7.blogspot.com

  2. RALAT!!

    Dan mengapa tauliah diberi kepada Mat Sabu,Akhil Havy yang ILMU agama pun tunggang langgang.

    P/S:Penulis tertinggal perkataan ILMU.kesilapan amat dikesali.

    Terima kasih

  3. sungguh memalukan!

    myutusanmalaysia.blogspot.com

  4. Salam bro, inilah jadinya kalau bukan ahli agama dipanggil ustad bila menyokong PAS..... maka berteraburlah hujah-hujah dan dalil yang bercanggah, maka menjadi halal bagi orang kafir memberi ceramah di dalam Masjid....... cuba kita fikir, sedangkan umat Islam sendiri diwajibkan dalam keadaan berwuduk kalau mahu menjijak kaki kedalam Masjid.....

  5. ini Unit mentel baru , UNIT MEDIA BARUA PARPUPUKI KER.... ha ha ha tun faisal kena jila bontot Parpupuki, bukan aku yg cakap , kat sini yg cakap , sila lihat